September 02, 2010

Selamat Ya?




saje tayang muke webcame
tak suka ke?
pejam mata ea
HAHAHAHAHAHAHA




HEY
upload gambau ni bukan sesuka hati takde sebab
belek gambau ni
aku teringat SEMESTER AKHIR aku belajar


gambar ni aku ambik masa tengah bosan tunggu appoitment dengan orang-orang kuat Pejabat Harta Bina, UTM
nak collect data untuk thesis
mood thesis yang sedang mencengkam dada
mengacau tido setiap malam
yang mengganggu ketenteraman hati
semualah!
masa genting ni aku suka habiskan dengan bermain dengan webcame
buat macam-macam muka
dan
simpan!



macam hilang stress plak




baeklah baeklah
tujuan entry ni just nak ucapkan
SELAMAT PULANG KE KAMPUNG HALAMAN buat sahabat handal saya yang masih study!!
esok student UPU dah sebok balik kampung berpusu-pusu menyesakkan hometown masing-masing
budak-budak skolah yang duduk asrama plak dah mula bersesak-sesak menyesakkan rumah masing-masing
hey!
saya jeles
saya belum boleh balik kampung



oh ho
indahnya STUDENT LIFE
tak payah pikir banyak
setakat THESIS tu wei
tak payah kau rasa hidup kau azab sangat
hidup dunia kerja ni lagi stress tau
stress yang kau perlu hadap mungkin sampai kau mati!


eh emosi plak kau EJ
niat nak wish slamat balik kampung je pon
T______T



sekalian sahabat
balik kampung hati-hati yep
ingat,
mak abah menanti dengan penuh gembira kat rumah tu
jaga diri kalian untuk senyuman mereka
tak payah tunjuk baek gendong buku sampai senget bahu-bahu tu
PENIPU
bukan sentuh pon
segala asemen-asemen lecturer tu
biarkan pending
balik je raya
enjoy sakan je
asemen blakang cerita
huhahahahahahahaha
itu baru RAYA SAKAN namanya



hoih EJ
pesanan ke petua kehancuran??
dah dah dah




kalian
selamat kembali ke pangkuan keluarga
=)



saya happy untuk anda semua!



mari men-counting hari raya menjelma


Hmmm Lailatulqadar tu jangan lupa cari
K.E.B.E.R.K.A.T.A.N tak terhingga





September 01, 2010

Bahasa Jiwa 8#



sebok kau rasa kau diluka
tapi kau juga si penghantar luka



sebok kau rasa kau diluka
tapi kau juga si pencipta luka



ah
iya?
aku tak sedar
sungguh



dah bila aku tengok susuk badannya yang makin mengurus
berhimpit timbunan rasa bersalah menguasai diri


ya
aku akui
aku juga penghantar dan pencipta luka




boleh aku katakan semuanya kerana terpaksa?




August 31, 2010

Dunia Kecil Saya



Lately
dunia kecil milik saya dipenuhi dengan ramai insan-insan yang penuh kasih sayang
saya gembira



dunia kecil saya
kecil sahaja
tak ramai penghuninya
tapi yang datang menjenguk pintu dunia kecil itu
semua secara tak sengaja
manis-manis belaka
pelbagai karakter
tapi punyai fahaman yang sama
dan memahami apa yang saya rasa



dunia kecil saya dunia yang senyap diluarnya
tapi penuh kegembiraan di dalamnya
yang melihat mungkin tak sedar
saya ada dunia kecil saya
yang penuh dengan kesayangan saya



EJ
kau gila??



tidaklah
saya tak gila
saya bercerita tentang bahagianya saya
punyai dunia kecil miliknya saya
tak gilalah



hey
saya tahu
ada di kalangan anda adalah watak di dalam dunia kecil saya
yang sentiasa mengikut cerita hati saya
cerita hati yang sebahagiannya tersimpan kemas di dalam dunia kecil miliknya saya
hanya penghuninya sahaja dapat merasa dapat memahaminya



oh oh oh EJ
kamu ada dunia khayalan??fantasi??
bukan kamu benci akan perkara yang bukan realiti?



hey
dunia kecil saya bukan dunia khayalan
bukan juga ciptaan imaginasi saya
yang membentuk sebuah fantasia
dunia kecil saya adalah sebahagian realiti diri saya
yang hanya nampak keseluruhannya
jika anda adalah sebahagian daripada penghuninya



terima kasih twitter saya
terima kasih belog saya
terima kasih facebook saya
terima kasih formspiring miliknya saya
hey
kamu semua adalah teknologi yang mendekatkan saya dengan ramai kesayangan saya
ya
kesayangan yang juga penghuni dunia kecil miliknya saya




hey
kenapa kamu tersenyum sendiri??
kamu mulai rasa kamu adalah sebahagian daripada dunia kecil saya??
oh oh oh
itu tepat
kamu adalah penghuninya
kerana kamu merasa




manis sangatkah mereka-mereka di dalam dunia kecil kau tu EJ?



hey
sangat manis okey
sangat tabah
sangat perhatian
sangat memahami saya
saya yang punyai jiwa yang mungkin pelik bagi semua
tapi tidak bagi mereka
kerana mereka jua punya jiwa yang sama



kepada yang sedang senyum
terima kasih kerana terus dengan saya
berkongsi cerita jiwa
bergelak ketawa
tiup meniup semangat dan kekuatan jiwa
bagi mengawal pelbagai rasa
rasa yang ion nya lebih kepada kuasa negative dua
negative dua?
HAHAHAHAHA teori apekah itu EJ
nak jadi saintiskah pula??
hehehehe
maap
si buta sains cuma cuba membuat teori sendiri
menggambarkan rasa negatif yang sama kuasanya dengan kesedihan kelukaan kepahitan
T______T
buruk plak teori saya itu
abaikan!



eh eh eh
saya nak cerita pasal dunia kecil saya laaa
apsal pergi kepada teori palsu pula?
haishhhhhh



hey chenta dan kesayangan saya
terus menjadi sebahagian daripada dunia kecil saya
saya memerlukan anda semua!!



ini serius!!




^__________*




August 30, 2010

Miss OREO






ini kucing kampung je I tell you
kucing ala-ala version berjalan-jalan merayau-rayau mencari awek di tepi jalan-jalan kampung tu je
takde pergi saloon
takde sakit pegi klinik
takde mandi guna shampoo khas bagai
makan ikan kembong rebus je gaul dengan nasik
kucing kampung la katakan



hmmm tapi apa yang tertarik hati
bulu beliau sangat unik
jarang ku temui
kucing kampung piau
takde MIX ke REMIX ke
tapi bulu beliau kale DARK BROWN and WHITE
superb!!
nampak beliau exclusive dari kucing-kucing kampung yang lain




okey tipu
beliau nampak EXCLUSIVE bukan sebab kale tu dark brown
tapi ia adalah KUCING KERABAT
atau nama lain
ROYAL of PETRA punya kucing kampung
takdenye nak jenjalan kat luar rumah
jenjalan atas piano nak la
atas sofa empuk terbenam bontot nak la
haishhh!!



ini hasil inspection saya today
berpeluang menjejakkan kaki ke rumah kerabat di raja Kelantan
rumah superb mode royal habis
nak pijak kaki pon rasa tak layak
T_________T
anak lelaki hawt yummy nyumnyum nak mati
eh
sempat lagikan
haishhhh!



maaf la
takde gambar yang boleh saya sajikan kat sini betapa cantiknya rumah mereka
sebab itu kan urusan kerja
mati saya kalau kena saman nanti
biarkan ia menjadi urusan kerja
saya dapat tayang gambar MISS OREO kat atas tu sudahlah
Royal Cat
manja nak mampus
gatai pon ade
sebab dia kucing perempuan
asek nak ngorat manja-manja dengan sensei saye je




korang
tetibe terasa macam best plak jadi MAID kat rumah tu
bilik besar
ade aircond
tilam VONO
annual leave 30 hari
setahun skali pergi bercuti oversea
setahun berkali-kali bercuti dalam malaysia
majikan selalu takde rumah
dan mereka baek hati
huh


jom berhenti kerja pastu antar resume jadi MAID kat situ nak
penat kerja pon takpe
boleh cuci mata barang baek punya
Tengku yang gila nak mati punya hensem!
HAHAHAHAHA



okeylah
off sebelum kena PRINT SCREEN nanti sebab merepek banyak sangat!
esok cuti
saya mahu keluar lepak
rindu HOT CHOC di Rasta TTDI



-SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA-
Terima Kasih untuk keselesaan dan keamanan yang ada-
^__________^



EJ dan Muka Gedik Santainya!



Hoih EJ
tau la hati tengah serabai jiwa tengah kusut
jangan la rambut pon kembang kusut serabai serabut macam jiwa!
HAHAHAHAHAHA





dah la amek pict sendiri
buat muka gedik
sambil buat dunno yang rambut tu kembang KERING KONTANG!!
HAHAHAHAHAHAHA



ini lagi satu
T__________T



saya ada masalah rambut skrang ni
rambut saya sangat kering la lately
dah banyak kali tukar shampoo
adakah kerana cuaca??



saya mahu pergi setting rambut baru
tapi sebelum tu saya perlu atasi masalah rambut kering ini
sebab kalau tak nanti
sua je kepala ni kat hair styler saya
dia akan membebel tak henti tanpa rasa annoying
penat telinga nak tahan
nanti bodek diskaun pon takmau bagi dah tu
sebab BEBAI saya buat tak tahu je dengan rambut saya
nanti mula la tengah-tengah setting rambut saya tu dia dah takmau main silap mata macam selalu
merajuk la tu nanti
bosan la saya kalau takde silap mata lagi!
T__________T




macam mana ea nak buat??
saya cari daun bunga raya
tapi al-maklumlah
tengah kota PJ ni, mana la nak cari bunga raya
kang pegi petik kat mana-mana rumah
orang report polis plak
rumah skarang ni kan semua nak ada cctv je
haishhhhh



japs.
rambut dah kering
hati bila nak kering??



ok bye!


off to inspection again n again bersama sensei
bosan jadi Eima Jer ni
orang lain ambil cuti keje sampai selasa
dia sebok nak pergi site hari ni
Malaysia panas tau tak panas!
T________T