September 02, 2013

Happy 7 Months Mommy EJ



HAPPY 7 MONTHS TO ME AND MYSELF!!
^________________^



Dari first day dapat tahu pregnant
memang sangat teruja tunggu kandungan cecah ke 7 bulan
tak tahu kenapa
maybe sebab bila kandungan 7 bulan tu anak dah cukup sifat
semua frasa pembentukan baby dah kita lalui
plus baby dah boleh tahu sifat jantinanya
dah berinteraksi dengan persekitaran luar especially kita wahai si ibunya
kicking boxing dancing bumbling dah dalam perut ni
semua super indah!



PLUS


Dah boleh beli barang baby dah sikit-sikit
itu yang paling teruja tunggu kandungan masuk 7 months
^______________^


Percaya tak aku memang lansung tak belek barang baby sampailah kandungan dah 6 months plus sebab nak tahan nafsu
kahkahkahkah
plus tak tahu lagi jantina anak
mak pulak all the time pesan
beli barang baby after 7 months
pantang orang tua-tua ada sebabnya
so ikotkan je la
takde salahnya
moden sangat ke kita ni sampai tolak bulat-bulat pesanan orang tua
ye dok
;p



so sekarang kalau online pon suka tengok barang baby
masuk hypermarket nak beli barang dapur pon mesti akan singgah dekat department baby
tak beli pon lagi cuma bulan ni more kepada nak survey and compare harga
list barang baby dah curi kat belog irine marcello hot mommy tu
sebab bila print and bagi 1 copy ke husband
suami pon cakap list dia memang complete tapi economic
takde pembaziran
terima kasih blogger cantik sebab sudi share
nak link untuk uols jugak
benda bagus moh kongsi sama-sama
^____________^



Suami cakap survey puas-puas
nanti bila dah ready boleh la buat our own list for newborn baby
and start beli barang sikit-sikit
yeay super excited!



PLUS sangat bertuah sebab kawan baik pon pregnant jugak
baby pon insyaAllah jantina yang sama
cuma beza kandungan kami 5 weeks
sementara tunggu baby bump dia menunjukkan diri and masuk 7 months
boleh la survey-survey dan bertukar pendapat tentang keperluan anak kami nanti
sebab plan memang nak shopping sama-sama nanti
hehehehe can't wait



banyak kena belajar
tak henti bertanya orang-orang berpengalaman dalam proses persediaan keperluan ibu dan anak 
kekerapan rujukan mestilah kakak-kakak kandungku dan ibonda tersayang
iyelah kakak-kakak semua anak dah 2,3 orang
mak pulak pengalaman dah lahirkan 9 orang anak
hehehehe



dan dan dan
dalam usaha taknak membazir dan berjimat
aku dah start kumpul barang-barang keperluan ibu dan anak dari kaka-kakak
siap dapat hadiah set selepas bersalin lagi
tungku keturunan la
bengkong keturunan la
hahahahaha
lawak betul!



Untung jadi anak bongsu
ramai kakak and kak ipar
so kalau blur call je dorang
insyaallah bertukar pendapat dengan orang berpengalaman ni memang memuaskan hati
terutamanya kak Aya yang memang perfectionist dari segi keperluan berpantang
Kak Ayu yang perfectionist dalam anak dan set-set supplement
Kak Ana yang sangat berpengalaman dengan kelahiran tak cukup bulan
syukur ya Allah



Semoga terus-terus dipermudahkan urusan kehamilan saya
kawan-kawan doakan ye
^_________^
terima kasih saya dahulukan




Habis bab eksaited melampau nak jadi ibu
;p



Si anak di dalam perut apa pulak progressnya?
kihkohkihkoh



6 Months above memang indah 
sebab perut si ibu all the time ada pesta
why pesta?
sebab si anak dah start active kicking boxing dancing dalam perut ibunya
kadang-kadang sampai mengah la si ibu sebab perut mengeras sungguh
tapi percayalah perasaan itu indah sungguh!




bila kita bercakap dengan anak
insyaAllah dengan izinNya akan ada respond dari si anak
itu lagilah subhanaAllah indah rasanya
hidup tak rasa sunyi walau kena duduk sorang-sorang kat rumah
kena hadap jem berjam-jam pon takpe
tak sakit hati sebab ada yang teman dalam perut ni
macam-macam dapat kita cakap




walaupun malam-malam yang dilalui sekarang ni tak seindah malam-malam terdahulu
si ibu dah start sakit belakang sakit tulang sakit gusi berdarah 
krem kaki la tulang punggung la
kalau baring lama-lama kadang-kadang tak boleh bangun sendiri la
HAHAHAHAHA
tapi semua tu tak pernah rasa terbeban pon
semua-semua sakit tu
hilang macam tu je bila si anak menendang dalam perut ni
walau kadang-kadang the way si anak menendang tu
rasanya macam dia tarik tali pusat kita
hahahahaha ngilu kemain
itulah ibu
semua ibu seantero dunia
itulah ibu
betapa indahnya perasaan menjadi ibu



sekali lagi saya panjatkan rasa syukur yang tak terhingga ke hadrat Allah
untuk anugerah yang terbesar di dalam hidup saya ni
Alhamdulillah
Syukur
Amin.



Semoga rumahtangga saya dan suami terus-terus di bawah rahmat Allah
dan anak saya membesar dengan sihat dan sempurna sehingga termeterainya perjanjian Allah dengan roh yang ditiupkan ke tubuh kecil anak saya
untuk keluar bertemu ibu dan ayahnya
kami menanti dengan penuh rasa sabar rasa bersyukur dan teruja ya Tuhan
dan akan kami pikul tanggungjawab yang diamanahkanMu ini
sebaik dan sesempurna mungkin
InsyaAllah






No comments: