January 30, 2014

Kisah Selepas Melahirkan Aaron Muhammad Aariz


Aaron Muhammad Aariz 2 months 5 days old


Kali ni ibu aaron nak catit momen momen selepas melahirkan pulak
Insyaallah tak janji entry panjang berjela ke tidok
kahkahkahkah



Setelah melalui proses melahirkan anak kesayangan yang bagi aku agak sukar
sekali lagi dan lagi aku diuji Allah
aku diuji dengan kesulitan selepas melahirkan pulak
hmmmm anak pon secara tak lansung terlibatlah sama dengan segala kesulitan tu
T_________________T
sobs 
sedih



Disebabkan aku teran tak lepas dan baby aku kena vacum skali
makanya baby aku wajiblah masuk ICU untuk rawatan rapi
sebab masa Aaron keluar dari perut aku
dia tak menangis kuat pon
merengek manja je
suara ibu Aaron dok sebut alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah lega pon lagi kuat pada suara anak sendiri menangis
T______T



sebelum meneruskan celoteh nak berpesan
TERANLAH ANDA SEBELUM MENYESAL
kahkahkahkah
teran molek ye bakal-bakal ibu
jangan jadi macam saya
kesian saya tak dapat menyusu anak selepas melahirkan
sebab anak kena masuk ICU
kesian saya tak dapat tido dengan anak pon malam pertama kami
sebab anak tgh berjuang dengan pelbagai wayar dan jarum dalam ICU
kesian anak
kesian anak
kesian anak




ok sambung



Aku boleh discharged keesokan harinya [22/11/2013]
tapi anak masih di ICU
kesulitan bermula bila wad ibu menunggu untuk para ibu yang anaknya di tahan di unit rawatan pediatric [unit rawatan rapi bayi] PENUH
takde katil kosong
so aku terpaksa kena pulang ke rumah
tanpa anak dipangkuan


anak lahir jam 6.29pm
aku hanya dapat susukan anak sekitar jam 12.30pm keesokkan harinya
sedih sangat perasaan masa ni
hampir 24 jam baru laa dapat tengok anak secara LIVE 
dapat sentuh anak
dapat belek anak
paling penting dapat susukan anak



Allah sajalah tahu malam yang aku lalui dalam wad tu
tak boleh lena
sayu ada
eksaited ada
sayu sebab semua org dapat baby 
disorongkan baby untuk proses menyusu tapi aku sorang-sorang je lepak dalam bilik tu main henpon
eksaited sebab teruja dengan kehidupan baru yang dah pon bermula
gila tak eksaited dapat hadiah dari syurga Allah
orang gila ja yang tak eksaited 



Ya Allah subhanaallah
tak tergambar indahnya perasaan bila dapat menyusukan anak masa kali pertama tu
syukur tak terkata sebab berpeluang jugak bagi antibiotik paling super power kepada anak melalui penyusuan pertama tu
direct from God
Alhamdulillah



Masa menyusu anak tu
Aaron sangatlah membantu
cepat saja dia respond masa nurse sedang mengajar ibunya yang serba tak tahu ni cara untuk menyusu anak dengan betul
kahkahkahkah
kelakar bila ingat balik
;p
masa ni jugak terasa sangat perubahan status hidup aku pon bermula
dari isteri kepada 
menjadi ibu kepada pula




Aaron menyusu around 30 minit masa kali pertama tu
manja sangat muka anak aku masa tu
iyelah hampir 24 jam ditinggalkan sendiri oleh ibunya
berdikari sendiri minum susu fm hospital bagi
berdikari sendiri menangis tak dipujuk
berdikari sendiri menahan sakit dicucuk sana dan sini
dan bila aku datang menyusu dia
naluri ibu ni dapat rasa yang anak aku mengadu macam-macam
sebak sangat!



habis bab momen bertemu dan menyusukan anak kali pertama
sambung bab lain



selesai menyusu anak
aku dan suami dan mertua dan ibonda gerak balik rumah
tanpa anak disisi
masa ni mertua dan mak masih tak dapat tengok Aaron sebab hanya parent SAHAJA dibenarkan masuk
paling kesian mertualah
jauh datang dari Penang
sampai pulang ke Penang pon still tak dapat
mak aku pon dapat tatap muka cucu masa anak aku discharged ward sahaja
kesian



selepas kelahiran kesulitan more kapada aku si ibu
Aaron sangat good boy
tak ada masalah
menyusu badan pandai
menyusu botol pon pandai
sikit-sikit prangai baby tu telan sajalah
nama pon baby kan



yang banyak masalahnya adalah aku
lepas discharged wad bersalin
aku DEMAM TULANG
apa yang dimaksudkan aku dengan DEMAM TULANG adalah aku demam panas dan segala tulang dan urat saraf 1 badan sakit
tulang aku sakit sampaikan nak bangun dari berbaring pon tak mampu
nak angkat gayung pon tak mampu 
mandi kena orang bantu


demam ni seksa sangat
tapi aku perlu kuat jugak sebab aku perlu ulang alik ke hospital nak tengok anak


23 November 2013
aku dan suami berulang alik ke hospital kajang jumpa anak dalam ICU
aku menyusu
si ayah pulak membuat follow up dengan doktor perkembangan anak kami
dan masa ni wad masih penuh
dan aku masih tak boleh check in ward untuk menemani anak aku
T______________________T


hari ketiga Aaron warded
pihak hospital call suami aku
mintak kami ke hospital sebab pihak hospital perlukan buku biru anak untuk rekod rawatan
kebetulan buku tu tak diambil pihak hospital masa aku discharged
bila sampai je kat sana kebetulan wad pulak ada katil kosong
nurse bertugas terus masukkan aku ke wad menunggu tersebut
Alhamdulillah
dapat breast feeding anak direct and all da time



punya risau kondisi anak
aku sampai lupa sakit demam aku
terpaksa kuatkan diri untuk anak
Aaron discharged dari ICU hari ketiga dan still ditahan wad sebab Aaron ada jaundice dan perlu habiskan antibiotic til 72hours
so hari ketiga ni sesudah aku check in wad
nurse terus tolak anak ke katil aku
masa ni Aaron kena duduk bawah lampu biru tu
hape ke nama ntah



aku still demam tulang
berjahit yang agak banyak di bawah tu
dan keadaan katil hospital yang agak tinggi
memang menyukarkan dan menyakitkan ibu yang baru lepas bersalin macam aku ni
tapi demi anak
mana-mana ibu kat dunia ni akan gagahi jugakkan
demi anak
demi anak
demi anak


sepanjang masa di hospital ni
Allah memang menguji semangat keibuan aku
Aaron kuat dan sangat kerap menangis
nurse cuit sikit je dia menangis meraung 1 wad
kuat dan nyaring
lansung taknak duduk bawah lampu biru tu
all the times nak menyusu badan
taknak lansung baring sendiri
hanya nak tido atas riba sepanjang masa


kondisi aku yang demam dan sakit di bawah memang parahkan lagi keadaan.
Aaron pulak yang 28 jam nak tido atas riba mestilah mengganggu tidur aku
aku lansung tak boleh nak berbaring rehat
banyaaaaak sangat duduk dari baring
sampai kena tegur laa dengan ibu yang lebih berpengalaman
risau aku yang masih dalam pantang dan terlalu baru melahirkan
tapi banyak sangat duduk
naik turun katil yang tinggi
aaarrgghhhh ketahuilah ia sungguh mensakitkan
tapi macam biasa 
demi anak
demi anak
demi anak
aku gagahi jugak



kira total sampai discharged tu aku tak tidur almost 4 days
tidur-tidur ayam pon susah
sebab anak memang membuat sangat



hari ke 5 dan kami anak beranak masih di wad
aku skali lagi dan lagi diuji
tiba-tiba perut aku memusing sakit di dalam
menolak-nolak dada sampaikan sukar nak bernafas
aku buat relax lagi
malas nak layan sakit
maybe terlampau letih dan tak cukup rehat



masuk tengah hari
aku dah lemah
perut terlampau sakit macam rasa nak beranak
dengan sembelit keterlaluan lagi
subhanallah
kali ni aku sampai tahap nak berjalan pon sakit
nak bangun angkat anak pon dah sangat-sangat tak mampu


nurse terus tegur aku
sebab dia tengok aku dah pelik dah
pucat
kawan-kawan katil sebelah dah datang bertanya khabar
sebab risaukan kondisi aku
dengan Aaron yang tak berhenti menangis sebab supply susu tak cukup
ya Allah berat sangat situasi masa tu



nurse cakap aku mungkin sakit batu mereyan
sakit macam nak beranak balik
yes 
memang aku sakit macam nak beranak balik
nurse terus tanya aku tentang NIFAS aku
masa ni baru aku sedar yang aliran nifas aku hanyalah sedikit
aku ingat benda ni normal
rupanya TAK
nurse advice aku pergi mengurut
itu je jalan terbaik
katanya nifas aku tak berjalan lancar
badan aku dan masuk angin 1 badan
dan kalau dibiarkan aku boleh sakit meroyan
ya Allah
masa ni aku rasa nak lari balik rumah
nak bawak lari anak balik rumah
tapi anak belum boleh discharge lagi masa ni
belum keluar keputusan ujian darah terakhir
T___________________T


suami sampai bawak bekal masakan mak
memandangkan makanan hospital lansung tak ikot masakan orang dalam pantang
memang sepanjang aku warded teman anak mak akan bekalkan masakan lauk pantang
dan kali ni bila suami datang bawak bekal makanan
aku lansung tak punya selera nak makan
padahal lapar gila
iyalah
anak menyusu non stop
masa ni hanya milo sahaja membantu
cuma terpaksalah hadap sembelit tahap kronik bila minum milo
but I've no choice
nak supply susu yang banyak untuk anak


serius rasa tak sangguplah nak pergi mintak susu fm kat nurse bagi kat anak
serius tak sampai hati
ibu depan mata
susu Allah dah bagi
kenapa nak seksa anak kan
sudahlah berjauhan dengan anak hampir 24 jam
sudahlah anak lambat dapat susu ibunya
sudah dan sudahlah nak susahkan anak kan
makanya hadap je la apa yang kena hadap asalkan anak cukup susu cukup zat


hmmmm itulah ibu
baru aku paham sebenar-benarnya apa itu naluri ibu
T_______T



bila suami sampai
aku terpaksa cerita kondisi kesihatan aku
berat sangat nak cakap dengan dia yang aku nak balik hari ni ikot dia
kalau baby tak boleh discharge lagi hari ni
sebab aku rasa aku memang tak mampu lagi dah menahan sakit nak beranak balik ni
nak dukung anak pon dah tak mampu
makan pulak lansung tak boleh masuk ke tekak



Allah sahaja laa tahu masa ni aku memang berdoa sangat-sangat anak aku boleh discharged
mana la sanggup nak tinggalkan anak dalam wad 
minum susu fm
sedangkan dah sedap 3 hari dia minum susu dari Allah
iaitu susu ibu
tak sanggup weh



Alhamdulillah Allah dengar dan perkenankan doa aku
jam 6 petang doctor cakap Aaron boleh discharged
semua normal
ingat lagi masa siap-siap nak balik tu
semua barang suami yang kemaskan sebab aku dah lemah sangat
anak pulak nurse yang siapkan pakai baju baru semua
aku dah tak mampu nak angkat anak sebab terlalu menahan sakit
T________________T


nasib laaa mak ikot
mak ribakan cucu dia
while aku pulak try to sleep sepanjang perjalanan pulang ke rumah
bayangkanlah 5 hari tak tido sangat




cerita di rumah pula


anak dan aku discharged hari selasa petang
sampai rumah pon dah malam
suami pulak dah habis cuti isteri bersalin yang company bagi
cuti tahunan lagilah dah habis
makanya suami terpaksa masuk kerja keesokkan harinya
so kami decided nak stay di rumah kami sampai weekend
lepas tu baru gerak balik Bagan Serai sebab plan awal aku berpantang di kampung aku



dan sekali lagi aku diduga



bila balik je rumah
kejadian pelik menimpa aku
aku tak boleh nak makan
lansung tak boleh nak telan makanan
TEKAK macam di PALANG 
boleh kunyah makanan tapi tak lepas nak telan
terasa lapar dan nak makan
tapi semua makanan hanya mampu dikunyah tapi tersekat bila nak telan
sangat pelik


anak pulak bertambah kuat menyusu bila pulang ke rumah
aku pulak tak boleh nak makan
hanya boleh minum sahaja
sumpah badan memang tak cukup tenaga
dan supply susu memang ada tapi aku percaya kurang zatnya
T______________T


masa ni paling kesian adalah mak
mak cuba masak macam-macam
nak bukak selera aku
masalahnya aku ada selera
cuma tak boleh nak telan makanan dan aku tak tahu kenapa
dengan sakit nak beranak tu aku menanggung saban masa
dan proses mencari bidan di kawasan rumah aku memang bukanlah mudah
sebab kami tak pernah plan nak berpantang di KL
so memang tak prepare la contact list bidan



suami tanya orang ni orang tu
mak tanya anak-anak
alhamdulillah Allah bukak jalan
abang ipar aku forwardkan contact detail seorang bidan indonesia
mula-mula ragu-ragu sebab dia bukan malaysian kan
takot ada amalan ilmu salah ke apa kan
tapi bila abang ipar cakap semua adik-adik dia guna perkhidmatan bidan ni dan everything okay
plus bidan ni dah lama menetap di Malaysia
almost 20 years
so aku dah suami pon bersetuju



suami pergi menjemput kakak tersebut [bidan] 
sebab kondisi aku masa tu memang tak punya tenaga nak keluar ke rumah Kak Ro tu
so dia bersetuju datang ke rumah asalkan berjemput berhantar
bila dia masuk je rumah
orangnya tenang
nampak ada asas agama
masa dia tengok aku dan anak
dia tak urut aku dulu
tapi dia mintak izin tengokkan Aaron
sebab katanya Aaron ada sawan tangis dan dia gayat yang keterlaluan
perlu diurut



selesai aaron kini giliran aku pulak
bila dia mengurut memang mengucap-ngucap laaa dia sebab badan aku memang keseluruhan dah masuk angin
dari hujung kaki sampai hujung kepala
angin-angin tu ditambah pulak dengan nifas aku yang tersumbat membuatkan aku sakit sesak nafas dan memulas perut mengeras perut macam nak melahirkan 
3 hari jugaklah dia datang mengurut aku



hari kedua di rumah
kondisi aku lagi parah bila aku tak mampu nak telan air pulak
makanan tak boleh telan air pon tak boleh diteguk
tak lepas
memang pelik sungguh
tak tahu nak describe macam mana tapi memang tekak seperti dipalang
so apa apa makanan dan minuman tak boleh nak masuk ke dalam badan
bukan tak punya selera bukan tak dahaga
T_______________T


masa ni aku dah mula memikirkan tentang KEMATIAN
aku mula jadi sayu
aku mula terganggu emosi
dengan anak yang menangis nak susu
dengan ibu yang susah hati dengan kondisi aku
dengan suami yang terpaksa aku rahsia perasaan aku ni sebab taknak dia susah hati
aku jadi termenung
tak banyak bercakap
tak suka bising-bising
dan kadang-kadang aku lansung tak peduli anak aku menangis lapar



aku siap suruh suami belikan stock susu fm
aku mulai bimbang
kalau aku mati nanti aku taknak anak aku lapar
memang aku berjuang untuk susu ibu sepenuhnya 
tapi masa ni aku terdesak
aku hanya fikirkan anak aku sahaja



mak susah hati
mak menekan aku dengan pelbagai soalan
sampai aku stress dan tertekan
aku menangis
bila suami tengok aku menangis
dipujuk lembut aku mintak aku cerita apa aku rasa
takot katanya kalau aku memendam 
aku dekatkan diri aku dengan penyakit gila meghoyan



bila dengar perkataan gila meghoyan
aku memang takot habis
sebab aku tengok dah banyak dah symptom gila meghoyan kat aku ni
dan bila suami tak jemu memujuk
akhirnya aku kalah
aku menangis semahu mungkin
luah apa aku rasa
kesakitan aku tanggung
aku susah hati
aku terlampau letih
aku dahaga
aku lapar
tapi aku tak boleh nak makan dan minum



sedikit lega bila dah meluahkan



tanpa berlengah
suami dan mak call semua kakak dan abang aku di KL
mintak pendapat apa harus dibuat
dan bila bidan [KAK RO] datang mengurut aku untuk kali ketiga
kami mintak dia ubatkan aku
takot kalau-kalau ada yang tak kena
sebab tekak dipalam tu memang macam sangat pelik



Kak Ro setuju untuk membantu
dan keesokkan harinya dia kata
ada yang 'menumpang' aku pulang
'benda' dari hospital
dan benda tu dah selesa dengan aku sebab aku ni sabar
tak menjerit-jerit
anak pulak tak menangis-nangis keterlaluan hingga menampakkan benda tu ada menumpang aku
dan ia dah mula selesa dengan aku
'benda' tu la yang menghalang tekak aku



subhanallah
patotlah pelik sangat rasa
tak boleh telan makanan walaupun lapar


usaha Kak Ro nak membantu aku memakan masa 3 hari jugak
sekejap sakit tu hilang
sekejap datang balik
bila hilang aku boleh la minum air sikit
dan kuat nak menyusu anak
bila sakit tu datang balik
aku kembali termenung jauh
dan tak peduli anak
tak boleh makan dan tak boleh minum



hari keempat di rumah


Jaundice Aaron naik turun tak menentu
dah 1 hal kena pergi KKIA setiap hari
masa ni kondisi badan aku dah kritikal
sebab aku selalu sangat pitam
kadang-kadang tengah menyusu anak pon aku tak sedar diri
subhanallah



lansung dah di KKIA checkup anak
aku ada bertanya pada doctor perihal diri aku ni
hmmmm hampeh doctor lansung tak membantu
siap aku kena bebel katanya aku ni saja je taknak makan
lalu ke tak lalu ke makan
kena makan untuk anak
bla bla bla
sedih aku


aku bukan nak apa pon
aku just nak dia masukkan air dalam badan aku
sebab aku lansung takde tenaga dah ni
tapi lain yang aku dapat
bebelan dan bebelan



suami terus ajak aku ke klinik private
suami memilih untuk ke Poliklinik An-Nisa
klinik aku check up dan scan anak setiap bulan



bila doctor checked
dia pon mengucap panjang
kata doctor badan aku terlalu kurang air dan zat
jumlah air dalam badan aku tak sampai 1 gelas
zat lagilah
muka aku pon dah pucat lesu


doctor terus masukkan 2 botol air dan suruh aku berehat sepanjang proses tersebut
nasib mak ada
mak pegangkan aaron kat luar klinik
suami pulak keluar masuk bilik
kejap jaga aku kejap tengokkan anak
selamatlah aaron asyik lena masa ni
kesan dari jaundice kan



selesai proses memasuk air
kakak call dan mintak suami bawak aku tinggal rumah dia
dia nak jaga
dia bimbang bila aku tinggal sendiri dengan mak kat rumah
kondisi mak pon dah tua
takot aku pitam mak pon pengsan
so hows the baby?



aku setuju
dan berkampunglah aku di rumah kakak hampir seminggu
sampailah aku sihat
sambil kak ro berubat aku saban hari



kesian anak aku tak dapat susu berkhasiat sejak keluar hospital
rasa bersalah
tapi Allah bantu
bila masa nak menyusu aaron
Allah bekalkan aku dengan sedikit tenaga
walau tak banyak
ia tersangat membantu


kakak pulak memang ringan tulang
anak-anak buah yang sentiasa bagi tumpuan dan masa untuk keperluan aku dan anak
suami yang sentiasa bagi semangat
mak yang tak pernah putus doa untuk aku
alhamdulillah aku recover sepenuhnya dari sakit pelik
dari symptom gila meghoyan
dan susu badan pon semakin okay dan banyak



tak sangka
selepas 2 minggu
aku baru ada masa ada kekuatan ada tenaga nak belek anak
kalau tak
aku hanya menahan sakit 
lawan penyakit
demi anak aku
memang lansung tak mampu nak belek dia
sedih!




tapi takpe
apa pon aku terpaksa hadapi
aku percaya
Allah nak bagi yang terbaik untuk aku
jadinya aku diuji



bak kata suami
Allah dah permudahkan urusan kehamilan aku
apa salah aku diuji semasa melahirkan
dan alhamdulillah
disebalik segala kesulitan tu
Allah permudahkan jugak aku
anak aku tak banyak ragamnya
sikit-sikit je
makin hari makin memudahkan untuk dijaga


sampailah ke hari ni
aku bersyukur
Aaron behave all the times


Allah permudahkan jugak tempoh berpantang aku
walau tak jadi berpantang di kampung sendiri
dan berpantang di rumah mertua disebabkan kondisi aaron yang perlu berulang alik ke klinik akibat jaundice
tapi tempoh berpantang di rumah mertua memang sangat MANIS
aku dilayan sempurna
serba selesa
cukup perhatian
cukup kasih sayang
cukup meriah sentiasa suasana di rumah mertua


Allah gandakan lagi ganjaran
bila mak aku pon setuju nak jaga aku pantang di rumah mertua
bayangkanlah
aku ada 2 mak yang jaga aku berpantang saban masa
mak aku jagakan aaron
mertua pulak jagakan makan pakai aku
subhanallah indah sangat


kebetulan aku berpantang sama-sama dengan ipar biras yang melahirkan anak 3 hari selepas aaron
lagilah meriah tempoh berpantang kami
alhamdulillah



terima kasih Allah untuk pengalaman berharga ni



so kepada bakal-bakal ibu muda diluar sana
bersedialah dengan kekuatan emosi menghadapi tempoh pantang nanti
kadangnya kita diuji
kadangnya kita diberi ganjaran
tapi percayalah kalau kita yakin dengan Allah
insyaallah kita akan menikmati nikmat disebalik ujian ni




semoga susu ibu aku sentiasa mencukupi untuk anak
semoga perjuangan untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun dipermudahkan Allah
amin



membesar dengan sihat ye anak
ibu sayang Aaron sampai ke syurga Allah




panjangnya entry!
meh nak tayang anak sket sebelum menamatkan entry
;p



okbai







January 28, 2014

Untuk Anak Ibu


Untuk anak ibu, Aaron Muhammad Aariz Bin Abdul Khair,

Membesarlah dengan sihat
Membesarlah dengan sempurna
Membesarlah dengan bijaksana

Anak ibu,
Kamu harta ibu terpaling berharga
Kamu anugerah Allah yang cukup membahagiakan ibu
Kamu kekuatan untuk segala kelemahan ibu
Kamu semangat untuk segala kekecewaan ibu
Dan kamu sumber senyuman dari segala kesedihan ibu


Anak ibu,
Semoga kamu dapat ibu didik sesempurna agama kita
Semoga kamu dapat ibu belai sesempurna cinta ibu dan baba
Semoga kamu dapat ibu jaga dengan sesempurna jagaan baba kepada ibu
Semoga kamu dapat ibu besarkan dengan sesempurna atok dan tokwan besarkan ibu


Anak ibu,
Kamu itu terlalu sempurna untuk ibu
Kamu itu pelengkap hidup ibu
Kamu itu punca senyuman ibu
Kamu itu kebahagian ibu
Semua yang indah tentang hidup ibu sebahagiannya adalah kamu


Ibu sayang kamu sampai syurga Allah



-Ibu-
28/01/2014

Kisah Saya Melahirkan Aaron Muhammad Aariz



Assalammualaikum.
Sebelum memulakan catitan bermakna buat tuan empunya blog
let me introduce you all
with my lil prince charming

 AARON MUHAMMAD AARIZ BIN ABDUL KHAIR
21 NOVEMBER 2013
2.7 KG
6.29 PETANG
NORMAL DELIVERY
HOSPITAL BESAR KAJANG, SELANGOR



Hamboi detailnya
^____________^
iyolah nak mencatit cerita bersalin
nanti kompius plak orang lahirkan siapa



siapa siapa siapa?
siapa lagi kalau bukan buah hati saya dan suami
anak sulung kami




okay lets start the story
Bismillah.



Alhamdulillah
perjalanan mengandungkan bayiku di atas sungguh-sungguh dipermudahkan Allah
sepanjang 39 minggu membawa hadiah syurga Allah ni di dalam rahimku saban waktu
semuanya indah dan mudah
syukur ke hadrat Allah permudahkan segalanya



apa yang aku maksudkan dengan dipermudahkan perjalanan kehamilan tu adalah antaranya aku tak ada kencing manis
alhamdulillah
aku jugak takde masalah darah tinggi
alahan mengandung pon hanya pada peringkat 1st trimester sahaja
itupon alahan yang masih boleh dikawal
selain tu 
baby pon membesar dengan baik dalam perut
dan hinggalah week 39
Allah permudahkan jugak bila kedudukan baby memang tak ada masalah
kemas pada landasan yang sepatutnya
Allah sahaja yang tahu betapa gembira dengan nikmat yang Allah pinjamkan
terima kasih untuk semua doa yang dikirimkan pada kami




"Allah dah permudahkan urusan kehamilan. kalau Allah duga ketika kelahiran anak kita, apa salahnya. Kita kena kuat dan redha"


ini ayat penenang suamiku
tiap kali aku merungut dengan dugaan yang mula memberi salam kepada kami
sesungguhnya aku ni tidaklah sekuat mana
kahkahkahkah



DUGAAN?
Dugaan apakah?



meh meh meh nak story




dari week 5 aku dah buat pregnant planning aku
maksudnya
aku dah proper plan nk checkup kat mana scan baby kat mana dan bersalin kat mana
semua tu aku dan suami set sesudah kami dapat tahu yang aku ni pregnant



aku sendiri memilih untuk delivery di government hospital
suami keep tanya aku confirm ke nak delivery kat hospital kerajaan
biasalah anak sulung
keterujaan seorang suami dan bakal bapa ke atas isteri dan bakal anaknya amatlah tinggi dan berkualiti
semua suami aku rasa nak yang terpaling selesa untuk isterinya dalam persediaan melahirkan zuriat untuk mereka
CUMA bagi aku
aku memilih government hospital sebab aku taknak bebankan suami aku dengan kos hospitality yang tinggi
sebab suami aku bukan anak datuk anak tan sri
kami berdua masih membina kerjaya dan kehidupan



bagi aku duit yang ada moh le simpan untuk keperluan anak
tambah pulak
anak sulungkan
aku pon tak tahu cara aku sakit nak beranak nanti macam mana
lain orang lain cara
ada yang mudah ada yang sukar
ada yang cepat ada yang lama
percaturan yang mana-mana ibu mengandung terutamanya anak sulung tak tahu macam mana cara kelahiran bakal anak mereka disusun Allah



Kalaulah aku ni ditakdirkan delivery baby dengan proses yang sukar
macam mana?
kalau ke private hospital
mati suami aku nak settlekan bil
takpelah di government hospital sudahlah



jadinya kami suami isteri memilih HOSPITAL BESAR SERDANG sebagai lokasi pertama nak delivery baby nanti
sebab tu aku memilih Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Seri Kembangan [KKIA] untuk proses check up sepanjang tempoh kehamilan
walau walau aku sedia maklum KKIA ni memanglah teramat ramai orang
bukan apa
aku nak aku di bawah territory hospital serdang
makanya dapatlah meringankan proses nk beranak nanti
sebab selalunya kalau check up di KKIA di bawah zon hospital
lagi mudah pesakit tu nanti



Why HOSPITAL BESAR SERDANG?
sebab hospital ni baru dan lebih selesa
SUAMI pulak dibenarkan masuk ke Labour Room
dan ramai pakar-pakar yang sedia ada kat sini
so aku imagined if ada tak kena kat aku
aku selamat kat sini
itulah perancang aku
selain itu perjalanan nak ke hospital serdang dari rumah aku agak mudah dan tak tersangkut sangat dengan kesesakan lalu lintas
memudahkan suami nak bawak aku ke hospital 




T____________________T
Panjangnya entry ohoi
baru pengenalan
hiks




aku pendekkan lah sikit
sebab kisahnya panjang lagi ni
HAHAHAHAHAHAHA



Due bersalin aku 25 November 2013
aku start sakit nak beranak 21 November 2013 iaitu pada week 39
setelah 2 kali kecewa mengharapkan baby keluar on my birthday 11 NOVEMBER 2013 atau 20.11.2013 tarikh cantik tapi baby still suka duduk dalam perutku
hehehehehe
rupa-rupanya baby tunggu tarikh 21 november 2013 
sempena ulangtahun pemergian arwah abahku kalau ikot kalender omputih




kisah bersalin aku ni kisah agak sedih
sebab tu aku nak catit kat sini
nak sangat anak aku baca nanti
dan sebagai tauladan bakal-bakal ibu diluar sana
jangan jadi macam kami



sebenarnya sebelum 21.11.2013 tu aku dah pernah 2x kena rejected dengan hospital serdang sebab sakit nak beranak
jeng jeng jeng



1st time kena reject 
masa tu aku demam tiba-tiba
sakit segala tulang
sampaikan nak bangun pon tak boleh
kebetulan adik ipar aku kena campak
disebabkan risau aku dijangkiti demam campak yang sangat bahaya untuk kandungan
aku dan suami amek keputusan untuk ke Hospital Serdang nak buat fully checkup la
risaukan kondisi anak
sebab KKIA dah pesan
kalau sakit pape terus ke Hospital Serdang



Sampai je hospital
aku nak ke klinik biasa dorang je sebelah unit kecemasan tu kan
tapi pihak hospital terus suruh suami aku bawak aku ke unit bersalin
kami pon malas laaa nak melawan ke apa
dah memang aku tengah sarat mengandungkan
plus takde pengalaman pape memang teruslah pergi ke sana seperti yang diarahkan



UNIT BERSALIN hospital serdang ada kaunter pendaftaran
ibu yang nk bersalin TETAP WAJIB isi borang bla bla bla siap SURAT PENGAKUAN tak kisah menunggu kalau wad penuh
*pelik dah


masa pertama kali aku sampai sana
aku melalui prosedur di atas dengan sedikit tenang sebab kondisi aku bukan sakit nak beranak cuma demam yang agak pelik
jadinya bila kena isi segala borang perakuan menunggu wad ke bagai tu
aku taklah meletakkan kerisauan yang tinggi sebab aku sendiri tahu aku bukan nak beranak lagi pon kan
CUMA bila aku tengok pesakit lain yang dah nak beranak sangat dah
ada yang dah PECAH AIR KETUBAN pon suami/pesakit still kena isi borang itu ini kat kaunter
lepas tu pegawai bertugas still cool buat macam lansung tak cemas
aku dah sedikit curiga dan pelik



Selesai isi borang bagai
aku dan suami terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit proses data kami tu diproses sehingga nama aku dipanggil untuk masuk ke dalam kawasan unit rawatan
masa ni kita ni memang terserlah bodoh-bodoh alam sebab pertama kali kan


apa yang aku cakap
LAYANAN JURURAWAT hospital ni memang KURANG MESRA PESAKIT
dalam erti kata lain KASAR dan terkadangnya LASER dan BIADAP
Cuma jenis aku
aku malas nak amek pusing dan menahan sabar sebab aku ni tak tahu menahu
tak punya pengalaman apa-apa
aku taknak sebab sikap kurang sabar aku melawan ke buat muka ke 
apa-apa jadi kat aku nanti tak pula ada yang nak tolong
jadinya layanan kasar mereka aku layankan sahaja demi anak tersayang



masa ni doktor pelatih dan 2,3 orang nurse buat fully checkup kat aku
dan keputusan menunjukkan aku dan kandungan sihat sejahtera hendakNya
belum ada bukaan rahim
bebas dari jangkitan campak
bacaan heart beat anak jugak sihat
jadinya aku dibenarkan pulang
dan diberi pesanan yang agak ebrbentuk arahan
agar kalau betul-betul sakit nak beranak baru datang ke hospital
*triple pelik



20 November 2013
sekitar jam 6.30pagi semasa aku bangun nak solat subuh
aku tengok ada tanda darah 
aku mula gelabah sebab kakak pernah pesan
bila turun tanda darah sikit ke banyak ke
berjaga dan pantas ke hospital
sakit beranak ni kalau tandanya adalah turun darah
proses bukaan pintu rahim tu pantas
dan proses kelahiran tidak mengambil masa yang lama


mak yang memang dah stand by kat rumah menjaga aku yang menunggu masa ni nasihatkan aku suruh aku call mertua
mintak pendapat mertua
sebab akua membawa zuriat anaknya
selalunya cara bersalin tak jauh beza


bila aku cakap aku didatangi tanda darah sebanyak 3x
mertua terus suruh aku ke hospital
kata mertua semasa nak lahirkan suami aku dulu
dia melalui cara yang sama
apa lagi gelabah laaa aku ni



sekitar jam 12 tengah hari 
aku suami dan mak gerak ke hospital serdang semula
dan MASIH MELALUI PROSES YANG SAMA di KAUNTER DEPAN UNIT BERSALIN tu
menunggu hampir 1 jam
aku dipanggil masuk untuk membuat fully checkup



bila dibuat fully check up
keputusannya bukaan rahim masih belum buka
masih 0 cm
kondisi kandungan baik
heart beat baby okay


dan dan dan
aku sepertinya dimarahi doctor kerana datang ke hospital sedangkan turun darah hanyalah sedikit
SUPER PELIK


dengan bahasa yanag AGAK KASAR
doctor perempuan itu memberi pesanan yang aku rasa seperti arahan
dengan nada yang tegas dan kasar dia berpesan

"Puan, kalau turun darah sikit-sikit macam ni tak payah datang lagi. tunggu tanda yang lebih besar lagi macam tumpah darah yang banyak gila, air ketuban pecah, sakit mengeras perut tu dari setaip 1 jam sampai ke 5 minit sekali BARU DATANG HOSPITAL. Kalau takde tanda-tanda tu semua TAK PAYAH DATANG LAGI. HOSPITAL KAMI PENUH."


amek kau!


aku tanya lagi
"macam mana pulak kalau delay dari due date? kena datang tak sini?"


jawabnya pantas
"kalau DELAY pon tak payah datang. tunggu sampai sakit baru datang. kat sini delay sampai 10 hari dari due date pon boleh. takde hal"



macam dirobek-robek jantung aku dengar setiap bait ayat doktor ni
kasar sungguh!




bila aku keluar dari unit rawatan bersalin tu
suami serius muka pelik sebab aku berbaju biasa
bukan beruniform PINK macam pesakit lain sedangkan sudah ada tanda nak bersalin
bila aku terangkan aku dibenarkan pulang dan disuruh datang kalau bla bla bla macam doktor tu pesan
suami memang maki habis laaa dalam kereta
aku pulak jadi sangat STRESS sebab dan KOMPIUS bila dan kondisi yang macam mana baru boleh pergi hospital ni
T________________T


Allah sahaja tahu macam mana perasaan TERTEKAN masa ni
iyelah kita ni nak lahirkan anak sulung
lansung zero pengalaman
masing-masing orang lain sakit nak beranak mereka
walaupun aku ada ramai kakak kaaaan
bila semua berkongsi pengalaman dan pendapat
aku makin KELIRU
rasa nak menjerit je masa ni



sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari hospital tu
memang aku menangis
sedih dengan kata-kata doctor yang kasar nak mati tu
dan stress dengan diri sendiri dan pelbagai pendapat orang yang menekan
sampaikan suami offer nak bawak aku ke private hospital




mertua di kampung dah tak senang duduk
susah hati
so dorang pon decide nak bertolak ke KL petang tu
kesian dengan kami berdua yang memang lansung tak punya pape pengalaman ni



mertua tiba ke rumah lingkungan jam 10.30 malam
borak-borak apa yang patut
mengadu itu dan ini
dengar segala nasihat dan pengalaman mak mertua yang dikongsi
kami pon masuk tidur


2.30 PAGI

lingkungan jam 2.30 pagi 21 NOVEMBER 2013 tu
perut aku sakit mengeras yang teramat sakit setiap 1 jam
dari setiap 1 jam bertukar kepada setiap 10 minit
dan sekitar jam 3 pagi
AIR KETUBAN aku pecah



2 tanda sekali gus Allah hantar
hospital nak sangat TANDA-TANDA BESAR kan?




yang paling BEST kat hospital serdang ni
aku yang kondisi tengah sakit gila perut mngeras setiap 10 minit dan ketuban yang dah pecah ni tetap KENA MELALUI PROSES BANGANG macam aku sebut di atas tu
tetap kena menunggu hampir 20 minit sebelum dipanggil masuk



subhanallah
aku tak tahulah prosedur apakah yang mereka amalkan
tiada wheelchair yang diberi
semua kena berjalan sendiri
T____________T


5 PAGI
proses check up dibuat dan keputusannya
bukaan rahim mencecah 3cm
aku ingatkan nak dah di tolak ke labour room
rupanya hanya diarah menyalin pakaian uniform PINK itu
dan disuruh keluar makan atau sebagainya
T_____________T
sedangkan kondisi aku masa tu teramat sakit menanggung contraction every 10 minit tanpa henti tu
subhanallah



6.30 PAGI

suami asek beristigfar je bila tengok aku yang kali ni keluar kepadanya dengan berbaju PINK hanya berjalan sendiri
dan memintak diberikan sedikit makanan untuk sumber tenaga
dan sedang menahan kesakitan tak terhingga setiap 10 minit tu
mak dan mertua tak henti membaca doa dan memberi semangat
suami pulak sampaikan tak mampu nak tahan air mata beliau
tengok kondisi aku yang menahan sakit dan tak menerima layanan sepatutnya



11.30 PAGI
aku masuk unit rawatan sekitar jam 4 pagi
keluar dengan uniform PINK sekitar jam 6.30 pagi
dan bayangkan aku hanya diperiksa semula bukaan rahim sekitar jam 11.30 pagi
bayangkaaaaaan
tanpa katil dan hanya berbekalkan kerusi yang ada sekitar unit rawatan
aku menahan sakit teramat setiap 10 minit
subhanallah 
bayang pon aku masih terasa sakitnya
T___________________T



12.30 TENGAH HARI

12 Tengah hari setelah suami hampir mengamuk diluar
doctor memanggil aku untuk dibuat check up semula
dan kali ni bukaan melebihi 4cm
aku dah lega bila doctor arahkan nurse memanggil suami masuk
dan aku disuruh ready untuk ditolak ke labour room



TAPI MALANGNYA
selepas 10 minit
aku didatangkan dengan doctor yang sama
memaklumkan yang WAD BERSALIN PENUH
WAD UNIT RAWATAN BAYI PENUH
dan aku akan ditransfer ke HOSPITAL KAJANG atau HOSPITAL PUTRAJAYA mengikut pilihan aku
subhanallah




kenapa sehingga waktu sekarang baru nak bagitau
sedangkan masa tu rahim dah buka hampir 5cm dan ketuban pecah sekali lagi
kejamnya!




aku malas nak bertekak
aku terus setuju nak ke HOSPITAL KAJANG
sebab aku masih nak anak aku dilahirkan di negeri Selangor bukan Wilayah
walau aku tahu hospital kajang hospital yang agak lama
aku mintak doctor maklumkan kepada suami


1.30 PETANG aku ingatkan aku akan disorong ke dalam ambulans untuk proses perpindahan hospital memandangkan kondisi aku yang nak beranak sangat-sangat dah ni kan
rupa-rupanya aku di minta BERJALAN SENDIRI KE AMBULANS DI LUAR UNIT RAWATAN RAPI TERSEBUT
Ya Tuhan
aku di duga sungguh untuk melahirkan hadiah syurga Allah ini




aku ingat lagi
masa aku keluar menapak sambil menahan sakit
air ketuban memang basah turun
suami pulak sedang bertengkar dengan doctor
aku pulak hanya dipegang oleh seorang pelajar pelatih yang sedang membuat practical ke ambulans
berjalan sendiri
naik ambulans sendiri
baring sendiri
semua sendiri
T_________________T


Selamatlah Allah permudahkan sepanjang perjalanan dalam ambulans tu
aku dok menahan sakit contraction tapi tak beranak pon
kalau beranak dalam ambulans tu aku rasa aku mati dah kot
sudahlah hanya SEORANG nurse yang standby ikot aku dan seorang ibu lagi dlama ambulans tu
elok sangatlah
aku ni rahim dah bukak 4cm yang kakak tu pulak bukaan dah 4cm TAPI anak kedua
paham-pahamlah anak kedua macam mana kan



2 PETANG

setibanya di Hospital Kajang
layanan lebih dan lebih baik dari serdang
ada nurse sambut kami
kami tak perlu berjalan sendiri
TAPI dah pulak aku ni kena tunggu suami sampai jugak-jugak untuk registration baru boleh masuk LABOUR ROOM
ntah apa punya sistem laaa
nasib laa tak terberanak



aku jumpak suami sekejap je
bila dia settle proses mendaftar aku
aku terus ditolak ke labour room
dan hospital kajang tak benarkan suami masuk ke labour room
masa ni aku tak ingat sesiapa dah
aku hanya ingat Allah
dan betapa sakitnya kondisi aku sekarang ni


2.30 PETANG

ingatkan bila dah masuk labour room tu
sekejap lagi beranak laa aku
bila doctor buat full checkup
kahkahkahkah bukaan masih 4cm
dan dengan selamber je doctor tu mintak aku tunggu sampai bukaan penuh
tanpa pedulikan yang aku sedang menahan sakit contraction every 10 minutes ni sejak jam 3 pagi tadi NON STOP!


Nurse yang ada hanya boleh sabarkan aku yang sedang menahan sakit setiap 10 minit
tekak ni kering dah membaca segala doa
bukaan teramat lambat
doctor datang check skali skala je
subhanallah 
aku yang dalam labour room tu memang dah tahap hentak kepala dekat besi
tarik rambut sendiri
sebab terlampau dan lampau sakit
T______________T



6 PETANG

doctor datang buat checkup lagi
memandangkan aku dah give up dan hampir memintak untuk di czer sahaja kerana sudah teramat lemah menahan sakit dari jam 3 pagi
alhamdulillah
Allah tak bagi aku mengalah
bukaan penuh 10cm
dan sakit yang datang sakit nak melahirkan



sekali lagi aku diduga
aku tak tahu nak teran macam mana
aku tak punya tenaga nak meneran
dan akibatnya
anak aku lama dipintu 
keluar masuk keluar masuk hampir 10 kali
semua ni menyebabkan bacaan jantung anak aku dah tak cantik
air ketuban makin mengering
dan dan dan tali pusat dah membelit anak aku
subhanallah



masa ni 5 orang doctor keliling aku
ada yang bantu tolak dan tekan perut
ada marah-marah bagi semangat
aku tetap tak lepas meneran
sumpah aku dah lemah
last makan masa subuh tadi
sekarang dah 1 hari
kalau puasa memang dah masuk waktu berbuka



no choice
doktor terpaksa vacum anak aku
kesuntukan masa
anak dah boleh kategori dalam keadaan bahaya



jadinya VACUM lah kepala anak aku tu sekali
punyalah sedih tak terkira
itu pon tetap tak lepas aku teran


6.29PM

tapi tak sangka
dalam masa dok kalut tu
Allah tolong aku
mesin vacum tetiba rosak!
bila aku dengar doktor marah-marah why bagi mesin vacum yang rosak
aku terus menjerit kalimah allah kuat-kuat sambil meneran sekuat aku mampu
berbekalkan semangat taknak anak aku di vacum
ALHAMDULILLAH YA RABBI
aku berjaya keluarkan anak aku secara normal



LEGA!



anak tak lama atas perut aku
terus nurse bawak pergi cuci
datang kat aku bagi aku cium skali
terus berlari-lari bawak baby ke ICU



why why why?


hmmm masa keluar tu
baby nangis slow je
dikhuatiri lemas sudah
T___________________T



rasa bersalah tak terhingga
memang totally blame diri sendiri punca anak kena ICU
sampaikan semua nurse tenangkan aku
dan bagi kata-kata semangat



So akulah si ibu muda yang hanya berjumpa anak selepas 24 jam
yang hanya dapat menyusu anak selepas 24 jam
yang tidur dalam bilik kelas pertama tanpa baby di sisi
yang lansung tak dapat lelapkan mata sebab asek terngiang suara baby nangis
semua aku rasa tu suara anak aku nangis nak aku
T_____________________T



HABIS kisah melahirkan
nanti aku sambung kisah selepas melahirkan pulak



btw
anak aku kena warded 5 hari
banyak kisah sepanjang 5 hari tu



Insyaallah aku akan catit
sebab nanti kalau anak taknak dengar cakap
aku nak dia bukak blog ni dan baca macam mana aku sayangkan dia
kihkohkihkoh



PESANAN AKU BUAT SEMUA PEMBACA


JANGANLAH memilih untuk bersalin di hospital SERDANG
layanan buruk walaupun hospitalnya gah 
please
tolonglah percaya
sebab aku dah terkena



dan bila aku memilih untuk bersabar dan menerima ketentuan yang dah Allah susun untuk aku
alhamdulillah layanan di Hospital Kajang sangat bagus
semua doctor baik-baik
nurse pon takdak yang mulut puaka
semua okay



dan bila dapat tatap gambar anak yang suami amek ni


semua sengsara hilang serta merta
amarah yang membeku dalam hati ni hilang
letih hilang
sakit teramat semua hilang



eksaited sampai tak boleh lena laa sepanjang malam
;p



Terima kasih Allah untuk hadiah syurgaMu ini
akan aku dan suami pegang amanahMu ini
untuk mendidik hadiahMu ini seperti sesempurna agamaMu
InsyaAllah



Sayang Aaron sampai syurga Allah