July 09, 2009

Penang To Utm

telahku tinggalkan Penang malam sabtu yang lalu.
dengan pelbagai perasaan bercampur baur.
hingga ke hari ni aku masih keliru.
perlu atau tidak aku merindui penang lagi.
heh.
hanya teman rapat yang memahaminya.



baeklah.
aku sudah move on.
move on dari eima jer yang sgt berperasaan kepada yang lebih cool.
heh.
abaikanlah!



ok.
aku gerak dari penang to jb around pukul 8.30malam.
tapi bus tu memang cilakak.
abes sume ceruk pekan driver tu nak masuk amek penumpang.
sumpah aku bebai gila.
pejalanan penang-jb yang paling lama.
12 jam!!!
sepatutnya 8 jam je wei.
arrrrggghhhhh.
skali lagi abaikan.
kan aku tengah nak blajar jadi cool.
apa sangatlah kan..
hahahahaha
=.=




sayang gila aku kat utm kan??
awai gile aku sampai sini.
sepatotnya aku masih perlu menjalani sesi internship aku yg masih berbaki 1 minggu.
hahaha punya pulun mintak abes awai konon2 nk holiday.
lastly sume hancusss.
ke utm jugak kau eima!




takpe.
sekurang2nya aku lebih tenang kat cni.
sesi bertemu dengan senet2 yang sudah hampir 7 bulan tak ketemu.
sangat2 menghiburkan hati aku yang kusut serabut kelapa ni.
heh.
on da way ke arah entry leleh nampak?
hahahaha.
dah2.




ok.
untuk tahun akhir iaitu semester2 senior ni.
aku masih di kolej yang sama.
masih bersama kawan2 yang gila tu.
masih bising seperti biasa walau aku dah bertekad untuk lebih diam.
heh.
masih tidak berjaya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


wahai kalian.
sumpah aku sgt selesa dengan condition bilik aku.
memang super duper selesa!
perfect serba serbi.
dengan sejuknya.
adoi laaaaaa
slalu lagi la aku ponteng kelas sem ni.
hahahahaha



dan yang buat lagi heaven.
aku di level 6 iaitu level paling atas dan 1 level tu semua senet2 kesayangan aku.
bayangkanlah bisingnya mcm mana kan?
acara mandi secara berjemaah.
acara berak berjemaah.
acara gosok gigi n cuci muka secara beramai-ramai.
acara makan secara berkeluarga.
dan yang paling klimaks acara bergosip secara pukal.
hahahaha.
mengaji n solat jemaah belum sempat lagi.
=p




entry mcm tak best lak kalau takde gambau kan?
.
.
.
.
.
jom layan pic jom.
sumpah aku xde idea.
Photobucket
ni bilik aku sebelum proses mengemas =p
.
.
.
.
.
taraaaaaaaaa

Photobucket
ni lak selepas 1 hari mengemas bagi kemas.
credit to cik fiza utk bed sheet Man United itu


Photobucket
meja study aku.
ok tipu.
aku bukan rajin study pon.
lebih kepada meja makan je pon

Photobucket
ni meja study 2.
jgn jelez ok.
bilik aku ada 2 meja study.
sbb tu aku pandai.
amek note cepat.
rahsia kejayaan!
=p


Photobucket
adehh.
locker pon ade 2.
lalalalalala!~



Photobucket
anak-anak aku yg comel!!!
sumpah 2 bulan aku meghoyan rindu dorang 3 ekoq ni!
adoiii

Photobucket
view dari bilik aku.
sumpah cantik.
pasni mata aku sure baik dah rabun.
hahahahaha =)


Photobucket
dan ni yg paling penting.
tombol pintu yang berjasa.
heh.
sebab sikap prihatin NC baru utm, kolej aku telah ditukarkan semua tombol pintunya kepada tombol di atas.
lebih selamat.
setelah hampir setahun kejadian aku diragut.
heh.



dan penukaran tombol pintu ni jugak telah menyelamatkan kolej aku dari kejadian seram di kolej 9 sebab proses penukaran tombol pintu ni menyebabkan kolej aku ni ditutup untuk sebarang penyewaan bilik sepanjang cuti.
dan hasilnya.
kami bebas dari kejadian itu.
klu tak sure aku dah jadi ketakutan macam sue dah.
amin.
alhamdulillah.



baeklah.
kat cni dulu.
report li aku tak siap lagi ok.
hahahaha tapi muka aku tetap maintain slumber tak risau pape.



btw.
jpa dah settle.
doakan aku ada rezeki ya.
amin.



ok lah.
bersurai.
next entry aku kenalkan senet2 kesayangan aku.




Eima Jer: seminggu kat cni, asek hujan jaaaa. membatalkan niat baek aku untuk menguruskan badan betoi la. sekarang nak salahkan sape?aku ke hujan??




July 03, 2009

My Internship TAMAT!


Ok.
hari ni last day aku kat Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
yeah!!


aku berjaya menamatkan internship aku seminggu awal dari classmates aku yang lain.
hahahaha
bravo bravo!
=)


cakap pasai farewell partu utk aku.
jumaat lepas agik dorang dh buat.
tak pegi makan pizza ke hape pon..
tapi makan durian sampai lebam kat opis..


dengan aircond yang sejuk gila vavi.
bawak plak masok durian belambak2..
memang farewell party paling cool lah.
naseb la sume staf dalam unit aku ni hantu durian.
kalau x, memang mati mengejut mcm tu je la.
hahaha bayangkanlah durian klu kena aircond canekan bau dia kan?
hehehehe
=p


masakan berkaitan durian pon turut di bawa masok.
mentang2 bos besar gi kursus 3 hari.
pesta sakan ayah2, mak2 n kakak2 aku kat cni.
=p


memang hari makan sedunia laaa jumaat lepas.
seawal 8 pagi!!
aku yang diraikan ni memang qado makan durian gila vavi la wei..
xsilap aku 3 biji kot aku hentam!
hahahaha
malam tu mmg panas la!


dan pic kat atas tu ada la sedikit cenderahati dorang bagi kat aku.
yang pastinya bukanlah set body shop.
tau plak dorang body shop tu menatang apa.
veteren dah sumenya.


apa-apa pon aku sangat terharu bila setiap dari mereka tampil memberi ucapan untuk aku.
masing2 doakan yang TERBAEK untuk aku.
doakan kejayaan aku.
support aku suruh sambung pengajian ke peringkat phd.
omg.
omg.
omg.
aku mmg sebak n terharu.
dorang semua sgt2 penyayang.
aku rasa macam hidup dalam 1 keluarga.


jutaan terima kasih wahai kalian.
jasa anda semua tidak pernah akan saya lupakan.


ok.
seterusnya.


kat bawah ni aku pastekan pic2 insan-insan yang akan aku rindu sehabisnya intern aku kat cni hari ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
ni la penyelia aku.
[[En. Harun Bin Hashim]]
aku panggil beliau CC.
cc ni stand for Chief clerk laa.
omg.
penyelia aku ni tersangatlah sengal, sporting, funny n openminded.
sumpah karakter beliau sangat tak sama dengan usia beliau yang hampir mencecah 60.
sangat lawak!
Very knowledgeable.
dan yang pasti beliau adalah MANCHESTER UNITED DIE HARD FAN!!
hahahahaha
sangat senang nak mintak cuti.
sure lulus punya.
memang TERBAEKlah cc aku ni.
sumpah sayang n hormat dia sangat!!

dah la muka beliau comel macam elmo..
=)



ok.
ni plak Kak Leha, Ayah n Ustaz (paling hadapan).

Kak Leha ni orang kampung aku.
hehehe tapi sumpah aku tak kenai.
hahaha terbaek!
beliau adalah pengurus makanan terbaek kat unit ni.
hahahaha klu ada sape2 nk buat makan2 sket, slalunya kak leha akan handle smpi bab hidang.
lalalalalala...
kopi kak leha mmg terbaek!


-Ayah-
ayah adalah seorang yang handsome!
tgk la..
dh tua pon still maintain handsome kan?kan?
dan yang paling aku pasti.
beliau ada seorang anak teruna bujang yang sangat2 la hensem!
sumpah tak tipu!

ayah ni sangat2 lawak.
kwn baik kepada penyelia aku.
dan yang paling buat aku rindu kat dia, dia ni sangat2 la prihatin.
=.=


-ustaz-
dah nama ustaz.
of coz la alim sket.
ustaz ni best sbb suka buat kenduri tea time!
hahahaha
=)

dari kiri: Kak Leha, Kak Som dan Kak Mah

-kak som-
ni adalah anak mami aka chombi sebenar.
hahaha klu bergosip mmg sebijik mcm dalam filem anak mami.
seorang yg sgt2 happy go lucky.
funny.
comel.
kecik molek.
dan seperti ayah, beliau mempunyai bilangan anak lelaki teruna bujang trang trang yang agak ramai.
hahahahaha =)


-Kak Mah-
partner aku bila borak bab fashion.
sangat pakar bab2 kasut crocs.
hahaha juga mana2 sale di penang ni.
merupakan technical support daripada syarikat Ilaunch bagi pembangunan sistem e-tanah di sini.
cool.
ada anak yg sgt comel!
n suka lanje aku makan.



dari kiri: Kak Faezah & Kak Sha


-Kak Faezah-
masih bujang.
kakak yg agak nerd.
anak yg sgt baik.
sangat kecik molek n kurus.
tapi cool.


-Kak Sha-
heh.
ni adalah manusia yang paling aku akan rindu lepas ni.
omg.
omg.
omg.
kak sha ni punya sengal, aku tak tau nk story mcm mn.
aku tgk dia je aku dh nak gelak.
dia ni mmg sgt3 funny ok!
slalu buat aku gelak.
partner aku minum nescafe ais dalam opis seawal jam 8 pagi.
omg
dia sangat baik.
tak suka akan kerja beliau.
hari2 suruh doa dia dapat KPLI.
hahaha dah kawen tapi macam umur 18 tahun je prangai.
mmg lawak laaa.

kak sha ni jugaklah yang tumpangkan aku gi kerja sejak senet p serdang.
aku sure akan rindukan dia gila vavi nanti.
=(


dan.
aku juga aku merindui kehegesan penyelia aku yang sengal tu.
macam2 dia buat tau.
contoh mcm pic kat bawah ni.
ado laaa.
pening aku dibuatnya.
n sakit perut2 dok pulun gelak.
=.=
Photobucket
shawl ijau tu dia baru dapat gift
tu yg cewi gila vavi.

Photobucket
ni pandangan dari tempat aku.
hegehkan beliau?

Photobucket
ni plak paksa aku amek pic dia konon2 sebok serius bekerja..
hahaha lakonan semata ok!
=p


aku jugak akan merindui kesedapan laksa di kantin mahkamah sebelah opis aku ni.
sumpah sgt sedap!!


Photobucket
yummy!



dan.
sehabisnya internship aku ni.
maka sesi berdiet aku pon sudah bermula dengan seriusnya!
sudah bulattt!
perlu kecilkan kebulatan itu.
ukur lilitnya jugak mungkin.
=p
.
.
.
.
.
.
.
sesi makan-makan tak hengat dunia sudah pun berakhir
.
.
.
.
.
.
.
Photobucket
di hari meraikan senet dpt smbg blajar.
oh.
siakap stim itu sungguh heaven!
.
.
.
.
dan hasilnya
.
.
.
.
Photobucket
aku yang bulat!



sekian.
bersurai!
=)


Eima Jer: Hmmm sedih ada happy pon ada nak abeskan internship aku. btw, aku dah mula rasa puing-puing excited nak balik utm! hahahaha =)




July 02, 2009

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak- Part 2 (DNA Mayat Bayi Diambil)

sekadar tatapan percuma

JOHOR BAHRU: Polis mengambil contoh DNA mayat bayi lelaki ditemui mati di sisi seorang bekas siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang turut meninggal dunia selepas melahirkan anak dalam sebuah bilik di asrama universiti itu, Isnin lalu.


Contoh DNA itu diambil bertujuan mengenal pasti identiti bapa bayi wanita berusia 26 tahun itu yang turut menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci meliputi semua aspek walaupun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan masih menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap kehamilan wanita berasal dari Kelantan itu.

“Bedah siasat dilakukan mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak bersendirian.

Sementara itu, Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata, wanita terbabit pelajar yang tercicir dari universiti.

Beliau berkata, mangsa itu yang berusia 26 tahun gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lalu.

“Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei dan sebelum ini pelajar fakulti Sains,” katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.

Sumber: Harian Metro


Dari Pandangan Aku:

kepada yang sudi singgah blog aku sempena entry hot smlam.
jutaan terima kasih.
segala komen amat di alu-alukan.
bukan nak bergosip tapi sebagai peringatan dan tauladan.
bukan nk membuka aib seseorang tapi sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan kalian yang lain.


ni aku paste news terkini.
omg.
aku harap sgt bapa baby tu dapat di kesan.
bukan berdendam, tapi biar dunia nampak yang salah tu bukan hanya si ibu
kalau si ibu menderita mengharungi menghadapi sisa saki baki hidup sebelum menghembus nafas terakhir, biarlah si bapa aka bf tak bertanggungjwb tu merasa derita dunia seumur hidup beliau.
tu pun aku rasa tak cukup lagi.


adehh..
aku emosi skali lagi.


teguhkan hati kalian wahai keluarga si mati.
kami disini sentiasa berdoa arwah tenang dan diterimaNya.


Eima Jer: ada komen yang tanya knape nak bersalin kena bogel. heh. kwn2 laki aku pun rmi jadikan itu soalan dan bahan gurauan. hmmm wallahualam, Dia ja yang tau perkara sebenar. tapi menurut pemikiran logik aku, mungkin si ibu baru selesai mandi. ntah la, aku masih di penang. nanti update cite baru dari kwn2 yg dah ada kat sana. cuma fakta yg aku bawa ke entry ni lebih kepada sumber dari newspaper.


p/s: teruskan komen!

July 01, 2009

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak...

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.



Dari Pandangan Aku...


sumpah aku terkejut masa baca paper pagi tadi.
dan aku lagi takot bila terpikir kejadian tu mungkin jadi kat kolej aku.
1 level dengan bilik aku ke.
tak pon 1 blok ke
1 kolej ke
adehhhhh...


apa-apa pon..
alfatihah buat arwah.
semoga rohnya tenang dan diterimaNya.


macam2 aku rasa skrg ni.
kesian.
sebak.
takot.
macam2 lagi lah.


berimaginasi situasi arwah pada masa menanti ajal tu.
allah hu akbar
peritnya.
sakitnya.
seksanya.


sudahlah 9 bulan menanggung seksa.
ditambah pula tekanan dibuang utm.
masa depan yang hancur.
dan kini.
skali lagi arwah diduga dengan aib kematiannya.


semua sbb CINTA kan?


kenapa wanita slalu yang menjadi mangsa.
cettt, aku harap bf yg tak bertanggungjawab tu menerima pembalasan yang sama.
bodoh la.
nak sedap je.


aku dh teremosi.
sedih wei.
kesian.
smoga keluarga beliau tabah menghadapi ujian dunia ni.
amin.


Eima Jer: Dengar kata kolej 9..hmmm hope everything will be ok.. =)

True Friend

SESI SATU:

Eima Jer:

Madu, ang dok busy apa?

Madu:

aku keje umah la. Iron bj mama abah nak pi keja. Baju skolah adik. Aku takdak nanti senang, depa nak pakai amek ja. Mop umah. Lap cabinet.

Eima Jer:

Mak aii…Rajinnya!

Madu:

Besa la. Aku kan dah nak balik. Ti tadak orang nak buat da. Aku bersih wetkichen. Wuwu. Aku nak tukaq cadaq bilik2 depa plak.

Eima Jer:

Yo la..Rajin2..Hehe mai kemas barang2 aku nak p jb plak pasni ea..nanti ang xdak dah leh aku angkat ja beg..huhu xpayah kemas2 dah.. T-T

Madu:

Bodo!

...............................................................................................................................................................

SESI DUA:

Eima Jer:

Skrang dok cakaq daun kering kat laman pastu tebas rumput panjang plak ka? Hahaaaha


Madu:

Bodo. Iron bajulah


Eima Jer:

tak basah ketiak ka? Ang iron sampai stok lepas raya ka? Punya lama…


Madu:

baju kurungs mak aku, blouse2 lagi. Tudung agi. Baju pak agi. Suaq dia. Banyak bodo


Eima Jer:

xmau mintak jadi maid ka?kan m’sia kekurangan maid dah skrg ni sbb Indonesia tak bagi rakyat dorang jadi maid kat mesia..Jangan tak tau, ada elaun n potongan KWSP agik..Tak lama lagi ada sarjana muda orang gaji dah..huhuhu xnak cuba?


Madu:

Haram jadah punya rahimah. Aku kat uum kemeja ok suma..aku basuh dan iron. Aku memang bini terbaik.


Eima jer:

Memang sesuai dengan kerjaya aku sebut tadi..huhu pas iron baju jangan lupa kuaq cari kayu api..


Madu:

Ni, hang p bunuh diri sat
.................................................................................................................................................................

hahaha apa yang aku cuba nak sampaikan..
minah ni mmg alwaz makes my day.
aku pon xde jawapan knape aku mmg suka bila dia maki hamun aku ikot suka.
sume2 tu buat aku rasa nak senyum gelak ketawa berdekak-dekah.
sumpah tak tipu.
nak sentap?
cesss pernah cuba tapi tak berjaya.


idea jugak datang mencurah2 tiap kali aku nak nganjeng minah ni.
dia nak sentap??
takde pasal laaa..
maki hamun aku tak tentu hala lagi ada laa..
hahahaha


adakah ini yg kita namakan true friend???
-aku tidak ada jawapannya-
-hope so-
=)


musuh ketat-to-virtual friend-to-best buddy-to-true friend.
i love diz friendship

hang terrrrrsangat gila la madu.
aku suka!!


thanx sbb slalu ada dengan aku bila mana aku sedang sedih meghoyan tak tentu hala juga bila aku hepi terkinja-kinja.
makaseh atas sume smangat hang share dengan aku.
=p


lastly,
ni aku paste peberet pic aku dari berjuta2 pic ang dok pulun amek tu.

Photobucket

dah abes.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eima Jer: Sue tagged aku.. nanti la sue ea I buat =) sumpah agak bosan dengan current life hingga menyebabkan mood aku untuk bergumbira hilang xtau p mana.. 3 days more =(