August 30, 2016

Bukan Manja Mengada




2016 merupakan tahun ke 3 kami menjadi IBU dan BABA kepada 2 orang anak LELAKI 
Alhamdulillah.


 Kesian anak-anak dapat Ibu yang tak suka jadi suri rumah
Ibu mereka kot mana pon nak bekerja
HAHAHAHAHAHAHA
bak kata Tok Saba
"Anak-anak hampa ni banyak membesaq dalam kereta ja la mak dok tengok"
apa tidaknyakan ISNIN-JUMAAT pagi petang naik kereta ulang-alik rumah babysitter
SABTU-AHAD pulak adalah family time
keluar lagi
pergi balik turun naik kereta tup tup anak anak pon membesar
^__________________^



Dari umur Aaron 2 bulan, aku dengan suami memang sama-sama hantar dan jemput anak dari rumah babysitter
walaupun lokasi tempat kerja kami bukan sehala
kot mana pon kami tetap hantar anak sama-sama dan jemput anak sama-sama
suami akan mintak izin nak parking motosikal beliau di rumah babysitter
dan akan pulang ke rumah dengan aku dan anak-anak
Alhamdulillah aktiviti keluarga ini masih berterusan hingga ke hari ini



CUMA skrang ni suami selalu kerja lebih masa
ada meetinglah
ada event lah
Jadinya kalau hari-hari dia balik lambat
barulah aku akan jemput anak anak seorang diri



Sejak sejak adik dah 10 bulan ni
eksaited pulak la dua beradik ni nak naik motosikal ke rumah mamaros (babysitter) dorang
kami layankan je la
naiklah motosikal dari Puchong-Kinrara ke Taman Medan empat beranak kami
asalkan anak anak menyanyi riang seawal pagi dan lewat petang
kadang kadang tu pernah je kami naik motosikal hantar anak-anak lepas tu suami patah balik hantar aku ke kereta
apa nak buat
anak-anak request nak naik motosikal takmau naik kereta
Layankan je lah!~





tengok muka gembira tu?
haishhh laaaa bukan boleh beli dengan duit ringgit
boleh dapat dengan LUANGKAN MASA sahaja


LUANGKAN MASA
Haaaaaaaaa benda ni la sebenarnya aku nak share kat sini
merujuk kepada tajuk entry kat atas tu



Kalau orang tengok aku pesoh anak anak
mesti orang boleh simpulkan aku ni manja dan mengada
semua nak suami ada padahal aku boleh drive sendiri
rumah babysitter dengan rumah aku bukanlah jauh sangat
boleh je aku drive anak anak sendiri ke babysitter 
so tak perlulah suami kena tumpang parking motorsikal dia kat babysitter bagai semata-mata nak join aku hantar anak
anak menangis?
boleh je kan tahan sikit hati tu biarkan je anak tu menangis atas carseat 
lama-lama nanti anak kau akan well behave la
mula-mula memang selak habis


Jawapan aku
MEMANG BOLEH SANGAT!



Tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku nak suami ada setiap kali hantar dan jemput anak anak dari rumah babysitter
bukan sebab aku manja mengada dan bukan jugak aku ni terlalu memanjakan anak-anak
BUKAN


Aku selalu explain kat suami
yang aku dan dia KEDUANYA BERKERJA
masa kami sangat TERHAD untuk anak-anak
Bebanan kerja selalu buat kami cepat letih
Jadinya bagi aku masa yang ada sepanjang perjalanan ulang-alik dari rumah ke rumah babysitter tu adalah FAMILY MOMENT yang aku dengan suami kena hargai sungguh sungguh
sebab pagi-pagi tu both FRESH dan bersemangat nak layan keletah anak-anak yang macam macam tu
petang pulak penat lelah kerja tu mesti hilang bila dapat spend time bergelak ketawa dengan anak anak
paling mahal adalah moment kita berdua muncul depan pintu rumah babysitter
anak-anak berlari gembira
masuk dalam kereta yang sorang cerita itu cerita ini
yang sorang lagi manja tak habis
lepas tu dapat cium anak-anak berjuta kali
gelak ketawa sama-sama
SubhanaAllah indah.



Percaya tak
bila amal gaya hidup macam ni
aku memang sangat minima menghadapi stress di tempat kerja
stress menguruskan rumahtangga pon pada tahap minima
siap ada EXTRA ENERGY lagi nak masak
nak uruskan anak-anak
nak melayan keperluan suami



sebab aku percaya
bila anak-anak rasa cukup kasih sayang dan perhatian yang mereka terima
mereka jarang memberontak
sentiasa berkasih sayang
kurang menangis dan memerap
dan semua semua di atas ni menjadikan hidup aku dan suami tenang
walaupun tipulah kalau takdak masalah-masalah hidup kami yang lain kan
TENANG yang Allah selit bila bahagiakan anak-anak ni
tenang yang lain macam
buat kau kuat
buat kau chill untuk hadapi apa sahaja situasi



"Baba, happynya anak-anak kita pagi-pagi boleh naik moto kan. Saya bahagia sangat tengok anak-anak happy macam ni. Kalau ke depan nanti Allah bagi rezeki kita senang ba, belum tentu lagi kita punya masa nak repeat moment bahagia macam ni. Kan?"



 Pagi ni pergi kerja naik kereta. Monyok je muka dua beradik tu. Apa nak buat, Puchong HUJAN lebat pagi ni. Nanti cuaca dah okay, kita naik moto lagi okay. Ibu Baba bahagia sangat tengok anak-anak kami gembira.



p/s: kepada para suami jika ada membaca entry ni, JOIN la isteri korang hantar anak-anak ke babysitter/taska/sekolah. Masa dan peluang ni kita kena CURI. Kalau tak curi memang tak dapat.



August 29, 2016

Kisah Saya Melahirkan Emir Muhammad Errizal




EMIR MUHAMMAD ERRIZAL BIN ABDUL KHAIR
12 OCTOBER 2015
2.78 KG
3.59 PAGI
HOSPITAL BESAR BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG

Terlebih dahulu
Maafkan saja penulis di atas kelewatan ini
Macam hilang ingatan pernah updated pasai hal bersalinkan anak sulung
Bila ingatan dan pulih
makanya adalah tidak adil untuk si adik jika kisah melahirkan beliau tidak ibu paparkan di dalam ruangan blog ibu ni
Nanti macam mana adik nak cerita pada bakal menantu ibu kan kan kan?
eh

Oooopppssss lupa nak pesan
Jangan risau tentang ingatan melahirkan
detail kelahiran ni korang tanya 20 tahun lagi pon
setiap ibu boleh cerita dengan cerita paling detail
apa yang mereka lalui semasa melahirkan setiap anak mereka
cuma apa yang kami tak boleh nak cerita
kesakitan melahirkan tu
Hanya kami dan Allah sahaja yang tahu.
Jom mula!



Alhamdulillah
Sekali lagi Allah hadiahkan aku perjalanan kehamilan yang serba serbi mudah
alahan masa 1st trimester tu biasalah kebanyakkan ibu hamil akan merasakannya 
aku layankan je segala morning sickness tu
dan inikan kehamilan kedua
makanya ibu tak berapa muda ni dah well behave sikitlah kan
sebab dah ada pengalaman
cuma beza yang ketara masa hamilkan Aaron dengan adik dia
Masa Aaron aku selekeh nak mampos
bedak pon taknak pakai
muka kusam lansung takdak seri
seri mengandung tu mak aku kata banyak boleh tengok kat Ajie
KAHKAHKAHKAH
tetapi tidak lagi ketika hamilkan adik aaron
muka sedikit glowing
asyik nak melawa je
suka sangat nak pakai gincu
kahkahkahkah
dah tu Allah tambah lagi nikmat
masa tak pregnant aku tembam tapi bila start pregnant isi macam masuk ke dalam opismate aku cakap
sebab lebih kurus dari hari hari biasa
kahkahkahkahkah
 
 kahkahkah 
I told you kan
selekeh nau!


nah sis blanja lagi sekeping



walaupun sis dah kembang nak beranak
bibir tetap merah uols
muka plak pakai bedak sikit je
datang dari mana ntah putih tu
kihkohkihkoh

2013?
Ya Tohannnnnn
kelakor laaa
tengoklah baba tu
kemain glowing muka dia!
T____________T



*Hmmmmm ni nak cerita pasai beranak ke pasai muka sapa paling glowing?  



Tamat tentang perkara di atas
kembali ke jalan yang benar.





siapa pernah baca entry di atas?
hehehehe kalau tak pernah baca pergilah baca kalau ada masa
senang nak paham apa sis nak melalut lepas ni
itupon kalau yang lepas ni pon saudara saudari ada masa nak baca
kihkihkih



 aku melalui pengalaman yang agak tragis sepanjang proses melahirkan Aaron Muhammad Aariz sampaikan ke hari ni aku masih fobia dengan Hospital Serdang
harharhar
bukan tak maafkan Hospital Serdang cuma fobia ja
warga Hospital Serdang janganlah emo




Jadinya dari awal kehamilan lagi suami dah mintak nak aku delivery baby di Penang
katanya takmau dah bergaduh dengan Doctor macam masa delivery Aaron dulu
Plus dekat Penang ramai orang boleh tengokkan aaron masa aku busy nak beranak nanti
 Dah alang alang suami dah buat special request nak anak kedua lahir di Pulau Pinang
makanya aku terus memasang niat nak beranak je kat Hospital Besar Bukit Mertajam, Pulau Pinang
[tak sure mmg hospital besar sebab kecik je hospital ni]


Kenapa Hospital Bukit Mertajam?
Banyak kali suami confirmkan ye ye ke nak beranak kat sini
sebab kondisi hospital ni bukanlah baru
hospital TUA
semua serba serbi tua



YES
sebab aku memang fobia dengan hospital kerajaan serba baru ni
yang gah orang hebohkan ada ramai pakar-pakar dok situ
wad pon cantik
aircond sejuk
labour room cantik
ish ish ish yang baru dan cantik tu semua sis FOBIA



Aku nak hospital yang buruk ja
Bila buruk dan tua, tak ramai yang nak datang beranak kat sini
tetambah ibu ibu yang nak lahirkan anak sulung
mesti nak hospital yang baru or private kan
jadi jumlah menunggu tu tak la ramai sangat
bila tak ramai tak payah la aku dikejutkan lagi dengan berita bahawanya katil penuh la wad penuh la ketika bukaan aku dan 4cm dan sudah tiba masa ke LR
LOL
 Kebetulan Hospital Bukit Mertajam termasuk dalam list hospital yang mesra suami. Maksudnya suami boleh masuk LR ketika isteri nak melahirkan
Tak macam Hospital Kajang
Lama. Buruk. Tua. Mesra Suami
PERFECT dah




8 October 2015
aku dah start amek cuti masa ni
balik Penang dengan harapan dari tempoh khamis hingga Ahad ni sebelum suami pulang ke KL semula, keluarlah anak kesayangan beta ni
Sungguh sungguh mintak doa pada Allah
Permudahkanlah urusan kelahiran ni
Kalau boleh takmau suami ulang-alik Penang-KL
Walaupun due aku sebenarnya 17 October 2015 [DETAIL SCAN]
Kalau ikotkan period punya date 
due aku 7 October 2015 
Takmau pening kepala aku standby mode je untuk dua dua tarikh ni
^_______^



11 October 2015 [Ahad]
masih takde sebarang tanda tanda nak bersalin
macam punah je harapan nak mudahkan suami tersayang
suami pon dah start packing barang nak balik KL
sebab Isnin tu suami dah start bekerja


Pujuk pujuk baby pon tetap takde tanda
bila masuk maghrib je emosi mula menguasai diri
sebab laki dah nak balik
kita tak beranak lagi
nanti kalau laki balik tetiba nak beranak macam mana
kita kat rumah mertua



makanya sempat lagi pujuk suami
tunggulah sampai Konsert Akhir AF2015 habis baru gerak balik KL
manalah tahu baby nak keluar ke within tu
*terasa lawak alasan



lepas maghrib tu paling kelakar
dok berjalan itik dekat ruang tamu rumah mertua
ipar & ipar biras dok gelak laa tengok kelaku kami
punyalah nak beranak malam tu jugak sebelum suami balik KL
sanggup
buruk betui rupa mak buyong jalan itik
^___________^



masa solat maghrib tu 
solat yang palinggggggggggggg emosi
menangis macam hapa lagi sorok-sorok dalam telekung
tiba-tiba jadi manja sangat
sedih sangat kejap lagi laki nak tinggalkan kita memboyot sorang-sorang kat sini
punya mintaklah kat Allah bagilah beranak malam ni jugak
nak suami kat sini
 siap nangis nangis lagi cakap
 " Ya Allah, permudahkanlah urusan kelahiran anakku ya Allah. Kalau boleh biarlah malam ni. Aku hanya nak bantu permudahkan urusan suamiku ya Allah. Tak perlulah beliau ulang-alik dan boleh pulang bekerja dengan tenang"




Pergghhhhhhhhhhhh
kuasa 'ikhlas nak bantu memudahkan suami' telah muncul
memang sangat ajaib tau


masuk ja Insyak start dah rasa lain macam
tanda nak beranak masih tak muncul
tapi mild contraction tu macam mula menyapa
ececececececece kelahiran kedua dah kan
mild contraction pon dah boleh detect sendiri uols
kemain



rasa senggugut macam nak period tetiba datang
tapi kadang-kadang dan sakit tu sangat minima
selapas 1 jam rasa berulang senggugut tu datang
makanya menjelmalah contraction setiap 10 minit sama sebijik macam contraction masa nak lahirkan Aaron
 masa ni jam nak masuk jam 10 malam
konsert AF final masih berlansung
suami masih tenang melayan tv
aku plak masih cool melayan contraction yang datang setiap 10 minit


mestilah cool sebab tanda apa takdak lagi
lepas tu dah memang set dalam kepala hotak ni
kalau contraction macam ni alamatnya ntah ntah esok petang baru beranak
so tak payah kalut kalut nak pergi hospital
kita tunggu je sampai ketuban pecah
*kemain confident la you all



abah mertua sempat amek order nak makan burger apa
adik ipaq nak pergi beli sebab semua orang lapaq
mak buyong dalam dok sakit sempat lagi order BURGER DAGING DOUBLE gitoooo
kahkahkahkah
alasan?
kena makan nanti takdak tenaga nak teran anak esok siang
kemain konfiden 
kahkahkahkah



12 tengah malam
Konsert AF dah habis
abah mak pon dah mengantuk dan mintak diri nak masuk tidoq
iyelah semua confident nau la esok siang baru beranak ni
makanya memasing tunggu je lah tanda nak bersalin tu muncul
cuma sebelum semua masuk tidoq
ipar biras sempat advice suruh aku dan suami ke hospital dulu
check bukaan
memang la takdak tanda tumpah darah or ketuban pecah
tapi mild contraction tu dah ada
check je la kot kalau tak bukak lagi boleh balik sebab hospital bukan jauh dari rumah pon



aku dan suami pon setuju
amek bakul barang-barang nak bersalin masuk dalam kereta
suami start enjin kereta aku pon bersiaplah apa yang patut
nak check bukaan je kan
lalu slumber kami je la plan nak pergi berdua SAHAJA
Aaron pon dah tidur lena dalam buai sebelah katil bonda (ipar biras)
Bonda aaron pon mode standby dah nak jaga aaron
apa lagi kami yang penuh kompiden ni pon bersiap sedialah nak gerak ke hospital BM
selamatlah adik bongsu suami offer diri nak temankan abangnya
makanya malam tu kami bertiga bertolak la ke hospital dengan tujuan di atas
yakni check bukaan



suami memang paling relax la kelahiran anak no 2 dia
emergency bersalin pon beliau tak pergi survey kat pintu mana
dengan kata lain memang lansung taktau la kat mana
beliau mungkin lupa yang hospital ini adalah hospital TUA
memang lansung tak mesra signboard ye kawan-kawan
makanya sekitar jam 12.30 malam berlegar legarlah kereta putih mengelilingi kawasan hospital selama beberapa pusingan
sampailah mak buyong stress lalu suruh suami keluar bertanyakan security guard yang kebetulan lalu lalang depan kami



memang hospital TUA
emergency bersalin memang takde pon signboard gah macam Hospital Serdang tu. eh
tersorok di suatu sudut terpencil di belah belakang hospital
TAPI apa yang penulis bangga
tua tua pon hospital ni
masih ada wheelchair datang menjemput saya di dalam kereta
saya tak perlu berjalan sendiri ke emergency bersalin walaupun berkali kali saya kata saya masih dalam kondisi okay
cuma datang nak check bukaan




Allah dengar kot doa saya selama tempoh hamil
atau Allah nak reward saya kot atas kesulitan kelahiran lepas
masa saya sampai ke emergency bersalin
saya SEORANG SAHAJA wanita mengandung di situ
jeng jeng jeng
masa tu jam sekitar 1 pagi
dengan senyuman paling manis walau malam dah makin pekat
nurse sambut saya
bawa saya ke bilik pemeriksaan
lemah lembut buat checkup ke saya



Penulis: "Maaf nurse. Saya takdak sebarang tanda nak bersalin lagi cuma lepas insyak tadi saya sakit macam contraction saya masa nak lahirkan anak sulung. setiap 10 minit datang. Sebab tu saya datang nak check kot kot ada bukaan. Kalau takdak lagi takpalah saya balik"


Nurse: "Okay Puan. Meh saya check dulu"

Penulis: "Tak bukak lagikan nurse? Sebab anak sulung saya dulu sakit macam ni esok petang baru beranak"

Nurse: "Ish puan, tak bukak apanya. Dah bukak 5cm dah ni. Kita masuk LR ye. Bawak barang-barang tak? Ada kat suami ke? Suami kat luarkan? Takpe puan baring atas katil ni saya pergi amek barang and inform suami puan akan ke LR"

Penulis: "Gulp"


                                                        
12 October 2015
1.30am 
Aku dah siap masuk LR
dan sekali lagi Allah makbulkan doa aku
memang aku SEORANG SAHAJA dalam LR tu
kahkahkahkah


eh lupa cakap
hospital tua kan kan
nak panggil LR pon macam tak kena je sebab langsir je pon pemisah
kahkahkahkahkah
ikot suka korang la na panggil LR ke apa



disebabkan hanya aku seorang sahaja yang nak beranak masa tu
urusan aku memang cepatlah 
tuptup  je semua dah sedia
mesin CTG yang menyeramkan tu pon dah parking kat tepi
*eeeeeee sampai skrang seram dengan bunyi mesin tu
T________T



2.30am
sekitar ni doctor bertugas datang check aku
sebenarnya dia boleh datang awal lagi
tapi nurse dok intercom dia asek tak berjawab ja
LENA lewtew
muka pon moody semacam ja sebab baru bangun tidoq



masa doctor check aku
bukaan dah masuk 7cm
sekejap gila
masa aaron dulu 4cm nak ke 7cm tu makan masa 12 jam
hahahahahahahaha



doctor terus pecahkan ketuban
masa ketuban dah pecah ni
ya Tohan 
punyalah sakit contraction yang datang tu
bukan 10 minit dah
macam tak sempat nak kira dah setiap brapa minit
macam setiap 1 minit je weyyyy



First time dipecahkan ketuban
punyalah sakit
kalau yang kena induce tu sakit hampa lagumana weyyyy?



 Masa tengah berperang sakit ni
baru masuk pesakit no. 2
parking sebelah katil aku
Tapi rezeki dia cepat sikit dari aku
masuk je dalam 30 min dia dah bersalin
bukaan aku stuck kejam tang 9cm tu


masa ni akai tu punyalah panjang
macam macam la alasan aku bagi ke nurse tu mintak depa check bukaan
dengan harapan dah boleh meneran
tak tahan laaaa sakit
PLUS kau dah pernah rasa nikmat lepas settle meneran tu lagumanakan
hang akan jadi tak sabaq tau dak nak bagi semua semua ni habis
satgi aku kata rasa nak terberak la
satgi aku kata rasa macam nak beranak dah la
hahahahahahaha
nurse muda yang jaga aku masa tu sempat buat muka annoying
kahkahkahkah
nasib la adik
sis tak tahan



Dalam sekitar 3.30am
Bukaan 10cm
chill ja doctor takdak weh
bidan je handle aku
tapi nampak la memang sangat berpengalaman



Bidan tanya nak panggil suami tak
aku kata panggillah sebab dia pesan dia nak masuk
sekejap lepas tu suami masuk la duduk sebelah aku
ooppssss hospital tua kan kan kan
suami hanya dibenarkan masuk masa bukaan dan 10cm and ready to go je
bukan LR kan
langsir je haaaa partition depa
kenalah paham
;p



Part paling lawak
suami nak pengsan
kahkahkah nak kata tengok darah 
darah mana ada lagi
tak sangka tengok isteri nak bersalin pon suami nebes sampai nak pengsan
HAHAHAHAHAHA
hospital tua kan kan kan
memang suami dimintak keluar laa sebelum pengsan
kata bidan
"nanti kalau pengsan kami semua tak larat nak angkat encik"
 HAHAHAHAAHA
aku sempat gelak lagi time ni



10 minit lepas suami keluar
setelah diugut macam macam digertak macam macam
makanya aku berjaya melahirkan anak kedua sekitar jam 3.59PAGI
anak pulak menangis kuat
semua NORMAL
yeay!!!



Part paling kelakar
lepas baby dibersihkan nurse datang la buat pengesahan ke aku
dia tunjuklah ke aku
"Puan, nampak kan jantina anak. Anak apa ni?"
aku relax je jawab 
"anak lelaki kot"
semua nurse terus datang kumpul kat aku 
"Awat dia kata 'KOT' "

HAHAHAHAHAHAHAHA
aku tak pakai spec masa ni
semua aku nampak kembang
main agak je la
hahahahahahahaha
kena beletiaq sedaihhhhh


Perjalanan kelahiran yang cukup mudah
walau hanya di hospital tua Bukit Mertajam
terima kasih Allah
susunkan perjalanan yang cantik untuk hadiah syurgaMu ini
hanya syukur yang mampu kami panjatkan


5.30 am
aku dah siap ditolak ke wad
suami dapat azankan anak lelaki kedua beliau depan mata aku
bukan lagi di ICU jauh dari pandangan mata aku
sebenarnya boleh masuk wad awai lagi
tapi nurse cari suami tak jumpak 
sebab beliau sambung pengsan kat cerok mana ntah
HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA
Lawak la baba ni

Wad bersalin memang takdak class 1 ke 2 ke 3 ke
semua letak dalam 1 wad besar
bersusun katil
hospital tua kan kan kan
janganlah harap lebih
Punya Allah nak bagi mudahkan
5.30am masuk wad
4.30 petang dah boleh discharge
sempoi kan kan kan

Mak Abah paling rasa ajaib
masuk tidoq
bangun ja tidoq dah dapat cucu baru
tak payah dah susah hati menanti kat luar macam masa nak lahirkan Aaron
Alhamdulillah Allah permudahkan semua orang
amin amin

Apa yang aku nak kongsi kat sini
Tak salah trauma dengan kelahiran pertama
cuma janganlah berpanjangan
sampai jadi tak percaya doctor hanya sebab kita mengalami pengalaman yang teruk semasa kelahiran pertama
konsep dia mudah ja
cuba kita REDHA
Insyaallah Allah balas balik redha kita tu dengan sesuatu yang indah ke depan
aku pon lalui pengalaman yang teruk dan buruk masa kelahiran pertama
aku redha ja
aku yakin dengan Allah
sebab sebenarnya disebalik kesulitan tu
Allah just nak tengok tahap kau redha dengan ujian Dia tu ja
itu sahaja Dia nak tengok


Kepada bakal bakal ibu di luar sana
GOOD LUCK!
Sakit beranak ni sama ja semua
normal ke czer ka
cuma berlainan cara sahaja
Ingat
Allah tu adil sifatNya
Kalau dia mudahkan proses kehamilan apa salahnya kalau Dia uji sikit masa nak melahirkan
Kalau dia sulitkan sikit proses kelahiran tu
percayalah Dia akan mudahkan proses kelahiran pulak
atau mungkin proses berpantang
atau mungkin proses membesarkan anak tu
Allah itu adil


Yakin yang itu ye
Takmaulah buat benda benda di luar pengawasan doctor tau
kesian anak dan suami kita
^_______________^               
                 


Dan yang masih menanti rezeki anak tu, saya doakan cepat cepat doa kalian dimakbulkan Allah. Dapat merasa apa yang saya rasa. Amin Amin. 





Kalau Emir pandai dah baca coretat berjela ibu ni
Ibu nak Emir tahu
Ibu sayang Emir sungguh sungguh
Sepenuh jiwa raga ibu
Jadilah anak ibu baba yang taat kepada Allah dan agamaNya
soleh kepada ibu baba
baik budi pekerti dengan orang sekeliling
penyayang dengan haiwan dan tumbuhan