May 26, 2013

Goodbye 1st Trimester



sekejap je masa berlalu kan
terasa-rasa lagi saat bila aku tunjuk pregnancy test yang POSITIF RESULT kat suami
dan dia menangis sebak


NOW aku dah boleh say GOODBYE to 1ST TRIMESTER
selamat tinggal SUPER ALAHAN!
(yang ini paling gumbira)
AND AND AND
Please WELCOME wahai SELERA DRAKULA aka HULK yang bakal menjelma tak lama lagi
^__________________^



Indahnya menjadi wanita mengandung
Alhamdulillah
syukur ke hadrat Ilahi yang satu




Moh ler nak share serba sedikit kenangan semasa kehamilan WEEK 1-WEEK 13
sebab banyak sangat keajaiban Allah berlaku sepanjang kehamilan ini
dan keajaiban itu memang tidak akan sama dengan mana-mana wanita hamil di dunia ni
memang iti keistimewaan ibu mengandungkan
^__________^




WEEK 1-WEEK 5 
masa ni tak tahu pon pregnant
masa aku tahu aku pregnant
usia kandungan dah masuk week 5
apa yang boleh aku catitkan kat sini
sepanjang tempoh ni aku emosi
sensitif
suka marah
dan suami mengalami gangguan kesihatan yang agak teruk
2 weeks jugak suami memulakan alahan baby
;p



ingat lagi sampai lembik suami asyik muntah
DAN apa yang istimewanya masa ni
suami akan muntah tahap kronik iaitu setiap 15 minit sekali bila kami berjauhan lebih dari 5 jam
AJAIB kan kuasa ALLAH
bila masing-masing dah balik kerja
suami dah nampak muka aku yang tak berapa comei ni
terus hilang segala MUAL dan alahan dia
dan suami boleh makan without muntah
subhanaAllah
indah dan ajaibnya pengalaman yang Allah bagi kami berdua rasa
syukur.


Aku pulak masa ni
sangat relax
alahan takde
muntah sekali pon tak
selera makan memang memuncak gila
macam-macam teringin makan
penat mak dan suami nak layan
;p


WEEK 6-WEEK 10
hahahahahahahahaha
aku budget suami akan membawa alahan baby sampai laaaaa bila-bila
rupa-rupanya Allah bagi rasa je
masa ni aku dah start ALAH teruk
semua makanan tak boleh masuk dalam badan
everything akan aku keluarkan dan sedekah secara ikhlas kepada mangkuk tandas
sampaikan air kosong pon tak mampu telan
makan buah pon muntah jugak


selalu rasa nak pitam sebab perut kosong
heartburn tu boleh dikatakan hampir setiap masa
dalam masa 2 week berat badan turun 3-4kg


Masa ni kekuatan memang anak dan suami
alhamdulillah Allah kurniakan suami yang sangat memahami
paling bersyukur sangat RINGAN TULANG
sepanjang masa kehamilan ni
kerja rumah memang hampir semua suami yang buat
dia bantu serba serbi termasuk urusan 2 ekor kucing kesayangan


Terima kasih Allah untuk anugerah ini



WEEK 11-WEEK 14

masa ni alahan dan mengurang
aku dah boleh makan sikit
dan paling ajaib boleh makan semua makanan yang baby suka sahaja
mula-mula ingat macam perasaan aku je
tapi lama-lama memang baby bagi aku makan apa yang dia suka makan sahaja
so sepanjang minggu ni memang aku banyak makan makanan kegemaran dia
kalau makanan yang aku teringin
mesti muntah
kalau dia yang teringin mesti elok je masuk dalam perut.
anak ooooo anak




apa baby suka makan??



baby suka makan semua makanan baba dia
maksud aku semua jenis makanan kegemaran suami
aku dan suami memang tak sama selera untuk semua jenis makanan
contoh?
aku tak suka roti, biskut, jajan, chocloate etc
tapi suami sangat suka


aku hanya suka masakan kampung
suami suka western dan kampung


aku tak suka air buah or yogurt bagai
suami sangaaaaaaaaaaaaaat suka semua-semua di atas



percaya tak aku tak pernah sentuh semua air-air juice berkotak-kotak dalam fridge
hahahahahaha
sebab aku hanya suka air bersusu macam nescafe ais



dan aku benci milo ais
kecuali milo ais mesin tu




DAN AJAIBNYA
sepanjang week 11 sehinggalah hari ini
hari-hari aku minum milo panas dan milo ais
macam dah sebahagian dari hidup
aku dah lupakan TEH AIS kegemaran tekak tu



Aku sukaaaaaaa makan segala jenis roti
dan sukaaaa sangat dengan kek n choclate
jajan pon aku dah layan tapi kurangkan sebab tak elok



perut sangat suka ria dengan makanan western
dan sangat tak boleh blah dengan masakan arab dan mamak
blerrggghhhhhhhhh
tengah taip ni pon rasa mual lain macam dah
T_______________________T



aku tak suka makan buah
suami pon kurang gemar buah
TAPI anak kami sukaaa buah omputeh
contoh?
STRAWBERRY ke KIWI ke
sooooooooooooo blair waldoft kan?



padahal normal ibunya
memang tak pernah makan buah kiwi
sebab seram dengan bulu-bulu pada kulit luar kiwi tu
strawberry?
tak dapat pon takpe
tapi since mengandung ni
penuh mulut rasa air liur ni kalau nampak strawberry gemok
so sepanjang tempoh ni memang aku lansung ta engok gossip girl sebab blair waldoft tu memang akan makan strawberry setiap pagi
T_________________T





psssst psssstttttttt
perkara pelik dan ajaib yang lagi satu
yang memang not so me
sepanjang pregnant ni
aku suka sangat tengok lelaki kacak yang cerah tinggi dan muka timbul
kalau dapat tengok tu
aku akan tengok sungguh-sungguh
sedangkan normal aku
lelai cerah memang not my type!




dan saya jugak sangat suka warna KUNING sepanjang saya hamil ini
sedangkan warna penambat hati saya selalunya MERAH



indahnya ciptaan dan susunan yang Allah buat
mewarnai tempoh-tempoh kehamilan
iyelah kalau kita lalui benda yang sama je
tak ke kita bosan dan kurang semangat
ye dop?
pregnant bukan sesuatu yang mudah
banyak benda kena jaga dan sabar
tapi semua ibu di dunia ni tak pernah akan merungut untuk anaknya




membesarlah anak ibu dengan sihat
ibu dan baba tak sabar nak tengok awak nanti




LOVE,
IBU





No comments: