June 08, 2011

Bahasa Jiwa 23#



TAHU yang TIDAK ikot masuk campur
dan
TAHU yang IKOT masuk campur
dua situasi berbeza



kau harus paham itu



hidup aku simple
bila orang datang hulurkan persahabatan
aku sambut
jangan terus-terus letak NEGATIF di hadapan
kalau ada cerita buruk cerita aib cerita tak bagus dah disaji ke minda kau
sambut huluran dengan senyuman
ambil masa untuk saling mengenal
kita itu manusia
tak semua baek belaka
tak semua buruk dan busuk



hidup aku simple
bila orang datang mencari kebenaran untuk kekeliruan mereka
kenapa aku takot untuk bantu?
kenapa perlu aku hidden
itukan kebenaran
kebenaran di pihak aku
mereka ada akal
mereka masih mampu berfikir
ceritakan yang benar
lepaskan mereka untuk berfikir
timbangkan
dan cari jawapan kebenaran itu sendiri


kenapa perlu takot?



hidup aku simple.
aku buat salah, aku mengaku saja
kenapa kena malu untuk mengaku keburukan tentang kita?
dah itu salah kita
akui
beri penjelasan kenapa dan mengapa
orang nak terima orang terima
kalau buat muka taknak terima sekalipon
sebelum tido kau pikir jugak
janji kita mengaku
SEBAB
kita manusia
punyai fahaman berbeza
mungkin ini cara aku paham tentang KITA
dan itu cara kau paham tentang KITA
kita dua kan manusia



hidup aku simple.
bila aku cakap aku lepaskan semua
makanya
aku lepas yang betul-betul lepas
untuk point apa aku mahu ikot campur?
nak RAIH UNDI?
untuk apa?
aku elok sihat ukuh gembira dan berani bediri di tempat aku berdiri sekarang ini
untuk apa raih undi
dengan jaja cerita basi?
yang dah busuk yang dah mereput
yang dah lama berlalu
untuk apa?




hidup aku simple.
aku bukan jenis yang suka cari cerita
aku jugak bukan jenis yang KEDEKUT bila ada yang nak pinjam bahu
luah apa yang sakit
apa yang terbuku
aku sentiasa ada
ada pengaman aku yang bisa kau ambil untuk jadi iktibar
ambil
kaut habis
yang buruk jangan sesekali kau serap masuk dalam diri
simple.





hidup kau serabut.
kau bermain dengan isu lama.
kau bermain dengan aib manusia
kau takot nak cerita kebenaran
sebab kau tak suka orang tahu segala
segala yang sebenar
kau taknak nampak kau salah
kau tak mahu nampak kau kalah




hidup kau serabut.
dengan burukkan aku berguni bergunung berbukit
untuk raih apa?



aku jenis simple.
tak amek pusing
malas nak bising
apa terjadi antara kita
tak ada orang lain yang lebih paham SELAIN KITA
kau tepok dada
kau tanya minda



cerita aib aku yang dijaja
lansung tak jadi kudis untuk aku terus berdiri bahagia di sini
tahu kenapa?



sebab aku positif dengan kau!



kebenaran tu kerja TUHAN
DIA akan tunjukkan segala
nak raih undi buat apa



dan kalau kau terus negatif dengan aku
aku masih boleh tersenyum
sebab kau hanya masa lalu aku
yang punya pelbagai isu tak sudah



if you think u want To destroy me,
I think u should think TWICE
coz my life is tooo wonderful
WITH or WITHOUT you
^_____^



saya bercerita secara random



1 comment:

Anonymous said...

u give sum inspiration (; thanx