February 02, 2011

TANDA SERU



ini PERBUATAN GILA!
permainan apakah yang sedang kau mula?
gembirakah?
seronokkah?
melihat aku terkapai-kapai serba tak kena serba salah dibuatnya!


oh
aku letak TANDA SERU di pengakhiran ayat itu
makanya kau perlu tahu
yang aku ini KELIRU
dan kurang SELESA begitu!!



lagi TANDA SERU
kali ini dua jumlahnya aku tinggalkan dipengakhiran ayat itu
jadinya jangan terus begini dan begitu


Kondisi sabar masih selesa masih ayu masih sopan menguasai diri
aku susun bait-bait ayat ini
memohon meminta untuk tidak dimainkan lagi rasa bersalah rasa serba tak kena yang azalinya memang mudah muncul menerpa di segenap ruang minda
yang juga bisa merentap merampas segala gembira jiwa
kau tahu juga!!!


aaahhhh sudah
lagi dan lagi TANDA SERU menerpa muncul
dalam bait-bait ayat murah milik aku
makin meningkat makin banyak jumlah berdirinya
aku perlu undur diri


dan aku minta
jangan begini
aku tidak selesa
kerana terlampau terang tersangat jelas
aku itu MELUKAKAN SEMUA
pemilik hati baek yang bukan satu jumlahnya




*Sigh. biar orang kata aku bodoh aku ini lupa jasa aku ini lupa semua. aku punya komitmen yang tak sama dengan apa yang kau orang ada. komitmen ini dah aku terima untuk dijaga untuk dipelihara. aku akan terus disini. walau apa bentuk permainan yang dah bermula atau mahu dimulakan. PLEASE NOTED!










1 comment:

Drunbella Khoo said...

weih, font tak menarik perhatian.
kabur.
nak baca pun payah.
pakai font lama balik laa beb.
clear.