July 15, 2012

Ayam Masak Hijau EJ



Selamat hari Ahad.


hari ni nak masak dalam beloglah!
dah lama tak buat entry masak-masak kaaaaaaaan
^_________^



masakan yang nak saya kongsi ni memang peberet lelaki separa bujang saya
siapa lagi kalau bukan Mas Ajie
hahahahahaha
kalau masak menu ni
mesti dia tambah nasik dan tambah dan tambah




menu ni adaptasi dari masakan jawa
kot.
penulis tak pasti
housemate penah masak version beliau sekali
dan saya alter mengikut citarasa Ajie
sebab ajie sukakan masakan yang pedas manakala housemate tak tahan pedas
berbeza di situ.



selepas alter.
saya dan Ajie namakan masakan ni


-AYAM MASAK HIJAU-




mari mulakan program masak-masak kita.



BAHAN-BAHAN untuk masakan


Daging ayam 1/2 ekor
[potong 24 adalah lebih baik]


6-7 biji cili hijau

2 genggam cili api hijau



1 biji bawang besar dipotong seperti gambar


 1 bungkus tempe di potong sepeti gambar


1 kiub pati ayam
[tak kisah la knows atau maggi]


CARA MEMBUATNYA


ayam di garam kunyit

goreng jangan terlalu garing, cukup sekadar isi masak


goreng tempe juga jangan terlalu garing



TUMIS bawang sampai kuning dan naik bau

masukkan cili hijau yangdah di blanded

masukkan kiub pati ayam

biar sampai pecah minyak

masukkan sedikit garam dan gula mengikut rasa



masukkan ayam ke dalam sambal hijau

dan masukkan tempe goreng

gaul dan tos minyak


HIDANGAN SIAP!


 simple kan kan kan


cuma AMARAN
ia tersangatlah pedas
tapi sangat sedap dimakan dengan nasik putih panas-panas
^__________^




selamat mencuba!!!!



July 12, 2012

E-Day Review : OFFICIAL PHOTOGRAPHER


Review mengenai Official Photographer insyaAllah akan ada Part I dan Part II
sebab Part I ni just dapat Teaser je dulu
InsyaAllah Part II nanti saya akan buar review panjang lebar tentang hasil seni beliau
^_________^



ini Official Photographer [OP]
 untuk majlis kecil saya


tak banyak nak potpet sebab penulis dan buat review serba sedikit tentang beliau di entry ini
[klik untuk maklumtat lanjut]


atau uols boleh direct ke blog beliau

atau lagi langsung ke facebook beliau


untuk majlis tunang
saya rasa ramai yang lebih selesa kalau dapat OP perempuan kan??
sebab tunang ni kan majlis yang agak sensitif dan penuh adat
semua benda orang nak perhati
sebaiknya OP perempuan sangat sesuai dipilih
senang nak keluar masuk bilik kita
tak sakit mata orang memandang
nak berkepit dengan OP kau dalam bilik berapa lama pon takde siapa nak bising



OP saya namanya Cik Sha
orangnya sangat dan sangat friendly!
dan paling penting MUDAH DIDEKATI dan MENDEKATI serta cepat mesra dengan semua orang



bagi saya kemesraan tu penting
baru semua orang akan rasa sangat selesa!
^_______^


contohnya
bila kawan-kawan saya datang
bagi masa 3 minutes je kepada beliau untuk get close dengan dorang semua
after that terus jadi macam kawan
semua serious tak kekok
itu yang saya impikan



sama la macam saya masa mula-mula kenal dengan beliau
sekejap je dah masuk kepala
^___________*



okay kat sini saya upload sikit beberapa keping gambar TEASER yang dah Sha siapkan sepantas kilat
walaupun penat travel dari KUANTAN-KL-KUANTAN pon belum habis lagi



saya sangat-sangat menghargainya!











Part outdoor part paling happening
semua sporting tau!


Okay
For those yang nak appoint Sha Shahira as uols punya OP bolehlah direct kepada tuan empunya badan
saya tak akan detailkan BUDGET for Official Photographer sebab pakel berbeza ikot apa yang client nak
so better direct discuss dengan beliau



cuma cuma cuma
untuk majlis 2012
saya adalah job beliau yang terakhir sebab beliau akan busy dengan persiapan perkahwinannya dengan tunang tersayang
InsyaAllah akan kembali aktif Januari 2013



sesiapa yang nak buat majlis tunang or kawen terutamanya di PAHANG dan TERENGGANU tu apa tunggu lagi
^______^


sebab Sha kawan blogger saya
kat sini saya ADD ON sikit gambar contoh custom album beliau


SIMPLE but NICE!






tak sabar tunggu custom album saya sendiri
^_____________^



July 11, 2012

E-Day Review : MINI PELAMIN



AMARAN:
Entry ini hanyalah bertujuan unutk berkongsi pengalaman.
tak lebih dari itu.
TITIK



wow wow wow woah!
kenapa di awal ayat sudah ada tanda amaran??
nak review pasal mini pelamin je pon kan
T______T



huehuehue
penulis memberi amaran siap-siap sebagai tanda peringatan 
jangan tersalah anggap atau apa-apa
penulis hanya mahu berkongsi pengalaman
dan mencatitkan memori
itu sahaja.





ini mini pelamin untuk majlis kecil saya
super duper puas hati
sangat-sangat


bila puas hati
rasa happy sangat-sangat tau
macam pelamin ni tak sabar-sabar melambai-lambai tetamu datang
^____________^
*over imaginasi



Budget untuk Mini Pelamin EJ:



HARGA PAKEJ:
RM500


Deposit:
RM200


Baki:
RM300 diberi selepas selesai pemasangan



Actually uols boleh dapat lagi murah
mini pelamin ni saya booking sangat lama
sekitar bulan February kalau tak salah



masa itu
yang ini je la berkenan kat hati dan sangat-sangat kena dengan tema majlis pilihan hati
^_______^



saya manusia gelojoh dan cerewet
jangan jadi macam saya
uols tolonglah survey banyak-banyak lagi okay before booked
sebab banyak lagi yang murah dan cantik




Link Vendor dapatkan di entry sebelumnya






July 10, 2012

E-Day Review : DOOR-GIFTS





sedikit review majlis tunang penulis hari tu
untuk catitan persendirian
^________^



Vol. 1 ni saya mulakan dengan review tentang DOOR-GIFTS untuk para tetamu yang hadir



macam biasa
saya sukakan sesuatu yang simple dan tidak remeh
lepas tu orang boleh makan dan kenyang
less budget
dan tak perlukan masa yang terlalu banyak nak sediakannya



tunang je pon, tak payah door-gifts bagai ni pon takpe kan?


yes.
tak perlu pon tak apa
tidaklah sepenting majlis kahwin lately
banyak jugak budget kita akan habiskan untuk door-gifts semata
tak menurut
itu trend yang dituntun
nak tak nak kena laa mengikut



saya sediakan door-gifts untuk majlis tunang saya
semua sebab SENTIMENTAL VALUE untuk diri sendiri
maksud kat sini
doorgift tu saya buat semuanya sendiri
sebagai tanda saya menghargai sangat-sangat kehadiran keluarga, sanak saudara, sahabat handal dan jiran tetangga yang sudi memeriahkan bahagia yang diraikan
apa nak buat
manusia cerewet berjiwa sentimental macam saya ni
memang semuanya mahu sempurna




budget saya untuk door-gift??


Apple merah Switzerland
RM65
untuk 150 biji


Riben
RM5
untuk 2 roll


Thank you tagged
RM16
untuk 120 keping


TOTAL:
RM86


^__________^



saya tak rasa membazir sebab semua apple habis 
kawan-kawan semua dapat
dan saya pasti semua makan apple kan??



kalau tak makan pon
letak dalam peti sejuk
nanti ada jugak yang akan makan
betul tak??


tujuan saya
memang untuk door-gifts itu dinikmati kelazatannya
lazat ke??



hahahaha penat tau merasa semua apple di pasar Chow Kit tu pepagi buta
hahahaha
saya pasti ia lazat
^_______^
nak bagi orang makan
bagi la yang kualiti
ye dop
;p



First time pergi pasar Chow Kit tu dengan Eira kawan baek saya
ya Allah memang sesak
tapi puas hati sebab buah-buahannya FRESH dan MURAH




For those yang nak buat majlis tu
pergilah sana
buah semua murah-murah 
semua kualiti yang di hyper market tu
^______^
sudahlah harga boleh runding
sebab masing-masing bersaing nak dapatkan customer




kualiti buah semua sangat bagus
sebab dalam 1 kotak besar buah apple saya tu
saya tak jumpa 1 biji pon yang busuk
or takde tangkal
semua saya boleh guna



Idea ni saya dapat bila tengok majlis kakak kepada kawan baek saya madu
abah gantikan bunga telur dengan buah lai dan air mineral
budget lagi murah pada bunga telur


masa tu abah cakap
'tak semua orang makan telur, kalau makan pon bunga telur tu akan dibuang jugak. Tapi kebanyakan orang memang makan buah dan minum air kosong. So benda tu tak membazir'



dan saya rasa abah madu betul!
^_______^



jadi kepada sesiapa yang berminat dengan idea ni
boleh laaaa aplikasikan di dalam majlis anda
saya pasti
door-gifts uols lagi comel dan cantik dari yang ini




saya hanya membuat catitan dan berkongsi pengalaman



Special Thank You:

Dolce Eira Ezira
amboi nama facebook beliau
special thankyou untuk kawan baek saya yang banyak bantu saya tentang urusan dorfgift ni
tak lupa jugak buat housemate sayang saya
Suhaida Iltizam
yang tak pernah penat tolong saya
sayang korang!









July 09, 2012

Sekapur Sirih

by: Shahira Photographer

Alhamdulillah.
majlis berjalan lancar
syukur



di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat

 KELUARGA TERSAYANG
.
.
.
.
.
LELAKI SEPARA BUJANG SAYA
-Khair Baharin-
.
.
.
.
.
HOUSEMATE SAYA 
-Suhaida Iltizam-
.
.
.
.
.
.
ADIK-ADIK SAYA 
Ajim and Eity
.
.
.
.
.
SEMUA AHLI KELUARGA AJIE
.
.
.
.
.
OFFICIAL PHOTOGRAPHER
.
.
.
.
.

VENDORS

[Mini Pelamin]

[Make-Up]

-Ramli Canopy-

.
.
.
.
.
SAHABAT-SAHABAT GEMILANG SAYA DAN AJIE
.
.
.
.
.
JIRAN-JIRAN TETANGGA



yang sudi meluangkan masa menjayakan majlis saya yang tak seberapa.
kurang dimana-mana
saya mohon ratap ampun maaf



saya dan keluarga sangat-sangat menghargai kedatangan kalian semua memeriahkan majlis
*terharu!




P/S: saya sudah separa bujang =,="

-