dah tercatit mungkin
niat baik yang tumbuh dalam hati aku ini
yang lantang disuarakan dek mulut manis aku ini
di salah ertikan
dicedok yang negatifnya dahulu
adun dengan rasa marah rasa tersentuh dek kerana teguran yang datangnya dari aku
lalu
ia membuahkan KEMARAHAN
wujudkan KEBENCIAN
perlu kau tahu ya
aku itu mahu yang terbaek sahaja buat kamu
mungkin terlalu berterus terang
agak tajam
agak kejam
agak menusuk
aku mohon maaf
tapi pegang dada kau
tarik nafas dalam-dalam
rasainya
fikirkan nya
adakah hati kau betul-betul menolak nasihat aku
apa betul jiwa kau menolak akan teguran aku
tanya mereka betul-betul
kerana aku sudah biasa
teguran aku memang orang lihat yang negatif dahulu
bila jiwa dan hati dah bercantum kembali
terpisah dan bebas dari hasutan iblis
bila amarah mula menipis
aku yakin
positif itu akan datang
ambillah sebanyak mana masa yang kau mahu
aku tetap di sini
kerana aku tahu Tuhan tahu apa yang kau sebetulnya perlu tahu
No comments:
Post a Comment