Saya malas nak timbulkan isu baru tentang cinta lapuk yang dah lama saya lepaskan
saya tak rajin nak pikir banyak siapa salah siapa betul siapa baik siapa jahat
saya juga tak punya masa nak fikir apa itu cinta sejati
sebab saya dah penat dengan cinta dengan isu hati ni
Dear you,
saya tak pernah mempersoalkan apa-apa tentang kamu dan dia
malah mendoakan yang terbaek untuk kalian berdua
jika itu yang membahagiakan korang bedua
ya, dua insan yang saya sayang secara batiniahnya
walau melalui pandangan zahiriahnya kurang nampak kurang jelas
tapi saya sayang
dan sayang saya tak semestinya perlu tunjuk
dan jika saya tunjukkankan sekalipun
saya rasa belum tentu kamu memahaminya meyakininya mempercayainya
ya
sebab situasi antara kita
pihak saya yang banyak sumbangkan luka
Dear you,
saya sayang kamu. sentiasa.
dan bantulah saya untuk tidak memikirkan yang buruk tentang kamu
tolong saya untuk tidak beranggapan yang kurang enak tentang kamu
saya tak selesa
saya tak suka
saya mahu yang terbaek yang terbahagian sahaja untuk persahabatan kita
Dear you
saya tak pernah tahu apa status anda dengan dia
tak pernah tahu
bila saya bertanya, keduanya menafikannya
makanya saya dah muak nak bertanya
baek saya buat tak tahu sahaja
dan bila isu cemburu isu tak selesa wujud kerana mana-mana layanan saya
jangan pernah salahkan saya
keep saying tentang KEJATUHAN SAYA nanti
seolah-olah kalian menanti untuk saya itu jatuh
saya itu kembali sedih
kembali terluka
agar di situ kalian bisa ketawa sambil hulurkan bantuan
biar dunia nampak kalian itu pemaaf dan sentiasa bersama saya tatkala saya susah
tapi kenapa ya
kenapa tak bersama saya juga ketika saya gembira
Dear you,
kenapa ya kenapa
sedih say itu mampu wujudkan sayang antara kita
tapi gembira dan bahagia saya itu
merampas segala kemesraan yang pernah kita ada
kenapa ya kenapa?
Dear you,
ini kali terakhir saya mahu berbicara tentang hal ini
sudahlah
saya penat dengan semua ni
melukakan kalian berdua tu
adalah perkara paling saya BENCI untuk lakukan
tapi saya juga punya hati untuk TERASA
punya jiwa untuk MARAH
dan punya nafsu yang gagal kawal AMARAH
jadi saya mohon
jangan terlalu NEGATIF dengan saya
Dear you,
sayang saya tak pernah berkurang untuk kamu
tak pernah
tapi saya sering tertanya
kenapa kamu menjauh bila saya sedang gembira
sedangkan saya mahu kongsi ke semuanya
sama-sama rasa
Dear you,
kamu juga sedang menuju jalan bahagia
kenapa tak kita kongsikan sahaja semua gembira itu
seperti kita pernah berkongsikan duka kita luka kita
kisah hati jahanam kita dahulu
kenapa tidak?
saya sayang kamu dan sentiasa sayang kamu
p/s: semoga kita kembali seperti sediakala
With Love,
EJ
No comments:
Post a Comment