August 30, 2016

Bukan Manja Mengada




2016 merupakan tahun ke 3 kami menjadi IBU dan BABA kepada 2 orang anak LELAKI 
Alhamdulillah.


 Kesian anak-anak dapat Ibu yang tak suka jadi suri rumah
Ibu mereka kot mana pon nak bekerja
HAHAHAHAHAHAHA
bak kata Tok Saba
"Anak-anak hampa ni banyak membesaq dalam kereta ja la mak dok tengok"
apa tidaknyakan ISNIN-JUMAAT pagi petang naik kereta ulang-alik rumah babysitter
SABTU-AHAD pulak adalah family time
keluar lagi
pergi balik turun naik kereta tup tup anak anak pon membesar
^__________________^



Dari umur Aaron 2 bulan, aku dengan suami memang sama-sama hantar dan jemput anak dari rumah babysitter
walaupun lokasi tempat kerja kami bukan sehala
kot mana pon kami tetap hantar anak sama-sama dan jemput anak sama-sama
suami akan mintak izin nak parking motosikal beliau di rumah babysitter
dan akan pulang ke rumah dengan aku dan anak-anak
Alhamdulillah aktiviti keluarga ini masih berterusan hingga ke hari ini



CUMA skrang ni suami selalu kerja lebih masa
ada meetinglah
ada event lah
Jadinya kalau hari-hari dia balik lambat
barulah aku akan jemput anak anak seorang diri



Sejak sejak adik dah 10 bulan ni
eksaited pulak la dua beradik ni nak naik motosikal ke rumah mamaros (babysitter) dorang
kami layankan je la
naiklah motosikal dari Puchong-Kinrara ke Taman Medan empat beranak kami
asalkan anak anak menyanyi riang seawal pagi dan lewat petang
kadang kadang tu pernah je kami naik motosikal hantar anak-anak lepas tu suami patah balik hantar aku ke kereta
apa nak buat
anak-anak request nak naik motosikal takmau naik kereta
Layankan je lah!~





tengok muka gembira tu?
haishhh laaaa bukan boleh beli dengan duit ringgit
boleh dapat dengan LUANGKAN MASA sahaja


LUANGKAN MASA
Haaaaaaaaa benda ni la sebenarnya aku nak share kat sini
merujuk kepada tajuk entry kat atas tu



Kalau orang tengok aku pesoh anak anak
mesti orang boleh simpulkan aku ni manja dan mengada
semua nak suami ada padahal aku boleh drive sendiri
rumah babysitter dengan rumah aku bukanlah jauh sangat
boleh je aku drive anak anak sendiri ke babysitter 
so tak perlulah suami kena tumpang parking motorsikal dia kat babysitter bagai semata-mata nak join aku hantar anak
anak menangis?
boleh je kan tahan sikit hati tu biarkan je anak tu menangis atas carseat 
lama-lama nanti anak kau akan well behave la
mula-mula memang selak habis


Jawapan aku
MEMANG BOLEH SANGAT!



Tapi aku ada sebab tersendiri kenapa aku nak suami ada setiap kali hantar dan jemput anak anak dari rumah babysitter
bukan sebab aku manja mengada dan bukan jugak aku ni terlalu memanjakan anak-anak
BUKAN


Aku selalu explain kat suami
yang aku dan dia KEDUANYA BERKERJA
masa kami sangat TERHAD untuk anak-anak
Bebanan kerja selalu buat kami cepat letih
Jadinya bagi aku masa yang ada sepanjang perjalanan ulang-alik dari rumah ke rumah babysitter tu adalah FAMILY MOMENT yang aku dengan suami kena hargai sungguh sungguh
sebab pagi-pagi tu both FRESH dan bersemangat nak layan keletah anak-anak yang macam macam tu
petang pulak penat lelah kerja tu mesti hilang bila dapat spend time bergelak ketawa dengan anak anak
paling mahal adalah moment kita berdua muncul depan pintu rumah babysitter
anak-anak berlari gembira
masuk dalam kereta yang sorang cerita itu cerita ini
yang sorang lagi manja tak habis
lepas tu dapat cium anak-anak berjuta kali
gelak ketawa sama-sama
SubhanaAllah indah.



Percaya tak
bila amal gaya hidup macam ni
aku memang sangat minima menghadapi stress di tempat kerja
stress menguruskan rumahtangga pon pada tahap minima
siap ada EXTRA ENERGY lagi nak masak
nak uruskan anak-anak
nak melayan keperluan suami



sebab aku percaya
bila anak-anak rasa cukup kasih sayang dan perhatian yang mereka terima
mereka jarang memberontak
sentiasa berkasih sayang
kurang menangis dan memerap
dan semua semua di atas ni menjadikan hidup aku dan suami tenang
walaupun tipulah kalau takdak masalah-masalah hidup kami yang lain kan
TENANG yang Allah selit bila bahagiakan anak-anak ni
tenang yang lain macam
buat kau kuat
buat kau chill untuk hadapi apa sahaja situasi



"Baba, happynya anak-anak kita pagi-pagi boleh naik moto kan. Saya bahagia sangat tengok anak-anak happy macam ni. Kalau ke depan nanti Allah bagi rezeki kita senang ba, belum tentu lagi kita punya masa nak repeat moment bahagia macam ni. Kan?"



 Pagi ni pergi kerja naik kereta. Monyok je muka dua beradik tu. Apa nak buat, Puchong HUJAN lebat pagi ni. Nanti cuaca dah okay, kita naik moto lagi okay. Ibu Baba bahagia sangat tengok anak-anak kami gembira.



p/s: kepada para suami jika ada membaca entry ni, JOIN la isteri korang hantar anak-anak ke babysitter/taska/sekolah. Masa dan peluang ni kita kena CURI. Kalau tak curi memang tak dapat.



No comments: