July 15, 2012

Ayam Masak Hijau EJ



Selamat hari Ahad.


hari ni nak masak dalam beloglah!
dah lama tak buat entry masak-masak kaaaaaaaan
^_________^



masakan yang nak saya kongsi ni memang peberet lelaki separa bujang saya
siapa lagi kalau bukan Mas Ajie
hahahahahaha
kalau masak menu ni
mesti dia tambah nasik dan tambah dan tambah




menu ni adaptasi dari masakan jawa
kot.
penulis tak pasti
housemate penah masak version beliau sekali
dan saya alter mengikut citarasa Ajie
sebab ajie sukakan masakan yang pedas manakala housemate tak tahan pedas
berbeza di situ.



selepas alter.
saya dan Ajie namakan masakan ni


-AYAM MASAK HIJAU-




mari mulakan program masak-masak kita.



BAHAN-BAHAN untuk masakan


Daging ayam 1/2 ekor
[potong 24 adalah lebih baik]


6-7 biji cili hijau

2 genggam cili api hijau



1 biji bawang besar dipotong seperti gambar


 1 bungkus tempe di potong sepeti gambar


1 kiub pati ayam
[tak kisah la knows atau maggi]


CARA MEMBUATNYA


ayam di garam kunyit

goreng jangan terlalu garing, cukup sekadar isi masak


goreng tempe juga jangan terlalu garing



TUMIS bawang sampai kuning dan naik bau

masukkan cili hijau yangdah di blanded

masukkan kiub pati ayam

biar sampai pecah minyak

masukkan sedikit garam dan gula mengikut rasa



masukkan ayam ke dalam sambal hijau

dan masukkan tempe goreng

gaul dan tos minyak


HIDANGAN SIAP!


 simple kan kan kan


cuma AMARAN
ia tersangatlah pedas
tapi sangat sedap dimakan dengan nasik putih panas-panas
^__________^




selamat mencuba!!!!



No comments: