April 19, 2013

Mengidam #Part 1




Jangan salah sangka
ini bukan perut penulis
cantik sangat ni
;p


sumber: google image


masih dengan topik PREGNANT
almaklumlah anak sulung
pengalaman pertama seumur hidup 26 tahun ni
mestilah terover dan over eksaited!
^___________^




entry kali ni nak share pasai hal-hal MENGIDAM ni
;p

 sumber: google image


amboi sedapnya buah mangga kat atas ni
T__________T
*lap air liur sendiri



MAK selalu cakap
IBU MENGANDUNG NI MENGADA
badan mengada
emosi mengada
TEKAK?
lagi laaa subhanallah mengada
sebab tu Allah jadikan suami
yang dilembutkan hati untuk melayan semua kerenah si isteri



TAK NORMAL la seorang bakal ibu tu kalau takde lansung symptom MENGIDAM
ye dok??



aku ni normal hidup sebelum kawen pon suka mengidam macam-macam sampai penat ajie nak layan
tambahlah dah berbadan dua ni
MENGADA tu naik tahap menjadi-jadi
tinggi melangit
anak sulung pulak tu
dilayan seperti puteri
 ;p




selepas kawen
ini MENU aku sangat gilakan
Nasi putih panas-panas + Telor Mata+ Cili potong dengan kicap
aku makan menu ni hampir setiap hari


sedapnya tak tahu nak gambarkanlah
sebelum pergi ke kerja pon aku boleh masak nasik pastu goreng telur
breakfast dengan menu berat ni
memang gila!!



ini pulak snack WAJIB aku sekitar bulan february
OREO CICAH SUSU
sanggup berhenti petrol pam semata-mata nak beli susu and oreo
ajie tak larat nak layan laaaa tengok aku mencelup oreo dalam kotak susu 
masa dalam kereta tengah jem
padahal rumit tau nak makan oreo cicah susu dalam kereta
T__________________T




Aku jugak sangat gilakan RENDANG PEDAS AYAM
nak buat sendiri
orang lain masak taknak


gila tak gila
aku boleh masak rendang pedas ni seminggu sampai 3x
takde orang nak makan
aku sendiri yang memang nak makan



bila lapar je
rendang pedas ni punya bau mesti melekat kat hidung
mula tak sabar nak drive bali rumah
nak masak


kegilaan aku terhadap rendang pedas ni baru je hilang masa aku punya kandungan masuk 5 weeks
masuk je weeks 6
dengaq nama rendang pon PANTANG
rasa kembang tekak



masa awal MARCH
aku memang gilakan SUP EKOR tahap kronik
kenapa kronik??


mana ada orang makan sup ekor setiap hari setiap malam selama seminggu direct??
nak kat 1 kedai area rumah ni je
nak tukang masak tu je yang masak
dia solat asar aku sanggup tunggu lama mana pon
asalkan dia yang masak
tudia tudia


sekarang??
segala jenis sup laaa paling aku tak boleh dengar
imagine pon tak boleh
kembang tekak


masa taip entry ni pon
dok tahan mual je ni
T___________________T



ini mengidam secara istiqamah
aku gilakan MANGGA EPAL ni dari awal kawen sampai la sekarang
sama naik je dengan ajie
cuma masa early pregn KAWAL ancy ni
akusiit makan benda-benda masam
takot rahim tak kuat lagi



TAPI kalau tanya tekak aku
bila-bila pon mau mangga muda ni
kena pulak dengan kuah rojak MAK BEE
perrggghhhhhhhh




ini menu kegilaan masa week 5 pregnant
pantang dengar BAKSO
meleleh je air liur ni



nak bakso area rumah kakak je kat PJ
tempat lain taknak
penat la kakak and anak buah melayan


TAPI masuk je week 6
macam sup ekor la
dengar nama bakso pon boleh buat marah!




SAMBAL IKAN SEMILANG MAK MASAK
ini bukan mengidam
tapi memang 1 anugerah Tuhan kalau dapat makan



bukan selalu dapat peluang makan ikan semilang masak cabai version mak
mak kan dah bermastautin di JENDERAM HILIR
ikan semilang owsem pulak memang aku nak AMCIK je yang mancing
beli taknak
hanyir



Amcik memang dah paham sangat
kalau aku balik dengan mak
mesti dia akan pulun kuar mancing
untuk penuhi keinginan tekak


awal bulan april hari tu balik kampung
dapat jugak merasa
aku makan nasik 3 pinggan
masa ni morning sickness tak berpaling pada aku lagi
masih milik ajie
selera memang tengah sedap


sekarang??
hmmm mak taknak masak pon takpe
bukan dalam list kegemaran untuk sementara waktu
;p




 IKAN BAWAL GORENG + SAMBAL KICAP



bila tahu je aku pregnant
ini MENU paling kau teringin
taknak makan kat kedai 
TAPI nak BAPAK MERTUA yang buatkan


First time makan menu ni ayah ajie masak masa tahun 2009
ingat sampai sekarang


Alhamdulillah
keinginan tekak dipenuhi hajatnya oleh bapak mertuaku yang tersayang
dua ekor aku hantam!
tersenyum abah tengok





masuk week 6
dah start morning sickness
buah JAMBU SUSU ni je laaaa sentiasa bermain di benak fikiran aku


tapi tak dapat pon sampai sekarang
just dapat makan sebijik je masa balik kamoung awal bulan hari itu
itu pon buah sesat
bukan musim kot ni


alangkah indah kalau dapat bawak balik dari kampung barang SEGUNI!
bahagia tekak
gebu anak nanti
;p




sekarang ni
pada tahap morning sickness dah melarat pagi petang siang malam
tekak ni nak sangat buat CERMAI
nak penyet-penyetkan pastu cicah dengan campuran gula+belacan+garam+cili api
sedaaaaapnya!



Suami tengah usahakan untuk dapatkan aku buah cermai
tak sabarnya
harap-harap gemok macam dalam gambar ni




mual-mual aku ni
mengidam tu tetap ada
cuma bezakan
lepas makan tu terus MUNTAH



selamat!



ini kisah mengidam part 1
nanti aku celoteh lagi part 2 part 3 dan seterusnya sampai la meletup
;p



ini kenangan manis ni
perlu catit moment-moment ni semua!



^________________^



No comments: