February 06, 2011

Bahasa Jiwa 14#



saya ini GAH berbicara tentang hati terluka
ya
kau betul



saya ini KECOH bercerita perihal hati bahagia
ya
kau benar



saya ini KEPOH berkongsi cerita kesayangan semua
ya
kau betul dan benar



ya
itu betul itu benar
saya juga pencipta luka
pembina kecewa
penyambung duka
penderma derita
aahhh perasaan tak bahagia
ya
datang dari saya juga



hmmmm apa kuasa saya
dan hukum alam
saya hanya diizinkan bersama yang seorang
sekurang-kurangnya saya DAH JUJUR bukan?






February 05, 2011

Kau KERBAU

omelnya!~


kalau EJ makan daging LEMBU
okey
cool lagi
pening-pening lalat je



kalau EJ makan daging KAMBING
nyum nyum sedap
kapla jadi panas mula pinau-pinau
bintang sana sini



bila EJ makan daging KERBAU??
oh man
tumbang terus tak hengat dunia
kapla pusing twist-twist
rebah tido pitam ke hape
aku pon tak tahu



terbaeklah kau KERBAU!




February 02, 2011

Belog Kau Manis


-keluarga kecil saya-
gambar tiada kaitan




agak lantang ya


belog kau manis
ayat kau susun cantik
tapi ya Tuhan
bertahun nak tunggu loading


kalau boleh setiap sudut dunia kecil kau tu
kau nak tempek gambar
nak padat dengan segala link
nak letak lagu-lagu bingit
salji turun sana-sini
haishhhh!~


yang datang berkunjung
walau tak selalu macam aku ni
nak tatap entry-entry kau
susunan ayat manis penarik hati
hasil karya kau



permudahkan boleh?
senangkan yang mana boleh senang
lajukan yang mana boleh laju


ini tak
kadang-kadang tu ade yang sampai 3 lapis layout gile-punye-hebat-ke-depan
T_________T



Errr lagu satu lagu tu jangan la sampai pagi aku cario punat nak tekan stop TAKKAN JUMPA
janganlah macam tu
semak!
ganggu kekusyukan membaca menikmati entry-entry segar anda



memang belog kau
dunia kau
kau punya suka



aku mintak tolong je
itupon kalau sudi nak permudahkan apa yang mudah nak ubah
^_________^



eh eh eh
EJ tegur secara RANDOM ye




TANDA SERU



ini PERBUATAN GILA!
permainan apakah yang sedang kau mula?
gembirakah?
seronokkah?
melihat aku terkapai-kapai serba tak kena serba salah dibuatnya!


oh
aku letak TANDA SERU di pengakhiran ayat itu
makanya kau perlu tahu
yang aku ini KELIRU
dan kurang SELESA begitu!!



lagi TANDA SERU
kali ini dua jumlahnya aku tinggalkan dipengakhiran ayat itu
jadinya jangan terus begini dan begitu


Kondisi sabar masih selesa masih ayu masih sopan menguasai diri
aku susun bait-bait ayat ini
memohon meminta untuk tidak dimainkan lagi rasa bersalah rasa serba tak kena yang azalinya memang mudah muncul menerpa di segenap ruang minda
yang juga bisa merentap merampas segala gembira jiwa
kau tahu juga!!!


aaahhhh sudah
lagi dan lagi TANDA SERU menerpa muncul
dalam bait-bait ayat murah milik aku
makin meningkat makin banyak jumlah berdirinya
aku perlu undur diri


dan aku minta
jangan begini
aku tidak selesa
kerana terlampau terang tersangat jelas
aku itu MELUKAKAN SEMUA
pemilik hati baek yang bukan satu jumlahnya




*Sigh. biar orang kata aku bodoh aku ini lupa jasa aku ini lupa semua. aku punya komitmen yang tak sama dengan apa yang kau orang ada. komitmen ini dah aku terima untuk dijaga untuk dipelihara. aku akan terus disini. walau apa bentuk permainan yang dah bermula atau mahu dimulakan. PLEASE NOTED!










February 01, 2011

Aku PERLU Begitu...



hati jahanam milik aku sekali lagi perlu menjadi jahanam
jangan hampir
jangan dekat
jika dahulunya kau memilih untuk menjauh
untuk lari
untuk pergi



sesuatu yang tak aku sanggup
sumpah tak aku mahu
adalah melukakan hati kamu
jahanamkan apa yang sedia kala celaka



anggap saja aku ini api
yang kejam
yang panas
yang bisa hanguskan sesiapa sahaja
walau mangsa itu
si pemilik hati yang baek




anggap saja aku ini racun
yang bisa membunuh senyuman manis
milik kamu
milik sesiapa sahaja
ya
milik pemilik hati baek




aku PERLU begitu
aku TERPAKSA untuk sebegitu
kau juga tahu bukan?



tak aku berkecil hati
jika pulangnya kamu tanpa sebarang kabar untuk aku
kerana untuk menghampakan mengecewakan menyedihkan kamu itu
lagi memeritkan aku
menyedihkan aku
serba tak kena serba salah dibuatnya
tapi aku PERLU untuk begitu
kau juga tahu dari dulunya
bukan?



*situasi yang tak mampu aku lari
sigh!


p/s: terima kasih ya untuk semua. kau suka bersusah payah untuk sesuatu yang sia-sia yang menambah luka di dada yang menjahanamkan lagi kondisi hati yang sedia kala celaka. tak faham. maaf