June 21, 2013

Setengah Tahun Sudah

*gambar di atas tiada kaitan dengan penceritaan


-21 JUNE 2013-
[Jumaat]



Apa yang special??
^_________________^



specialnya sebab hari ni hari JUMAAT
dan hari di mana genap 6 BULAN penulis dan suami mendirikan rumahtangga
Alhamdulillah



sekejap je masa berlalukan kan kan
rasa macam baru bulan lepas dinikahkan dengan lelaki paling tercinta di alam fana ini
di petang jumaat yang indah
21 December 2012


 Syukur yang tak terhingga aku panjatkan kepada Allah untuk pinjaman kasih sayang ini
Allah murahkan lagi rejeki kami berdua dengan kehadiran CAHAYA MATA yang masih selesa di dalam perut ibunya 
hari ni anak ibu and baba dah masuk 4 bulan 1 minggu
^______________^
terima kasih Allah untuk anugerah terindah ini




PERKAHWINAN ini suatu ikatan yang penuh kasih sayang dan dugaan
yang penting
seorang isteri itu perlulah YAKIN dengan suami sendiri
bahawanya suami akan dan akan mampu dan terus mampu
memberi yang terbaik untuk isteri dan anak-anaknya.
kerana KEYAKINAN SEORANG ISTERI itu mentuluskan lagi doanya kepada Allah




Kepada suamiku
Aku YAKIN dan akan terus tanamkan rasa YAKIN yang infiniti 
bahawa kau bisa memberikan aku kebahagian dunia dan akhirat
zuriat dan keturunan yang baik
juga kesenangan dunia yang diimpikan setiap manusia



bila masanya tiba
bila mana diizinkan yang Maha ESA 



Doa untuk kamu selalu ada
sentiasa tak pernah tak ada




2 comments:

Norliza Nordin said...

anniversary kte dekat2.. ^^

Eima Jer said...

itulah. awop 25 saya 21