May 11, 2012

Surat Untuk Tuah Vol. 3



Dear Tuah,


Awak sihat di syurga sana??


Kakak rindu awak sangat hari ni. Almost 2 months awak tinggalkan kakak. Pergi awak terus menerus sunyikan rumah kita. 


Tuah,
Percaya tak kalau kakak kata kakak masih tak kuat nak tatap wajah Atan??
2 bulan dah awak pergi
Khamis dan maghrib yang macam ni
Tapi kakak masih si lemah yang tak mampu terima realiti ni secara terus-terus
Kakak masih orang yang sama yang tak mampu nak pegang nak pelok Atan
T_____T
Kakak sorry
Sorry untuk Atan



Tuah,
Kakak nak ada pengganti kamu
tapi kakak tak mampu
kakak fobia
kakak takot kakak akan hilang dia macam kakak hilang kamu
tapi rumah sunyi sangat
rindu masa-masa kita sama-sama bergelak ketawa kah kah kah melayan kerenah awak
kakak nak repeat semua tu
tapi kakak tak cukup kuat
nak jumpa Atan pon masih lemah
inikan pula nak replace awak
TAK MUNGKIN 



Tuah,
Takde awak
balik keje awal atau tak
takde yang istimewa
kalau dulu, excited sebab kakak tahu kamu ada di rumah
tunggu kakak balik saban jam
tapi sekarang
ada dinding ada lantai ada syiling
itu je
Cik Sue plak asek out station
Kak Jim plak busy dengan kerja dia
Kak Unisha dah pindah rumah kakak dia



Tuah,
Doa kakak di syurga sana ya
Doakan kakak murah rezeki
Doa kakak dapat betulkan apa yang tak betul dalam hidup kakak ni
Doa apa yang kakak impikan jadi kenyataan



Kakak dah tukar kerja
Dan kakak rasa ni bidang yang kakak minat
dan ada potensi untuk kakak berjaya
Tuah doakan kakak dari sana ya


Maaf,
Selepas sebulan baru kakak kuat melawat pusara awak
itupon sekejap
takot-takot ada residence kata kakak gila
menangis sorang-sorang 



Tuah,
hadir dalam mimpi kakak malam ni ya?
kakak rindu awak sangat



awak tetap TUAH kakak yang seorang
takkan ada pengganti


T______________T



With Love,
Kakak



No comments: