July 05, 2011

Bahasa Jiwa #25




aku memang macam ni
diam dan ke belakang
bila bergunung kasih sayang sedang mengelilingi kau
bila mana sekeliling pulun dan pulun hulur perhatian pada kau
aku tak pandai untuk berpusu
aku rimas untuk terlalu bersaing
hanya untuk perhatian
dan balasan kasih sayang dari kau



aku lebih suka kutip hanya sisa-sisa
yang ditinggalkan mereka
kerana sisa itu lagi suci
dari segunung sayang dan perhatian
yang perlu ditagih dan dirayu




kau boleh konklusikan aku itu ego


aku hanya si tak punya apa-apa
yang hanya ada kasih sayang
yang diharap dapat menggembirakan kesayangan
cuma perlu rasa nikmati dan sulamkan sedikit hormat dan hargai


sudah cukup memadai


;)


No comments: