March 27, 2012

Bahasa Jiwa #39




Tak salah jatuh cinta
CUMA jangan jadikan cinta 
Alasan utama kau buang semua sahabat sekeliling



Ingat.
Cinta manusia ini tak pernah statik tak pernah kembang wangi tanpa ada frasa busuk, sakit, tenat, luka kecewa
Ingat.



Dan.
Cinta kau puja teramat itu
Bukan orang yang akan kutip kau bila kau kecewa terluka
sebab MUNGKIN
Luka kecewa itu akan datang dari dia
SUATU HARI yang kita tak tahu bila
Jadi. 
Bersiap sedia



Bukan mendoa
TAPI ini hakikat kitaran jiwa
Cuma mahu ingatkan kamu
Untuk sama-sama beringat.



KELUH seorang sahabat itu
Ibarat malapetaka kita ke depan
SENYUM seorang sahabat itu
Ibarat doa yang mengiringi kita membina bahagia





SAHABAT dan CINTA itu suatu yang sangat berbeza
TAPI percayalah
Mereka mampu bergerak sama
Dalam berjuang mencari bahagia dunia



*Tapi masih ramai sang pencinta yang bodoh. Yang terlalu memuja buah hati sampai lupa sahabat-sahabat berkongsi duka.


No comments: