January 01, 2014

2013 Review




Tahun ni terlambat sehari nak buat review
dah masuk dah pon 2014
aiyaaakkkkkkk
maaf diucapkan kepada diri sendiri di atas kelewatan entry catitan wajib saban tahun
dek kerana jadual harian yang padat
sejak-sejak bergelar ibu muda ni
kihkohkihkoh



banyak benda lagi nak update ni so tak payah nak membebel jauh sangat ye penulis
teruskan!~



JANUARY 2013


macam biasa Januari setiap tahun sejal 2006 adalah tentang ulangtahun percintaan
gitooooooooo
2013 lebih kepada tahun menikmati cinta halal tapi ulangtahun percintaan masih kami ingati saban masa
CUMAnya bila dah ada ulangtahun perkahwinan ni 
makanya anniversary zaman bercinta ni sekadar diingati
dah tak sambut macam dulu-dulu lagi bukan main romantik meriah bagai


kami raikan ulangtahun percintaan pada 8 Januari 2013 hari tu dengan memasak sesuatu istimewa untuk suami
dan cukuplah ucapan di facebook sebagai catitan peringatan


mohon jangan muntah!!!
kahkahkahkahkah


FEBRUARY 2013

February memang bulan paling lawak bila aku dan suami ingat balik
why kelakar
sebab bulan ni aku adalah wanita paling stress
asik nak marah ja
nak mengamuk
nak bergaduh je dengan suami
sebab sebab sebab
AKU STILL TAK PREGNANT
boleh tak??




HAHAHAHHAA itulah nak sangat BUNTING PELAMIN
bila tak dimakbul Allah
mulalah nak meghoyan tak tentu hala
kesian suami
bila ingat-ingat balik aku ni memang gilaaaaaaaaaaaa!


sampai sekarang
suami still ejek aku
sebab aku gila nak mengandung


to newly brides
jangan tiru macam aku
gila nak mengandung cepat
T______________________T



MARCH 2013

Jeng jeng 
ini bulan paling BAHAGIA
rasanya mesti dah boleh agakkan kenapa?


apa lagi kalau bukan sebab bulan ni aku delay period
dan dan dan
disahkan oleh pregnancy test dan pemeriksaan doctor 
bahawasanya aku ini
PREGNANT
aummmmmmmm!~



bahagianya bahagianya
masa ni aku rasa aku sangat wanita
masa ni aku rasa doa aku semua didengar Allah
masa ni aku rasa aku isteri sempurna di mata suamiku
dapat memberi zuriat penyambung waris suamiku
dan dan dan cucu sulung untuk mertua aku



Ya Allah
sampai sekarang ni
moment tu antara moment paling indah dalam hidup aku
sentiasa segar dalam ingatan macam mana air muka suamiku
terlampau gembira bila aku tunjuk keputusan pregnancy test yang double line tu
dia menangis terharu
pelok cium aku
pelok cium mak aku
tak henti ucap terima kasih 
lepas tu eksaited call semua ahli keluarga mohon dikirimkan doa yang terbaik untuk aku



Bulan ni jugak bulan double gembira bila end of the month ipar biras pulak disahkan mengandung
beza kandungan kami hanya 2 minggu
betapa happynya laaa mertua aku
bakal menimang 2 orang cucu hujung tahun ni
^_________________^




APRIL 2013

April bulan kelahiran suami
apa lagi yang lebih istimewa
cuma tahun ni memang kami tak raikan apa-apa sebab kondisi aku yang tengah alah teruk 





MAY 2013 

May tahun ini bulan kejayaan buat ipar biras yang seorang sempena konvokesyen beliau
jom tempek gambar sket

kalau ditanya apa impian beliau semasa hari konvokesyen
beliau impian hari konvo beliau nanti
ditemani suami disisi dan anak di dalam rahim
naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah
berkat kesabaran dan kesungguhan
long distance marriage almost 1 year
finally doa beliau Allah  makbul



Allah itu maha mendengar



JUNE 2013

June hanya berkaitan dengan kisah kisah melayan tekak yang sedang membawa si comel di dalam rahimnya
makan dan makan laaa



JULY 2013

July pulak berkaitan birthday ibondaku dan ulangtahun pertunangan aku dan suami

 


bulan ini tahun pertama jugak sambut ramadhan bergelar isteri dan bakal ibu
ingat lagi sebulan baby dalam perut ni lansung taknak makan masakan luar
semua nakl dimasak sendiri
amboi anak



yeay
puasa tahun ini saya puasa penuh
^______________^



AUGUST 2013

Aidilfitri pertama bergelar isteri, bakal ibu dan menantu
aummmmmmmm
 moh layan gambar


dan dan dan
.
.
.
.


Tiada yang lebih gembira selain melihat sahabat terbaik saya mengakhiri zaman bujangnya
menyempurnakan cinta halal yang diimpikannya saban masa
alhamdulillah
^________________^



SEPTEMBER 2013

September menyaksikan penulis enjoy with her baby bump
hiks


penulis vs ipar biras

masa ni seronok sangat-sangat jadi wanita hamil
pergi mana semua orang sayang
tak kira apa bangsa pon
semua lapisan masyarakat sayang
hiks



September jugak bulan gembira buat adik ipar sayang
sempena majlis konvokesyen diploma beliau


Congrat kakak!



OCTOBER 2013

Bulan oktober dimulai dengan MINMIN si ratu cantik africa saya yang selamat melahirkan anak pada 8 october 2013
bukan sekor bukan 2 ekor tapi 6 ekor okay
dan kesemuanya comel belaka



takde benda lain ke nak buat highlight sepanjang tahun
kucing??


hello
MINMIN adalah makhluk Allah bukan manusia yang paling aku sayang selain ABIN dan late TUAH
sure la aku buat review pasai dia
sampai aku ada anak sekarang pon
sayang aku pada dia tak pernah berubah
sentiasa ada dan bertambah





oktober tahun ni jugak AIDILADHA pertama aku dan suami
dan dan kami di perantauan
sebab keluarga aku semua di KL




NOVEMBER 2013


I Love November!!
tahun ni lagi dan lagi sukaaaaaaaaaaaaaaaa November



why why why?


November tahun ni selain ulangtahun kelahiran yang ke 27
bulan ni jugak aku bertarung nyawa untuk hadiah syurga Allah
iaitu melahirkan buah hati pengarang jantung aku dan suami
-Aaron Muhammad Aariz Bin Abdul Khair-


macam mana bertarung nyawa tu
insyaallah aku akan buat 1 entry khas tentang semua tu
kenangan dan pengalaman yang aku rasa memangf wajib aku catit dalam ni
biar anak aku baca sket nanti
betapa susahnya aku nak lahirkan dia
hiks



so mak mak tau
usia anak baru 42 hari kau dah bebel macam mak mak
;p




ucapan dari suami
auuuuwwwww
mohon jangan muntah



baiklah
selain ulangtahun kelahiran
21 NOVEMBER 2013 merupakan hari kebesaran dalam hidup aku bila dengan izin Allah berjaya lahirkan anak sulung aku dan suami


masa entry ni aku tulis
usia anak aku dah masuk 42 days
dah pandai berinteraksi melalui mata dengan aku
dah kenai suara ibunya
dah banyak akainya



semua indah tentang anak
tak tahu nak gambarkan macam mana rasa syukur dan bahagia yang aku sedang alami sekarang
terima kasih ya Allah


3 hari lepas tu Allah tambahkan lagi kegembiraan aku dan keluarga mertua dengan kelahiran anak buah pertama suamiku
anak kepada Angah Mohsin 
ya Allah
indahnya percaturan Allah


dalam masa 3 hari mertua dapat sepasang cucu
indah sangat bila tengok muka bahagia mertua menyambut cucu-cucu kesayangan


 
November 2013 memang november paling PERFECT!




DECEMBER 2013

selain menikmati kebahagiaan bergelar ibu
december jugak bulan ulangtahun perkahwinan yang pertama
^_________________^





dan dan dan 21 December 2013 jugak tarikh di mana anak sulung kesayangan dah masuk 1 bulan
yeay!



indahnya jadi seorang isteri
sempurnanya perasaan bergelar ibu
semoga 2014 membawa lebih kebahagian
dimurahkan rezeki
dipermudahkan urusan kehidupan
ameen




HAPPY NEW YEAR 2014 TO EVERYONE



P/S: Membesarlah dengan sihat dan bijak Aaron anak ibu dan baba. Sayang kamu sampai syurga Allah





1 comment:

Yaya Ayarus said...

Tahniah kakak. Sejuk membaca entry :) sampai rasa macam duk dalam cerita tu. syoknyaaaaaa semua termakbul.
syukur alhamdulillah. semoga dilimpahkan lagi rezeki Allah yang Maha Luas tanpa disangka sangka.