February 10, 2013

Menu Untuk Suami



50 hari menjadi isteri.
oh dunia lihatlah saya begitu bersemangat menjaga suami saya
^_________^
*gedik gile statement




Ehem!~
Bismillah



mulakan entry.



sejak ada suami ni kan
Allah sajalahtahu  betapa bersemangat sangat aku menjaga suami
ohoi siapa taknak pahala free ni
sebab mudah sangat seorang isteri tu nak dapatkan pahala
sebab every single thing kita buat ikhlas untuk suami
semuanya punya gandaan pahala yang banyak
seronoknya kawen
;p




aku memang sangat suka masak
walaupun tak pandai pon masak
TAPI sejak-sejak kawen ni
membuak-buak pulak nak cuba pelbagai jenis masakan
sebab ada tukang nak makan
;p



Bila dah kawen kan

seara tak sedar persekitaran kau akan sedikit demi sedikit berubah
contoh:
kalau dulu masa bujangnya kau berwhatsapp dengan kawan-kawan lebih kepada cerita-cerita lelaki kacak dan masalah cinta jiwa dan raga
bila dah kawen ni
intipati whatsapp kau tu akan lebih kepada isu MEMASAK dan isu-isu berkongsi cerita menjaga rumahtangga masing-masing
dan yang selalu dibualkan memang soal menu masakanlah
"laki hang suka makan apa"
"laki aku suka makan ini itu"
dan bertukar-tukar resepi



itu belum masuk bab bila dah beranak kan
errr frasa tu aku belum boleh cerita sebab tak alami lagi




INSTAGRAM
aku selalu post gambar makanan
ia perkara normal di instagram
nak tempek muka aku dalam insta
bukan aku SEGAK pon
buat orang unfollow je
dan alhamdulillah ramai isteri-isteri di luar sana
dah timbul rasa semangat nak memasak untuk suami mereka jugak
bila tengok aku punya post




ini perkara bagus
meh kita sama-sama kumpul pahala
;p



macam mak aku pesan


"Dalam rumahtangga, PENTING sangat kepada seorang isteri untuk menjaga kegembiraan perut suami"




So,
InsyaAllah aku akan berkongsi resepi masakan yang aku dok merepek masak tu
kepada yang berminat
sebab kalau whatsapp aku
aku akan ajar lempar-lempar je masak tu
sukatan memang ke laut
untuk wanita-wanita yang kurang cekap di dapur
adalah sedikit sukar kan kan kan




macam akulah kalau kau suruh buat kek
memang BENTAT laaa weh
;p



Okaylah
NEXT ENTRY nanti kalau nampak tajuknya ada perkataan MUS tu
tolonglah baca dengan maksud
Menu Untuk Suami
;p



kepada yang masih bujang dan terasa geli dengan ayat-ayat entry aku ni
maaf ye
nanti uolsss pon akan melalui frasa kehidupan yang aku tengah lalui ni
apa salah NIKMATI
masa-masa pengantin baru ni kan
kau masak nasik puteh+telor goreng+potong cili kicap pon suami kata sedap
3 pinggan dia tambah
memang itu nikmat yang Allah bagi kita rasa
^____________^



Nah amek ni untuk tatapan semua
;p




No comments: