March 31, 2011

Please NOTED!


kau tersangatlah GELABAH
tahu?
tak COOL lansung


kate TEGAR
apsal plak nak terasa?
kelakarlah



tengok macam AZA kat atas tu
cool je pose feeling feeling ala PATUNG CENDANA
itu baru cool



KAHKAHKAHKAH


sekarang macam ni lah
kalau cepat sangat SENTAP
kan elok kau pergi je kat STATUS aku tu
tekan 'X'
pastu nanti kuar kat tepi tu
'HIDE ALL POST BY EIMA JER'
cuba TEKAN
kan aman?



paling mudah lagi
buat je macam x-beby saya yang awak sayang sangat-sangat tu
DELETE je Eima Jer tu
lagi senang


nak simpan buat apa
kalau dah tahu SAKIT HATI
padahal kita ni lansung tak ada niat nak cari pasal dengan dia
bukan dapat apa


kau pernah tak travel jejauh
berhenti lepak minum kat mamak jam 5 pagi
lepas tu tengok sekumpulan anak-anak gadis berpeleseran sampai ke subuh
kecik sangat lagi
breast pon tak habis membesar lagi
dah smoke
dah ber tatoo bagai
naek moto jantan ni
pelok pinggan jantan tu
raba sini raba sana



kau duduk
kau jadi termenung
kau jadi takut nak BERANAK anak perempuan ke depan nanti
sebab tak tahu IBU BAPA yang macam mana aku ni kena jadi
if taknak anak gadis aku macam ni



sebab tu STATUS tu keluar



jangan nak tersentap sangat
kau tu kategori TEGAR
sket pon aku tak heran aku tak amek hal


cuma coolkan sket
lebih style!


sekian penerangan
okey sekarang ni
balas la apa nak balas
aku dah MALAS nak datang JENGAH
niat aku baik
hayati apa yang ada
sebab dan TERBIASA



haissshhh
maybe dah tiba masa
untuk kebaikan bersama



please NOTED!


bai


p/s; penatlah tak habis-habis. hmmm

Surat Untuk Super Awesome Bestfriend



Hey Aussie
jaga sahabat saya baek-baek yaw!



andai takdir yang terbaeknya mengakhirkan kita begini
aku TERIMA
aku tak patut PENTING DIRI
mahukan cinta
TAPI dalam masa yang sama, mahukan juga persahabatan suci kamu terus utuh di sisi
dengan aku
terus menjadi pembakar semangat aku
sedangkan setiap senyuman dan nafas bahagia yang aku ukir yang aku hembus
adalah TIKAMAN pisau tajam buat hati kamu
aaaahhhh
aku sebenarnya dalam keadaan SEDAR
bukan separa sedar
tidak
aku sentiasa sedar yang aku itu sedang menjadi pisau tajam
yang terus-terus menikam bertubi-tubi hati milik kamu


aku PENTING DIRI
dan aku masih dalam KETAKUTAN mungkin
takut kalau-kalau jika aku terhempas ke bawah lagi
cium lantai cium kaki jalan
tak ada kamu untuk menjenguk
hulurkan tangan
datang menjenguk
bangunkan aku dari belenggu dunia kejatuhan
ya
saat-saat itu tak pernah dapat aku lupa
kau selalu menjadi orang penting buat aku
orang berjasa
orang berbudi kepada insan yang punya kondisi hati lemah seperti aku



kita tak punya kuasa memutarkan takdir
tak punya



kalau bisa
kalau kita punya kuasa
atau diberi peluang memilih takdir yang boleh kita ubah
aku mahu ubah kondisi hati kamu
untuk jangan sesekali meletakkan aku
sebagai penghuni sebagai penyeri
kerana aku tak mampu
tak layak




hati aku DEGIL
ya, itu aku akui
degil untuk terus berdiri di mana aku sedang berdiri
mendongak dan mencongak nasib
apa bahagia akan terus dikecapi



ahhh
rasa ini rasa yang sungguh perit
bahagia dalam masa yang sama serba salah dibuatnya
gembira yang dalam waktu yang sama sedih
mahu melepaskan dalam masa yang sama tak rela



Tuhan
aku sayang persahabatan ini


selamatkanlah ia dengan cara paling manis paling terbaek untuk semua
aku mohon
amin



Aussie oh Melbourne
kembali diam
kembali menyepi
seperti sebelum ini



semoga baek-baek sahaja
yang paling terbahagia
terpaling gembira
terpaling cemerlang dan berjaya yang aku titipkan sebagai doa
untuk kamu



You are my super awesome bestfriend I eva have


p/s: amek bb, jadi stalker,at last menangis macam orang gila. dengan baju kurung baru balik kerja. memang sumpah macam kak limah punya selekeh punya serabai dengan hingus sana sedu sini. kelakar. kau ada. kau bantu aku untuk bangun. kau orang yang tengok aku menangis bila hati dah tak tahan menanggung tak mampu nak tersenyum lagi. kau ada. masa tenat tu aku tak pernah LUPA. ingat. aku tak pernah lupa. kau berjasa.




March 30, 2011

Bangun Pagi Teringat Semua Ni



bangun pagi
tetibe teringat kampung halaman
baby Qis
Amcik
Kak cik
Amteh
haissshhhh


Ingat muka mak
lagi buat hati sayu
baru je 2 hari lepas dapat tido pelok mak
nak lagi boleh?
T____________T



balik kampung?
hmmm banyak moment yang best selain tengok bff kawen- naek-pelamin-berseri-sungguh-both
hey
aku dah lama tak balik kampung actually
last masa raya puasa hari tu
dalam kereta masa ondaway nak balik lepas amek mak dari Jenderam, mommy tak henti updated semua story pasai sanak sedara sepupu aku yang dah kawen bla bla bla
orang kampung jiran sana jiran sinun
aku tak habis buat muka blurr dok pulun ingat yang mana satu
Ya Tuhan
aku ni memang ada masalah nak hengat orang laaa
kahkahkahkahkah



Hmmm even mak tak cakap
tapi nampak sangat muka mak happy tengok aku dengan ajie dah baek-baek balik
HAHAHAHAHA
aku kena akui
mak sayang sangat kat ajie tu
walau mulut dia sentiasa terkunci nak ucap dia sayang
dah memang style dia yaw
tapi bila we both takde depan mata
kakak-kakak cakap
mulut mak tu asek sebut kami je



"manusia datang dengan pelbagai kekurangan
kita hamba Tuhan, bukan sempurna mana
buang jauh-jauh kenangan pahit tu
simpan yang manis-manis
susah nak cari yang ikhlas macam dia
terima keluarga kita seadanya
mak yakin, dia bukan sekadar nak anak mak
tapi keluarga kita jugak"


aku pegang cakap mak ni
untuk aku perbetulkan lagi apa yang ada
mak selalu cakap
"dugaan tu adalah pengalaman. pengalaman tu mematangkan awak. yang penting, jangan cepat melatah dengan dugaan. hadapi. pasti ada habuan untuk orang yang sabar"


makaseh mak
selalu ada untuk saya




masa kat kampung hari tu
macam biasa
sempat la lepak-lepak dengan amcik and kakcik
ni first time bawak ajie jumpa dorang balik after ribut taufan melanda hubungan kami hari tu
HAHAHAHAHAHA
cuak jugak sebab amcik aku ni boleh tahan jugak baran beliau
dan beliau adalah abang yang paling rapat dengan aku


alhamdulillah
dorang okey je
semua macam biasa
yang paling ketara nampak sangat happy tengok we both get back balik adalah Pak Lang and Mak Lang aku
dorang bedua ni memang berkenan sungguh kat ajie
masa ribut taufan hari tu
memang dorang basuh aku kaw-kaw laaa
kau tunggu turn kau plak ajie
HAHAHAHAHAHA



hubungan cinta aku memang dikelilingi komitmen keluarga
ia sesuatu yang sangat HALUS untuk dijaga
macam-macam benda kau kena pertimbangkan
before kau rasa kau nak bergaduh
kau nak bertengkar
kau nak kata aku
aku nak kata kau
itu yang aku belajar dari PENGALAMAN


to Ajie's family
sorry mak sorry abah
tak dapat tolong sangat masa wedding chaid hari tu
saya pakai baju tersangat putih
takpe
wedding angah nanti saya berhabis-habisan ek
adik-adik
sorry jugak tak cukup masa sangat nak spend time ketawa kahkahkah



eh jap
cam kelakar teringat beby Qis panggil ajie 'kakak'
HAHAHAHAHA
dok ajar dia panggil 'paksu'
5 minutes je
lepas tu tukar jadi kakak balik
HAHAHAHAHAHAHA



sebenarnya nak cakap
EJ tak puas lagi dok kampung
dan EJ sangat bersyukur dengan segala kasih sayang yang Tuhan pinjamkan ini
Terima kasih Allah




March 29, 2011

Short Updated




Uwaaaaaaaaaaaaaaaa
saya dah balik dari kampung
cuti cuti malaysia dah tamat
esok dah kembali bekerja
oh benci



Alhamdulillah
majlis kawen sahabat karib saya dan ajie selamat kedua-dua belah pihak
dah settle
si pengantin dha boleh tersenyum tenang
hey guys
selamat menempuh alam rumahtangga!


btw
jadi pengapit ni
soalan penat nak jawab adalah
"pengapit ni ha bila lagi?"
oh my!
kalau laaaa saya boleh jawab dengan jawapan
ESOK!
alangkah bahagianya
auw!


eh eh eh
gatainya kau EJ



Hmmmm saya dah balik
nanti saya update banyaaaak cerita hokey
=)



March 26, 2011

Selamat Pengantin Baru My Beloved Bestfriend


26 March, 2011
5.30 petang


dah slamat diijab kabul dah dua orang kawan baek aku ni
dah jadi suami isteri dah
percintaan yang almost 10 years ni
dah berbuahkan sebuah PERKAHWINAN
its superb ok


hey my bestfriends
SELAMAT PENGANTIN BARU
semoga berbahagia hingga ke syurga
sayang korang sangat



kita tetap akan berempat sampai bila-bila tau
CHAID+AJIE+EIMA JER+PIPAH


Bukit Mertajam vs Bagan Serai
^_______^


doakan kami plak tau
btw u both look ssuper gorgeous in PINK!



March 23, 2011

Yang Terbina Akan dan Bakal Terbina




tq hubby wibby for this song
^___________^



mari sama-sama hargai apa yang punya kita
dan apa yang sedia kala terbina, akan dan bakal dibina


Cinta kamu terpaling



March 19, 2011

Bahasa Jiwa 15#



dah tercatit mungkin
niat baik yang tumbuh dalam hati aku ini
yang lantang disuarakan dek mulut manis aku ini
di salah ertikan
dicedok yang negatifnya dahulu
adun dengan rasa marah rasa tersentuh dek kerana teguran yang datangnya dari aku
lalu
ia membuahkan KEMARAHAN
wujudkan KEBENCIAN



perlu kau tahu ya
aku itu mahu yang terbaek sahaja buat kamu
mungkin terlalu berterus terang
agak tajam
agak kejam
agak menusuk
aku mohon maaf



tapi pegang dada kau
tarik nafas dalam-dalam
rasainya
fikirkan nya
adakah hati kau betul-betul menolak nasihat aku
apa betul jiwa kau menolak akan teguran aku



tanya mereka betul-betul
kerana aku sudah biasa
teguran aku memang orang lihat yang negatif dahulu
bila jiwa dan hati dah bercantum kembali
terpisah dan bebas dari hasutan iblis
bila amarah mula menipis
aku yakin
positif itu akan datang



ambillah sebanyak mana masa yang kau mahu
aku tetap di sini
kerana aku tahu Tuhan tahu apa yang kau sebetulnya perlu tahu





March 18, 2011

Meet My Super Awesome Babes #Volume 2 VS Hikayat Merong Mahawangsa


okey
EJ nak buat review sket pasai muvie hebat ni

tapi jom layan gambar kesayangan dulu keh
ini Kesayangan version PEACE
hahahahaha



yeay
sangat bahagia dapat tengok muvie dengan harga yang murah di waktu weekend
thank you Kuantan Parade
murah wei murah
RM8 je untuk malam minggu
^__________*


oh kaki
maaf kepada da rest yang tak terlibat
ini program kaki bersama EJ+PEKJAH+YUNI+AZA

okey
noted sesuatu
first time tengok aza posing sungguh MANJEW
auw!


pedulik orang ramai yang tak berkedip tengok pelik
HAHAHAHAHAHA
janji kami semua bahagia
^_________^







ok habis IKLAN GAMBAR


kalau tanya saya tentang EPIC FILEM memang saya akan akan jari tanda THUMBS UP la kan
sebab saya memang EPIC FILMS LOVER
wooot wooot!~


dan bila dapat tengok FILEM EPIK BANGSA SAYA SENDIRI
Ya Tuhan
sumpah saya rasa SEBAK rasa TERSENTUH
berbakatnya anak melayu saya
dah lama tunggu FILEM BERKUALITI macam ni



saya TAKNAK bercerita tentang betapa SUPER AWESOMEnya filem bangsa saya ni dengan penggemar-penggemar filem ringan cinta bodoh
saya MALAS!
mereka-mereka ni nilai filem sebab pelakon yang cantik yang hensem
bukan sebab JALAN CERITA
tak kuali pon takpe filem tu
asalkan HERO HEROIN baru keluar rancangan realiti TV
tsk tsk tsk


saya nak bercerita dengan orang yang tengok filem dengan MATA dan HATI
even comot mana pon pelakon dalam tu
EVEN LAGU ANUAR ZAIN YANG HEBAT TU dimainkan LAST PENAMAT filem dah
filem ni tetap hebat


sebab hebatnya terletak pada SEJARAH KITA
MANUSIA PERIBUMI TANAH MELAYU
sejarah yang diurai cukup halus
hanya sebahagian yang jika diukur halus hanya sebesar zarah sahaja kisahnya dari hikayat sejarah kita
yang lansung kita ni takde masa nak fikir nak dalami



ini TAK
bukan sejarah yang kau nak hayati
tapi tak habis-habis tak puas hati
KENAPA LAGU ANUAR ZAIN tu dipasang last skali
dah habis dah cerita
apa daaaaaaaaaa



10 juta modal si penerbit habiskan semata-mata nak naikkan MOOD EPIC dalam filem dorang
kalau dah pasang lagu Anuar Zain tu kat tengah-tengah cerita
nak kena guna 10 juta plak la nak naikkan mood epic tu balik
itu pon takleh paham?


kenapa nak campur aduk kan 2 zaman!


eh eh eh EJ emo plak
Hmmmmm
10 bintang dari 5 bintang
makanya ia HEBAT



tahniah KRU
sampai sekarang penulis masih berfikir mana laaaa kau dapat kapal-kapal besar tu
HAHAHAHAHAHA
abaikan




March 17, 2011

Meet My Super Awesome Babes #Volume 1

ketat-ketat rapat-rapat sendat-sendat mampat-mampat
auw!
sayang korang semua




Woot woot
saya mahu tempek gambar je neh
banyak sangat gambar dok simpan
lalalalalalala!~
^__________^



semua ni gambar-gambar yang kami pakat dok snap masa majlis pertunangan Cik Ana hari tu
Oooopppsssss!~
ada lagi version yang lain



Jom layan gambar

ni semua muka-muka baru sampai majlis orang
sampai je terus serbu bilik si tunang orang
haishhhhh

EJ dan Epy


EJ dan Cik Ana

EJ dan Cik Yuni +Cik Aza

EJ dan Cik Aza

EJ dan Cik Kia + Cik Lisz

EJ dan Cik Kia

EJ dan Cik Yuni


EJ dan Cik Faezah



best sangat dapat jumpe semua
nanti saya tempek gambar-gambar main air laut plak ea
yang paling penting
sanggup tunggu hujan berhenti okey
HAHAHAHAHAHA



March 15, 2011

My BFF E-Day


mari kawen mari kawen
mari tunang mari ada tunang
^________^


haishhhhh
ramainya kawan-kawan rapat dok pulun bertunang dok pulun kawen
yang dok pulun nak jadi mommy daddy pon ramai jugak
eh eh eh
EJ kau bila plak?
KAHKAHKAHKAH


Oooopppssss
soalan cepumas!



baeklah
hari sabtu lepas bersamaan 12 March 2011 merupakan antara hari bermakna buat 2 orang EX-CLASSMATES saya
Alhamdulillah, percintaan yang berputik masa saat-saat genting hadap THESIS dulu tu
dah menjenguk fasa seterusnya
iaitu PERTUNANGAN
semoga terus-terus dipanjangkan jodoh dipelihara hubungan
amin



LOKASI:
Kemaman, Terengganu



paling best majlis pertunangan Cik Ana and Encik Khai ni adalah its come up dengan small reunion dengan geng-geng gila aku masa study dulu
itu PART PALING BEST!
bukan senang nak berkumpul
ye la
sorang kat Kemaman, sorang kat Kuantan, sorang kat Batu Pahat, 2 lagi further kat UTM tu lagi
tak payah nak kalut dengan dorang yang jauh-jauh tu la
aku dengan Yuni yang sekangkang kera ni pon last jumpa few months ago
ntah hape yang busy sangat aku pon tak tahu
padahal JALAN KLANG LAMA-BANGI je pon!
adoii



bila dapat berkumpul
dapat plak meraikan hari bahagia one of us
memang sangat-sangat happy



entry kali ni TAKNAK tempek gambar-gambat GATHER SYIOOOKKK bak kate Pekjah
mari layan gambar-gambar yang sempat aku amek masa majlis Cik Ana and Encik Khai yang kami sayang sangat ni


majlis simple tapi sangat meriah
yang paling PENTING
kami semua sampai BEFORE majlis
hehehehehehe
tahniah semua!
padahal memasing bangun lambat



okeh
mari layan gambar


Ini bakal mempelainya
Ustaz Amirul Khai (bak kate Aza)
dan pasangan sehidup sematinya InsyaAllah
Cik Ana yang shantekkkk sangat on her E-day!
^________^


ok habis dah bodek
jom ke gambar seterusnya


Ini KAMI yang hadir

KIRI:
EJ+Pekjah+Lisz+Kiah+Intan

KANAN:
Yuni+Mar+Aza+Epy

semua ini si SHANTEK saya
muahsss!~


simple but nice!

saat-saat mendebarkan
ngeeeee


saat paling manis
^_____^
EJ pon jadi tak sabar ni
lalalalalalal!~

the HANTARAN


okey EJ sangat ADORE dengan sirih junjung ni
simple tapi mentarik hati betui
^______^


seri bakal pengantin selepas tersarung cincin di jari manis
auw!


EJ amek berkat
lalalalalalala
^_________*



KAMI
memasing dah mula nak merepek dah ni
symptom-sympton SOPAN makin menipis
kahkahkahkah


okey
ini penulis yang lately sangat rajin attend majlis tunang orang
wooot wooot
amek berkat sungguh!
dah nak sampai dah ke seru awak tu?
teeeeeeeeeeeettttt!~


ok bai




To my beloved ANA and KHAI:

Lets counting months for ur BIG DAY!
remember, jangan alah dengan dugaan
kentalkan hati
elakkan perselisihan faham
perbaiki hubungan kepada yang lebih baek dan terbaek dan paling terbaek
sayang korang!


To my super awesome KESAYANGANS:

jumpa lagi nanti
di Perak mungkin LADIES IN RED
kahkahkahkah
teeeeeeeeeeeeetttttt!



ok
baek berhenti di sini sebelum penulis makin merepek
bai





March 13, 2011

EJ dan CharKuewTiau Yang Syurga!


Hye bloggers
lama EJ tak update kan kan kan
^________^
banyak benda nak share ni kat belog shayang saya
selamat muak hadap entry berlambak-lambak InsyaAllah



hey
hari tu EJ berpeluang melepaskan KEMARUK nak makan charkuewtiau paling SUPERB pilihan anak tekak


LOKASI:
Permatang Pauh, Penang


hari tu masa on da way nak balik KL dengan ajie
sempat merengek ajak dia singgah kat sini
makan
padahal before keluar rumah
Mak Nab and Abah dah masak mihun goreng
hehehehehe
nak buat macam mana
tekak ni mengidam lama sangat dah
lepas gian
hehehehehehe
thank you sayang sudi layan kerenah saya




okeh mari layan pictures dengan tujuan untuk melelehkan air liur korang
woooot woooot!~





............................................................................................................................................................................................................................

Ini charkuewtiau heaven itu
Oh my!
naaaaak ampat pinggan lagi
T______________T

ini jeruk cili yang paling sedap penah saya makan
lain sangat rasanya
memang sangat sedap
match habis dengan charkuewtiau heaven itu
ooouuuccchhh!~

Ngeeeeeeeeeeeeee
comelkan udang tu
Encik Hubby Wubby memang pandai kupas udang
^________^
sangat bahagia kalau dapat makan charkuewtiau dengan beliau
tak payah susah-susah kupas udang
ngeeeeeeee
lep lep lep


promote sket Hubby Wubby saya
^_________*


okey habis!
maknanya sangat sedap..


oh TAUGEH itu?
abaikan sahaja
EJ memang benci sangat dengan taugeh dicelah mee kuewtiau mihun bla bla bla
T__________T



uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
nak makan lagi
nak ampat pinggan lagi






March 08, 2011

Al-fatihah

Saya dalam perjalanan pulang ke Penang. Takziah buat en.bf sekeluarga di atas pemergian nenek tercinta awal p agi tadi. Doa saya dan ajie slamat sampai ke penang dengan selamatnya ya.


Mari doakan semoga arwah nenek ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin

March 07, 2011

Dear Stalkersss




nak jadi stalker tu janganlah terang-terang sangat
kalau dah hafal URL tu
taip je lah
www.eimajer.blogspot.com
bukan susah pon
memang dah ada dalam KEPALA HOTAK AWAK tu kaaan
(gile budget kau EJ. hahahaha)
buat apa nak search bagai



lagi satu
kalau dah bukak blog tu
jangan la lupa LOGOUT
takdelah meninggalkan jejak bila kau datang mencari cerita mencari bahan nak tempek kat facebook kau punye STATUS
*sigh

BANNER or HEADER PICTURES tu jangan la nak letak yang pose ala-ala sama-sama sangat
carilah IDENTITI SENDIRI
lepastu DESCRIPTION tentang diri sendiri bla bla bla tu jangan nak COPY PASTE than EDIT sangatlah
tak cool



menulis dengan hati
bukan bukak belog sebab TREND
bukan nak ada belog sebab NAK HENTAM BALIK orang
niat tu dah tak bagus
macam mana nak ada identiti sendiri dalam berblogging



RANDOM: tapi kalau terlalu takut mencuba penulisan baru pon tak guna jugak. terlalu takot orang kata kau punye susunan bahasa macam dia ni macam dia tu. LOL. kau menulis dengan hati kan? buat apa nak takot. jangan terlalu mengawal penulisan sebab takot kena hentam even kau memang slalu hentam orang. hehehehehe (terkeluar topik asal)-mencelah



itu dalam blog ni hah
yang ada dalam FRIEND LIST FACEBOOK tu
tak tahulah apa dia cari
bukan tak tahu kau ada
saja buat tak tahu
HIDDENlah selama mana kau nak hidden
gile TEGAR



T__________T

OKEY
Pity them



tapi pity lagi aku yang rasa nak demam MAN UNITED kalah semalam. tapi takpe, sekurang-kurangnya puas hati gak tengok status fb dok lawan betengkaq dengan fan club mana ntah yang very-da-over. HAHAHAHAHA aku benci orang-orang yang ada pemikiran perempuan ni tengok bola ikot bf. wei, aku dari standard six dah tengok bola. dulu ex-bf die hard fan LIVERPOOL tau. aku relax je MAN U. dan tolong jangan hengat perempuan ni CETEK sangatlah info tentang bola. kaaaaaaaaaaaaaaan awak yang dah panas sendiri. hehehehe
maaf kamu
alaaaa janganlah amek hati
demam bola without ayat-ayat menghanjeng orang ni
tak best laaa
macam minum teh tak letak gula
KELAT!



^_____________^


okey
paling terkeluar tajuk last paragraph tu
ok bai














March 04, 2011

EJ Yang Tak COOL Lansung!

sedap apam ni ni.comel plak tu.so colouring.nomnomnomnom




hey EJ
3 minggu 4 minggu ni kau asek TEMPERATURE HIGH tak boleh nak kawal je
apsal ni?



dah macam TEBUAN dah aku tengok
pantang dijolok
pantang dikacau
pantang orang cari pasai
dah tak pandai nak cool nak sabar dah
telinga berdesing
terus nak meletop
haishhhhhhh
sumpah tak cool!~





smalam En.BF sound setepek
T___________T


padan muka kau EJ!




eh sayang
bagi sini SABAR awak sket
cool awak sket
nak buat servis hati sket ni bagi cool plus sabar sket
saya pon tak suka saya yang macam ni
TAK SELESA


Maaf pada semua yang terlibat secara lansung mahupun tidak



p/s: saya ikot rentak orang je. orang diam saya diam. orang bercakap saya bercakap. orang menghempas saya boleh menjerkah. orang perli kat status fb, saya boleh berterus terang kat status fb. orang jaga hati saya, saya jaga hati orang balik. orang sabar? hey, saya boleh sabar berganda. Fair n square izit? barulah kita rasa apa yang orang rasa. kalau kita tak suka akan rasa tu, so please jangan bagi orang rasa. what u give u'll get back. life is simple actually.



salam jumaat



teruskan memikir yang baek tentang orang yang sedang kita marah
panas tu cepat turun
Alhamdulillah
=)





March 03, 2011

DamnItsTrue Weh!


  • Strength of a man isn't in the weight he can lift. It's in the burdens he can carry. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't in how hard he hits. It's in how tender he TOUCHES. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't in how respected he is at work. It's in how respected he is at home. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't how many buddies he has. It's how good a buddy he is with his kids. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't in the deep tone of his voice. It's in the gentle words he whispers. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't seen in the width of his shoulders. It's seen in the width of his arms that circle you. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't how many women he's loved. It's in how he can be true to ONE woman. #DamnItsTrue

  • Strength of a man isn't how many women he's loved. It's in how he can be true to ONE woman. #DamnItsTrue



okey yang LAST skali ni memang fuckindamn oh damn TRUE!
hahahahaha



btw
kalau tanya aku
kekuatan lelaki tu pada aku adalah da way dia CARE akan keluarganya
InsyaAllah, keluarga yang bakal terbina bersama dia
pasti sempurna kasih sayangnya





lakukan kesilapan tapi tak malu untuk memperakuinya
tak ego untuk memohon maaf
dan paling penting
kekuatan lelaki itu adalah bila dia berjaya mengawal EGO LELAKI miliknya




hey lelaki saya
semoga yang baek-baek sahaja untuk KITA
kita yang sedang dibina terbina dan sedia kala terbina
amin



baek buruk kamu
hanya kamu saja LELAKI saya








March 02, 2011

Mesti La Bangga, pergi CLUB kot!~


okey
meluat tengok pengakuan AWEK KURANG HAWT YANG MUNGKIN BARU BOLEH PERGI CLUB
oh ho
sungguh EUW!



eh kakak syira
eh cik kak baju putih kurang hawt
orang lain pon pergi club jugak
takdelah mempunyai perasaan sungguh BANGGA macam kau
dah bukan macam anak melayu
punya adab punya resam
haissshhhh!~



GELI tekak ni
nak muntah darah



dah la tu
murah sungguh kau
dok bangga-bangga bagi satu malaysia rasa malu
kau tu bangsa melayu
bangsa AKU!
huh




hmmm yang hal DANGDUT tu
aku malas nak komen
sebab aku tak tengok
GELI!




p/s: lately aku rasa manusia semakin BANGGA buat jahat. eh eh eh tak KEY EL la babe kalau kau aweks kau tak pakai hawt pant. eh eh eh tak METROPOLITAN la kau kalau TAK MINUM TAK MABUK. Ouuucccchhhhhhh sungguh kampung la kau kalau lepak-lepak KAU TAK SMOKE wahai perempuan! Hmmmmmmmmm



Info: oouuuccchhh saya paling MELUAT dengan certain aweksss yang smoke sekadar nak nampak diorang soooooooooo KL. huh! kalau memang dah ketagih tu aku tak sakit hati mana pon. yang lebih nak berlakon hot tu. MELUAT!






March 01, 2011

::HANI::

T_____________T



dah lama tak dapat tengok seri drama melayu yang BERKUALITI
saya ulang
BERKUALITI



lately asyik disajikan dengan drama-drama melayu yang ntah merepek jiwang karat terlampau
pergi balik kisah orang kaya-kaya
cinta yang taksub gila
yang kita tengok pon kita dah boleh tahu ENDING cerita macam mana
hmmmmmm!~



selepas NUR KASIH melabuh tirai
ini cerita yang berjaya menyentuh hati saya
titiskan air mata saya
yang tarik kaki saya suruh balik dari office dengan kadar paling cepat dari hari biasa



::HANI::


ini barulah drama melayu yang berkualiti
cerita masyarakat yang penuh realiti
banyak pengajaran
yang kadang-kadang ada episod drama ni yang buat aku takot nak tengok
tak terdaya nak berimaginasi kalau-kalau aku ditempat Umu Hani
diambil kembali nikmat pandangan mata
dunia yang cerah bertukar gelap gelita
SubhanaAllah
T_______________T



HANI dah melabuh tirai sekejap tadi
episod akhir yang sungguh menyayat hati



aku menangis sebaldi tadi
sedih gila part dia pelok Al-Quran
dengan jubah serba putih bersih suci



dan paling tak tahan
bila di saat-saat akhir hembusan nafas terakhirnya
dia dianugerahkan Allah untuk dapat melihat dua raut wajah kesayangannya
Ibu dan ayahnya
Ya Tuhan
T_____________T
sedih gila



sungguh halus sususan penceritaan drama ni
pengakhiran yang paling sempurna
penerbit yang hebat
pengarah yang superb
barisan pelakon yang malatop
T______________T



p/s: habis cerita je, terus telepon mommy sebab sedih sangat. mommy cool gila. pergi bantai gelak sebab saya sedih tengok muvie.