August 25, 2016

Bahasa Jiwa #49


Dalam hidup yang padat sehari hari ni
aku memilih untuk ke belakang
menarik diri dari berebut rebut peluang
untuk mendapatkan perhatian
 
 
 
Allah bagi aku rezeki anak-anak
rezeki suami yang menyenangkan hati
dan jika Allah selitkan dugaan
banyak atau sedikit
apa salahnya
Dia dah bagi rezeki berharga
iaitu PINJAMAN BAHAGIA
 
 
 
Aku masih orang yang sama
bukan kegemaran siapa siapa
dan aku masih perempuan yang sama
tidak sama sekali suka untuk mengejar suka orang
mengharap sayang orang
mendambakan perhatian orang
 
 
Bukan kegemaran itu kadangnya pedih
tapi lagi pedih kalau kau terus menagih
kan?
 
 
 
hidup sahaja dengan kehidupan yang biasa biasa ini
bina sahaja semuanya dalam dunia kecil yang zahir dan batin
dunia dan akhiratnya adalah milik kamu
iaitu dunia yang di dalamnya ada anak-anak kamu
ada pembimbing kamu
 
 
 
 
tak matilah tak punya kawan-kawan yang ramai
tak matilah kalau bukan kesayangan dikalangan tersayang
kita tengah susah
apa kata kita usaha untuk buang jauh jauh susah tersebut
bila senang menerpa
hidup juga akan menerpa segala yang mudah itu
 
 
 
 sekarang dunia hampir ke tahun 2020
kasih sayang juga perlukan duit
 
 
 
ya
DUIT
 
 
 
 

No comments: