January 23, 2013

Dah Kawen Part #1 : KOMITMEN



Kahwin. 
Perkahwinan.


kawen ni bukan perkara mudah
semudah masa kau berangan nak kawen nak kawen nak kawen semasa zaman bujang tu
bukan semudah tu


PERKAHWINAN adalah permulaan kepada pelbagai KOMITMEN dan TANGGUNGJAWAB yang mahu atau tidak mahu tetap kau kena mahu untuk menggalas dan memikulkannya.
wajib
tak bisa lari 
tak boleh nak ngelat



makanya pastikan ada perlu-perlu bersedia untuk segala bentuk tanggungan tanggungjawab ini sebelum anda tergedik-gedik nak naik pelamin macam orang lain




entry pertama tentang kehidupan selepas aku  berkahwin ni aku nak mulakan dengan topik KOMITMEN
amboi ini semua poyo
guna perkatan TOPIK gitoooooooo
^_____________^



penulis anak bongsu
dan dijodohkan aku teman seumur hidup insyaAllah dengan izinNya
dengan seorang lelaki baik
berstatus bujang
anak SULUNG kepada pasangan bahagia Tuan Baharin Bakar dan Puan Zainab Ismail
dan ALONG kepada 5 adik-adik comel kacak bergaya cantik tak terhingga gitooooo





SI BONGSU vs SI SULUNG




orang tua-tua cakap
bongsu dan sulung ini ibarat api dan tanah
bongsu itulah yang api
tanah tu yang sulung
maknanya SEJUK sentiasa hubungan tu


ada benarnya jugak
semasa frasa percintaan dan pertunangan pon
memang yang API nya selalulah aku
dan yang sentiasa sejuk all da time ni 
selalunya si sulung itulah



eh dah kenapa dok seronok bercerita tentang air tanah api sejuk bagai ni??



okay okay sambung.



kehidupan selepas kawen ni
bukan kehidupan antara kau dan suami sahaja
dan insyaallah kalau dimurahkan rezeki punya cahaya mata tak lama lagi
bukan ye
tumpuan bukan setakat keluarga kecil sahaja
kehidupan perkahwinan ni adalah permulaan kepada kehidupan penuh tanggungjawab dan komitmen terhadap kehidupan sendiri, kehidupan suami, kehidupan yang dikongsi dan kehidupan keluarga kita juga keluarga mertua
selaras dengan tujuan perkahwinan itu
melebarkan keturunan
membesarkan ikatan kekeluargaan
meramaikan umat




macam aku
aku masih diperingkat BELAJAR dan BELAJAR untuk menjadi seorang isteri yang baik
isteri yang sempurna di mata suami
isteri yang menyempurnakan kehidupan suami
isteri yang insyaAllahnya diberi kekuatan untuk terus bersama suami sudah mahupun senang
isteri yang tak jemu memberi dorongan dan sokongan untuk suami



iya.
aku masih anak ibu yang sedang belajar untuk menjadi pelengkap terbaek
pemilik rusuk kiri suami yang sebenar-benarnya
aku sedang dalam peringkat belajar.



aku jugak masih diperingkat belajar dan beajar untuk menjadi seorang MENANTU yang baik
yang menjadi diri sendiri di depan mertuanya
yang menyayangi mertuanya sama seperti menyayangi kedua ibu bapanya


iya.
aku menantu baru kepada mertuaku
yang masih belajar untuk menjadi menantu yang mampu membantu menyerikan lagi keluarga milik mertua yang sentiasa bahagia akrab dan sempurna




tidak lupa juga.
aku masih belajar juga untuk menjadi KAKAK kepada adik-adik suamiku
kakak yang masih belajar untuk menjadi kakak
kerana selama 26 tahun ini
aku ini adalah seorang ADIK yang sentiasa ADIK kepada semua ahli keluarga aku





nampak tak KOMITMEN kat atas tu
bukan senang tau nak galas
bukan senang nak belajar semua di atas dalam masa yang singkat




kalau dulu kau boleh solat subuh jam 6.45pagi
dah kawen ni kau kena bangun seawal 6 pagi




kalau dulu kau boleh tido seawal 9 malam
dah kawen ni memang tido tu ke lauuuuuuut laaa masanya
tak menentu
tapi bangun tido tetap kena punctual gitoooooo



dulu selalu tengok kakak-kakak sangat STRESS lepas kawen
sementara nak sesuaikan diri dengan kehidupan baru
sekarang ni aku pulak yang alami
bukan STRESS yang berbentuk NEGATIVE vibes
tapi stress berperang dengan diri sendiri
untuk belajar menjadi matang
dalam mengharungi kehidupan baru




STRESS yang macam ni aku rasa PERLU
dalam membentuk aku menjadi seorang isteri yang hanya MANJA 
bila tiba masanya perlu manja
RAJIN bila masa yang memerlukan aku untuk rajin
TEGAS bila masa aku perlu untuk tegas
BERTANGGUNGJAWAB setiap masa



bagi aku
kalau tak stress macam ni
kau takkan bijak untuk manage stress kau ni
sampai bila nak manja??
sampai bila nak rasa diri tu bongsu
sampai bila laaa sangat suami nak layan manja kau, malas kau, tak pandai itu tak pandai ini kau tu?
sampai bila sangat laaaa suami nak menjadi super understanding husband kalau kau sendiri tak pernah ada inisiatif nak majukan diri



SEMPURNAnya seorang isteri tu kalau boleh aku nak suami aku RASA
bukan NAMPAK
nampak dan rasa tu berbeza.



mak selalu pesan untuk anak-anak perempuannya


Perkahwinan ini suatu cabaran paling besar dalam hidup
cabaran yang takkan pernah berhenti menduga kita
jadi sebagai isteri
jagalah 4 perkara ini sampai kita tutup mata



MAKANAN SUAMI DAN ANAK-ANAK
alirkan sentiasa air tangan isteri dalam masakan
kerana masakan yang dimasak isteri
sangat-sangat menjaga keharmonian suami isteri dan anak-anak
sebab tu mak aku selalu pesan
walau ada MAID makesure kita masak sendiri untuk suami dan anak-anak
air tangan isteri adalan aliran kasih sayang dalam rumahtangga




PENGURUSAN PAKAIAN SUAMI DAN ANAK-ANAK
mak selalu pesan 
baju suami kena kemas
suami kena sentiasa kacak
lengkap dari baju hinggalah sarung kakinya
semua kena lengkap dan dilengkapkan kita
bukan kita je yang tahu nak melawa


ini memang aku kena banyak belajar
sebab aku memang malas lipat baju
adehhhhhhh
lipat tu lipat
tapi memang tak pernah ikhlas
hahahahahahaha



PENGURUSAN RUMAH 
suami mana pon sukakan rumah yang kemas dan teratur
tak cukup perlengkapan pon tak apa
asalkan kemas dan teratur


walaupun ada sumai yang memang boleh hidup dalam semak
mak selalu pesan
hati suami kita kena lapangkan
kita kena sediakan ruang di mana
segala masalah dan letih bekerja hilang sejurus kaki suami melangkah masuk ke rumah



PENGURUSAN TEMPAT TIDUR
mak aku mak paling best
mak sangat openminded when its come about sex life
mak tak kisah ajar anak-anak how to manage their sex life
sebab bagi mak
urusan tempat tido ni sangat dan sangat penting



ibu adalah orang yang paling rapat dengan anak
kalau ibu taknak bukak mulut
kononnya nak menjaga adat melayu kita
so macam mana nak pastikan anak kita mendapatkan pendidikan sex dengan sempurna?
ilmu dari ibu sendiri ni memang lebih bermakna
sebab mana ada ibu yang tak paham anaknya kan kan kan


dah.dah
isu ni selalu semua paham-paham sendiri
;p



mak selalu pesan
sempurna kita menjaga 4 perkara ni
insyaAllah sempurnalah urusan perkahwinan kita sehari-hari



dugaan tu sentiasa datang
kuatkan 4 perkara ni
insyaallah kita dapat harungi semua ni dengan usaha doa dan tawakal


I LOVE YOU MAK!
TO INFINITY



semoga dipermudahkan segalanya.
amin




sekian.
muncullah LABEL baru lagi di belog ini
^_______________^




sesia

No comments: