Tak tahulah aku je ke yang over feeling
atau semua bakal ibu akan rasa perasaan yang sama bila masuk MINGGU KE 30
aku je kot over feeling
perasaan bercampur baur pon ada
sama macam perasaan lagi 30 hari nak jadi isteri orang dolu-dolu tu
macam mana ea nak describe perasaan campur baur ni
perasaan macam SANGAT EKSAITED tapi NERVOUS
EKSAITED sebab lagi 10 weeks je lagi boleh jumpa buah hati yang saban hari teman ibunya dalam perut ni
EKSAITED sebab bakal menggembirakan hati suami dan keluarga dengan kehadiran anak sulung buat aku dan suami dan dan dan cucu sulung buat keluarga mertua
EKSAITED sebab baby bump dah besar. Si anak pulak bukan setakat kicking, bagi bontot la bagi siku la bagi kaki la bagi kepala la tertonjol-tonjol kat perut kita ni. kelakar
EKSAITED sebab sejak 2 minggu lepas dah boleh beli barang-barang baby. Ya Allah, beli barang baby sendiri ni memang EKSAITEDnye lain macam. Memang tak hengat apa dah. Rasa-rasanya macam nak mintak sape-sape azankan sekejap kat telinga ibu dan baba si anak ni supaya jangan terlebih eksaited
EKSAITED sebab pergi mana semua orang sayang, semua orang dahulukan kita, semua orang baik-baik dengan kita, semua orang tegur-tegur kita, layan kita dengan paling manis sebab masyarakat sentiasa di belakang wanita-wanita mengandung.
tapi dalam eksaited tu dah masuk week 30 ni aku jadi NERVOUS lain macam pulak dah.
NERVOUS bila tengok drama-drama, video-video orang nak bersalin. Uwaaaa rasa macam mampukah aku untuk semua ini.
NERVOUS bila fikir-fikir aku dan suami ni layak sepenuhnya ke nak pegang amanah Allah yang aku rasa paling terbesar dalam hidup kita sebagai manusia ni
NERVOUS bila fikir macam manalah bentuk kelahiran yang dah Allah susun untuk aku dan anak. Semua tu kan masih rahsia Allah. Tengok rakan sesama mak buyongss ada yang melahirkan anak tak cukup bulan, yang terlebih hari, yang normal, yang terpaksa dibedah.
macam-macamlah. semua ni buat hati mula berteka-teka yang mana laaa pulak yang diaturkan Allah untuk aku.
NERVOUS jugak bila fikir nanti perut dah masuk 9 bulan macam mana nak drive pergi kerja
takooootnya kalau buatnya tengah hadap jem Jalan Klang Lama tu aku tetiba sakit nak beranak
macam mana?
HAHAHAHAHA lepas tu sedih sebab mungkin terpaksa susahkan suami hantar dan amik aku dari tempat kerja sedangkan tempat kami bekerja lansung tak sehaluan.
NERVOUS bila fikir cukup ke segala persiapan nak sambut orang baru. Cukup ke simpanan dan budget yang dibuat. Mohon sangat rezeki aku dan suami bertambah hari demi hari. InsyaAllah bukan untuk siapa segala usaha ni, semua untuk anak dan kedua ibu bapa kami
ya Allah.
NERVOUS jugak dengan jantina anak. Iyelah kan sebab si ibu dan babanye dah buat scan 4D
jantina tu dari usia kandungan 4 bulan plus pon memang doctor dah bagitau
cuma confirmation tu doctor buat bila kami buat 4D masa usia kandungan 26 weeks
Doctor kata jelas jantinanya
Suami lagilah siap menangis bila nampak jantina anaknya
Tapi si ibu kahkahkahkah lansung tak pandai tengok
kahkahkahkah
T______________T
Persiapan barang baby katanya nak yang GENERAL COLOUR je
tapi tipu je semua tu
tetap cari ikot jantina
kahkahkah
;p
NERVOUS terlampau bila fikir mampu ke berpantang dengan sebetul-betulnya masa bersalin nanti
aku ni dalam mengandung ni pon lansung tak disiplin makan ubat
dalam pantang nanti macam mana la
T________________T
Semoga terus-terus diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan kehamilan dan kelahiran.
Next entry nanti kite attach list barang baby dan keperluan ibunya
my own list yawn
setelah membuat survey sana sini sinun
harap-harap dapat dikongsikan bersama
;p
p/s: EKSAITEDnya bila kakak-kakak dah start pass bengkung la, tungku la, barut la, set sebelum dan selepas bersalin pon ada, baju-baju newborn anak buah, bath tab baby pon ada. Alhamdulilah, jimat banyak ibu dengan baba. Kami tak kisah pon re-use barang-barang for anak sulung. Taknak anak bermewah sangat. Nak dia belajar susah dahulu. Hidup bersederhana mengikut kemampuan kedua ibu bapanya. Yang penting kami pon masih dalam proses belajar dan belajar untuk jadi ibu bapa yang terbaik agar mampu mendidik anak kami yang bakal mendoakan kami pula suatu hari nanti.
nah saya attach luahan dari hati seorang ayah yang baru menyambut cahaya matanya
saya menangis tatkala membaca puisi indah ini
Tahniah Maryam dan Muslih
selamat menjalankan tanggungjawab seorang ibu dan ayah
dalam mencorak amanah Allah
yang dianugerahkan kepada kalian
eh tersentuh lagi hati ibu iols ni
nak nangis lagi
sobs
No comments:
Post a Comment