hambek ni
purple tulips
saje nak fefeeling Lia Suraiya dalam Cinta Jangan Pergi
;p
sebenarnya bukan nak cerita pasal bunga tulip ke drama melayu ke tiz zaqyah ke remy ishak ke
bukan
taknak cerita pon pasai semua-semua ni
sesaje tempek sebab tetiba rasa PURPLE TULIPS tu cantik sangat
^_________^
penulis memang peminat tulip dan tuberose
bunga simple tapi punya kecantikan tersendiri
melalut lagi
;p
sebenarnya penulis nak menulis tentang ini
MORNING SICKNESS
atau
ALAHAN KETIKA HAMIL
lain orang lain cara pembawakan budak (alahan)
tapi mostly alami semua ni pada lingkungan masa yang sama
3-4 bulan pertama hamil
Impian aku dari zaman anak dara
adalah untuk Bunting Pelamin
tapi memang dah tertulis yang aku tak punya rezeki untuk bunting pelamin
bulan ke 3 perkahwinan baru diberi Allah anugerah ini
Alhamdulillah dan syukur kepadaNya
aku percaya ada hikmah mengapa dan kenapa Allah susun macam tu
aku lansung tak jangka aku pregnant
sebab dah 2x kecewa
malas nak layan sangat perasaan berharap tu
bila period start delay
aku still letak NEGATIVE THINKING kat situ
yang aku sedang alami stress melampau laaa
perubahan horman badan la
and bla bla bla
so delay tu bukan preggy tapi nak ubah tarikh
WALAU diri sendiri tahu yang period time aku memang TEPAT setiap bulan
So bila hasben suruh buat pregnancy test
aku akan buat dunno je
nak tunggu sampai end of March jugak-jugak
kononnya period akan datang jugak within this month
huehuehue
TEKAD dalam hati yang aku hanya akan buat test tu 1 APRIL 2013
hahahaha poyo gila!
hahahaha poyo gila!
;p
One day tu suami muntah teruk sangat kat tempat kerja dia
suami call bagitau setiap 15 minit sekali dia ulang alik masuk toilet muntah dan muntah
aku ingatkan dia kena food poison sebab symptom-symptom macam aku dulu tu ada kat suami
sudah laaa masa tu kondisi kesihatan suami sangat mendadak turun
macam-macam sakit
tambah lagi FOOD POISON
on that day
pihak management tempat kerja suami suruh dia pergi klinik
so doctor senang-senang bagi dia MC untuk 2 hari
kebetulan mak ada kat rumah
mak call aku cakap ajie muntah teruk
pastu mak gelak-gelak
so aku paham apa maksud di sebalik gelak sinis mak tu
makanya balik kerja tu
aku singgah laaa pergi beli pregnancy test
macam kompiden sikit nak check
sebab mak kata maybe ajie tu muntah pembawakan budak
ecececececece
TAPI yang peliknya
bila aku sampai kat rumah
bila ajie nampak je muka aku
dia terus STOP muntah
lansung tak muntah
boleh makan dan minum dengan seleranya
*pelik
So rasa kurang kompiden nak check aku preggy ke tak tu kembali menular dalam hati
sebab tengok suami dah sihat.
Lepas solat maghrib
doa-doa sikit
amek wuduk
aku pon senyap-senyap buat test
Alhamdulillah
keputusan POSITIF
Masa bagitau mak and suami
Ajie menangis
masa tu dia tengah makan
mak pulak tak habis ucap syukur ke hadrat Allah
menangis-nangis suami call ahli keluarga semua
kabarkan perkabaran gembira
mohon didoakan aku sihat dan dipelihara semua
Seronoknya rasa tu
rasa yang semua wanita di dunia ni tunggu
dan alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk merasakan salah satu kebahagian dunia yang paling bermakna ini
Terima Kasih Allah
-HABIS BAB MELALUT NI-
Masa tahu aku preggy
kandungan dah masuk 5 week
dah boleh scan dah perut buncit aku ni
baby nampak kecik sangat lagi
tapi alhamdulillah kedudukan baby adalah di dalam RAHIM
itu yang sangat penting
baby kecik je lagi
yang buncit tu LEMAK semata
=,="
Minggu ke 5 pregnant
aku takde alahan apa
selera makan macam DRAKULA ada la
itu nak makan ini nak makan
sampai mak dan suami penat nak melayan
Minggu ke 5 suami aku yang membawa alahan mengandung ni
ajie yang muntah-muntah teruk
sekejap muntah
dengar sebut perkataan muntah, dia muntah
lepas makan muntah
sampai demam-deman
kondisi alahan ni lagi teruk bila dia berjauhan lebih dari 5 jam dari aku
senang cerita bila bini dan anak takde depan mata
kemain dia muntah
sampai tak boleh buat kerja
nak pitam pon pernah
dari kesian dan risau
sampai jadi LUCU plak
anaak ooooo anak
anak ayah betul la
kecik lagi dah tunjuk
;p
Minggu ke 6
kondisi alahan ajie makin parah
bila dia terpaksa pulang ke kampung awal 4 hari dari aku
untuk mendapatkan rawatan sakit dia
iyelah ini memang berpisah jarak jauh beratus batu
baby bukan stakat bagi baba dia muntah-muntah
siap pakej demam panas gila
muntah-demam-muntah-demam
sampai tak boleh bangun ajie
kondisi aku pulak di KL ni mula tak betul
mual mula datang
loya sana-sini
pandang nasik lansung tak boleh
dah start muntah-muntah
memang weak gila!
akibatnya
4 hari laaa aku lansung tak sentuh nasik
makan biskut, kurma, buah and kismis sahaja
T________________T
TAPI kan kan kan bila balik je kampung
salam je dengan suami
semua rasa loya dan tak lalu makan tu hilang serta merta
we both dah tak muntah
dan boleh makan nasik dengan senang hati
T____________T
anak ooooo anak
macam-macam
masuk week 7 lain pulak cerita
si ibu pulak dah start morning sickness
sampai laaa week 8 ni
bukan morning sickness dah
morning+afternoon+evening+night sickness semua ada dah ni
apa pon tak boleh makan
air kosong pon tak boleh telan
makan sepinggan nasik
sepinggan jugak la keluar
minum segelas air
segelas air jugak laaaa jadi rejeki mangkuk tandas
badan jadi letih sangat
prestasi kerja memang merosot habis
perut lapar
tapi bila makan semua keluar balik
tekak dahaga
tapi minum je
semua keluar balik
ada 2 je jenis minuman yang aku boleh makan sepanjang sekarang ni
TEH AIS dan MILO AIS KFC
nampak tak nampak tak betapa mengada anak gua??
TAPI nampak jugak tak perkataan 'AIS' dalam setiap pilihan air dia tu??
haishhhhh tak elok untuk ibu hamil pengambilan ais tu
kata orang ais tu tajam
tapi macam mana nak buat
badan takde energy
T_____________T
week 9 dan seterusnya
kita tengoklah apa baby nak ajar mak ayah dia
apa yang boleh aku cakap
ini kenangan manis as ibu
kawan-kawan slalu pujuk
kata dorang kalau masa pregnant ni anak buat hal macam-macam
alahan teruk-teruk
nanti bila dah lahir
tak banyak songeh
mintak-mintaklah anak ibu pon macam tu
Mak pulak pujuk
masa mak mengandung
lagi teruk
lansung tak bangun 3 bulan
so mana nak lari alahan kalau dah mak sendiri alahan teruk
T______T
so bersabar je la
bukan untuk siapa
untuk anak sendiri jugak
seronok plak bercerita tentang anak ni
berjela entry aku
okbai
No comments:
Post a Comment