December 31, 2011

EJ's 2011 Highlights

sumber: tumblr


sekejapnya 2011 dah ke penghujungnya
aduh aduh aduh
berat sangat hati ni nak tinggalkan tangga umur 25 ni


hye hye 26
saya rasa saya tua
T__________T



seperti tahun-tahun sebelum ni
ameklah sedikit review tentang 2011



JANUARI, 2011

Januari sejak 5 tahun lepas adalah bulan Anniversary
2011 merupakan anniversary aku dan Ajie yang ke-5 tahunnya


Anniversary tahun ni agak meriah sambutannya
maybe sebab kami dalam proses memperbaiki hubungan setelah hampir setengah tahun berpisah
masing-masing cuba move on
tapi hampeh
berdua kembali jugak


someone call Ajie as 'Takdir berkali-kali' aku
hahahaha
aku rasa dia betul
hmmm semoga kami terus bersama sampai mati pemisahnya


TAPI January jugak menguji aku dan Ajie bila mana hubungan persahabatan kami diuji lagi dan lagi
tak tahu siapa salah siapa betul
apa tak kena apa yang kurang
masing-masing taknak ke depan mulakan perkataan
atur ayat selesaikan apa yang kusut apa yang bersarang hingga membentuk amarah membentuk dendam


dan bila sayang ini terlalu dalam pada mereka
aku dan Ajie tundukkan ego buangkan malu
cuba bertanya cuba menyelamatkan apa yang masih ada
tapi kami gagal
dibuang dikecewa dan kadang-kadang hingga rasa tidak dihormati bila perkara peribadi isu sensitif dibawa ke muka buku bagi menggambarkan amarah dendam yg memendam
campur tangan pula pihak ketiga yang aku rasa cuma gah bertopeng sahabat
tapi tak tahu apa pon
cuma suka mencelah nak bagi panas nak bagi hangat
bakar sana bakar sini
*kalaulah kita duduk berbincang luah apa terpendam
mungkin kita sekarang masih kita yang dulu
kan?


maaf kepada yang berkenaan
aku dan Ajie makin hilang makin hilang dari hidup kalian
kami terlalu sayang
dan bila sayang, kecil hati yang sedikit
cepat sangat menusuk dan mendalam


nak tunjuk rasa marah
kami terlalu sayang
tak pandai tak mahu
apa yang kami rasa ni, kalian jugak rasa
sebab kami sayang


Tuhan saja tahu betapa kami rindu
masa-masa kita


tak mengapa
ada nanti ke depan sana
ruang untuk kita perbetulkan segala
secara waras secara dewasa
aku percaya!


January aku lihat sebagai bulan Tuhan bagi aku habuan kesabaran yang lepas
dan Dia uji lagi aku mungkin untuk habuan kesabaran yang di hadapan
*mungkin
InsyaAllah

............................................................................................................................................................................................................


FEBRUARY, 2011

Hi.
saya pencinta yang sangat banyak kasih sayang
tapi maaf
saya tak sambut Valentine's Day
^_______^


cliche sangatlah kalau nak cakap hari-hari aku adalah hari kekasih
*bluek nak muntah


baeklah
disebabkan aku tak menyambuat Valentine's Day
makanya February 2011 yang manis bagi aku hanyalah Majlis Pertunangan sahabat karib aku masa di UTMKL dulu iaitu Cik adik manis Liza

kenapa aku ingat majlis ni?
sebab majlis pertunangan dia sangatlah cantik
dah la semuanya merah
aku kan addict sangat dengan merah ni

.....................................................................................................................................................................................................

MARCH, 2011


selepas tamat pengajian Ijazah kat UTM
berakhir pulak sesi Graduation
March merupakan bulan paling manis bila aku diberi peluang untuk bersua bergelak ketawa kahkahkah balik dengan kesayangan aku yang enam orang ni


semua berkumpul di majlis pertunangan Cik Ana dan Khai
they both classmates owsem aku
dan Cik Ana ni merupakan salah seorang kesayangan yang enam orang




Haishhhhh selain kesayangan yang enam orang
March jugak adalah bulan paling manis buat 2 orang sahabat karib aku dan ajie yang telah selamat diijabkabul


dan ini adalah The Pengapit yang-ntah-bilalah-nak-kawen
T_____T
okbai

...........................................................................................................................................................................................

APRIL,2011

April bulan chenta hati sambut hari kelahiran
dan 2011 adalah tahun yang palinglah memalukan EJ
sebab EJ tak sambut pon bufday bf dia
sambaut ala-ala kadar je tau
ntah apa la yang dia busy sangat tu


untunglah sapat bf yang sabar selalu
yang tak pandai simpan dalam hati
yang selalu paham je situasi aku ni ha
cuba kalau aku??
kapla hangin sampai ke afrika sana nun
T___________T



Love, saya janji its will never happened again!

*dah la bufday gift pon baru bagi bulan 10 tadi
T______________T

EJ loser

..........................................................................................................................................................................................................

MAY, 2011

May bulan bahagia bersama keluarga
meriah kasih sayang bulan May ni
bulan menyaksikan cinta Mohsen dan Adeq disatukan


lama wooo depa bercintan-cintun
macam along depa laaaa


tapi along depa tak kawen-kawen lagi dengan Kak Eima Jer depa
T____________T


*motif sangat tau ayat

....................................................................................................................................................................................................

JUNE, 2011

June bulan panas dengan cerita yang datang pergi meminta kebenaran dan jawapan
isu lama isu baru isu tak habis
semua keluar habis
drag dan drag dan drag sampailah ke hujung tahun



pelik



kelompok kecil sahaja wataknya
tapi kesan
mangai habis 1 organisasi persahabatan cacamarba berterabur kecoh tak habis-habis bergoyang



tak kisahlah siapa punca siapa salah
June memang bulan terkejut sana terkejut sini
dengan pelbagai statement
dan kebenaran yang mula menjenguk diri satu persatu sehelai demi sehelai
^______^

............................................................................................................................................................................................................


JULY, 2011

July adalah hari ulangtahun kelahiran ibu saya


yang lain semua tak best
yang ini sahaja best!

.....................................................................................................................................................................................................................

AUGUST, 2011

bulan ini barulah entry saya mencecah entry ke 500
punyalah lama berblogging
almost 3 years



rasa syok yang lain macam bila mencapai target yang memang aku sendiri tunggu dari start aku berblogging
ntah laaa
sekarang ni sejak twitter menjadi kegilaan
aku makin malas nak updated blog
takot sangat rasa untuk berblogging itu hilang


mintak-mintak sangat tak


sebab aku sedih tengok ramai blogger best yang makin kurang hupdated entry berkualiti


...............................................................................................................................................................................................................


SEPTEMBER, 2011

Raya aku tahun ini sangatlah biasa-biasa

yang bestnya dapat beraya puas-puas dengan Hnuut Madu Ihsaniah tanpa ada yang marah
teeeeeet!

..........................................................................................................................................................................................................

OCTOBER, 2011

ini adalah perkara paling manis bulan oktober aku
manis dan manis
semanis gula seluas ladang tebu



ini si pemilik puisi di atas
sahabat jiwa yang paling aku syukuri kehadirannya dalam hidup aku ni

.......................................................................................................................................................................................................

NOVEMBER, 2011

ini november paling manis buat saya seumur hidup insyAllah
sebab

11.11.11
merupakan bufday saya paling owsem!

ini pula dinner paling owsem Ajie penah buat untuk bufday saya
hue hue hue


Alhamdulillah, November tak pernah kecewakan saya setiap kali ia hadir
^______^

.........................................................................................................................................................................................

DECEMBER, 2011


11 December yang ke 2 tahun
i miss you



December bulan sedih
bulan gigi buat hal
bulan duit gaji semua terbang ke gigi



apsal la dulu tak belajar rajin-rajin jadi doctor gigi sebab servis gigi ni mahal melampau-lampau tapi orang tetap buat jugak sebab NO CHOICE!


cuma tak pernah lupa
di hujung-hujung December tu
ada air jernih panas mengalir di pipi
bila dengar kata keramat perancangan ke depan yang keluar
thankyou awak



Hey December, tahun depan takmau nakal-nakal lagi tau
manis-manis sahaja okay


......................................................................................................................................................................................

HAPPY NEW YEAR 2012


Semoga yang paling terbaek untuk kita semua
aku mahu perubahan hidup paling ketara tahun ini
mahu!



jom usaha untuk lebih baek



Thankyou 2011 sudi jadi tahun yang bahagia-bahagia sahaja untuk aku
walau banyak dugaan hidup yang dihantar Tuhan
aku masih bersyukur
kisah hati berada pada kondisi paling baek
*senyum











No comments: