Assalammualaikum.
Sebelum memulakan catitan bermakna buat tuan empunya blog
let me introduce you all
with my lil prince charming
AARON MUHAMMAD AARIZ BIN ABDUL KHAIR
21 NOVEMBER 2013
2.7 KG
6.29 PETANG
NORMAL DELIVERY
HOSPITAL BESAR KAJANG, SELANGOR
Hamboi detailnya
^____________^
iyolah nak mencatit cerita bersalin
nanti kompius plak orang lahirkan siapa
siapa siapa siapa?
siapa lagi kalau bukan buah hati saya dan suami
anak sulung kami
okay lets start the story
Bismillah.
Alhamdulillah
perjalanan mengandungkan bayiku di atas sungguh-sungguh dipermudahkan Allah
sepanjang 39 minggu membawa hadiah syurga Allah ni di dalam rahimku saban waktu
semuanya indah dan mudah
syukur ke hadrat Allah permudahkan segalanya
apa yang aku maksudkan dengan dipermudahkan perjalanan kehamilan tu adalah antaranya aku tak ada kencing manis
alhamdulillah
aku jugak takde masalah darah tinggi
alahan mengandung pon hanya pada peringkat 1st trimester sahaja
itupon alahan yang masih boleh dikawal
selain tu
baby pon membesar dengan baik dalam perut
dan hinggalah week 39
Allah permudahkan jugak bila kedudukan baby memang tak ada masalah
kemas pada landasan yang sepatutnya
Allah sahaja yang tahu betapa gembira dengan nikmat yang Allah pinjamkan
terima kasih untuk semua doa yang dikirimkan pada kami
"Allah dah permudahkan urusan kehamilan. kalau Allah duga ketika kelahiran anak kita, apa salahnya. Kita kena kuat dan redha"
ini ayat penenang suamiku
tiap kali aku merungut dengan dugaan yang mula memberi salam kepada kami
sesungguhnya aku ni tidaklah sekuat mana
kahkahkahkah
DUGAAN?
Dugaan apakah?
meh meh meh nak story
dari week 5 aku dah buat pregnant planning aku
maksudnya
aku dah proper plan nk checkup kat mana scan baby kat mana dan bersalin kat mana
semua tu aku dan suami set sesudah kami dapat tahu yang aku ni pregnant
aku sendiri memilih untuk delivery di government hospital
suami keep tanya aku confirm ke nak delivery kat hospital kerajaan
biasalah anak sulung
keterujaan seorang suami dan bakal bapa ke atas isteri dan bakal anaknya amatlah tinggi dan berkualiti
semua suami aku rasa nak yang terpaling selesa untuk isterinya dalam persediaan melahirkan zuriat untuk mereka
CUMA bagi aku
aku memilih government hospital sebab aku taknak bebankan suami aku dengan kos hospitality yang tinggi
sebab suami aku bukan anak datuk anak tan sri
kami berdua masih membina kerjaya dan kehidupan
bagi aku duit yang ada moh le simpan untuk keperluan anak
tambah pulak
anak sulungkan
aku pon tak tahu cara aku sakit nak beranak nanti macam mana
lain orang lain cara
ada yang mudah ada yang sukar
ada yang cepat ada yang lama
percaturan yang mana-mana ibu mengandung terutamanya anak sulung tak tahu macam mana cara kelahiran bakal anak mereka disusun Allah
Kalaulah aku ni ditakdirkan delivery baby dengan proses yang sukar
macam mana?
kalau ke private hospital
mati suami aku nak settlekan bil
takpelah di government hospital sudahlah
jadinya kami suami isteri memilih HOSPITAL BESAR SERDANG sebagai lokasi pertama nak delivery baby nanti
sebab tu aku memilih Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Seri Kembangan [KKIA] untuk proses check up sepanjang tempoh kehamilan
walau walau aku sedia maklum KKIA ni memanglah teramat ramai orang
bukan apa
aku nak aku di bawah territory hospital serdang
makanya dapatlah meringankan proses nk beranak nanti
sebab selalunya kalau check up di KKIA di bawah zon hospital
lagi mudah pesakit tu nanti
Why HOSPITAL BESAR SERDANG?
sebab hospital ni baru dan lebih selesa
SUAMI pulak dibenarkan masuk ke Labour Room
dan ramai pakar-pakar yang sedia ada kat sini
so aku imagined if ada tak kena kat aku
aku selamat kat sini
itulah perancang aku
selain itu perjalanan nak ke hospital serdang dari rumah aku agak mudah dan tak tersangkut sangat dengan kesesakan lalu lintas
memudahkan suami nak bawak aku ke hospital
T____________________T
Panjangnya entry ohoi
baru pengenalan
hiks
aku pendekkan lah sikit
sebab kisahnya panjang lagi ni
HAHAHAHAHAHAHA
Due bersalin aku 25 November 2013
aku start sakit nak beranak 21 November 2013 iaitu pada week 39
setelah 2 kali kecewa mengharapkan baby keluar on my birthday 11 NOVEMBER 2013 atau 20.11.2013 tarikh cantik tapi baby still suka duduk dalam perutku
hehehehehe
rupa-rupanya baby tunggu tarikh 21 november 2013
sempena ulangtahun pemergian arwah abahku kalau ikot kalender omputih
kisah bersalin aku ni kisah agak sedih
sebab tu aku nak catit kat sini
nak sangat anak aku baca nanti
dan sebagai tauladan bakal-bakal ibu diluar sana
jangan jadi macam kami
sebenarnya sebelum 21.11.2013 tu aku dah pernah 2x kena rejected dengan hospital serdang sebab sakit nak beranak
jeng jeng jeng
1st time kena reject
masa tu aku demam tiba-tiba
sakit segala tulang
sampaikan nak bangun pon tak boleh
kebetulan adik ipar aku kena campak
disebabkan risau aku dijangkiti demam campak yang sangat bahaya untuk kandungan
aku dan suami amek keputusan untuk ke Hospital Serdang nak buat fully checkup la
risaukan kondisi anak
sebab KKIA dah pesan
kalau sakit pape terus ke Hospital Serdang
Sampai je hospital
aku nak ke klinik biasa dorang je sebelah unit kecemasan tu kan
tapi pihak hospital terus suruh suami aku bawak aku ke unit bersalin
kami pon malas laaa nak melawan ke apa
dah memang aku tengah sarat mengandungkan
plus takde pengalaman pape memang teruslah pergi ke sana seperti yang diarahkan
UNIT BERSALIN hospital serdang ada kaunter pendaftaran
ibu yang nk bersalin TETAP WAJIB isi borang bla bla bla siap SURAT PENGAKUAN tak kisah menunggu kalau wad penuh
*pelik dah
masa pertama kali aku sampai sana
aku melalui prosedur di atas dengan sedikit tenang sebab kondisi aku bukan sakit nak beranak cuma demam yang agak pelik
jadinya bila kena isi segala borang perakuan menunggu wad ke bagai tu
aku taklah meletakkan kerisauan yang tinggi sebab aku sendiri tahu aku bukan nak beranak lagi pon kan
CUMA bila aku tengok pesakit lain yang dah nak beranak sangat dah
ada yang dah PECAH AIR KETUBAN pon suami/pesakit still kena isi borang itu ini kat kaunter
lepas tu pegawai bertugas still cool buat macam lansung tak cemas
aku dah sedikit curiga dan pelik
Selesai isi borang bagai
aku dan suami terpaksa menunggu lebih kurang 30 minit proses data kami tu diproses sehingga nama aku dipanggil untuk masuk ke dalam kawasan unit rawatan
masa ni kita ni memang terserlah bodoh-bodoh alam sebab pertama kali kan
apa yang aku cakap
LAYANAN JURURAWAT hospital ni memang KURANG MESRA PESAKIT
dalam erti kata lain KASAR dan terkadangnya LASER dan BIADAP
Cuma jenis aku
aku malas nak amek pusing dan menahan sabar sebab aku ni tak tahu menahu
tak punya pengalaman apa-apa
aku taknak sebab sikap kurang sabar aku melawan ke buat muka ke
apa-apa jadi kat aku nanti tak pula ada yang nak tolong
jadinya layanan kasar mereka aku layankan sahaja demi anak tersayang
masa ni doktor pelatih dan 2,3 orang nurse buat fully checkup kat aku
dan keputusan menunjukkan aku dan kandungan sihat sejahtera hendakNya
belum ada bukaan rahim
bebas dari jangkitan campak
bacaan heart beat anak jugak sihat
jadinya aku dibenarkan pulang
dan diberi pesanan yang agak ebrbentuk arahan
agar kalau betul-betul sakit nak beranak baru datang ke hospital
*triple pelik
20 November 2013
sekitar jam 6.30pagi semasa aku bangun nak solat subuh
aku tengok ada tanda darah
aku mula gelabah sebab kakak pernah pesan
bila turun tanda darah sikit ke banyak ke
berjaga dan pantas ke hospital
sakit beranak ni kalau tandanya adalah turun darah
proses bukaan pintu rahim tu pantas
dan proses kelahiran tidak mengambil masa yang lama
mak yang memang dah stand by kat rumah menjaga aku yang menunggu masa ni nasihatkan aku suruh aku call mertua
mintak pendapat mertua
sebab akua membawa zuriat anaknya
selalunya cara bersalin tak jauh beza
bila aku cakap aku didatangi tanda darah sebanyak 3x
mertua terus suruh aku ke hospital
kata mertua semasa nak lahirkan suami aku dulu
dia melalui cara yang sama
apa lagi gelabah laaa aku ni
sekitar jam 12 tengah hari
aku suami dan mak gerak ke hospital serdang semula
dan MASIH MELALUI PROSES YANG SAMA di KAUNTER DEPAN UNIT BERSALIN tu
menunggu hampir 1 jam
aku dipanggil masuk untuk membuat fully checkup
bila dibuat fully check up
keputusannya bukaan rahim masih belum buka
masih 0 cm
kondisi kandungan baik
heart beat baby okay
dan dan dan
aku sepertinya dimarahi doctor kerana datang ke hospital sedangkan turun darah hanyalah sedikit
SUPER PELIK
dengan bahasa yanag AGAK KASAR
doctor perempuan itu memberi pesanan yang aku rasa seperti arahan
dengan nada yang tegas dan kasar dia berpesan
"Puan, kalau turun darah sikit-sikit macam ni tak payah datang lagi. tunggu tanda yang lebih besar lagi macam tumpah darah yang banyak gila, air ketuban pecah, sakit mengeras perut tu dari setaip 1 jam sampai ke 5 minit sekali BARU DATANG HOSPITAL. Kalau takde tanda-tanda tu semua TAK PAYAH DATANG LAGI. HOSPITAL KAMI PENUH."
amek kau!
aku tanya lagi
"macam mana pulak kalau delay dari due date? kena datang tak sini?"
jawabnya pantas
"kalau DELAY pon tak payah datang. tunggu sampai sakit baru datang. kat sini delay sampai 10 hari dari due date pon boleh. takde hal"
macam dirobek-robek jantung aku dengar setiap bait ayat doktor ni
kasar sungguh!
bila aku keluar dari unit rawatan bersalin tu
suami serius muka pelik sebab aku berbaju biasa
bukan beruniform PINK macam pesakit lain sedangkan sudah ada tanda nak bersalin
bila aku terangkan aku dibenarkan pulang dan disuruh datang kalau bla bla bla macam doktor tu pesan
suami memang maki habis laaa dalam kereta
aku pulak jadi sangat STRESS sebab dan KOMPIUS bila dan kondisi yang macam mana baru boleh pergi hospital ni
T________________T
Allah sahaja tahu macam mana perasaan TERTEKAN masa ni
iyelah kita ni nak lahirkan anak sulung
lansung zero pengalaman
masing-masing orang lain sakit nak beranak mereka
walaupun aku ada ramai kakak kaaaan
bila semua berkongsi pengalaman dan pendapat
aku makin KELIRU
rasa nak menjerit je masa ni
sepanjang perjalanan pulang ke rumah dari hospital tu
memang aku menangis
sedih dengan kata-kata doctor yang kasar nak mati tu
dan stress dengan diri sendiri dan pelbagai pendapat orang yang menekan
sampaikan suami offer nak bawak aku ke private hospital
mertua di kampung dah tak senang duduk
susah hati
so dorang pon decide nak bertolak ke KL petang tu
kesian dengan kami berdua yang memang lansung tak punya pape pengalaman ni
mertua tiba ke rumah lingkungan jam 10.30 malam
borak-borak apa yang patut
mengadu itu dan ini
dengar segala nasihat dan pengalaman mak mertua yang dikongsi
kami pon masuk tidur
2.30 PAGI
lingkungan jam 2.30 pagi 21 NOVEMBER 2013 tu
perut aku sakit mengeras yang teramat sakit setiap 1 jam
dari setiap 1 jam bertukar kepada setiap 10 minit
dan sekitar jam 3 pagi
AIR KETUBAN aku pecah
2 tanda sekali gus Allah hantar
hospital nak sangat TANDA-TANDA BESAR kan?
yang paling BEST kat hospital serdang ni
aku yang kondisi tengah sakit gila perut mngeras setiap 10 minit dan ketuban yang dah pecah ni tetap KENA MELALUI PROSES BANGANG macam aku sebut di atas tu
tetap kena menunggu hampir 20 minit sebelum dipanggil masuk
subhanallah
aku tak tahulah prosedur apakah yang mereka amalkan
tiada wheelchair yang diberi
semua kena berjalan sendiri
T____________T
5 PAGI
proses check up dibuat dan keputusannya
bukaan rahim mencecah 3cm
aku ingatkan nak dah di tolak ke labour room
rupanya hanya diarah menyalin pakaian uniform PINK itu
dan disuruh keluar makan atau sebagainya
T_____________T
sedangkan kondisi aku masa tu teramat sakit menanggung contraction every 10 minit tanpa henti tu
subhanallah
6.30 PAGI
suami asek beristigfar je bila tengok aku yang kali ni keluar kepadanya dengan berbaju PINK hanya berjalan sendiri
dan memintak diberikan sedikit makanan untuk sumber tenaga
dan sedang menahan kesakitan tak terhingga setiap 10 minit tu
mak dan mertua tak henti membaca doa dan memberi semangat
suami pulak sampaikan tak mampu nak tahan air mata beliau
tengok kondisi aku yang menahan sakit dan tak menerima layanan sepatutnya
11.30 PAGI
aku masuk unit rawatan sekitar jam 4 pagi
keluar dengan uniform PINK sekitar jam 6.30 pagi
dan bayangkan aku hanya diperiksa semula bukaan rahim sekitar jam 11.30 pagi
bayangkaaaaaan
tanpa katil dan hanya berbekalkan kerusi yang ada sekitar unit rawatan
aku menahan sakit teramat setiap 10 minit
subhanallah
bayang pon aku masih terasa sakitnya
T___________________T
12.30 TENGAH HARI
12 Tengah hari setelah suami hampir mengamuk diluar
doctor memanggil aku untuk dibuat check up semula
dan kali ni bukaan melebihi 4cm
aku dah lega bila doctor arahkan nurse memanggil suami masuk
dan aku disuruh ready untuk ditolak ke labour room
TAPI MALANGNYA
selepas 10 minit
aku didatangkan dengan doctor yang sama
memaklumkan yang WAD BERSALIN PENUH
WAD UNIT RAWATAN BAYI PENUH
dan aku akan ditransfer ke HOSPITAL KAJANG atau HOSPITAL PUTRAJAYA mengikut pilihan aku
subhanallah
kenapa sehingga waktu sekarang baru nak bagitau
sedangkan masa tu rahim dah buka hampir 5cm dan ketuban pecah sekali lagi
kejamnya!
aku malas nak bertekak
aku terus setuju nak ke HOSPITAL KAJANG
sebab aku masih nak anak aku dilahirkan di negeri Selangor bukan Wilayah
walau aku tahu hospital kajang hospital yang agak lama
aku mintak doctor maklumkan kepada suami
1.30 PETANG aku ingatkan aku akan disorong ke dalam ambulans untuk proses perpindahan hospital memandangkan kondisi aku yang nak beranak sangat-sangat dah ni kan
rupa-rupanya aku di minta BERJALAN SENDIRI KE AMBULANS DI LUAR UNIT RAWATAN RAPI TERSEBUT
Ya Tuhan
aku di duga sungguh untuk melahirkan hadiah syurga Allah ini
aku ingat lagi
masa aku keluar menapak sambil menahan sakit
air ketuban memang basah turun
suami pulak sedang bertengkar dengan doctor
aku pulak hanya dipegang oleh seorang pelajar pelatih yang sedang membuat practical ke ambulans
berjalan sendiri
naik ambulans sendiri
baring sendiri
semua sendiri
T_________________T
Selamatlah Allah permudahkan sepanjang perjalanan dalam ambulans tu
aku dok menahan sakit contraction tapi tak beranak pon
kalau beranak dalam ambulans tu aku rasa aku mati dah kot
sudahlah hanya SEORANG nurse yang standby ikot aku dan seorang ibu lagi dlama ambulans tu
elok sangatlah
aku ni rahim dah bukak 4cm yang kakak tu pulak bukaan dah 4cm TAPI anak kedua
paham-pahamlah anak kedua macam mana kan
2 PETANG
setibanya di Hospital Kajang
layanan lebih dan lebih baik dari serdang
ada nurse sambut kami
kami tak perlu berjalan sendiri
TAPI dah pulak aku ni kena tunggu suami sampai jugak-jugak untuk registration baru boleh masuk LABOUR ROOM
ntah apa punya sistem laaa
nasib laa tak terberanak
aku jumpak suami sekejap je
bila dia settle proses mendaftar aku
aku terus ditolak ke labour room
dan hospital kajang tak benarkan suami masuk ke labour room
masa ni aku tak ingat sesiapa dah
aku hanya ingat Allah
dan betapa sakitnya kondisi aku sekarang ni
2.30 PETANG
ingatkan bila dah masuk labour room tu
sekejap lagi beranak laa aku
bila doctor buat full checkup
kahkahkahkah bukaan masih 4cm
dan dengan selamber je doctor tu mintak aku tunggu sampai bukaan penuh
tanpa pedulikan yang aku sedang menahan sakit contraction every 10 minutes ni sejak jam 3 pagi tadi NON STOP!
Nurse yang ada hanya boleh sabarkan aku yang sedang menahan sakit setiap 10 minit
tekak ni kering dah membaca segala doa
bukaan teramat lambat
doctor datang check skali skala je
subhanallah
aku yang dalam labour room tu memang dah tahap hentak kepala dekat besi
tarik rambut sendiri
sebab terlampau dan lampau sakit
T______________T
6 PETANG
doctor datang buat checkup lagi
memandangkan aku dah give up dan hampir memintak untuk di czer sahaja kerana sudah teramat lemah menahan sakit dari jam 3 pagi
alhamdulillah
Allah tak bagi aku mengalah
bukaan penuh 10cm
dan sakit yang datang sakit nak melahirkan
sekali lagi aku diduga
aku tak tahu nak teran macam mana
aku tak punya tenaga nak meneran
dan akibatnya
anak aku lama dipintu
keluar masuk keluar masuk hampir 10 kali
semua ni menyebabkan bacaan jantung anak aku dah tak cantik
air ketuban makin mengering
dan dan dan tali pusat dah membelit anak aku
subhanallah
masa ni 5 orang doctor keliling aku
ada yang bantu tolak dan tekan perut
ada marah-marah bagi semangat
aku tetap tak lepas meneran
sumpah aku dah lemah
last makan masa subuh tadi
sekarang dah 1 hari
kalau puasa memang dah masuk waktu berbuka
no choice
doktor terpaksa vacum anak aku
kesuntukan masa
anak dah boleh kategori dalam keadaan bahaya
jadinya VACUM lah kepala anak aku tu sekali
punyalah sedih tak terkira
itu pon tetap tak lepas aku teran
6.29PM
tapi tak sangka
dalam masa dok kalut tu
Allah tolong aku
mesin vacum tetiba rosak!
bila aku dengar doktor marah-marah why bagi mesin vacum yang rosak
aku terus menjerit kalimah allah kuat-kuat sambil meneran sekuat aku mampu
berbekalkan semangat taknak anak aku di vacum
ALHAMDULILLAH YA RABBI
aku berjaya keluarkan anak aku secara normal
LEGA!
anak tak lama atas perut aku
terus nurse bawak pergi cuci
datang kat aku bagi aku cium skali
terus berlari-lari bawak baby ke ICU
why why why?
hmmm masa keluar tu
baby nangis slow je
dikhuatiri lemas sudah
T___________________T
rasa bersalah tak terhingga
memang totally blame diri sendiri punca anak kena ICU
sampaikan semua nurse tenangkan aku
dan bagi kata-kata semangat
So akulah si ibu muda yang hanya berjumpa anak selepas 24 jam
yang hanya dapat menyusu anak selepas 24 jam
yang tidur dalam bilik kelas pertama tanpa baby di sisi
yang lansung tak dapat lelapkan mata sebab asek terngiang suara baby nangis
semua aku rasa tu suara anak aku nangis nak aku
T_____________________T
HABIS kisah melahirkan
nanti aku sambung kisah selepas melahirkan pulak
btw
anak aku kena warded 5 hari
banyak kisah sepanjang 5 hari tu
Insyaallah aku akan catit
sebab nanti kalau anak taknak dengar cakap
aku nak dia bukak blog ni dan baca macam mana aku sayangkan dia
kihkohkihkoh
PESANAN AKU BUAT SEMUA PEMBACA
JANGANLAH memilih untuk bersalin di hospital SERDANG
layanan buruk walaupun hospitalnya gah
please
tolonglah percaya
sebab aku dah terkena
dan bila aku memilih untuk bersabar dan menerima ketentuan yang dah Allah susun untuk aku
alhamdulillah layanan di Hospital Kajang sangat bagus
semua doctor baik-baik
nurse pon takdak yang mulut puaka
semua okay
dan bila dapat tatap gambar anak yang suami amek ni
semua sengsara hilang serta merta
amarah yang membeku dalam hati ni hilang
letih hilang
sakit teramat semua hilang
eksaited sampai tak boleh lena laa sepanjang malam
;p
Terima kasih Allah untuk hadiah syurgaMu ini
akan aku dan suami pegang amanahMu ini
untuk mendidik hadiahMu ini seperti sesempurna agamaMu
InsyaAllah
Sayang Aaron sampai syurga Allah
3 comments:
Takut nya dengar. ain dulu bersalin czer. so mmg tak rasa lah pengalaman sakit contraction dan bersalin. salute lah pada ibu yang melahirkan anak secara normal. Hope anak second nnt ain dapat merasa semua kesakitan tu. Alhamdulillah kat hospital Putrajaya layanan doc dan nurse sangat superb.
lagi takut nak beranak camni.. hukhuk
lebih kurang mcm saya..sakit dr 2am smpi hospital kul 11am..check2 dh buka 4cm..tp sb x pandai meneran,bby stuck kt bwh lama..kul 6.43pm bersalin n kuar2 kepala bby luka sb kn pegang dgn nurse n doktor n kn duk NICU semggu sb jangkitan kuman (lemas pny pasal)..duk dlm inkubator 2hari..tp sy bersalin kt hospital muar..doktor n nurse smua baik2..
Post a Comment