August 28, 2013

Kisah Raya Abin Dan Minmin



Lama tak update pasai buah hati kakak yang 2 orang ni
asek asek update pasai anak je
kami pon anak kakak jugak
lupa?



Alolololo!~




Ratu cantik africa ni sedang berbahagia dengan rumah baru
berbahagia dengan carpet bulu-bulu dia
berbahagia naik turun kitchen cabinets tengok kakak masak
kadang-kadang punya bahagia sampai tido pon nak tido atas meja makan
T________________T



Tak percaya??


ni tido atas meja makan kakak la ni
tanpa rasa bersalah
bila kakak beli alas meja
koyakkan alas meja tu tanpa rasa bersalah jugak
bila kena marah
kena ketuk kepala
merajuk masuk bilik
taknak makan
kakak panggil pon buat dek je
nak kawan dengan abang je
bila kakak pujuk bagi minum fresh milk 1 mangkuk
baru nak kawan
inilah budak yang saaaaaaaaaaaaangat suka tido atas meja makan
PLUS sangat pantang dengan segala jenis kertas, kotak, plastik bag
mesti nak main sampai semua tu rosak
hmmmm alas meja kakak pon
dah 2 dah lubang koyaknye pon adoiyai
T____________________T


Tapi takpe Aaron Abin
kakak tetap sayang awak dan minmin hingga ke syurga Allah insyaAllah
^_______________^



Apa cerita raya Abin Minmin??



Masa nak balik kampung for raya  hari tu
muka memasing super eksaited naik kereta
tak tau nak cakap la punya eksaited
sampai kacau abang drive la
ada ke nak duduk pegang stereng kereta
macam laaa tahu drive



Sampai je rumah atok kat kampung
both diam je
busy main kat luar
sampai lupa makan lupa tido
seronok tak terkira la rumah atok besar
PLUS kakak and abang memang lansung tak kisah dorang nak pergi mana kan
ada atok plak yang rajin melayan makan



TAPI sekejap je kan kan kan seronok tu
bila muncul kucing amcik yang namanya SAREP DOL tu
semua ketenangan Abin Minmin hilang
both takut
masuk bilik duduk bawah katil
kahkahkahkah
sampai atok nak bagi makan pon susah nak kena tertonggeng-tonggeng jenguk bawah katil


itu okay lagi


tapi ada budak yang termenung kat atas ni kan
HILANG 5 HARI bila kat kampung
pergi mana?
IKOT BOYFRIEND BARU berdating ntah ke mana
puas 1 kampung semua orang mencari
sampaikan nama MINMIN tu dah popular sangat laaaa kat kampung tu
mana tak nye
atok kuar tanya semua jiran
amcik cari 1 kampung
abang and kakak dia yang mak buyong ni saban petang sebelum berbuka puasa
cari minmin kat belakang rumah setiap orang


lepas tu kakak pon dah macam orang gila
semua kucing kakak pergi bercakap
pesan dekat dorang kalau nampak ratu cantik africa tu
yang nama minmin tu
awek keyel tu
pesan kat dia balik rumah
kakak dia risau
kalau dia tak tahu jalan balik
tolong hantar dia balik rumah
T_______________T



HAHAHAHAHA
atok lagi hebat
siap cakap kalau hari raya minmin tak balik jugak
atok nak mintak orang masjid announce kat masjid after solat sunat aidilfitri
lagi dasyat
lepas tu atok siap buat reward kat budak-budak 
for those yang dapat cari and bawak minmin balik
akan diberi hadiah
HAHAHAHAHAHA
tengok laaa kasih sayang atok
dalam dok mengutuk kehitaman minmin
tetap jugak dia sayangkan awak minmin
mulut je jahat
hati super baik




Boss selalu puji kucing-kucing dia bijak
hmmmm aku rasa memang betul kot kucing-kucing dia bijak
salah seorangnya budak di atas ni la



Malam raya kakak and abang dah menangis-nangis dah
sebab Minmin hilang untuk malam ke5
esok dah nak raya
masjid dah start takbir raya
anak yang seorang ni hilang tak balik-balik
lusa tulat dah nak ke KL
abin pulak muka monyok je sorang-sorang kat rumah
takde kawan
plus takotkan si Sarep Dol yang asek nak belasah dia je
T________________T



Tapi buah hati kami ni boleh pulak buat surprise 
jadi DENDANG PERANTAU
balik rumah malam raya



Ingat lagi
suami balik dari lepak dengan kawan
area kui 2 pagi
aku pulak tak boleh nak lelap mata sebab terlampau susah hati minmin hilang
tapi nak nangis takotkan suami
sebab suami marah aku nangis
katanya minmin kucing
dalam perut tu orang
anak dia
fikirkan anak sendiri dulu
dia siap warning-warning tolong jangan repeat meqhoyan aku masa Tuah pergi menghadap tuhan
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
tersepit sangat masa tu
jadi aku memendam
hanya mampu bercakap dengan anak je
dan tak putus berdoa agar Allah pelihara keselamatan minmin kat luar
dan Allah beri lagi peluang dan masa untuk aku terus jaga minmin



Allah dengar doa aku
Minmin balik jam 4 pagi
terus meluru masuk bilik mak aku
kejutkan mak aku tido
mintak makan



Mak pulak terus bangun kejutkan aku
katanya minmin dah balik
aku pulak yang masa tu baru nak terlelap
terus tampar-tampar muka
takot apa aku dengar ni mimpi semata
sebab terlalu memikirkan dia



Bila mak buka pintu bilik
minmin terus masuk berlari naik atas katil
terus cium-cium aku
Abin masa tu tido sebelah suami
terus bangun jilat-jilat minmin
nampak muka abin muka rindu
minmin cium abang
kejut abang bagitau dia dah balik



lepas tu terus mintak makan
iyelah
maybe dah 5 hari tak makan
uwaaaaaaaaaaaaaaaa
T_____________T


Sepinggan nasik minmin habiskan
air pon banyak dia minum
dahaga sungguh



lepas makan and minum
terus naik atas katil
TIDOOOOOO dengan abin



so sepanjang raya
minmin memang qado tido je
nak tido atas katil
bawah aircond
kalau aircond tu tutup
mula laaa bebel mintak aircond tu dibukakkan
lepas tu sambung tido lagi



haishhhhh
ingatkan dah hilang 5 hari
belajar hidup kampung
tapi hampeh
DIVA tetap DIVA




Sejak minmin pulang ke rumah
abin asek kena belasah je dengan kucing jantan yang ntah mana datang
al maklumlah semua pakat nak tunjuk hero dekat anak dara saya
tapi minmin si diva
keluar bilik pon taknak
kesian abin sampai terkopek kulit kat hidung tu
kena belasah pertahankan adiknya



sampaikan abin fade up muka asek ajak balik KL je
serious tak tipu
sebab masa kami kemas-kemas nak balik KL
dia tengok je kami pack barang-barang dorang
letak pasir dalam bekas and susun dalam kereta
dia masuk kereta sendiri
siap tunggu seksiap dalam kereta
punya tak sabar nak tinggalkan kampung atok yang terlalu banyak hero
kahkahkahkah




dalam kereta semua behave
sebab memasing letih dengan pengalaman raya seminggu di kampung
both qado tido je sepanjang 12 jam perjalanan
sebab jem macam lahanat kuda



sampai je dalam rumah
muka abin tenang gila
muka minmin pulak terus-terus diva



bila dah pindah rumah baru
both muka eksaited gila dengan rumah baru
sampai sekarang nampak dorang sangat selesa di rumah sendiri
cuma kadang-kadang tu mintak nak keluar rumah
sebab geram tengok burung-burung yang banyak berterbangan meniti kat tingkap bilik tu



KAMI BERTIGA masih happy family
dan tak sabar menanti baby kakak and abang
^_____________^





August 27, 2013

Vol. 1: Surat Untuk Anak


To: Anak
From: Ibu


Assalammualaikum anak ibu. Terus sihat dalam rahim ibu hingga tiba masa kita bersua di dunia nanti. InsyaAllah dengan izin Allah. Dah lama rasanya niat dalam hati ini nak catit serba serbi tentang kisah awak di dalam rahim ibu ni tapi ibu pendam dek kerana bimbang masanya terlalu awal. Alhamdulillah syukur kepada Allah, sudah hampir 7 bulan awak membesar di dalam perut ibu. Jadinya ibu harap tidak keterlaluan kiranya ibu memulakan coretan-coretan paling indah seorang ibu yang harapnya suatu hari nanti dapat dikongsikan bersama kamu wahai si anak.


Ibu mendirikan rumahtangga dengan baba 21 December 2012. Dengan sekali lafaz, ibu sah menjadi isteri kepada lelaki paling ibu cintai secara mendalam, selalu, sentiasa dan tak pernah tak ada. Itulah baba. Lelaki baik yang insyaAllah milik kamu jugak wahai anak. Kita kongsi kasih sayangnya nanti ye anak. InsyaAllah kamu sangat bertuah punya seorang ayah sangat penyayang, lembut pertuturan dan budi bahasanya dan yang paling penting tak pernah meninggikan suara sekalipun dengan ibu. Semua suami adalah yang terbaik di mata setiap isteri dan harapnya baba juga akan menjadi seorang ayah yang terbaik di mata kamu. Sanjunglah baba seperti mana dia menyanjungi kasih sayang yang ada antara kita bertiga. 


Harapnya ibu dan baba mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk kamu wahai si anak sebagai mana tingginya harapan kami ke atas kamu agar terus sihat di dalam rahim ibu selama tempoh yang dijanjikan Allah untuk kamu, akan membesar dengan sihat dan bijak sebagai harta dunia dan akhirat yang ibu dan baba punya. Amin


28 MARCH 2013
Selain tarikh keramat ibu dan baba disatukan menjadi isteri yang sah, tarikh di atas ini jugak merupakan tarikh teramat bahagia untuk kami berdua. Sekitar jam 10 malam, ibu tersenyum gembira menyambut kehadiran kamu di dalam rahim ibu. Saban hari ibu berdoa agar dikurnikan rezeki anak dengan kadar segera. Alhamdulillah, Allah kabulkan doa ibu dan baba. 


Masa ibu tunjukkan pregnancy test result ni pada baba, baba tengah makan cococruch sambil tengok tv dengan atok saba. Segar dalam ingatan, baba super excited bangun pelok ibu. Baba menangis kegembiraan. Baba peluk atok. Baba, ibu dan atok tiga-tiga menangis kegembiraan. Tak henti-henti atok dan baba panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah. Wahai si anak, kami tersangatlah menanti kehadiran kamu dalam kehidupan sederhana kami. Melengkapkan apa yang kurang, menambahkan lagi kasih sayang yang ada antara kami sekeluarga. 


Perkabaran gembira ni Baba tak buang masa kabarkan pada Tokwan dan Atok Nab di kampung. Semua ahli keluarga kita baba call berkongsi berita gembira sambil air mata tak putus-putus mengalir di pipi botox baba tu. Ibu hanya diam sambil menikmati perasaan terpaling indah yang Allah pinjamkan pada ibu iaitu naluri keibuan yang sedikit demi sedikit mengalir di dalam setiap urat saraf diri, perasaan gembira dapat menggembirakan hati suami, jiwa yang tenteram teramat menerima anugerah Allah yang memang tidak ternilai harganya. Indah. Sampai tak mampu berkata apa.


Kalau boleh satu dunia mahu kami kabarkan berita gembira tentang kamu wahai si anak. Bukan mahu mendabik dada menyatakan pada dunia yang kami sedang berbahagia tetapi tujuan berkongsi berita gembira ini niatnya hanya mahukan limpahan doa dari semua agar dikirimkan doa supaya kamu terus-terus sihat di dalam rahim ibu, dijauhkan dari sebarang kesulitan dan dipermudahkan urusan kehamilan ibu. Itu sahaja. Harapnya hingga ke hari ini, kamu sentiasa di bawah lindungan Allah sampai kapan pon. Amin


Amboi panjangnya coretan pertama ni. Di sini dulu ye wahai anak. Nanti ibu sambung lagi. Tentang betapa indahnya perasaan ibu dan baba tatkala pertama kali melihat kami di dalam rahim ibu. InsyaAllah di coretan seterusnya nanti.


Sihat-sihat ye anak. Ibu penuh sabar menanti kamu di sini.
^____________^



Ikhlas,
-Ibu-


August 23, 2013

Eid Fitri 2013



dah ketinggalan dah
dah lambat dah
dah terlewat dah
demam raya dah nak habis dah
baru terheges nak update pasai raya
bluwerkssss!~




ah pedulik!
nak update jugak entry raya
taknak kalah weh taknak kalah
kahkahkahkahkah



macam biasa
mulakan entry dengan pengenalan kepada tema warna baju raya tahun ni
aku dan suami manusia paling simple
tak amek tahu sangat pun pasai tema-tema raya
mertua kat kampung yang penuh semangat



mertua super best
call updated baju melayu suami dah siap
warna BIRU TURQUOISE
si perempuan pulak PURPLE BIRU TURQUOISE sebab mak dah bagi kain dah 
cuma menantu sulung ni DEGIL tak pergi buat baju
hahahahaha
sudahnya JUBAH BIRU TURQUOISE menjadi pilihan
nak cover salah yang dah dibuat
;p




abaikan KEGEMUKAN penulis
seraaaaammmm tengok!



Pagi raya suami bersama ibondaku tercinta
mak saya MAINTAIN CANTIK
makin hari makin cantik
anaknye je makin hari makin bam bam bam
T________________T



Sengaja belikan mak jubah sedondon aku dan suami
kahkahkahkah
siap paksa mak pakai jubah tu pagi raya
WHY?
sebab kalau tak paksa
mak terlalu banyak koleksi jubah for raya



Abaikan tudung mak yang terpenyet tu
aku yang belikan tudung mak tu
kata mak aku ni 'outdated'
orang tak pakai dah tudung awning keras macam tu
ada yang jenis terbaru
ala-ala ustazah nurbaya tu
T________________T
 kena setepek!




Ini hari raya kedua dah
di rumah mertua


Abah masih semangat berbaju tema
suami dah tukar pakai baju akad nikah
aku pulak jubah ala-ala sedondon suami
mak pulak sama macam suami
recycle baju masa kenduri kami hari tu
tema dah bercampur
TAPI abah tetap kacak



Paling comel
bila tengok suami kacak bersampin bagai
abah mintak kat suami sampin
katanya nak bergaya dengan sampin berjalan raya rumah saudara
comelnya!



ini je laaa gambar raya yang berjenis sikit
HAHAHAHAHAHA
malas betul laaa amek gambar raya tahun ni
jangan tak tahu
muka pon ikotkan hati malas gile nak tempek bedak
kahkahkahkah


ini Ibu susuan suami
Mak chaq
kakak kepada ibu mertuaku
untung kan kan kan ada 3 ibu
semoga rumahtangga sejuk sahaja
dan doa dari 3 orang ibu dunia akhirat ini tidak akan putus-putus mengiringi hidup kami
amin




nah
amek gambau mak buyong perut tecikkkkk nim
HAHAHAHAHAHA masa ni 6 months cukup
sekarang dah besar sikit
sebab dah nak masuk 7 bulan!
kihkohkihkoh




SELAMAT HARI RAYA SEMUA!
Maaf Zahir Dan Batin
kalau ada terkasar bahasa buruk budi bicara
^_____________^



August 04, 2013

Hometown Sweet Hometown




-Ini entry bikin panas-
kalau masih bekerja di ibu kota sana jangan baca-
kihkohkihkoh
;p



Helloooooooooooooooooo everybody
saya sudah menggunakan wifi mertua di Penang ketika menaip entry ini
itu maknanya saya sudah di kampung!
hoooooooooooooooorey
^______________^



Raya tahun ni penulis ikut hasben balas dendam lama beliau
dendam apa?
dendam tak dapat balik raya tahun lepas disebabkan tuntutan kerja
so tahun ni we both decided amek cuti seminggu sebelum raya
sebab nak berpuasa seminggu sebelum raya bersama keluarga
Alhamdulillah
Allah makbulkan semua plan cuti kami ini
dan Allah selamatkan perjalanan pulang kami tanpa sebarang kesulitan
Amin




Ramai rakan sebaya yang sama-sama mendirikan rumahtangga hujung tahun 2012 hinggalah bulan lepas punya rasa excited yang lebih kurang sama dengan penulis
excited apakah??
keterujaan melampau menyambut AIDILFITRI PERTAMA bergelar SUAMI ISTERI laaa
apa lagi
orang dah kawen kheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeen!
;p



Masing-masing eksaited dengan cara tersendiri
baju sedondon bagai
PLUS yang super lucky lagi
ada yang TAHUN PERTAMA menyambut hari raya bersama
PLUS terus dapat extra anugerah dari Allah
iaitu TAHUN PERTAMA juga sambut aidilfitri bergelar IBU dan AYAH
SubhanaAllah, indahnya anugerah tu
Happy for you guys!



Penulis juga Allah hadiahkan Aidilfitri yang istimewa
juga berhari raya BERTIGA
cuma si kecil masih di dalam perut
tak boleh kutip duit raya lagi
TAPI kalau ada uncle and aunty nak bagi duit raya siap-siap
Alhamdulillah
;p



Persiapan raya saya dan suami ala kadar sahaja
banyak duit kena saving sebab naik raya nanti dah nak kena pindah rumah
PLUS kandungan saya dah masuk  6 bulan esok
banyak duit nak pakai untuk persediaan sedikit demi sedikit barang-barang keperluan anak
dah kawen ni
semua keutamaan aku lebih kepada rumahtangga
diri sendiri tu dah ala kadar
layan apa yang ada je
samalah macam raya
hiks!~




Apa PLAN CUTI RAYA??


[Kampung aku]

VS

[Kampung suami]


LUCKY aku dan suami 
memang tak payah nak gaduh laaaa pasai balik kampung
sebab jarak BAGAN SERAI-KUBANG SEMANG hanya memakan masa 30 minit perjalanan 
Memang setiap tahun kami boleh pulang ke dua-dua belah keluarga



RAYA PERTAMA tahun ni di rumah Bagan Serai
sebab isteri manja
;p
kahkahkahkah ok tipu
PAGI RAYA di rumah aku
PETANG RAYA di rumah mertua
Hari raya kedua di rumah mertua
Hari raya ketiga di rumah bagan serai
hello PLUS
senronok kami bayar tol sepanjang puasa ni
kihkohkihkoh



Sahur semalam di Bagan Serai
sahur hari ni sudah di Kubang Semang
auuummmmm!~
harapnya tanggungjawab seorang anak dan menantu
dapat kami pikul dengan seadanya
untuk menggembirakan ibu bapa kami



Amin.



SELAMAT 5 RAMADHAN TERAKHIR
Semoga kita bertemu dengan LailatulQadar yang teramat mulia malamnya
dan semoga 30 hari ramadhan kita diberkati Allah hendakNya.




August 02, 2013

Butter Milk Creamy Prawn


Sebab ramai yang mintak resepi
kihkohkihkoh
(ramai ke?)
;p

dan penulis malas nak taip banyak-banyak
moh le saya tampalkan kat sini saja
so bila ke depan nanti lupa macam mana nak masak
boleh rujuk balik kat sini ye



Untuk menu ni
saya memang sengaja lebihkan kuah
sebab malas nak masak benda lain lagi
suami nak makan lauk ni je
kalau kering tak sedap pulak makan nasik kan



BAHAN-BAHAN

Udang segar dalam 600g dibersihkan
Butter (1/2 sahaja)
3 ulas bawang putih dikiris halus
2 ulas bawang merah dihiris halus
2 tangkai daun kari
4-5 biji cili api
Susu kotak kecik dutch lady full cream 
Whipping Cream
Bancuhan 2 sudu tepung jagung




CARA-CARA

  1. Panaskan 2 sudu minyak bersama 1 sudu butter
  2. Goreng udang sehingga masak
  3. Perasakan udang dengan sedikit garam dan blackpaper ditumbus kasar
  4. Angkat udang setelah masak
  5. Panaskan setengah butter ke dalam kuali lain
  6. Bila dah cair, tumis hirisan bawang putih+bawang merah+cili padi sampai naik bau dan sedikit garing
  7. Masukkan setengah kotak susu kotak dutch lady full cream
  8. Kacau dan masukkan sedikit garam dan gula sehingga rasa sempurna
  9. Masukkan whipping cream setengah kotak dan kacau jangan berhenti. Pastikan api perlahan sahaja sepanjang masakan ini
  10. Masukkan udang dan kacau
  11. Masukkan bancuhan tepung jagung sedikitd emi sedikit hingga mendapat kepekatan kuah yang anda inginkan.
  12. Perah sedikit hirisan jus lemon
  13. Hiaskan dengan hirisan nipis lemon segar
  14. Siap. Hidangkan dengan nasik putih panas-panas


For those yang tak tahu whipping cream tu apa

saya suka gunakan jenama yang ini
tapi nak guna jenama apa pon takpe asalkan whipping cream



saya suka gantikan susu cair dengan susu segar
sebab nak guna sikit je 
susu cair tak tahan lama kalau simpan dalam fridge pon
cepat masam
baik guna susu segar je
tak habis pakai terus boleh minum
selesai



untuk menu butter milk tak kisahlah ayam ke prawn ke
lemon sangat penting
sebab masakan ini jenis yang cepat muak
hirisan dan perahan lemon memang membantu dalam menu ni


Tak payah beli banyak
beli sebiji je cukup
sebab normal saya gunakan separuh je
separuh lagi dah boleh buat Teh O Ais Lemon
selesai



Untuk menu ini
jangan amek ringan daun kari
sebab sangat penting
macam irama dan lagu gitu



Itu ajelah nak pesan
selamat mencuba!