May 31, 2011

Hari PURPLE sePENANG



sekitar wedding reception my future lil brother in law and his wife
^____^


majlis sangat awesome
penat semua hilang
sebab semua orang happy sepanjang majlis



mari layan gambar kami sekeluarga
jangan jemu


Mommy Nab
we love you mak!

Abah+Mak+Pengantin+da Besan
=)


The familia

Hubby Wibby+da pengantin Angah Mohsin+Ajaq+Uteh



EJ dan Myra

Mira and Sue

si bongsu Adik Tini

EJ+Mira and Myra Lil Sistas

Lil Bro Munir
budak paling manja




Hubby Wibby
^____^

All da yayangs yang sudi datang dari KL sana
thank you sooo much
Love you guys!



da HOUSEMATES
^____^

hokay ini je dulu stock pictures yang ada
da rest masih kumpul-kumpul tetambah gambar kami main arang bontot periuk belanga bagai
basuh periuk time!
memang super awesome


Hokay
penulis nak buat special THANKS to Cik adik manis kat bawah ni


Cik Fafa
credit to you yang untuk semua pictures di atas
jasamu di kenang
^_______^



to PENGANTIN BARU
selamat menempuh alam rumah tangga
semoga berbahagia sampai bila-bila
murah rezeki
dipermudahkan segala


Kak Eima sayang awak semua



current mode penulis: Bahagia dengan cinta sekarang =)



May 30, 2011

From Penang With Love

Happy Monday peeps!

Oh Em Gee
Its Monday blues and Im in Penang
ngeeeeeeeeeeee
^___^



bestnya kalau dapat monday yang macam ni 100 minggu lagi
okay tak payah nak merapu sangat



short updated!
kerja banyak menanti



penulis di Penang
hubby-wibby-home-sweet-home
for our lil bro n lil sista in law's wedding reception
until this tuesday InsyaAllah



majlis berjalan sangat
lancar semalam
cuaca yang baek
tetamu yang datang tak henti
persiapan yang kami sekeluarga buat semuanya berjalan seperti yang dirancang



semua cantik semua kacak berbaju purple yesterday
yeah
kami keluarga yang bahagia
happy wippy!
^____^



Thank you kawan-kawan yang sudi datang
jauh-jauh korang datang
thank you all da yayangs yang datang dari KL
tak lupa jugak aida fahmi and friends
jugak dari KL
terharu sangat korang sudi datang
even ini bukan wedding kami
terharu!
hugs and kiss from both of us

abaikan muka penulis yang tak boleh blah tu
over you!



masih mengumpul segala gambar
will update sooon




lihat gambar di atas
kemuncak gembira cinta saya
adalah kegembiraan bila bersama keluarga macam ni
hati rasa plaing gembira
sangat



Tuhan
aku tak pernah lupa
panjatkan kesyukuran tak terhingga untuk segala kebahagian ini
terima kasih
syukur




to: housemate sayang
-sue-
tq sangat sudi ikot balik penang and tolong kami semua banyak
makaseh banyak-banyak
nanti awk balik skali lagi kita jenjalan sampai lebam okay
sayang awk ketat!



ok peeps
kat sini dulu
ada masa updated lagi



-ini entry fresh from penang!-
yeahoooooo









May 27, 2011

My Home Made Sambal Sotong


betul ke tajuk entry aku ni
pakai hentam kromok je kan kau EJ



This is How I Cooked my hand-home-made-sambal-sotong
^____^
simple step


sotong perlu segar
baru sedap nak menyotong
^____^
credit to Cik Housemate pandai pilih sotong


cili kering dalam 1 genggam
oh please
dont you eva use cili-kering-Giant okayyy
sangat PEDAS!
disarankan: beli cili kat runcit biase je. sedap.selalu sedap


bawang putih
bawah besar 1 ulas
kasik bland je semua perkara di atas




Minyak dalam 2 senduk besar
tumis je semua perkara yang sudah di blanded
tumis sampai penah minyak
masuk garam
masuk asam


biar kering sket
masuk air asam jawa


biar sebati dan kering sedikit


then masuk sotong segar itu tadi
kacau sebati
TUTUP DENGAN PENUTUP KUALI


okay
itu penting
sebab sotong mengeluarkan air yang banyak
air sotong tu la yang nak bagi sedap sambal kau
ada paham?



agak dalam 10 munites tu
bukak penutup kuali tu
biar masak n keringkan sket sambal tu


then hidang





Me and my plate
nafsu serakah tui


my housemate's plate
ah budget diet
menci




ajie's plate??
HAHAHAHAHAHAHAHAHA



Takde!
sebab dia jauh
uwek
padan muka





















May 26, 2011

Vespa Kuning


teringat sapaan kau di twitter tentang empunya tuan vespa ini
^___^




dan.
di situ KITA bermula







Error Not Found







masa idea mencurah-curah
tangan gatai nak menaip
macam-macam nak hupdated



kau buat hal plak blogspot
tak boleh nak login
ERROR
NOT FOUND




grrrrrrr




skarang
otak dah blur
bahasa dah lari
jiwa ntah ke mana
takde kat dunia kecil ni



komitmen kerja untuk hari terakhir bekerja untuk bulan ini lebih penting
dahulukan periuk nasik sendiri
nanti aku updated!




hmmm penulis dah bau laut penang ni
tak sabar nak balik sana
haiiisshhh!



May 22, 2011

Mohsen Love Darliyana, Regina Love Yassir




21st May,2011 jugak merupakan hari bahagia buat pasangan di atas ini yang melangsungkan hari bahagia mereka dengan sekali lafaz dengar kata


ini adik hubby wibby saya dan si manis sebelah beliau adalah wifey tersayang


kepada Angah dan Adeq SELAMAT BERBAHAGIA
Kak Eima doakan yang paling terbaek paling bahagia untuk korang berdua
cinta 8 tahun ke jinjang pelamin jugak akhirnya
weeeeeeeeeee!



maaf
tak dapat balik on your solemnization day
InsyaAllah, wedding reception this week akak balik
cuti seminggu ni
hehehehehe
^______^
tak sabar nak pakai purple satu keluarga!




to: hubby wibby
fuyoooooo dah dapat adik ipaq!



to: mak abah
selamat menyambut menantu
=)




bahagia untuk kalian semua
kalian kesayangan saya



counting days nak bau laut Penang!
oh my
tak sabaq tak sabaq


ini Regina
kawan baek saya since skolah
nama yang ada dalam kamus oxford
kau ada?
hahahahaha tetibe

p/s: alaaaaaaaaaa 29 May ni jugak wedding classmate dan kawan baek. maaf Yassir, aku tak pergi kot wedding kau kat penang sana tu. tapi aku datang wedding isteri kau REGINA ye. tahniah bro. 10 tahun kau simpan baek-baek hubungan cinta. hahahaha aku punya ntah hancuq ke mana. tapi korang tetap utuh sampai sekarang, tetibe teringat zaman double dating dulu. kahkahkah cinta monyet kau memang berhasil lah wei! TAHNIAH dapat bini cantik! auw...



Happy Bufday Aza!




ini Aza Elliani Omar
sahabat menjerit sahabat bergossip sahabat melepas tension sahabat tumpang pergi kelas sahabat berfoya sahabat paling gila masa zaman pengajian ijazah dulu


ntah tak tahu bermulanya pada titik mana
sahabat ini makin dalam aku letak dalam hati
makin sayang bergunung dalam diri
dia antara sahabat terbaek aku
sahabat yang gemilang dan terbilang



sahabat yang punya latar belakang gadis kampung yang sama
(tapi hometown beliau lagi RARE!)
kepala hotak yang sama
kadang-kadang perkongsian masalah dan kesedihan pon hampir sama
dia paham aku
aku sangat paham dia



tahu?
mengenali keluarga cik aza ni adalah antara peluang Allah yang paling-paling aku hargai
mommy yang cool pandai masak gila
oh roti jala!
kakak-kakak yang sengal
anak-anak buah yang comel
semua buat aku sayaaaaaaaaaaaaang sangat mereka sekeluarga!



dan semalam
sahabat terbaek aku ini dah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-25
ini entry nak wish bufday actually
T______T

SELAMAT HARI KELAHIRAN AZA
semoga dipermudahkan segala
cepat kaya
makin cantik
terus kukuh iman di dada
bertemu jodoh yang soleh
terus-terus menjadi anak yang taat



sayang kau dengan banyaknya!


ini kenangan kita!
jom layan sempena bufday kau

yang paling berjaya paling bahagia paling diberkati
aku doakan untuk kau
sentiasa


Happy Bufday AZA!



May 21, 2011

Nur Kasih The Muvie



NUR KASIH The Movie



terlalu banyak plot laaa
jadi serabut
terlalu nak hidupkan unsur islamic
sampai pergi Jordan bla bla
plot nampak tak real sangat
kalau insiden buat kat malaysia je kan lebih baek
dalamkan lagi plot budak-budak nakal tu
insiden sampai Adam sakit bagai kat situ je
kan lagi best



sayang Malaysia kan?
Malaysia pon negara islam ape?



hmmm muvie ni macam lebih kepada kenangan
dan terlalu serius terlalu sedih sepanjang masa sampai habis
haissshhhh!
banyaklah lagi dan



biasa-biasa je dari KB
hmmm awak memang takleh buat filem kot
asal filem je tak jadi
asal drama series ke hape MALATOP sungguh!
takpe
tetap adore kau



p/s: tapi kesesakan dalam panggung memang KAGUM!




May 18, 2011

a.i.d.a.s.h.e.r.r.y


I miss her so much!
so badly
so deep
a lot



p/s: everything will be okey soon. let be time killing all da bad feeling between us. dan orang yang sepatutnya bercakap benar bila kita berbicara tentang kesilapan kita, akan membuka mulut dan keluar dari persembunyiannya.



May 17, 2011

Bahasa Jiwa 21#




aku terlalu banyak mengelamun
hingga terlupa rentak keyboard yang perlu ditarikan jemari
bagi menghasilkan susunan ayat pewakil sang hati



Bahasa Jiwa,
EJ

May,2011

Eeerrrr


yeah
tanpa aku tahu aku rela atau memaksa




May 14, 2011

Bahasa Jiwa 20#




tak perlu gambar BERDUA
senyum kamu selalu kemas di dalam hati
Tuhan tahu
Hati perlu akur
Ego perlu saya kuburkan


ya
saya masih simpan kemas kamu dalam hati saya
tak pernah padam



mana ada sayang yang boleh dikikis kalau ianya IKHLAS bukan?



p/s: maaf lama tak menjenguk. mengelak untuk memikir yang buruk tentang kamu.


May 12, 2011

Bahasa Jiwa 19#






Luka hati yang pernah terhiris
tak mudah diubati di suruh pergi



bahagia yang datang menjenguk diri
juga tak mudah kita tepis kita hindari



dan bila luka lama itu menziarahi minda
jangan pernah marah
jangan sesekali mengeluh
ia mungkin sepalit kenangan pahit yang bisa menjadi peringatan hati
untuk tidak terbang terlalu tinggi
melayang terlalu jauh
mencinta terlalu dalam



kerana yang di hadapan itu
masih rahsia Tuhan



Bahasa Jiwa,
EJ
May, 2011


May 09, 2011

Wajib Tonton

oh Paul Walker
saya tak tengok lagi cerita ni
T__________T



ramai cakap filem ni best
ini genre kegemaran saya
hey
saya belum tengok jugak
T_________T



TAPI
dah sebok counting days nak tengok NUR KASIH Version Film
berkira hari
mengira masa
oh Ustaz Aidil, rindu tahu?


tak sabar tak sabar tak sabar
10 days more!





The RED DEVIL Vs Monday Blues Eh Silap THE BLUES!



Oh today is MONDAY
Monday yang takde MONDAY BLUES
monday today sangat SEMANGAT!
YEHUUUUUU




Just nak cakap
Hari ini EJ pakai BAJU BIRU pergi KERJA meraikan KEMENANGAN big game Chelsea Vs Man United lastnite!



eh eh eh eh EJ
kau CHELSEA fan ke?
pakai baju biru bagai?



HAHAHAHAHAHAHA
EJ pakai baju biru sebab semua baju MERAH dah packing seksiap
kami kan nak ke WEBLEY end of this month!
EPL almost DONE beby
oh yeah



Glory-glory Man United!
I Heart You So Much My United!



To Apai:
kau terlalu pasrah kat twitter lastnite
tak sampai hati nak buat entry untuk apai 2
kahkahkahkahkah

pssst pssst pssst
dah boleh pulangkan balik dah Torres tu kat The Kop
dia tak sesuai kot pakai warna biru
macam bayi alah dengan pampers pakai buang
teheeeeeeeeeee



To Azuan:
lets pack and ready ti fly to WEBLEY bro
oh yeah
^________^



I game more to complete our journey in EPL!
go Man United Go!







May 08, 2011

Panas Yang Pelik



oh Malaysia PANAS!



perasan tak?
dah TIGA HARI dah MALAYSIA kita mengalami cuaca yang sangat panas
panas yang pelik!
panas yang sangat panas
panas yang batalkan semua nawaitu untuk keluar rumah
kalau boleh nak kurung dalam rumah
nak baring dalam bath tab je
nak tido dalam bath tab oh sejuk dan nyaman


untuk rumah yang takde aircond macam saya ni
rasa macam nak tido dalam bilik air je
T_______T




semalam saya rasa MENYESAL gile vavi lah fixed appointment hari sabtu
Ya Tuhan, memang sangat panas CHERAS
lalu plak MRR2 yang memang pansa oh panas dan panas
tak terungkap panasnya
minum air kelapa 1 bijik pon tak hilang panas
oh em J



tadi jumpe mommy sempena mother's day
HAHAHAHAHA mommy saya kan datin
kena buat appointment bila nak jumpa beliau
kahkahkahkah
ok tipu
mommy saya belajar agama di dengkil
nak jumpa beliau, kami anak beranak kena ke sana
pakai baju kurung YANG SOPAN shantek-shantek
T__________T




dah nama pon tempat blajar agama
percaya tak kalau saya cakap rumah mommy saya sejuk je!
padahal bukan besar sangat pon rumah tu
tempat mengejar akhiratkan
serba sederhana
tapi sejuk je walau kat luar ya Tuhan, memang terik yang pelik sangat cuaca
subhanaallah



tadi ngadu dengan mommy


EJ: mak, perasan tak cuaca sangat panas kan 3 hari ni. pelik sangat panasnya. tapi rumah mak sejuk ja. peliks

mommy: hahahahaha awak tu nakal. lagi la betambah panas rasanya!

EJ: T___________T speechless

mommy: ustaz ada cakap smalam. malaysia sekarang panas pelik sangat. bala Allah mungkin. ada ke pemimpin yang sokong suka gembira OSAMA mati dibunuh pejuang kafir. SEAGAMA kita tu.

EJ: gulpppssss.....



sampai sekarang memikirkan apa mommy cakap
dunia dunia
orang sekarang tak fikir 2, 3 kali dah kalau bercerita tentang agama
pakai main hentam cakap je



rumah kita yang batu ni takpe la jugak
boleh tahan lagi
macam mana la nasib rakan-rakan kita yang rumahnya masih beratapkan zink
ada kipas buruk je
dinding pon papan
T____________T



*muhasabah diri






ROJAK Malam Minggu




sob sob sob sob
T_______T




kejap tadi hubby wibby datang fetch me up bawak pergi DINNER untuk kali terakhir di bulan MAY
sob sob sob sob
sumpah saya sedih dan sangat berat hati nak lepas beliau balik penang
tell me now
lepas ni saya nak mengada-ngada dengan sape pulok?





after hantar Ibnu and Gaps da yayangs ke KLIA
beliau amek barang kat UPM sana then terus datang OUG
jauh gile pergi dinner
sampai ke IKEA sana
bayar hutang MEATBALL yang hari tu bufday boy sentap
malam bufday wish nak makan meatball IKEA tapi-sebab-gf-gile-kerja-jadi-lambat-sampai-je-kaunter-dah-close
kesian!



so hutang dah berbayar
ye la, risau jugak
nak drive jauh-jauh tapi ada benda yang nak makan tak kesampaian lagi
bila dah dapat tunaikan
rasa lega sangat
tapi hati tak lega-lega jugak nak lepas awak balik
eeeeeeeee benci LDL
T___________T




-maaf tiada gambar-



lepas balik dari IKEA terus gerak ke UPTOWN Heritage, Serdang
ye ke namanya macam tu?
hahahaha pakai hentam je sebab ia terletak betul-betul depan The Heritage Condo oh rumah impian tu



buat apa sana?
hehehehehe pergi amek berkat pengantin baru la
jumpa kakak and abang saya
papa mama yokies
sebab hubby wibby nak balik dah
kakak plak dah nak pergi training kat PD
lepas ni memang susah nak jumpa
kira jumpa untuk kali terakhir di bulan MAY ni jugaklah
gonna mish u kakak!~




-iklan-



okey nak wish SELAMAT PENGANTIN BARU untuk kakak and abang saya
gila pantas
baru last 3 weeks bertunang
now dah sah jadi suami isteri
maaf ye tak dapat hadir majlis akad nikah hari tu
kena pergi JB
tapi takpe
wedding reception nanti MESTI DATANG!



semoga berkekalan dan cepat sket bagi abang saya seorang baby comel!
^_____^
oh aunty EJ
auw!!




saya sayang sangat kakak and abang saya
yang paling bahagia doa saya titipkan untuk kalian berdua
lep lep lep lep



to hubby wibby
have a safe travel
gonna mish u a lot!
ingat janji awak, once a month follow pengantin bari si mohd shahid tu jenguk wifey dia
awak pon WAJIB jenguk gf awak ni
T_________T



cepat la hujung bulan
tak sabar nak balik kampung nak balik penang
nak jumpa baby Qis, Amcik, Kak Cik, Amteh
nak tengok si shantek REGINA atas pelamin
nak tengok ANGAH and ADEQ naek pelamin
nak jumpa HUNNY MADU CHENTA KALIAU!



tak sabar nak cuti panjang
penat la kerja!



ok.
ini entry rojak yang ntah mana mula ntah mana akhirnya
hahahahahaha
tapi yang pasti story atas tu memang sahih tak basi
baru kejap tadi je terjadi
teheeee



happy weekends peep



IBONDA SAYA:
-HAJAH SABARIAH JAAFAR-



SELAMAT HARI IBU!
terima kasih untuk setiap titis susu yang mengalir dalam tubuh anakmu ini
terima kasih untuk segala didikan, pengorbanan dan kasih sayang
sayang mak sangat-sangat
without you. i am nothing!



TO MY FUTURE MOM IN LAW:
PUAN ZAINAB


Happy Monther's Day Mommy Nab!
terima kasih untuk segala dorongan, smangat dan kasih sayang
Love you mak!





May 07, 2011

Konflik Rasa

-tiada gambar-

Errrr errrr errrrrrr
perlu JUJUR


I am missing someone in my past!
and its so DEEP!



dan seminggu try AVOID this feeling
cuba hancur-hancurkan perasaan rindu ni
kawal minda paksa pikir hal lain
tapi rindu jugak!




dan last 2 days
ia makin PARAH sebab my nephew baru pulangkan my lappy
lotsa memories kan dalam lappy tu
aku kawal tangan dari pergi menggodek segala ruang folder yang ada
ah, GAGAL
sebab tangan ni kan dikawal oleh MINDA
dah minda plak asek keep pikir pasai kau




kenapa ea?




ini KARMA ke?




"lagi lagi KARMA. itu yang disebutnya"
ayat LB saya bila saya mengadu tentang ini semua
kahkahkahkah
beliau marah tiap kali aku salahkan diri sendiri
dan keep saying semua yang aku rasa ini adalah KARMA




tapi betul apa?




sebab aku pernah lukakan kau separah yang ntah aku sendiri tak dapat nak terangkan dengan bait ayat
luka yang walau macam mana aku kata aku faham sakitnya
tetap tak sampai untuk aku rasa aku fahami
sebabnya si pengluka itu aku
yang meluka itu aku




aku deserved apa semua ni
padan muka la kan!
(mungkin ada seseorang atau beberapa orang yang tengah tersenyum puas membaca)
mungkin




'dah lama tak jumpa kot and bila depan mata tak macam apa yang kita aspect'
ok.
aku ni lebih kepada rindu atau terkilan?
sebab DEEP sangatkan?
peliks
sampai tengah buat kerja pon
kepala hotak ni ligat ingat kau!
tak paham




baru padan muka kau EJ
now kau rasa la kan
(someone atau beberapa orang sedang tersengih membaca)
mungkin



konflik perasaan betul la kau EJ



plus nak jumpa sangat LB tapi ada je halangan
perlu sangat kau
kau paham aku
paham jiwa aku




akan cari masa paling sesuai untuk kita duduk lepak berdua bergosip dan cover segala cerita
dan aku akan pastikan ia sebelum JUNE datang menjengukkan rupa




'yang berlalu biarkan berlalu'
LB



konflik rasa ni macam mana nak handle?
T________T




LDL Itu Bulshit Rasanya!




kau mengada tahu EJ
bukan 2 bulan baru berkongsi rasa
tapi dan mencecah 5 tahun plus plus beberapa purnama



bukan tak biasa berkutub utara kutub selatan
sorang di JB sorang di KL
sorang di KL sorang lagi di Penang
semua penah rasa



dah tu kenapa nak SAYU sangat???



baeklah
saya kembali berLONG DISTANCE LOVE
yang akan bermula ESOK!



IDamnHeartHateThisFeelin'
T___________T



Happy weekends peeps!
weekend saya akan sungguh bosan





May 04, 2011

Bahasa Jiwa 18#




rindu yang membuak
meruntuhkan segala benteng ego
yang mengawal emosi mengawal hati


tapi rindu yang membuak itu jugak
melukakan
meluluhkan
menyakitkan



kau puaskan?
ya
aku terluka ni
agak parah
dan terngiang-ngiang luka tu



kau senang hatikan?



tq




May 02, 2011

Emosi Memusnahkan Adab



macam mana pon kau tunjuk kau protes kau emosi kau marah kau benci
kau tetap aku letak di suatu sudut istimewa
yang mana ruang lingkup itu cukup sayangnya cukup perhatiannya
walau tidak sesempurna dulu
tapi tak pernah berkurang kasih sayangnya



kau boleh terus memberontak
I deserved it
itu KARMA hidup yang aku kena terima
kerana mungkin terlalu banyak luka
yang dah aku wujudkan
yang dah aku calitkan
aku terima




suatu hari bila masa itu dah tiba
kau pasti faham



semoga segala kebencian akan berakhir sedikit demi sedikit bersama beredarnya masa
yang terbaek yang paling sempurna untuk kau di sana



p/s: abaikan tajuk entry.lansung tak match! ok bai




Bff's Solemnization Day



29 April, 2011
bukan setakat ulangtahun kelahiran hubby wibby saya
tapi ia juga merupakan hari paling bermakna buat pasangan Maryam and Muslih iaitu sahabat karib saya masa study dulu yang melansungkan pernikahan mereka pada sebelah malam 29 April tersebut



CONGRATS YAM!!


saya tak dapat hadir malam tu
ada tuntutan hati yang tak dapat elak sebab bawak bufday boy perdi dinner sempena bufday beliau
maaf yay yam
tapi kiriman doa sentiasa mengiringi kalian berdua
semoga yang paling bahagia untuk anda berdua


saya tak ada gambar yang banyak untuk majlis anda
akad nikah saya tak dapat hadir
wedding pada esoknya pon datang lambat sebab ada komitmen kerja
T__________T
uwaaaaaaaaa sangat sedih tak sempat tengok korang bersanding
sedih sedih sedih


ini antara gambar yang saya curi dari fb anda
kahkahkahkah
jangan marah tuan empunya gambar yay kalau ada yang membaca






Add Image

Congrat again my bff Yam
happy for you