Jika ditanya apa yang aku impikan saban masa
hingga saat nyawa diambilNya
aku mahu sentiasa disamping kamu
menikmati masa-masa muda
masa-masa lelah
masa-masa tua
bersama
Kerana engkau suamiku
yang cukup selesa untuk aku berkongsi rasa
tentang perihal segala
Kerana engkau suamiku
yang cukup memahami setiap tentang aku
baik buruk
cacat cela
baik dan lebih
segalanya
Happy Birthday My Dear Husband
Sayang awak sampai syurga Allah
With Love and Selfie,
-Isteri-
No comments:
Post a Comment