December 31, 2011

EJ's 2011 Highlights

sumber: tumblr


sekejapnya 2011 dah ke penghujungnya
aduh aduh aduh
berat sangat hati ni nak tinggalkan tangga umur 25 ni


hye hye 26
saya rasa saya tua
T__________T



seperti tahun-tahun sebelum ni
ameklah sedikit review tentang 2011



JANUARI, 2011

Januari sejak 5 tahun lepas adalah bulan Anniversary
2011 merupakan anniversary aku dan Ajie yang ke-5 tahunnya


Anniversary tahun ni agak meriah sambutannya
maybe sebab kami dalam proses memperbaiki hubungan setelah hampir setengah tahun berpisah
masing-masing cuba move on
tapi hampeh
berdua kembali jugak


someone call Ajie as 'Takdir berkali-kali' aku
hahahaha
aku rasa dia betul
hmmm semoga kami terus bersama sampai mati pemisahnya


TAPI January jugak menguji aku dan Ajie bila mana hubungan persahabatan kami diuji lagi dan lagi
tak tahu siapa salah siapa betul
apa tak kena apa yang kurang
masing-masing taknak ke depan mulakan perkataan
atur ayat selesaikan apa yang kusut apa yang bersarang hingga membentuk amarah membentuk dendam


dan bila sayang ini terlalu dalam pada mereka
aku dan Ajie tundukkan ego buangkan malu
cuba bertanya cuba menyelamatkan apa yang masih ada
tapi kami gagal
dibuang dikecewa dan kadang-kadang hingga rasa tidak dihormati bila perkara peribadi isu sensitif dibawa ke muka buku bagi menggambarkan amarah dendam yg memendam
campur tangan pula pihak ketiga yang aku rasa cuma gah bertopeng sahabat
tapi tak tahu apa pon
cuma suka mencelah nak bagi panas nak bagi hangat
bakar sana bakar sini
*kalaulah kita duduk berbincang luah apa terpendam
mungkin kita sekarang masih kita yang dulu
kan?


maaf kepada yang berkenaan
aku dan Ajie makin hilang makin hilang dari hidup kalian
kami terlalu sayang
dan bila sayang, kecil hati yang sedikit
cepat sangat menusuk dan mendalam


nak tunjuk rasa marah
kami terlalu sayang
tak pandai tak mahu
apa yang kami rasa ni, kalian jugak rasa
sebab kami sayang


Tuhan saja tahu betapa kami rindu
masa-masa kita


tak mengapa
ada nanti ke depan sana
ruang untuk kita perbetulkan segala
secara waras secara dewasa
aku percaya!


January aku lihat sebagai bulan Tuhan bagi aku habuan kesabaran yang lepas
dan Dia uji lagi aku mungkin untuk habuan kesabaran yang di hadapan
*mungkin
InsyaAllah

............................................................................................................................................................................................................


FEBRUARY, 2011

Hi.
saya pencinta yang sangat banyak kasih sayang
tapi maaf
saya tak sambut Valentine's Day
^_______^


cliche sangatlah kalau nak cakap hari-hari aku adalah hari kekasih
*bluek nak muntah


baeklah
disebabkan aku tak menyambuat Valentine's Day
makanya February 2011 yang manis bagi aku hanyalah Majlis Pertunangan sahabat karib aku masa di UTMKL dulu iaitu Cik adik manis Liza

kenapa aku ingat majlis ni?
sebab majlis pertunangan dia sangatlah cantik
dah la semuanya merah
aku kan addict sangat dengan merah ni

.....................................................................................................................................................................................................

MARCH, 2011


selepas tamat pengajian Ijazah kat UTM
berakhir pulak sesi Graduation
March merupakan bulan paling manis bila aku diberi peluang untuk bersua bergelak ketawa kahkahkah balik dengan kesayangan aku yang enam orang ni


semua berkumpul di majlis pertunangan Cik Ana dan Khai
they both classmates owsem aku
dan Cik Ana ni merupakan salah seorang kesayangan yang enam orang




Haishhhhh selain kesayangan yang enam orang
March jugak adalah bulan paling manis buat 2 orang sahabat karib aku dan ajie yang telah selamat diijabkabul


dan ini adalah The Pengapit yang-ntah-bilalah-nak-kawen
T_____T
okbai

...........................................................................................................................................................................................

APRIL,2011

April bulan chenta hati sambut hari kelahiran
dan 2011 adalah tahun yang palinglah memalukan EJ
sebab EJ tak sambut pon bufday bf dia
sambaut ala-ala kadar je tau
ntah apa la yang dia busy sangat tu


untunglah sapat bf yang sabar selalu
yang tak pandai simpan dalam hati
yang selalu paham je situasi aku ni ha
cuba kalau aku??
kapla hangin sampai ke afrika sana nun
T___________T



Love, saya janji its will never happened again!

*dah la bufday gift pon baru bagi bulan 10 tadi
T______________T

EJ loser

..........................................................................................................................................................................................................

MAY, 2011

May bulan bahagia bersama keluarga
meriah kasih sayang bulan May ni
bulan menyaksikan cinta Mohsen dan Adeq disatukan


lama wooo depa bercintan-cintun
macam along depa laaaa


tapi along depa tak kawen-kawen lagi dengan Kak Eima Jer depa
T____________T


*motif sangat tau ayat

....................................................................................................................................................................................................

JUNE, 2011

June bulan panas dengan cerita yang datang pergi meminta kebenaran dan jawapan
isu lama isu baru isu tak habis
semua keluar habis
drag dan drag dan drag sampailah ke hujung tahun



pelik



kelompok kecil sahaja wataknya
tapi kesan
mangai habis 1 organisasi persahabatan cacamarba berterabur kecoh tak habis-habis bergoyang



tak kisahlah siapa punca siapa salah
June memang bulan terkejut sana terkejut sini
dengan pelbagai statement
dan kebenaran yang mula menjenguk diri satu persatu sehelai demi sehelai
^______^

............................................................................................................................................................................................................


JULY, 2011

July adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya


yang lain semua tak best
yang ini sahaja best!

.....................................................................................................................................................................................................................

AUGUST, 2011

bulan ini barulah entry saya mencecah entry ke 500
punyalah lama berblogging
almost 3 years



rasa syok yang lain macam bila mencapai target yang memang aku sendiri tunggu dari start aku berblogging
ntah laaa
sekarang ni sejak twitter menjadi kegilaan
aku makin malas nak updated blog
takot sangat rasa untuk berblogging itu hilang


mintak-mintak sangat tak


sebab aku sedih tengok ramai blogger best yang makin kurang hupdated entry berkualiti


...............................................................................................................................................................................................................


SEPTEMBER, 2011

Raya aku tahun ini sangatlah biasa-biasa

yang bestnya dapat beraya puas-puas dengan Hnuut Madu Ihsaniah tanpa ada yang marah
teeeeeet!

..........................................................................................................................................................................................................

OCTOBER, 2011

ini adalah perkara paling manis bulan oktober aku
manis dan manis
semanis gula seluas ladang tebu



ini si pemilik puisi di atas
sahabat jiwa yang paling aku syukuri kehadirannya dalam hidup aku ni

.......................................................................................................................................................................................................

NOVEMBER, 2011

ini november paling manis buat saya seumur hidup insyAllah
sebab

11.11.11
merupakan bufday saya paling owsem!

ini pula dinner paling owsem Ajie penah buat untuk bufday saya
hue hue hue


Alhamdulillah, November tak pernah kecewakan saya setiap kali ia hadir
^______^

.........................................................................................................................................................................................

DECEMBER, 2011


11 December yang ke 2 tahun
i miss you



December bulan sedih
bulan gigi buat hal
bulan duit gaji semua terbang ke gigi



apsal la dulu tak belajar rajin-rajin jadi doctor gigi sebab servis gigi ni mahal melampau-lampau tapi orang tetap buat jugak sebab NO CHOICE!


cuma tak pernah lupa
di hujung-hujung December tu
ada air jernih panas mengalir di pipi
bila dengar kata keramat perancangan ke depan yang keluar
thankyou awak



Hey December, tahun depan takmau nakal-nakal lagi tau
manis-manis sahaja okay


......................................................................................................................................................................................

HAPPY NEW YEAR 2012


Semoga yang paling terbaek untuk kita semua
aku mahu perubahan hidup paling ketara tahun ini
mahu!



jom usaha untuk lebih baek



Thankyou 2011 sudi jadi tahun yang bahagia-bahagia sahaja untuk aku
walau banyak dugaan hidup yang dihantar Tuhan
aku masih bersyukur
kisah hati berada pada kondisi paling baek
*senyum











December 10, 2011

Bahasa Jiwa #35




kadang-kadang
rindu itu datang.



rasa itu
biarkan sahaja terbang lalu menyapa sebentar
mungkin ada pesanan
mungkin juga sedikit gambaran peringatan



December 05, 2011

Wahai Anda, Maaf

sumber gambar: tumblr



dalam bersahabat
satu yang aku tak boleh buat adalah memaksa untuk rasa selesa
T__________T



kadang-kadang aku rasa macam aku ni sombong pon ada
dalam erti kata lain PILIH BULU la nak berkawan
tapi kadang-kadang jugak
aku rasa aku ni jenis ramah je dengan semua golongan



cuma apa yang aku sedar secara sedikit ketara dalam diri aku
aku agak memilih untuk keluar hangout keluar lepak dengan kawan-kawan
dan prangai ni aku sedar memang ada dengan aku sejak aku di bangku sekolah lagi



*imbas
macam zaman skolah dulu
aku ni budak kelas no. 1
ecececece
tapi aku tak pernahlah nak pergi rehat makan semeja dengan budak-budak perempuan kelas aku
bagi aku mereka semua tak kena dengan jiwa aku
so aku elak!
yang aku cari setiap kali nak melantak kat kantin sekolah tu
tetap kawan-kawan aku yang errrr tak tahulah datang sekolah nak belajar ke nak tempek-tempek bedak kat muka je
T____T
sebab diorang gila dan tak skema
aku kawan jugak!




*imbas lagi
pernah dulu masa aku form 2
semua budak pompuan kelas aku pakat-pakat pulaukan aku sebab kecik hati
aku ni Pendidikan Jasmani pon tak becampur dengan dorang
mentang-mentanglah atlet skolah masa tu
bercampur dengan bebudak kelas lain
T____T
bila pikir balik rasa LOSER lahai sangat buat perangai macam tu
tapi nak buat macam mana
aku tak suka tipu diri aku sendiri
dan paksa diri untuk bersama dengan kelompok kawan yang aku rasa aku tak boleh jadi diri aku
yang tak kena dengan jiwa aku
yang dan yang
senang cerita tak ngam lah dengan aku




*imbas lagi dan lagi
masa form 5 plak
aku hidup zaman hostel asrama
samalah jugak
pilih bulu nak keluar outing
just bercampur dengan kawan-kawan yang sekepala sahaja
layan junior pon mesti yang sewel gila jugak
yang lain aku memang tak amek tahu lansunglah kan
T________T


budget retis la kau ni EJ
*takmasal



*nak imbas lagi ke?
zaman diploma pon sama
zaman degree pon sama dan sama
T____T




*dah takmau imbas dah laaaa
errrrr zaman dah kerja ni lagilah sama dan sama
T_____T



officemates aku ramai yang sebaya
yang memang boleh dibawa huhahuha laaa
kalau kami semua keluar lunch kat William tu
mahu bising jugaklah kedai tu dek gelak ketawa kami semua
aku sangat rapat dengan dorang semua
tapi tak semua yang aku boleh hangout kat luar
TAK SEMUA



kadang-kadang pelik dengan diri sendiri
aku sangat rapat dengan si polan kat opis
tapi aku tak boleh nak rapat bila kat luar opis
macam hangout sekali
muvie sekali ke
lepak minum or what so eva




bila aku tak boleh
maka aku akan TOLAK dan TOLAK pelawaan dorang
selalu stuck sebab serba salah
tapi yang selalu menang adalah diri sendiri



bagi aku bila dah kerja ni
masa itu emas
dari aku keluar dengan orang yang aku rasa aku tak boleh fully enjoy
baek aku dok rumah
kemas rumah ke masak ke layan muvie ke
aku akan rasa aku menikmati masa rehat aku secara paling optimum




haishhhh
kadang-kadang perangai pelik aku ni
aku tahu ada kecilkan hati dorang
tetambah yang berbesar hati sangat tu
ntahlah
aku tak pandai nak sentap nak kecik hati bagai kalau aku tak diajak nak ke mana-mana
aku tak pandai
tapi aku sedar aku selalu tolak ajakan orang yang berbesar hati nak aku ada kat situ



kadang-kadang aku terpikir
aku ni tak suka bercampur ke?



tapi aku rasa TAK


aku ni suka buat dunia aku sendiri ke?



macam mana nak buat dunia sendiri sedangkan keluar becinta berdua pon aku akan rasa bosan
aku nak ada ramai
T_______T




bila tahu dan sedar banyak lukakan hati-hati meraka yang berbesar hati tu
aku jadi benci dengan perangai aku yang macam ni
cuba nak ubah
tapi selalu gagal



untuk seseorang yang aku selalu REFUSE nak lepak sekali
aku sedang cuba normalkan diri
jutaan kemaafan tau
aku tahu kau banyak kecik hati dengan aku
aku tak pernah membenci kau
cuma aku tak serasi tak sependapat dengan kau
cara kau berkawan dengan cara aku berkawan tu lain



jangan pernah simpan dalam hati yang aku tak suka kau aku benci kau
TAK
aku bukan macam tu
cuma belum masa kita nak rapat kot
maaf sangat-sangat



aku tahu kau banyak mengalami tekanan emosi dengan aku
T________T







December 04, 2011

Cantik Luar Cantik Dalam Drama

penulis mempunyai semangat nak habiskan topik drama melayu
sebab next entry dah nak cerita pasai lain plak
tak salahkan entry berganda dalam 1 hari?
^____^



kalau kat bawah ni saya listkan TOP 5 pelakon kacak idaman kalbu
now saya nak tempek jugak TOP 5 wanita cantik luar cantik dalam hati dalam drama



here we go!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
FASHA SANDHA

rasanya siapa yang kenal penulis
mesti dah tahu beliau merupakan peminat paling tegar Fasha Sandha
T________T



makanya sudah pastilah beliau di tangga paling atas di hatiku as TOP 5 pelakon wanita pilihan
*wah dah macam penyampai anugerah bintang popular dah T_T


ok teruskan.



beliau perampas beliau suka kacau rumah tangga orang beliau itu beliau ini
saya okay.
saya nilai mutu lakonan dan kecantikan beliau
dalaman tu peribadi beliau
saya tetap okay
tetap tak berganjak dengan cakap orang yang buruk-buruk tentang beliau



bagi saya beliau mempunya pakej sempurna
dan paling penting belum ada watak yang beliau gagal bawa dengan begitu baek
semua perfect
semua dijiwai dengan baek
so what?
apa yang tak kena



sebab tu walau dibenci dan dikritik
rating penonton untuk setiap drama beliau
tetap maintain tinggi!
kan??



watak beliau yang meninggalkan kesan bagi saya adalah watak Natasya dalam drama Natasya
super lembut!
ingat sampai sekarang ni
dan bagi saya gandingan hebat beliau sudah pastilah Adi Putra yang kacak itu
CHINTA memperlihatkan mereka bedua sangatlah serasi!



Part paling saya suka pada beliau:
Kelembutan dan bibir beliau yang sangat sexy
jugak mata yang manja menggoda
haishhhhh!



FAZURA

sama seperti Aaron Aziz
orang gila sahaja yang tak suka si cantik manis ini


bagi aku kekuatan Fazura adalah pada ketegasan beliau selain kecantikan semula jadi yang tak payah la nak kata apa dah memanglah sangat-sangatlah cantik!


beliau sangat-sangatlah sesuai diberi watak-watak chicky
juga watak wanita yang tegas


sudahpastilah watak PUTERI dalam Goal n Gincu watak paling meninggalkan kesan selain watak INTAN alam Pisau Cukur


beliau sangat serasi dengan Aaron Aziz
gabungan yang macam sangat superb sahaja
mari kita tunggu dan tunggu gandingan tersebut
pasti ada!



Part paling saya suka pada beliau:
cara beliau bercakap dan body language yg selalu comel!
beliau punya memek muka sangat pelbagai



RITA RUDAINI

biar sudah lama agak menyepi dari dunia lakonan
saya tetap meminati lakonan beliau
suami beliau pon saya minat jugak
bhahahahah
T____T


saya rasakan saya memang suka jenis wanita yang nampak tegas nampak garang tapi dalam masa yang sama mereka cantik


watak yang meninggalkan kesan sudah pastilah AKMA dalam Raflesia
drama ini banyak menjulang nama beliau
dan drama ni jugaklah menyebabkan saya rasa watak IZAH dalam OMBAK RINDU tu lagi sesuai diberi pada Rita
T____T
please said that I am right!


saya suka gandingan beliau dengan Rosyam Nor dan Aaroz Aziz
kisah cinta yang mereka jiwai akan nampak lebih matang
contoh dalam drama Rozana disamping Rosyam Nor dan drama Rahsia Hati disamping Aaron Aziz



part paling saya suka:
rambut beliau selain ketegasan dalam kelembutan beliau


NABILA HUDA

^______^

saya selalu suka beliau
kekuatan Nabila Huda adalah beliau sangat berani menjadi diri sendiri
kau boyot ke kau apa ke
lantaklah



confident level beliau tu buat beliau selalu nampak unik
dan lakokan beliau tak pernah mengecewakan saya


saya suka tengok beliau dalam Na O Mei
masa tu beliau tengah mengandung
tetap mantain je


Part yang saya suka pada beliau:
kulit beliau yang hitam manis tu
unik dan nampak hot cara beliau
selain suara dan antonasi beliau bercakap
^_________^


JUE AZIZ

pandang beliau saje
mesti kagum dengan body beliau
tak kurus tak tembam
MANTAP yang sexy


susah tau nak maintain bentuk badan macam ni
T____T


saya suka tengok beliau membawa watak gadis yang lembut dan baek
macam wanita kampung
kena sangat dengan beliau



Part paling saya suka tentang beliau:
badan yang maintain mantap selain suara yang sexy!


INTAN AZURA

Tak tahu kenapa
beliau ni sangat berbakat dan cantik
tapi kurang gah namanya dalam industri seni


sebab beliau mempunyai kualiti lakonan yang baek
nama beliau tak pernah tenggelam
tak macam sesetengah pelakon yang sama naik dengan beliau dulu


Amcik saya sangat sukakan Intan Azura ni
^___^



Part paling saya suka:
kelembutan beliau tapi dalam masa yang sama TEGAS!




dan untuk new comers saya pilih mereka-mereka di bawah ni

TASHA SHILLA

UMMI NAZEERA

SCHA AL-YAHYA



bagi saya Tasha Shilla sangat-sangatlah berbakat dan cantik seperti Barbie Doll
beliau saya tengok dah macam jelmaan ELENA macam dalam Vampire Diaries tu
T_______T


jatuh cinta dengan lakonan beliau adalah menerusi drama Gemilang dan Sahara
damn!
memang jahat betul watak tu dan dijiwai dengan baek
Ramadhan Terakhir pulak membuktikan beliau juga sangat manis membawa watak baik



dan dan dan beliau agak ramah dengan saya di twitter
*terharu


Ummi Nazeera adalah wanita yang manja dalam sexy
tak tau nak cakaplah tapi saya sangatlah suka dia
suka dan suka
beliau manja
beliau sexy
beliau menggoda
beliau garang
alahai sukanya!




Scha pulak macam biasa
semua orang 1 Malaysia suka beliau sudah pastilah sebab slumber beliau
kadang-kadang macam tak sedar plak kan
sebenarnya perangai gila-gila kita ni pon
boleh bagi kita nampak kita ni cantik dan unik
contoh terdekat adalah si scha ni lah



cantik sebab selalu jadi diri sendiri


untunglah semua yang aku top list kan semua yang cantik
bhahahahaha



ooopppssss nama pon artiskan
=p


Kacak Luar Kacak Dalam Drama



hai
saya peminat drama melayu
saya okay
=p



lately memang banyak drama melayu yang meletop-letop di kaca tv
macam-macam tv sebab Malaysia kita memang banyak saluran tv
^___^
abaikan.




Officemate saya Cik Eira suka panggil saya ni Ratu Telenovela Melayu
sebab selalu kalut nak balik awai nak kejar drama melayu
kalau stayback kat office plak sambil buat keje sambil tengok tonton
ratu telenovela melayu?
saya okay.



dan bila menonton drama melayu ni sambil kau pegang hp dok tweet sana tweet sini
itu lagi saya okay.
tontotan lagi jadi lebih seronok tau
sebab kita tahu ramai rakyat malaysia yang sama-sama menonton drama yang sama dengan kita
masing-masing membebel ikot cara dan pandangan masing-masing
^___^
dan macam biasa
slot Akasia adalah slot dimana TL Twitter mampu menjadi agak sesak
saya okay dan saya suka!



Penulis sebenarnya nak kongsi hero pilihan penulis sebagai peminat setia drama melayu
terus terang saya kurang gemar menonton FILEM melayu
selain banyak yang kurang kualiti
penulis juga kurang gemar menonton wayang
T_____T
dan tidak terlalu pakar dengan aktiviti mendownload ni
jadinya,
apa yang saya nak share ni lebih kepada pelakon drama melayu ye
teheeeeee




ADI PUTRA

semestinya paling atas dalam hati
^___^
bagilah watak apa pon beliau tak pernah kecewakan saya dalam menjiwai watak
rupa memang kacak macho habis setiap masa
dan yang paling penting
beliau selalu nampak sexy!


beliau berada pada tahap paling KACAK adalah ketika menjadi hero dalam NA O MEI bersama Elly Mazlein
dan berada dalam keadaan paling MACHO ketika menjadi hero CHINTA disamping Fasha Sandha



bagi saya Fasha dan Elly adalah pasangan paling sesuai untuk si kacak ini
^____^


part paling saya suka lihat:
BIBIR yang selalu sexy!
okbai




FIZ FAIRUZ
Hai saya Fiz Fairuz bukan Fifi Fairuz Fuyoh
T____T


tak tahu tak tahu
saya memang peminat Fiz Fairuz
beliau bawak watak jahat pon saya suka
watak baek lagilah saya suka


watak beliau yang paling meninggalkan kesan sudah pastilah as AIDIL dalam Nur Kasih
haishhhhhh
memang cair habislah

saya suka sangat lihat gandingan beliau dengan Tiz zaqyah
lagi padan pada si remy ishak
dan tak lupa jugak si cantik Nur Fathia
beliau memang padan dengan heroin stok-stok nampak muslimah
=p


part paling saya suka lihat:
errrr juga bibir beliau yang selalu sexy!
lalalalalala



AARON AZIZ

perempuan gila sahaja yang tak suka beliau
dengar suara je pon dah tahu beliau kacak
T_____T


Tak payah perempuanlah
Ajie pon terlalu gilakan Aaron Aziz ni
masa entry ni ditulis
beliau sedang meletop-letop di pawagan untuk filem Ombak Rindu


watak paling meninggal kesan mestilah watak SETH TAN beliau dalam Nora Elena
haishhhh
teringat sampai sekarang ni lah ceritanya!


bagi saya
saya suka tengok Aaron digandingkan dengan Fazura dan Fathia
oooppssss maaf saya kurang gemar Siti Saliha
=p


part paling saya suka lihat:
mata dan kelembutan suara
okbai



ZUL HUZAIMY

hai
saya si serius yang kacak selalu


semasa entry ni dihasilkan
beliau agak menyepi dari dunia lakonan
tak tahulah apa masalah sebab penulis kurang menginguti dunia artis ni
sekadar menikmati mutu lakonan mereka
dan agak kurang mengambil tahu hal peribadi mereka
T_____T


si kacak ni kalau belakon romantik habis cair
kalau watak tegas plak memang boleh kat dia
ntah la
memang luaran beliau pon menunjukkan ciri-ciri beliau lelaki yang serius dan tegas
tapi cukup romantik
itu kot daya tarikan beliau



watak yang meninggalkan kesan bagi saya adalah watak menerusi drama Salam Terakhir disamping Intan Azura
hmmm ntahlah, si kacak ini kurang aktif dalam drama series
bagi saya, saya nampak Rosyam Nor dalam lakonan beliau


bagi saya
saya sangat suka tengok si kacak ini digandingkan dengan Jue Aziz


Part paling saya suka pada si kacak ini:
sudah pastilah mata beliau yang super redup dan menggoda!
mata yang garang, tegas tapi redup





SHAH JAZLE

Hai Asmara!
beliau sangat control kacak
aaaaah saya perlu jujur selepas drama Asmara
saya memang sangat meminati beliau

peduliklah dengan gossip tentang video clip ghairah beliau
hahahahaha


beliau ni kalau bawak watak romantik bukan main lentuklah
tapi lentuk yang boleh dilayan
tak macam lentuk si Iqram Dinzly yang nak pengsan aku tengok
*geli



siapa tak suka si kacak ni dalam Asmara??
ada ke?
Asmara and Asmara 2 memang drama terbaek untuk beliau
terbaru saya suka tengok beliau dalam Jiwa dan Lara
very the criminal lover!
mama I'm in love with criminal
=p


saya suka beliau digandingkan dengan Faeza Elai
mungkin sebab mereka sangat secocok kot dalam asmara
terbaru kita tengoklah samada beliau serasi atau tak dengan Tasha Shilla dalam slot samarinda Bunga April yang sedang ditayangkan di TV3
^_______^


Part paling saya suka pada si kacak ini:
mata dan muka control kacak beliau
pelik
slalu kita meluat tengok lelaki control kacak
tapi mamat ni, jadi suka plak
sebab struktur muka beliau memang kacak bila sebegitu kot
=p




dan dan dan bagi new comers plak
saya pilih mereka-mereka di bawah ini
SHARNAAZ, FIZO OMAR dan AERIL ZAFRIL

saya suka sangat watak sharnaaz dalam Pontianak Kg Batu
garang!
beliau akan super duper macho bila berlakon dengan loghat utara
watak tu lagi dapat didalami kot


Fizo pulak sudah pastilah watak ILYAS beliau dalam SOFFIYA
haishhh watak paling sempurna!
beliau kalau marah memang muka habis sexy



Aeril plak first time saya tengok lakonan beliau adalah dalam Ramadhan Terakhir
superb!
mata dan bibir beliau sangatlah sexy
bhahahahaha EJ gatai!
saya percaya beliau boleh pergi lagi jauh kalau diberi dengan watak-watak yang lebih berat







wah entry penulis kali ini penuh dengan imaginasi tentang KACAK!
haishhhhh



Happy Weekend readers!