April 01, 2013

Dugaan Allah


Perkahwinan bulan ketiga teramat menduga jiwa dan raga
kenapa aku kata macam tu
bulan ketiga ni Allah duga rumahtangga kami dengan KESAKITAN
kalau yang rapat dengan aku
semua ramai yang tahu ajie dalam kondisi kesihatan yang kurang sihat
PALING SEDIH pihak hospital tak dapat nak DETECT lagi apa jenis kesakitan yang sedang beliau tanggung



susah nak cerita kat sini apa jenis kesakitan yang beliau tanggung
senang nak digambarkan sakit dalam perutlah
kadang-kadang sampai berguling-guling menahan sakit
kita si isteri ni mampu menangis sajalah
nak bantu, sakitnya di dalam
nak sapu minyak tak boleh
nak bagi makan ubat dah terlalu banyak pain killer dalam perut suami
kita sayang buah pinggang suami
nak pakai lama lagi ni
sudahnya apa yang aku mampu buat
berdoa, menangis dan berlakon tabah depan suami
sebab aku yakin
kalau aku tunjuk aku lemah, beliau akan bertambah sakit



prestasi kerja suami memang ke laut
berulang-alik ke Hospital Serdang
menunggu dan menunggu saban hari di sana untuk mendapatkan rawatan
hmmm tapi hampeh
doctor biasa tak boleh pakai
doctor pakar pon ke laut jugak
T________________T


baru aku rasa
bila suami sakit
isteri memang tak senang nak buat apa-apa pon
hasilnya sepanjang seminggu lepas
kerja aku memang ke laut
nasiblah majikan jenis yang memahami
tak dibebankan dengan bebanan kerja macam biasa
bagi ruang aku relax uruskan kecemasan


Terima kasih Tuhan untuk semua perkara yang dah Kau permudahkan.


Appointment pakar lagi 2 minggu
Hmmm keyakinan ke atas pakar di hospital serdang ni memang dah ke laut
sebab nampak muka pon main-main je buat kerja
phuiii



Allah itu maha adil
dah dijanjikan Allah
ada habuan indah untuk hambaNya yang sabar



Jadinya ditengah-tengah kami berdua berjuang mengharungi kesakitan dan kesulitan yang ditanggung suami
Allah tak pernah lupa selitkan PELANGI INDAH ditengah-tengah perjuangan kami



amboi siap attached gambar
;p



apa PELANGI INDAH tu?
rasanya ramai yang dah dapat teka
takpe takpe
akan aku ceritakan panjang lebar kisah gembira ni di entry seterusnya
yang tak tahu bilanya!
;p



Jutaan kesyukuran aku panjatkan untuk anugerah ini Ya Allah
akan aku terus dan terus sabar mengharungi dugaanMu
kerana aku percaya
ada rahsia tersembunyi yang Kau sediakan untuk aku
di sebalik setiap dugaan ini



Terima kasih Allah
Terima kasih Ibu
Terima kasih mertua
Terima kasih suami
Terima kasih keluarga
Terima kasih semua



2 comments:

myatiqah said...

truskan ketabahan dik..semoga suami cepat sembuh

sakura said...

tahniah eima... ;)
jaga kesihatan baik2 k...
and smoga tabah mghadapi dugaan ni& ajie sempat sembuh...