January 10, 2013

Peringatan EJ Kepada Pengguna Jalan Raya



sumber gambar: tumblr.com


Kejap tadi jenjalan kat tumblr
tetiba terberhenti kat gambar ni
jangan tanya sape post
sebab tuan empunya tumblr tu minah salleh mana ntah
*abaikan*



setiba dipersimpangan langkah kita tak lagi sehaluan
oh tidak
itu lagu alyah



apa aku nak tulis adalah
ADA KE ORANG JUJUR KAT DUNIA NI??



sedar tak sedar atau kita saja buat tak sedar
dunia dan manusia yang menghuninya makin kejam
kejam tu subjektif
bukan israel je yang kejam
kejam ni pelbagai
so jangan lupa boikot MCD dan STARBUCKS
eh??





aku nak cerita tentang topik JUJUR
dengan mengaitkan kisah benar yang berlaku kepada aku seminggu yang lepas



1 JANUARY 2012
aku fixed banyak appointment nak pergi tengok site
iyolah nak cover balik duit yang mengalir seperti air terjun sepanjang persiapan dan hari berlansungnya perkahwinan aku gituw



Appoitment pertama aku adalah sekitar KUCHAI LAMA
sesiapa yang tak master dengan area kuchai lama ni mai ceq nak cerita bagi
kuchai lama ni area cina
cina modern ada
cina kaya nak  mampos ada
cina bukit ada
cina kongsi gelap lagilah ramai
masuk kuchai lama jangan ingat nak drive thru kat MDC Kuchai Lama blakang SHELL tu je
tapi drive lah dengan penuh berhati-hati 
agar tidak sama sekali melanggar sesiapa di area ini
nescaya susahlah anda naka keluar dari sini



habis mukadimah tentang perihal kuchai lama dan cina bukit di sana
T_______________T


kisah tentang KEJUJURAN ni macam ni mulanya
sampai je kat area MCD kuchai lama tu
aku berhenti tepi jalan
sebab dah rasa macam sesat
niat di hati nak amek buku MAP kat bonet kereta
almaklumlah inspection pertama selepas kawen
buku map memang aku campak ntah sudut mana kereta 



disebabkan buku map kat bonet
so aku kena la keluar kereta
sebagai langkah berhati-hati aku matikan enjin kereta
sepantas kilat bukak bonet kereta dan ambil buku map
dan rasanya laju-laju jugak aku nak masuk dalam kereta
sebab takotkan kalau ada peragut ke perompak ke nak curi kereta aku



dalam kekalutan semua nak cepat tu
tiba-tiba bahu aku dicuit orang
ya Allah punya la terkejut
dan diizinkan Allah
pastas je otak aku bagi isyarat kat tangan untuk lock pintu kereta yang tak sempat lagi aku masuk tu
nak taknak terpaksa layan 
teguran seorang LELAKI lingkungan awal 30-an
sebab kalau aku nak masuk dalam kereta
aku takot dia samun aku dan rampas kunci kereta



muka aku memang aku control bagi nampak cool
tapi dalam hati subhanallah punya la TAKUT


Aku tanya lelaki tu 'kenapa ye'
lepas tu dia mulakan ayat macam ni



LELAKI ITU: Maaf ganggu. Saya malu sebenarnya nak kacau cik tapi saya terpaksa. Allah saje laa tahu macam mana rasa malu ni.

AKU: Errrr kenapa ye?


LELAKI ITU: Macam ni, saya nak ke Bandar Country Home, Rawang ambil isteri dan anak-anak saya. Tapi kereta saya kehabisan minyak. Saya nak ke petrol pam depan tu nak draw duit dan isi minyak tapi ATM card saya kena telan. Saya memang takde CASH lansung ni. Dah 3 jam saya try call bank nak settlekan hal ni tapi maybe sebab today public holiday, sampai sekarang tak settle-settle lagi. Wife saya dah dekat 3 jam tunggu sana. Risau saya. Kebetulan hp saya plak terus mati ni. Tak dapat nak call sesiapa dah pon. Nak balik pon dah tak lepas.


AKU: Tadi tak call isteri ke? Hmm kalau encik nak pinjam hp saya, maaf saya tak boleh bagi sebab hp saya pon mati ni. (walaupun ad je charger kat kete)


LELAKI ITU: Err macam mana ea nak cakap. Saya ada 1 je ATM card sebab saya keje dengan STANDARD CHARTERED BANK so ada atm bank  ni je. Salah saya jugak tak buat banyak ATM. Tak sangka boleh jadi macam ni.


AKU: Hmmm skrang ni encik nak saya tolong yang macam mana?


LELAKI ITU: Hmmm saya kalau boleh nak mintak cik PINJAMKAN SAYA DUIT SIKIT so saya boleh isi minyak lepas tu pergi amek wife dan anak-anak saya. Kalau lepas ni nak saya ganti 2 kali ganda pon takpe, asalkan saya boleh pergi amek dorang. Saya risau sangat. Saya tak sangka boleh jadi macam ni.


AKU: Errrr encik ada business card?? Keje standard chartered bank kan. mesti ada business card. Boleh bagi saya? At least saya tahu office encik kat mana.


LELAKI ITU: Business card?? ada. Sekejap ye saya amek. Ada dalam kereta.


Masa dia pergi kat kereta beliau
aku sepantas kilat masuk dalam kereta dan kunci kereta
masa tu aku memang dah start enjin kereta nak blah
TAPI
tetiba ada satu rasa
PERASAAN BERSALAH DAN KEJAM
kalau aku blah macam tu je


dalam masa yang sama jugak
aku WAS-WAS betul ke mamat ni lelaki baik
sebab aku berada di bumi Kuala Lumpur
manusia terdesak sanggup buat apa sahaja kat bandar ni



lepas tu sepantas kilat jugak
aku terfikir
kalau aku tak tolong dia
aku ni valuer
aku bekerja hampir setiap hari atas jalan
travel dan travel
mana la tahu
aku pulak Allah nak uji
rosak kereta ke tengah highway
hp habis bateri
cash pon takde
subhanaAllah
hidup ni kan KARMA


serious aku stuck masa tu



dalam aku dok memikir dan melayang
lelaki tu datang ketuk cermin kete aku
masa tu aku dah sorok dah handbag bagai
dan dah keluarkan cash rm30 je




aku bukak tingkat kereta kecik gile
dia bagi business card dia
aku tengok dan aku bagi business card aku


sedikit conversation berlaku di situ


LELAKI ITU: Cik, ini business card saya. 

AKU: Okay, ini business card saya.

LELAKI ITU: Oh valuer. Saya bahagian personal loan.

AKU: *senyum*

AKU LAGI: Macam ni lah encik, saya tak ada banyak. Saya boleh bagi RM30 je lepas buat encik isi minyak nak ke Bandar Country Home sana. InsyaAllah cukup sebab saya selalu pergi sana. Saya bagi ni atas 3 sebab. SATU: Encik ni muslim, saya muslim. Kita berkongsi Allah yang sama. DUA: Saya percayakan encik dan harapnya encik jujur demi anam-anak dan isteri encik. KETIGA: Saya buat untuk diri saya sendiri sebab saya taknak nanti kalau Allah nak duga saya sama macam situasi encik ni, karma turn on me kalau saya tak tolong encik. Harap-harap encik jujur dengan saya atas nama Tuhan kita, agama kita dan keluarga encik.


LELAKI ITU: Terima kasih banyak-banyak. Macam mana saya nak contact balik mintak no account??

AKU: Nanti dah settle semua, contact saya. Nanti saya bagi no account.


LELAKI ITU: Terima kasih. Allah je boleh balas jasa awak. Insyaallah saya bayar 2x ganda.


AKU: *Hanya mampu senyum*


Conversation tamat
beliau berlalu
aku masuk gear dan cabut


Persoalannya sekarang
Now dah 10 JANUARY 2013
Lansung takde sms or call


Aku saja la try call nombor dalam business card tu
TIADA DALAM PERKHIDMATAN
Hmmmmm
nampak tak apa aku cuba nak sampaikan??



ada ke manusia JUJUR kat dunia ni?



aku berkongsi ni bukan nak aibkan beliau
kita masih boleh fikir positif
maybe beliau tunggu gaji ke bla bla bla baru nak call/sms aku
TAPI
tujuan aku nak kongsi ni
aku nak pesan kepada para pengguna jalan raya di luar sana
tolong berhati-hati dengan situasi macam ni



bukan nak fikir buruk
tapi kalau dah nombor tiada dalam perkhidmatan tu
memang aku rasa aku kena PRANKKKK la kan
tapi ebtul tak betul kena prank tu
hanya Allah dan dia sahaja tahu



kalau uols berada dalam situasi macam ni
PLEASE berhati-hati
dan ikot kata hati



aku tak kisah kena prank ke hapa
bagi aku
aku bagi duit tu kat dia
aku buat untuk diri aku sendiri
InsyaAllah 
Tuhan kita tu maha adilnya
Ada tu nanti rejeki berganda Tuhan sediakan
cuma tak tahu bila



Yang PALING PENTING SEKALI
pleaselah make sure uols dalam keadaan selamat ok
dab bijak handle situasi
jenayah ni macam-macam cara



oh Melayu saya
saya halalkan sahaja duit tu
sekian







2 comments:

myatiqah said...

trick ni dah merebak skg..aku kena penah jgk..tp mtk isi myk moto..xlame lepas tu polis kuar notis tampal kt stesen2 myk gmbar budak tu kate yg dia tu scam je..mne2 pn mtk duit isi myk moto.
so bcareful la org skg mmg xleh pcaye...huhu

Anonymous said...

Eima aida ni bru aritu cousin aida pn kena mcm ni kt tol batu9.. Tp cousin aida ckp sorry dia xde cash trus blah.. Lgisatu skrg kt traffic lite or jln jem org suka pecahkn cermin grab handbag so be careful..