Sebab ramai yang mintak resepi
kihkohkihkoh
(ramai ke?)
;p
dan penulis malas nak taip banyak-banyak
moh le saya tampalkan kat sini saja
so bila ke depan nanti lupa macam mana nak masak
boleh rujuk balik kat sini ye
Untuk menu ni
saya memang sengaja lebihkan kuah
sebab malas nak masak benda lain lagi
suami nak makan lauk ni je
kalau kering tak sedap pulak makan nasik kan
BAHAN-BAHAN
Udang segar dalam 600g dibersihkan
Butter (1/2 sahaja)
3 ulas bawang putih dikiris halus
2 ulas bawang merah dihiris halus
2 tangkai daun kari
4-5 biji cili api
Susu kotak kecik dutch lady full cream
Whipping Cream
Bancuhan 2 sudu tepung jagung
CARA-CARA
- Panaskan 2 sudu minyak bersama 1 sudu butter
- Goreng udang sehingga masak
- Perasakan udang dengan sedikit garam dan blackpaper ditumbus kasar
- Angkat udang setelah masak
- Panaskan setengah butter ke dalam kuali lain
- Bila dah cair, tumis hirisan bawang putih+bawang merah+cili padi sampai naik bau dan sedikit garing
- Masukkan setengah kotak susu kotak dutch lady full cream
- Kacau dan masukkan sedikit garam dan gula sehingga rasa sempurna
- Masukkan whipping cream setengah kotak dan kacau jangan berhenti. Pastikan api perlahan sahaja sepanjang masakan ini
- Masukkan udang dan kacau
- Masukkan bancuhan tepung jagung sedikitd emi sedikit hingga mendapat kepekatan kuah yang anda inginkan.
- Perah sedikit hirisan jus lemon
- Hiaskan dengan hirisan nipis lemon segar
- Siap. Hidangkan dengan nasik putih panas-panas
For those yang tak tahu whipping cream tu apa
saya suka gunakan jenama yang ini
tapi nak guna jenama apa pon takpe asalkan whipping cream
saya suka gantikan susu cair dengan susu segar
sebab nak guna sikit je
susu cair tak tahan lama kalau simpan dalam fridge pon
cepat masam
baik guna susu segar je
tak habis pakai terus boleh minum
selesai
untuk menu butter milk tak kisahlah ayam ke prawn ke
lemon sangat penting
sebab masakan ini jenis yang cepat muak
hirisan dan perahan lemon memang membantu dalam menu ni
Tak payah beli banyak
beli sebiji je cukup
sebab normal saya gunakan separuh je
separuh lagi dah boleh buat Teh O Ais Lemon
selesai
Untuk menu ini
jangan amek ringan daun kari
sebab sangat penting
macam irama dan lagu gitu
Itu ajelah nak pesan
selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment