July 26, 2012

Frasa Hati




ramai pencinta yang berlakon EGO di luar sana
yang gah berlakon dia bahagia
yang terus-terus mengaku dia gembira
menolak habis-habisan realiti sebenar frasa kehancuran hubungan
yang sangat berusaha menampung segala luka
berendam air mata
menyorok segala luka
hanya kerana terlalu ego untuk memperakui
hati sedang diuji
hati sedang berada pada frasa tidak dihargai
atau dengan kata lain
hati mereka sedang kalah.




ramai juga pencinta di luar sana KERAS untuk membetulkan kekurangan yang ada
terus-terus berasa betul sentiasa
sukar memohon maaf
liat memujuk yang sedang merajuk
payah menurunkan sedikit ego untuk pertelingkahan kecil
ambil ringan segala rasa
pentingkan rasa sendiri




ada juga pencinta di luar sana
yang ingin bercinta dan bahagia
tetapi lansung tidak mahu terlalu berusaha apa-apa untuk pasangan
hanya mengikut peredaran masa
dan biarkan pasangan terhuyung-hayang berusaha seorang-seorang
mengawal cinta yang ada
mewangikan hubungan yang ada
mewarnakan perjalanan hati dan rasa
agar kekal sekata tak kurang di mana-mana



ini jenis-jenis pemilik hati yang pembawa kepada air mata seorang penghargai cinta
mereka inilah.
yang membaldikan air mata
meranapkan ramai jiwa
mereka inilah.



dan mereka inilah.
pemilik-pemilik hati yang bertuah sentiasa
kejam. 
tetapi punya pasangan yang sempurna cintanya
tidak menghargai.
tetapi punya pasangan yang sangat-sangat menjaga hubungan
mereka inilah.



siapa tahu mungkin aku juga diantara yang disenarai?
aku mungkin tak sedar
atau aku juga pernah dikategorikan sebagai mangsa pemilik-pemilik hati di atas?



kalian??



apa aku boleh cakap
cinta yang bersulamkan air mata berkolam-kolam ni
kadang-kadang mampu membentuk kita yang tidaklah terlalu mengagungkan cinta manusia
betul.



tanpa air mata berkolam-kolam ni
kau tidak akan mampu untuk mengawal rasa
untuk tidak mencintai terlalu dalam dan terpaling tinggi
kau tak akan mampu.
sekerap mana kau ingatkan hati kau
kau tetap kan terbang setinggi yang mampu
melayang tanpa sedar
beri semua ruang hati
penuhi semua ruang jiwa
hakikat.



kepada yang diduga.
jangan rasa cinta tak adil buat anda
PERCAYA.
ke depan nanti kau akan melihat diri kau yang baru
di sebalik ke semua titisan air mata
kepedihan hati
kepadatan rasa itu


dan kau akan bangga.



walau mungkin ketika itu.
kau si pemilik hati yang kalah
setelah melepaskan apa yang mungkin sudah tiba masanya 
dipulangkan semula kepada yang Esa
atau 
kau sedang berasa pada frasa hati paling selesa
selepas berjuang untuk rasa, hati dan jiwa


kau akan bangga.




cinta sesama manusia adalah hiburan hidup di dunia.
hiburan yang setiap hati akan teruja dengannya
jangan rasa aku jiwang menulis semua tentang rasa jiwa dan cinta
sebab seluruh hidup kita di dunia ini
semuanya kita buat atas dasar untuk pelihara cinta
tak kisahlah untuk Tuhan, agama, keluarga, pemilik hati
mahupon harta benda




dan aku panjatkan kesyukuran
di sebalik berkolam-kolam air mata
Tuhan pinjamkan juga aku frasa hati paling selesa
untuk aku menikmatinya
selagi diizinkan Tuhan ia milik aku




kau juga.
sedang atau akan datang nanti
InsyaAllah