sumber: Encik Google
lihat segala macam memek ayam tersebut
cepat lihat
ia pelbagai bukan
cuba kira kalau rajin
;p
cukup tak 500 ekor ayam-ayam tu?
rajin ke?
HAHAHAHAHAHA ok sudahlah intro yang macam taik tu
tahulah jejari runcing ni dah lama tak menulis
hak tui pui pui pui runcing celah manonya ejah oit!
ok melalut
makanya
intro panjang tak lebar tadi itu
hanya mahu cakap
Salam ramadhan yang ke 14
^_______^
itu aje?
okeylah okaylah ok-lah
bukan itu SAHAJA
Alhamdulilah
ini adalah ENTRY saya yang ke-500
ye saya ulang
yang ke 500 ye kawan-kawan
setelah dibelek dan didelete segala draft yang tak di post
yang dikepam yang diperap seperti pekasam
makanya
ini total entry saya yang bernyawa
oh yeah!!
penulis sangat excited!
tahu kenapa?
sebab masa aku baru-baru blogging dulu
aku tertarik sangat dengan pencapaian 1 blogger ni
dan aku blajar blogging pon dari beliau sebab suka baca belog hijau beliau
tak payahlah aku link kan blog beliau sebab blog hijau tu dah move
dah tak seaktif dulu
agak sedih sebab beliau memang sumber inspirasi aku
besederhana
tak kejar nuffnang
tak kejar followers
tapi jalinan persahabatan antara followers beliau sangat rapat
aku suka blogger yang besederhana macam tu
sampai sekarang rasa KEHILANGAN itu ada
dan aku adalah orang paling happy kalau beliau terbuka hati untuk serikan kembali blog hijau tersebut macam dulu
tapi kita perlu hormat keputusan orang bukan?
aku baca entry beliau yang ke 500 tu adalah pada tahun 2009
so sekarang kau bagitau aku
berapa lama aku tunggu untuk capai tahap ni
entry aku ke 500
T_______T
aku sangat excited
bukan nak meniru
cuma dulu memang pasang niat
suatu hari nanti bila sampai ke entry yang 500
aku akan buat entry khas
untuk diri sendiri dan dunia kecil ini
finally!
blog aku bukan blog kegemaran
blog aku kerap dijenguk oleh segala haters aku je
cari isu baru nak buat bahan tambahkan pahala aku
;p
blog aku bukan ada kutipan nuffnang pon
hahahaha sebab aku pemalas blog-walking
just suka melepak di blog-blog yang aku senarai kat tepi tu je
tu je lah aktiviti blog-walking aku
nak hai hai kat chatbox pon malas
loser kan?
makanya jangan tanyalah pasai apa even dah blogging almost 3 years
followers aku baru banyak tu
tak macam retis tak macam jejari tak macam adinda evans yow
auw!
hahahaha sebab aku mahu jadi gadisjahat
menulis tentang hidup puaka hati jahanam
yang jadi diri sendiri melalui penulisan
yang menulis tanpa harap sesiapa baca
tapi penulisan berkualiti
yang boleh buat orang macam aku terus dan terus jatuh cinta dengan penulisan beliau
aku mahu jadi Sloeka
yang tanpa sebarang gambar dan info diri
penulisan beliau tetap mampu terpahat dalam ramai hati
penulisan tentang jiwa yang sungguh mendalam sungguh halus dibaitkan menjadi ayat
ayat yang membentuk 1 entry yang bagi aku setiapnya adalah sangat mahal sangat kualiti
tahu kenapa?
sebab aku seorang penulis yang tak punya apa
yang bukan menetap luar negara
yang takde suami kaya
yang tak cantik rupa
yang tak pandai buat tutorial belit-belit tudung
T____T
aku hanya seorang blogger yang pandai tempek-tempek apa gambar yang ada
yang comot yang tak cantik
yang kadang-kadang gedik kadang-kadang menggelabah dengan bf sendiri
yang baran tak tentu hala bila marah
yang annoying sangat kepada setiap mata segala haters
yang punya kisah hidup susah
yang ditakdirkan miliki kondisi hati jahanam
yang dan yang
itu aje aku ada
yang boleh aku sandarkan aku cagarkan aku gadaikan
untuk terus hidupkan blog ini
dunia kecil yang memang dah jadi sebahagian hidup aku
serius!
kepada yang punya masa membaca
terima kasih masih datang menjenguk
mohon aku
terus doakan blog ini akan dan akan terus hidup sampai bila pon
menulis itu antara kepuasan hati untuk aku
errrr kejap ayat gedik
kejap ayat merepek
tetiba ending dengan ayat jiwa
sekejap saya sekejap aku
err apa la kau derr
T_______T
oh yeah
entry ke-500 TAMAT
No comments:
Post a Comment