May 29, 2009

Mentos VS Coke

babe,
sekadar berkongsi..

sila jauhi dari kanak2 kombinasi mentos n coke

akibatnya,
bayangkan semua ni jadi dalam perut kita..

2

3

4

5


Eima Jer:
sekadar berkongsi.
tak payah cakap bebudak, aku pon ske mentos n coke tu..
huhuhu sayangi perot anda
=)

1st love dan kehebatannya


betul ke???


Aku okey je...
hahaha
tipu??
hmmm lantak la nak caye ke x..


Tapi,
penipu la klu aku dah lupa semua tentang dia.
kenangan je mungkin
cinta tu dah xde kot
Allah dah hantarkan yang lagi baek untuk aku


perihal kawan aku.
dia tengah kacau bilau hati skrang ni bila dapat berita yang ex-bf dia bakal berkahwin dengan wanita pilihannya tak lama lagi. aku tak pernah tgk kwn aku seserabut ni. sume ni buat aku terpikir, mmg power sgt ke first love ni???


power sgt ea???


perihal bf aku.
aku tgk gak bf aku yg masih xdapat lupakan 1st love dia even masa tu kitorang dh hampir setahun bersama. sakit hati kan??
waktu tu pon mmg aku dh terpikir yg mmg power sungguh cinta pertama ni.
tapi aku tak pernah berputus asa bagi yang terbaek untuk dia dan biarkan bf aku menilai dan membezakannya sendiri. alhamdulillah, aku dgn dia dh okey dah.


perihal 1st love aku.
hahaha bf aku skrg ni xpernah risau pon kot aku teringat 1st love aku. Hahaha maybe dia confident sgt kot yg dia da best among da best! hahaha poyo.
tapi betul, memang aku totaly dh lupa kat 1st love aku sebab aku sentiasa redhakan hati aku yang dia bukan milik aku.
kan yang dihadapan tu lebih baik.
baik utk aku.
baik utk beliau.
lagi satu, maybe sbb kitorg clash tragis sgt kot!
betul2 tak jantan.
lari dari masalah.
hahahaha
dah.
lupakan.
nanti gf dia sepak aku plak!
hahahaha


kepada my sayang yg sedang gundah gulana tu.
kamu kena kuat sbb kamu memang seorang yg tabah.
lupakan semua.
redhakan je semua.
Allahkan dah hantarkan kat kamu lelaki yang lebih sempurna.
manfaatkan.
tak nak bagi I..
hahahaha
apa-apa pon, I slalu dgn U.
Be strong darl!


korang lak??
still kuat agik ke 1st love korang yg dah gagal tu??
=.=


EimaBlairWaldof - Mr.Ajaq kata,bukan aku..hahahha

Tag dari mista razzaq zachary kepada eimablairwldof(kata beliau)..................


1. When you looked at yourself in the mirror today, what was the first thing you thought?

- bila laa idung nk mancung xtau..dok kemek kembang tu jaa..hahahaha


2. How much cash do you have on you?

- 28 buck.. kesian kan?kan??


3. Whats a word that rhymes with “TEST”

- benci


4. Favorite planet?

- bulan bley??? nampak muka aku paling licin sbb bulankan byk kawah..huduh! hahahahaha


5. Who is the 4th person on your missed call list on your cell phone?

- Sal, trainee kat cni..minah ni ske maen miscal2..tak berkembang tui. =.=


6. What is your favorite ring on your phone?

- trouble is a friend by lenka


7. What shirt are you wearing?

- Purple Baju kurung yang akak aku buat besar gila..ke aku yg kurus??hahahaha


8. Do you “label” yourself?

- Simple but sometime nice! hahahahaha


9. Name the brand of your shoes you’re currently wear?

- sandal from summit je aku beli 14rm..hahahaha perlu ke pki heel dtg opis???


10. Bright or Dark Room?

- bright lagi kot..sbb aku ske bilik yg cerah, nmpk kemas =)


11. What were you doing at midnight last night?
- tido sbb esok tu keje =.=


12. What are you doing tonight?
- plan nak p tgk terminator..lalalalala


13. Do you own a car?
- Lesen pon aku malas nk p amek agik..


14. What did your last text message you received on your cell say?

- da tido ke?? from my ex-bf opit


15. Where is your nearest 7-11?

- rumah mak abah then balik umah sewa aku



16. What’s a saying word that you use a lot?

- bodo version comelll


17.Who told you they loved you last?

- Ajie~ i love u very strong syg!-peberet word beliau


18. Last furry thing you touched?

- NIL


19. How Many Drugs Have You Done In The Past three Days?

- im free


20. Favorite age you have been so far?

- when i was 17teen- minggu rindu classmates kot! =p


21. Your worst enemy?

- backstabber, sweetalker pastu people yg ntah pape ske sentap yg bukan2


22. What is your current desktop picture?

- NIL


23. What was the last thing you said to someone?

- Kak sha nk eima tapau air apa??nescafe??


24. If you had to choose between a million bucks or to be able to fly, which would you choose?

- millon bucks laaa leh p beli mini cooper n nikon d300..hahahaha


25. Do you like someone?

- nope laaa...i like everyone


26. The last song you listened to?

- Tak hengat..dlm kete td


27. List 5 people you like to tag..

- drunbella
- farah salwatie
- emir faez
- wanda
- apai

Photobucket
Lastly, saje aku tempek pic baby malique 2phat..comelkan??
Inca Medina Malique
aku tertawan nama anak dia, stylo ok nama tu
=.=

May 28, 2009

CHAMPION LEAGUE Review


Tahniah buat MANCHESTER UNITED di atas performance yang macam HARAM lasnite!
Aku sebagai die hard fan korang memang bangga gila la tengok game macam haram ni. Seyes, memang berbaloi aku amek cuti, berjaga sampai pagi lastly korang sajikan aku game yang memang2 macam haram! Hahahaha

Congrat BARCA!!
Memang patot pon korang menang sebab korang nye performance malam tadi memang superb! Smooth tapi sharp! Full of teamworks and skills.
Man United aku???
Hahahaha cam ayam je main!
Wut happened??
Jangan tanya aku sbb aku terasa macam nak p sepak ja muka Fergie atok kesayangan aku tu dan tembak mati ja Ronaldo yang sellfish gila bangang tu.
Jap Fergie, apsal yang ko sayang sangat kat Ronaldo tu ea??
Asek nak jaga dia jaa..

As Man United fan,
aku memang tak paham dengan atok aku (Fergie) arrange players malam tadi. Aku yang pompuan ni pon yang sah-sah tak la brape banyak knowledge pasai2 bola ni pon leh nampak kebodohan kau arrange players malam tadi.
Nak sangat jaga Ronaldo tu kan??
Nak jugak bagi dia yang score kan??
Sbb apa, nak sgt dia dapat best player kan??
Hasilnya???
Anak buah kesayangan kau tu maen macam taik tau semalam. Yang tetibe gi ubah rooney aku tu p maen wing pasai apa?? Tak ke dah jadi caca marba dah game tiap kali depan pintu goal??
Atok oi, malam tadi tu game besau tau.
Tak payah la nak buat pembaharuan la konon.

Aku sangat kecewa tgk MU control game smalam. Allahuakbar, terok gila!
Ronaldo sgt2 sellfish! Team work lansong xde!

satu lagi,
dah kau tahu yang anak2 buah kau tu memang akan psycho gila if pihak lawan score dulu, kenapa yang kau turunkan jugak anderson masa 1st half?? Kenapa bukan tevez??
tak paham tak paham

dah kau tahu berbatov tu bagus, knapa kau turunkan jugak park j.s tu masa 1st half??
hengat main dengan newcastle ka??
barca okey! barca!

Photobucket
Ni lagi satu si vandersar.
Hahaha hengat messy tu katik xleh la nak tanduk masok goal??
adoilaaa
payah gak bila keeper kesayangan aku ni overestimate si mesy katik tu.
ni la orang kata bila dah tertulis memang nak kalah!

Honest,
aku tak la ralat sangat MU kalah season ni.
sangat berbaloi dengan performance yg dorang bagi lasnite.
dah main pon macam haram, memang la kena terima kekalahan.

Eima Jer: Selamat mendengar segala kata2 kesat berunsurkan penghanjengan wahai eima jer n ol MUFC. Hahahaha =)


May 27, 2009

UNTITLE 3


Happy 24th Birthday My Luna Sayang =)

Hari ni birthday senetku yang paling comel dihatiku lalalalala!~ hahahaha iaitu si adik manis luna sayang yang gile tapi comel ni.

Photobucket
Luna Version 1
Photobucket
Luna Version 2


Dear, enjoy your bufday!
I doakan U sentiasa happy+tak waras+senet sampai bebile sebab U comel macam tu.. =p
May our friendship remains forever
I sayang U sangat tau Senet
Sorry i jauh, takde kesempatan nak hangout dengan U agik, I busy dengan internship I lol..
Love You!
Ummmaaaccchhhh!

Film Review- Angels&Demons




Semalam hari dating aku bersama kekaseh hati. Dah lama tak tengok wayang dengan si gumokk itu. Hahaha dah la lama gila tak tengok wayang, aku mengecewakan dia lagi bila aku dengan kuasa yang ada memilih untuk menonton filem di atas bukan 'syurga cinta' dan bla bla bla....Hahaha syurga cinta?? Donlod sudah wahai sayangku!

Ya, aku peminat filem2 berunsurkan sejarah tetambah filem2 epic yang tentera2 kuda tu macam filem 300 tu. Hahaha memang superb la. Kepuasan tu tak tau aku nak gambarkan bila dapat layan cerita2 epic macam ni.

Dan smalam, aku memilih Angels&Demons sebagai filem datingku. Hahaha dengan harga tiket rm6 je untuk filem yang tempoh tayangannya hampir 3 jam korang rasa berbaloi x?? Aku berbangga sebab chenta hati tak tidoq dalam panggung sepanjang teman aku menonton sebab slalunya dia tidoq. Hahaha bukan semua orang suka cerita sejarah2 ni tapi nasib kau la bf!.

Filem ni lebih kurang macam Da Vincci Code sebab author yang samakan. Macam biasa, ceritanya adalah mengenai agama Kristian. Kalau da vincci code menceritakan kajian berkaitan kewujudan jesus n bla bla tapi angels&demons ni menceritakan tentang perebutan kuasa gereja katolik yang membawa kepada banyak pembunuhan.

Hmmm mak aku slalu pesan, nak tengok cerita2 macam ni asas agama kena teguhkan dulu. Ya la, sape tak tau kan betapa kuatnya pengaruh kristian tetambah bagi fahaman katolik tu. Tapi seyes wei, layan la filem ni sebab korang akan rasa bangga dengan agama islam sebab agama kita tidak lah seserabut agama-agama lain. Islam tak perlukan sebuah library yang sangat sulit hanya untuk menyimpan khazanah-khazanah, kitab-kitab dan hasil2 kajian kewujudan agama seperti agama lain tetapi hanya senaskah Al-Quran sudah cukop lengkap menjawab segala persoalan dunia dan akhirat. Islam tak perlukan ketua agama turun temurun tetapi cukup dengan asas kepercayaan kita kepada Rasulullah sebagai ketua umat islam dan para alim ulama sebagai rujukan. Lagi satu dalam filem ni, macam mana pengaruhnya agama kristian hingga mampu mengumpul jutaan pengikut berhimpun tapi still tak mampu nak bersaing dengan agama islam kita yang pada setiap saat mampu mengumpulkan jutaan umat islam ke tanah suci mekah.


Hahaha emosi plak aih. Nanti kalah plak ustaz Akhil aku bagi ceramah umum. Ni pendapat aku laa tentang filem ni. Sangat best dan berbaloi. Tak boleh nak bincang dengan lebih detail sbb tak bagus untuk akidah. Dah la iman aku ni senipis kulit bawang ja pon. Hahaha seyesly, aku memang sangat takut dengan agama kristian sebab aku dah tengok dan baca banyak sangat dah kes murtad yang melibatkan anak-anak muda yang memeluk agama Kristian.

Sorry to say, memang anda tidak boleh terlalu mendalam mengkaji tentang agama mereka sebab pergerakan sejarah kewujudan agama ni melibatkan mainan logikal akal yang memang boleh menarik minat anda untuk terus mengkaji dan mengkaji. Sebab tu aku rasa golongan yang terpelajar pun kita tengok boleh terjebak dengan kes murtad ni.

Mak aku slalu pesan lagi.
Selalu beristigfar bila tengok filem2 macam ni supaya hati kita tak terlintas sama dengan ayat-ayat dalam filem tu. Ya la, kita bukan sedar bila kita dok baca subtitle tu kan klu dorang sebot pasai tuhan, perkecilkan tuhan, tak pun agungkan tuhan dorang. Yang kita ni as islam dok pulun baca dengan sepenuh hati.

Dan sebagai anak yang baik, memang aku asyik beristigfar ja semalam dalam panggung dan sebagai hadiah, aku telah didatangkan dengan satu ayat pedih dari bf tercinta.

"Dah tau cerita ni tak bagus untuk akidahhh, nak jugak tengok! Kan dah bebuih mulut nak kena beringat."

Cettt, nampak sangat tak ikhlas teman aku tengok muvie. Grrrr


Eima Jer:
Hmmm hasilnya pagi ni, aku mengantok tahap cipan ni sbb tak cukop tidoq. Sapa suruh gatai pi tengok midnight muvie!! =.=

May 26, 2009

CHETTY KECHIK


cam seram lak aku tengok..=.=


Aku nak story pasai mimpi aku malam tadi sebab agak panjang storynya. Sila klik pangkah kalau malas nak baca. Hahahaha

Aku tidoq awai malam tadi. Memang syurga! Hmm awai bagi aku adalah seawal jam 9 malam. Harap maklum! Hahahaha masa tengah feeling2 nak tidoq tu, ada 2 call masok. Aku saja malas nak angkat, hahaha sebab feel aku nak tidoq sangat2 high dah tu. Dan, aku tau jugak yang ada sms masuk lebih kurang 4 sms tapi aku tetap malas nak p bukak baca. Maap kepada pihak yang terlibat. =.=

Malam tadi sampai ke pagi aku mimpi classmates aku masa aku form 4&5 lu. Bebudak 5 Mekanikal 3 Batch 02/03 SMT TARP, Penang. Maaf xde gambau yang nak aku paste.

Haish,
Ntah jadi makhluk apa dah la korang semua erkk. Lama gila tak jumpak! Hmmm tetibe rasa macam nak wat reunion plak. Bukan apa, budak-budak kelas aku ni pemalas. Nak sapu sampah pon malas, ni kan plak nak plan2 reunion ni. Lagi la malas!! Aku masak dah. Kan aku ni chetty kechik mereka yang berwibawa. =)

5 tahun dah berlalu tapi alhamdulillah aku still tak lupa dorang ni semua sebab dorang memang classmates yang paling best yang penah aku ada. Sampai la aku buat degree ni pon, dorang masih da best classmate yang aku ada.

Gosh!!
Rindu dorang sangat la. Tapi kena jalankan program diet dengan lebih tekun sebab aku tau sure dorang pulun kutuk aku kalau tengok aku yang agak debab skrg ni. Hahaha langkah berjaga-jaga.

Kenangan:


SATU
Paling aku tak boleh lupa kami buat bbq kat waterfall mana ntah la dorang semua pi bawak aku sempena bbq last before spm. Dalam hutan plak tu, dah la pompuan kelas aku 4 orang ja pon. Rasa macam bakal nak kena rogol beramai-ramai ja. Ajak guru kelas kami, haram beliau tak mai. Dah tu, aku student yang mai paling lambat sebab aku dari hometown kot. Bf tercinta masa tu punya pulun tunggu aku kat jeti sampai berjam-jam lamanya. Hahaha punya pulun sayang la masa tu, sanggup! dari jeti p tempat bbq tu, punya lebat hujan. Pakai baju hujan sambil naik moto.Hahaha memang macam iwan dan amelina dok pulun nyanyi lagu memori daun pisang woooo. Sampai kat sana, kena plak redah hutan sambil hujan renyai2 sampai selipar aku putus laaa punya tragis. Tapi tak plak bf kesayangan ketika tu dukung aku ke hape. Hahaha dalam hati mengharap gak..gatai! sebab tu becerai awai..hahahaha sambung balik, sampai kat tempat bbq tu aku dah separa lokoih n bf lak memang lokoih abes. Tapi heaven wooo sejuk2 dapat layan bbq panas-panas.

Dan aksi lucah pon bermula bila dah semua kenyang, semua yang berjantina lelaki mula terjun mandi-manda tak hengat tanpa berbaju. Memang tak malu. Aku yang ketika itu masih suci hatinya terasa sedikit malu-malu kucing melihat para lelaki idaman kelasku ini mandi-manda. Yang kurus ada, yang kering ada, yang boncit ada, yang berbulu2 pon ada. Hahahaha
Hencem sunggoh classmates aku =.=


DUA
Lawatan ke USM.
Hahaha ni la lawatan yang paling bodoh yang pernah kami pergi. Ye la, dah xde U lain ke nak pergi. USM yang sekangkang kera dari skolah aku tu la yang nak p buat lawatan. Masa ni aku hengat lagi, hati ni membara sebab dengki classmates aku yang dok outsider semua sedang merancang untuk ponteng skolah sbb tak mau p lawatan tersebut. Aku ni insider, kompem2 tak boleh join. Grrrr tapi dalam hati masih berbunga sebab berjaya buat drama bagi bf datang jugak walaupun dari ekcik sampai ke besaq dia memang dok ulang-alik p USM tu. Hahaha drama aku berjaya =) tapi bercerai awai jugak! Hahahaha


TIGA
Time Pendidikan Jasmani (PJ)
Hahaha sesi pembelajaran yang memang menindas kaum wanita. Pasai apa aku cakap macam tu?? Sebab deret kami be4 tak boleh PJ tapi kena jadi tukang tengok bebudak lelaki kelas aku main bola. Alasan cikgu PJ aku, korang semua sikit sangat. Susah.
Hmmm sebagai student pompuan yang paling terbantut kat kelas aku tu, aku sentiasa dibuli dengan pelbagai kerja.
Contohnya, menjaga dan memegang wallet2 mereka yang kepam!! Seyes, masih terngiang lagi bau tersebut. Hahahaha dan upahnya, coklat sneakers pada setiap hari jumaat =). Tapi aku benci kepada sesiapa yang bagi kat aku coklat cadburry(xhengat nak eja) sebagai upah sebab aku tak makan coklat tu, mak aku tak bagi dan yang untung kawan-kawan dorm aku tu iaitu c gina,ana,dayat,kak bo dan adik aku ajim.


EMPAT
Sesi Kelas Bahasa Melayu by Cikgu Zafrun Nisah
Hahaha ni kenangan paling syurga. Sebab apa, cikgu BM kami ni memang sangat sayang aku. Budak2 kelas aku kata aku kuat bodek beliau tapi aku tau semua tu hanyalah kata-kata berbaur dengki. Hahaha nak tau pasai apa beliau sangat sayangkan aku?? Sebab classmates aku ni senget, bila peksa ke ujian ke mai kat subjek BM markah dorang emmang best laaa iaitu 50 ke bawah tapi bila mai kat subjek English, majoriti score A. Mana la makcik tu tak naik hangin!!
Aku je yang maintain cool dapat high mark sebab aku pandai BM ja tapi BI tak brapa nak pandai sangat. Tiap2 kali kelas BM ja, memang aku akan dikutuk kaw2 oleh mereka-mereka semua di atas segala puji-pujian cikgu aku kepada si comel ni iaitu aku! Hahahaha


LIMA
Anugerah Kelas Terkotor pada hampir setiap minggu
Demn laaaa, memang kami sangat pemalas kemas kelas. Dah tu, pompuan2 kelas aku lak memang jenis slumber macam aku. Stakat dapat anugerah kelas terkotor tu apa la sangatkan? Janji semua penghuni2 kelas tu maintain handsome, smart, comey n cantik bagi yang perempuannya. Hahaha mula2 aku rajin gak nk kemas2 kelas tu, jaga nama la konon n belakon rajin sket sebab masa tu aku xde bf lagi, tapi bila yang lain buat bodoh aku pon terpengaruh laaaa. Hmmm diingatkan semula, aku bukan tak rajin tapi aku sering dipengaruhi oeky dengan kemalasan mereka-mereka.


ENAM
Membuli Teacher English yang aku pun tak tau la sengal beliau tahap apa
Yess, english nye class memang subject kegemaran kami sekelas sebab teacher english kitorang memang sengal plus pemalas gila vavi! Dah tu, nak kelentong beliau memang senang-senang ja. Ntah dah brape bakul dosa aku penipu beliau aku pun tak tau. Hahaha sampai la nak dekat exam spm, kami 1 kelas masih tak tau apa yang kami semua blajar dalam kelas beliau. Ya la, aku ni hari2 tipu beliau kata esok birthday aku pun beliau still percaya. Means, setiap kelas dia atau aku selisih dengan beliau, beliau akan wish bufday aku. Hahaha so bayangkanlah betapa gilanya teacher english kami. Hahahaha if tak nak blajaq tu, memang sepakat 1 kelas buat cerita kononnya nak gotong royong kemas kelas sebab tadi dapat anugerah kelas terkotor. Tapi haram tak bergerak pon gotong-royong tu!! Sesi tidoq ada la..Hahahaha


TUJUH
Postman a.k.a ejen pencari jodoh bertauliah
hahaha ni kerja sambilan aku yang mana upahnya adalah sama, coklat sneakers pada setiap hari jumaat. =)
Bebudak kelas aku yang lelaki 19 orang ni memang masing2 ada rupa dan gatai meghela. Akibatnya, ramai laaaaa kakak2 angkat tak bertauliah mengirim salam buat mereka ini yang konon2 nak buat akak angkat la, gf angkat la bla bla bla. Bayangkanlah sampaikan aku kena buat 1 list laaa sebab nak di baca pada setiap pagi di kelas aku. Hahahaha tu belum kira surat2 cinta yang aku kena post p kat dorang. Memang gatai tui bebudak kelas aku. Hmm 'kirim salam' kat pompuan2 cantik tu jangan la suruh aku kira. Memang tak terbilang dan kadang-kadang perlukan 2 list. Busy betoi aku sebagai ejen pencari jodoh. Tapi, ada jugak yang jodohnya kekal hingga ke hari ni hasil dari perejenan jodoh aku tu. Cuma aku ja yang bercerai awai! Hahahaha


LAPAN
Sajian muka menggelabah tahap cipan oleh bebudak kelas aku bila buat pertama kalinya aku menangis dalam kelas sebab kena buli! Hahahaha ni kenangan yang paling aku tak boleh lupa bila semua bebudak lelaki kelas aku serentak mai pujuk aku dengah ayat-ayat yang membuatkan aku sakit perut menahan gelak. Hahaha drama tetap kena teruskan. Sebagai habuan, aku telah mendapat Bigmac percuma dari salah seorang daripada beliau sebagai upah merajuk =) sneakers + tobrone pon aku dapat jugak pada hari jumaat itu =)


SEMBILAN
sesi kutukan Siti Zaharah iaitu classmate kami yang gila dan sangat pelik. Amat gemar ponteng skolah dan mengamuk tak tentu pasal. Memiliki rambut berwarna oren pada ketika itu. Hahaha setiap sesi mengutuk beliau pasti akan mendapat sambutan hangat dikalangan kami sekelas.


SEPULUH
sesi mengingati nama-nama classmates aku. Hope aku berjaya


Eima Jer: Tapi apa kaitan dengan mimpi aku malam tadi?? hahahaha =.= lari tajuk. Maap!
Sebagai habuan, jom layan entry ni....KLIK (abaikan iklan-iklan menyemakkk tersebut, scroll ke bawah =.=)

May 25, 2009

Kepuasan Para Wartawan


Cinta Tiga Segi(Bukan sekadar gambar tatapan)

Dah baca paper hari ni?? Walau hal ni takde kaitan dengan aku, nak jugak aku ulas sebab aku sangat touching dengan hal yang menimpa isteri ustaz rock kita ni.


Maka,
Terfail sudah permohonan penceraian dari si isteri yang setia kepada sang suami yang ntah kenapa berubah tak semena-mena. Tahniah para wartawan! Propaganda yang anda semua cetuskan telah berjaya mengguris hati si isteri setia ini hingga teruntuhnya istana yang dibina.


Hati isteri mana yang tak terguris bila satu Malaysia bercerita perihal sang suami tercinta. Simpati dan simpati aku kepada si isteri yang pedih terluka dengan kehadiran pihak ketiga.
Mulia sungguh hati beliau kerana sudi membuka hati memberi keizinan untuk si suami berkawin lagi tapi mengapa anda tidak pulang wahai suami??


Kesian si anak-anak yang dicaci tentang ayahnya di sekolah sampaikan perlu kepada perpindahan sekolah. Ramaikan hati yang telah terluka hanya kerana hadirnya cinta yang baru?? Aku sangat hairan..


Kenapa suami masih mahu menduakan isterinya sedangkan sejarah banyak memperlihatkan perpecahan keluarga yang amat dasyat bila sang suami ingin berkahwin dua. Anak-anak hilang punca, si isteri memendam rasa, rasa hormat dalam keluarga makin punah.


Kenapakah lelaki begitu tamak akan kasih sayang???
Ya. anda mampu
Ya.itu sunnah
Tapi itu bukan alasan kepada perpecahan sebuah keluarga


Ustaz kah beliau di hati semua bila sudah 3 bulan tidak pulang ke pangkuan isteri??Bertapakah??
Grrrr aku benci lelaki yang tamak akan kasih sayang.
Boleh tak pikir anak-anak wei???


Eima Jer: Maaf, aku teremosi. Ya, aku memang mengalir air mata membaca kenyataan si isteri dalam paper pagi ni. Air mata lagi laju bila membaca kenyataan berkaitan anak-anak yang sering diejek rakan-rakan di sekolah dan si ayah hilang ntah ke mana. Ustaz kah lagi anda di mata saya??

D.E.B.A.B


Mak aiii...
Peha ka kayu balak???
Hahahaha tu muka ka belon panas???
haish, perut ka strata building???
hahahahaha

Uwaaaaaa aku dh gemooookkkk...

Tolong bagi tips sket..
Aku perlu kurus before naik sem baru!!!

Eima Jer: Hmmmm sesape ade nk maen futsal x?? kat Bola-bola best ?? Aku nak join laaaaaa =.=

Percaya Sungguh!!


Aku sangat benci dengan diri aku bila....

1. Aku cepat sangat percayakan orang. Tak kira la sesape pon, jap je aku dah percayakan doang. Aku akan rasa aku sangat jahat bila pikir bad thingking pasal someone tu. So, langkah terbaik aku lagi selesa letakkan kepercayaan je kat someone tu. Someone ke?? Hmmm everybody kot!~ Sengetkan?

2. Aku jugak meluat dengan diri aku bila aku ni sangat susah nak bencikan orang even dia dah buat taik kat aku! Aku ni jenis yang marah kejap je n bila aku dah cool, hati aku sure lembut balik. Kadang-kadang boleh buat cool je kat orang-orang yang memang dah aku tau tikam aku dari balakang!! Dah tu boleh jadi kawan rapat lagi..Hahahaha apa la ko eima!

Kejadian tikam menikam dari blakang yang terlatest: Thanx to wanda sebab sedarkan k.farah suruh bagitau kat aku hal sebenarnya. hehehehe if tak sure friendship kita sume kacau bilau sebab aku memang sangat tidak sangka dia lah orangnya! Thanx guys!!

3. Lagi satu, aku benci diri aku bila aku terlalu pikirkan hati orang dulu berbanding hati aku sendiri. Aku pun tak tau pasai apa. Aku sangat rasa bersalah kalau dah berjaya kecilkan hati orang. Hahaha kadang2 sampai tak boleh nak tido sebab terlalu pikirkan yang aku ni dah kecikkan hati orang. Kadang2 aku tengok orang lain slumber je cakap lepas, tapi seyes aku tak leh la. Mesti stuck kat memana!

4. Aku jugak adalah seseorang yang tak reti memujuk orang yang sedang merajuk even tu memang terang2 salah aku! Hahaha aku senang nak mintak maaf tapi aku memang susah nak memujuk orang. Bak kata bf aku ..." Nak tunggu gf yang mai pujuk, sampai anak 3 laaa tak pujuk2"
Hahaha tapi skrang ni aku dah blajar sket dah nak pujuk2 orang ni =)

5. Aku jugak benci diri aku bila aku ni terlalu banyak cakap! Hahahaha

6. Dan aku sangat tak selesa bila dapat tau ada orang memusuhi aku. Contoh, gf exbf aku dan rakan-rakannya. Ntah apa yang dia benci sangat kat aku, aku pon kurang pasti! Sampaikan kawan aku sendiri pon boleh jadi musuh aku dah sebab rapat dengan beliau. Sedangkan aku tak pernah masuk campur pon hal-hal persahabatan doang sume. Tapi nak jugak benci aku. Lain la kalau aku curi2 keluar dating dengan bf kesayangan dia tu. Tapi hakikatnya, last aku jumpak exbf aku masa proses nak clash hari tu. Pastu aku tak pernah jumpak dah pon. Adoyai!! Grrr aku bukan la susah hati sangat dia nak jadi musuh aku tapi kurang selesa!! Kan bagus kawan-kawan. Dah besau dah pun. Perlukah ada perbalahan??? ~panjang lak membebel =)

7. Hahaha ponteng kelas- aku memang benci habit ni tapi seyesly memang sangat sukar nak kikis! Tapi xpe, result maintain! =p

Eima Jer: Sedang mengawal kemalasan yang ada untuk start buat report li. Hahahaha

May 23, 2009

Untitle 2


TO:

Photobucket
Miss AM Senet
yang menyambut hari jadinya hari ni

and

Photobucket
Miss Aimy Senet
yang menyambut hari lahirnya pada esok hari!

Enjoy Your birthday Darl!

Eima Jer: Dua orang senet ni act kawan2 skolah aku yang paling nakal. Hahahaha sangat lama tak lepak dengan korang wei. Wait aku turun shah alam okey.. =)

Psst pssst Aimy, tak tau plak aku ang ni Man United fan?? berdasarkan sticker cermin blakang tu la... =p


May 22, 2009

Jangan Gelak!! Aku Nak Buat Pengumuman

Walau agak desperate a.k.a sangap a.k.a berbaur tak tahan nak jugak aku melaungkan pengumuman penting...

Wei,

Sesapa yang ada google talk tu, add aku yer..

Di sini
eimajer7@gmail.com

Sangap nak chat la wei tapi ym kene block. Grrrrr
Hidup sangat bosan di sini =(

Tolon! Tolon! Tolon!



p/s: Kene ada account gmail tau. Sebab sangap nak chat aku bukak jugak akaun ni walau dah besepah email dah aku ada =(

Aku & Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)



Semalam aku menghadiri taklimat pilihanraya di Perpustakaan Wilayah Seberang Perai, Pulau Pinang bagi memberi sedikit info kepada telinga aku berkaitan pembahagian tugas untuk proses pilihanraya kecil Penanti yang akan berlansung pada 31 May ni.

Aku memang sungguh tidak berminat untuk menjadi kerani mengundi pada hari mengundi tersebut sebab memang kompem panas ok! Sesak! Grrrr aku tak suka....

Tapi sebab aku trainee, macam biasa aku kena la jugak join. Nasib la jumlah elaun yang bakal aku terima betul2 menggoda aku. Hahahaha saya tidak berminat dnegan anda wahai SPR, saya hanya berminat dengan DUIT anda!!!

Dan,
bila dipikir balik pengalaman tu yang penting. Kalau tak disuruh, memang jangan harap la aku nak join benda-benda macam ni.

Hahaha korang mesti tak pecaya nanti aku jaga peti undi kan??? Hahahaha nanti kalau masuk tv muka aku, tolong rakam okey bagi pengguna-pengguna astro max! Hahahaha

Tapi,
kalau nak rakam guna hp korang pon kalau kot dah terharu sangat aku masuk tv, sesungguhnya aku sangat hargainya. Lalalala

Eima Jer: Semalam aku tidoq ja sepanjang talk yang panjang berjela tu. Cukup masa p bekpes free, aku laju p. Pastu aku sambung tidoq balik. Dan bila dipanggil untuk hidangan lunch, aku pantas lagi. Best jugak kan kalau hari-hari macam ni???

May 21, 2009

Song Review- TROUBLE IS A FRIEND by Lenka

Lenka yang comell =)

Trouble he will find you, no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the morn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
Ah ooh...
Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road...
He's there in the dark
He's there in my heart
He waits in the wings
He's gotta play a part
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
oh oh
So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win but Im a sucker for his charm
Trouble is a friend yeah trouble is a friend of mine
ah ooh
How I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave,
I try, oh oh I try.....

Eima Jer: Sila google lagi ni. Donlod skali. Sangat comel. Thanx to my ex-roomate, miss Kilah yang advise aku lagu ni. Memang comel abes. Trust me, 1st time korang dengar pon korang dah boleh jatuh cinta. Tapi bukan bagi pencinta music metal mungkin! Hehehehe

Bufday Wish Lagi....



TO:

Photobucket
AZA ELLIANI OMAR
kawan kelas aku yang paling sengal


Dan


MOHD SYAZWAN RASHIDI
Anak buah sulong aku yang skema serta nerd, maap takde pic nak tempek!


Serta


MEOR MOHD RADHI
Abang ipar kesayanganku yang mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel


Enjoy ur bufday!


Eima Jer: Awat semua orang nak lahir bulan 5 xtau... =)

btw, cik aza elliani ni masih SINGLE SERTA AVAILABLE okey. Fresh from farm. Belum pernah dimiliki hatinya oleh mana-mana jejaka. Kepada jejaka yang masih mencari jodoh, aza adalah jawapan anda. Lalalala!

Special Talent beliau: Good in Vocal! =) ala-ala syafinazzz tu bila menjerit..hehehe jangan marah bufday girl.. Aku tolong promote kau!

May 20, 2009

Pembantu Tadbir Am( N17) vs Eima Jer (Trainee)


Table aku di opis ini

Aku dah hampir 3 minggu dah lepak kat meja yang aku pinjam 2 bulan dari pemilik asalnya iaitu Puan Ina yang sedang cuti bersalin. Memang agak heaven aku dapat pinjam meja ni daripada beliau sebab Pc beliau telah berjaya aku pujuk pihak atasan untuk memasukkan internet. Walau internetnya pon macam hampeh je. Semua nak block!!

Walaupun meja ni adalah sebelah bilik bos besar unit ni iaitu Cik Mar selaku Pen.Pegawai Daerah tapi aku tetap selesa sebab beliau sangat2 la sporting dan lemah lembut.

Meja aku ni jugak adalah dibelakang Pendaftar merangkap CC di unit ni. Tapi aku tetap selesa sebab beliau juga adalah seorang ketua yang sangat baik hati dan merangkap Penyelia aku. Borak pasai bola dengan beliau memang best sebab beliau juga adalah fan MAN UNITED Lalalalala!~ Kuat berpolitik dan selalu memforwardkan semua info-info politik
yang terlatest ke email aku. Hehehehe walaupun sangat tua dan perlu kepada persaraan, tapi beliau sangat komited dengan kerja beliau.

Di unit ini, aku memang di layan setaraf dengan staf2 yang lain. Kami macam 1 family yang sengal serta gelong sebab semua staf kat sini memang sengal-sengal belaka. Dan apa yang aku nak belajar, akan mereka terangkan sampai aku paham. Sentiasa ada masa untuk ajarkan aku. Thanx God!

Tapi,

Semalam CC(Penyelia aku) tanya aku:

CC: Eima, ada kerja x?
Aku: Takde cc. Kenapa? CC nak mintak tolong pape ke? Okey je..
CC: Nope la..Nak p belajar kat unit lain tak? Unit Pembangunan Tanah ka. Kat sana banyak lagi benda eima leh blajar.
Aku: Okey gak tu CC. Kat sini eima dah blajaq abes sume dah.
CC: Jom CC bawak pi sana.

Pergilah aku ke unit baru bersama penyelia aku itu. Setelah selesai sesi perkenalan, aku dibawa la ke meja yang kebetulan kosong kat unit tersebut kerana pemilik meja tersebut pergi kursus di INSTUN selama seminggu.

Tak sampai 5 minit aku dok kat situ, pappppp sorang staf ni datang kat aku bawak fail yang messy gila untuk tatapan aku.

Kak X:"Eima tengok la fail ni, study lu na. Nanti Kak x (bukan nama sebenar) bagitau apa nak kena buat."

Aku: Orite!

Study la aku semua kertas-kertas yang ntah apa yang dimencarutkan tu.



Selepas 10minit...


Kak X: Eima tolong buat kat akak kronologi kes ea. Tiru kertas ni. Ikut tarikh tau. Nnati dah siap bagi akak.

Aku: aku yang blurrrr lansung tak tau ape tu kronologi kes pon cakaplah 'okey kak'.


Weh, hampir setengah jam aku belek2 apa nak buat dan dia wat bodoh ja aku dok blurrr nak kena buat kerja dia. Dah tu suruh aku tulis tangan plak tu. Grrrrr aku dah semakin kurang selesa diperlakukan sebegitu tapi aku kuatkan semangat untuk try siapkan kerja tu jugak. Yeah, aku musti boleh settlekan ikot cara aku.




1 jam before lunch hour:


Aku: Akak, dah siap dah. Mai la semak. Takut salah plak.
Kak X: Takpe2, letak ja atas meja tu. Panjang sangat la hang tulis, malas aih nak baca.
Aku: (monolog dalam hati: 'Haram punya kakak. aku punya pulun perah otak bagi benda ni siap boleh palak dia kata malaih nak semak sebab panjang! babi la...)



5 minit selepas kejadia bermonolog seorang diri tu....


Kak X: Eima, mai buat kerja ni laaa. Amek buku log ni, pastu salin balik semua maklumat dalam buku log lama ni ke dalam buku log baru yang akak dah buat ni. Akak dah devide ikut Seksyen dan Mukim. Senang kita nak semak nanti. Akak sampai bawak-bawak balik rumah la punya nak bagi siap, tapi pending gak. Tolong naaaa

Aku: Orite.



Lalu,
Aku pun bukak la kedua-dua buku log tersebut untuk meyiapkan tugasan yang diberikan...


Perrrrggggghhhhh,
Aku hengat banyak la sangat dia dah buat sampai bawak balik buku ni buat kerja kat rumah la konon. Ada la kot dalam 10 yang dia salin. Dan cuba teka ada berapa lagi yang perlu aku salin balik????


Hahahaha bukan 50 okey...
100 pun tidak...
Tapi,
500 okey!!!!
Grrrrrrrrrr bayangkan lah nak kena tulis tangan plak tu sume data-data tu. WATAFAK laaa!!!



Aku siapkan jugak buku log tersebut secepat yang mungkin sebab aku malas nak bertengkar dengan minah ni. Sampai ke nombor 400, tangan aku dah macam nak tercabut. So, aku decide nak KIV keje ni ke esok harinya.


Al kisah hari ni plak.......

Dalam pukul 10 pagi baru aku gerak p unit pembangunan tu. Malas aku nak pergi sana awai-awai. Nanti serba mak nenek kerja aku kena buat plak.

Sampai je meja yang aku pinjam semalam tu, aku terus sambung balik keje semalam tu sampai la siap. Memang sangat lega la sebab dah siap.

Tapi,
Hidup kembali macam neraka bila dia datang kacau aku lagi dengan mintak tolong aku scan kan kertas-kertas apa ntah untuk dia. Wei, ko bukannya mengandung pon nak kena memerintah ikut suka!! Grrrrrr

Dah abes dia menguli aku dengan kerja2 scan tu, aku pun bagi la kat dia kedua-dua buku log tu dengan harapan pasni aku nak blah je dari unit ni. Tapi dia lagi pantas dari aku bila dengan selamba katak dia bagi plak kat aku buku log yang baru.

Kak X: ni buku log no 2, sambungan yang tadi. Dalam ni dok ada dalam 800 lot. Sambung bagi siap naaa.

Memang macam haram laaaaa...

Kebetulan,
Kawan dia pun ada dok bergosip dengan dia kat meja tu dan tetiba kawan dia keluarkan kata-kata puaka yang buat sabar aku hilang.

Kak Y sahabat Kak X: Wei, hang bagi kat dia kerja apa wei??? Aku nak bagi jugak la kerja. Boleh dak???

Hahahahaha memang ni nama dia DEWA HARAM!!!
Aku memang hilang sabar dengan ayat tersebut.


Lalu,
aku amek buku log tu dan blahhh...

Dan sekarang aku tengah memasukkan no2 lot yang salah sebagai habuan Kak X itu. Lalalala padan la muka hang pasni. Ngeeee =)
Masak la kau nak semak nanti. Lalalalala!

Tetiba aku teringat plak kat Aza yang asek mengadu beliau dikerah tenaga cukup-cukup dengan staf-staf kat tempat li dia. Aza, aku dapat rasa apa kau rasa. Memang kari berapi wooooo rasanya!!


Eima Jer: Benda paling aku benci jadi trainee ni bila ada pihak yang nak amek kesempatan buat kita kuli dan kita ni tak boleh nak melawan sebab nak kena jaga rekod. Memang macam haram!!!! Kalau boelh melawan, aku dah lama melawan. Tapi aku pernah tengok sendiri effect yang kita dapat bila melawan staf macam mana yang berlaku kat kawan aku masa kami buat li masa diploma dulu. Dengan aku2 skali rekod buruk. Tak masal!




ENTRY LAPAR

Last weekend, aku balik my hometown. Mak aku balik kg, so dapatlah aku bermanja dengan mak. Seyesly, dah lama sangat aku tak tidoq dengan mak. Well, aku kan anak bongsu. Kot mana pon aku control manja anak bongsu tu, ngengade tu tetap tak boleh buangnye. Hehehehe

2 hari kat kampung, memang sangat rasa tenang. Teman mak gi kenduri, teman mak gi market, teman mak masak, teman mak makan, borak-borak dengan mak sampai dua2 lena ntah ke mana, lepak dengan abang-abang aku yang sengal dan menghabiskan masa dengan baby sulung amcik aku iaitu si comel baby Qis yang baru 2 bulan tapi dah pandai macam-macam. Haish, aku macam nak gigit2 dan kunyah2 je baby Qis tu.

Photobucket
Hobi si kecil ni: Tak suka pakai baju! Hahaha

Ahad tu,
Aku dah kena balik penang. Pagi-pagi lagi mak dah kat bawah pokok pelam (mangga) blakang rumah aku dok pulun kait pelam muda untuk adik-adik bf aku yang hantu pelam semuanya. Pelam yang masak, lagi la berlambak-lambak mak simpan nak bagi aku bawak balik. Memang boleh rabak bahu aku nak kena bawak semua tu sebab kebetulan aku malas nak susahkan bf aku datang jemput kat rumah. Aku choose nak balik sendiri je naik bas. Lagipun, dah lama tak naik bas p penang. Hehehehe bila tengok muka mak aku yang smangat kait buah pelam kesayangan beliau, takpe la mak berat macam mana pun adik akan gendongkan jugak sampai ke penang.

Selain buah pelam (mangga) yang aku rasa memang over limit berat tu, mak jugak bekalkan udang galah untuk bakal besannya.

Udang ni dijala sendiri oleh amcik aku yang memang pakar bab-bab menangkap udang ni. Dari menjala, menikam sampai la memancing, semua beliau pandai.

Oppssss, let me explain apa itu "menikam udang". Ia adalah aktiviti menangkap udang galah menggunakan serampang mata 3 yang macam kat logo Man United tu. Hehehe ia dilakukan pada sebelah malam iaitu ketika tahap kualiti air sungai adalah pada paras yang jernih. Jangan tanya aku bila air sungai tu jernih sebab aku tak tau. Yang aku tau, musim udang ni selalunya pertengahan setiap bulan sebab rumah aku sure akan jadi tempat melepak kaki-kaki memancing udang.

Nak cuba?? Mai la umah aku. Nanti aku mintak amcik aku bawak korang gi menikam udang di tengah-tengah malam hari di tengah2 sungai yang memang gelap gelita. Hahaha tak semua orang berani pergi. Bf aku pon terdiam terkesima sebab menahan takot. Hahahaha usikan hantu??? Alaaa, dah biasa dah semua tu bagi amcik aku. Beliau buat dunno je.

Hahaha wahai peminat udang galah, mai la bercuti-cuti kat kampung aku. Dah jadi macam pesta memancing dah kat sungai tu.

Abis bab udang,
Sambung cerita lain plak.......

Yang paling comel ahad lepas adalah mak abah bf aku yang menanti aku sampai ke rumah mereka sebab tak sabar nak masak udang galah tersebut. Seyes sangat comel dowang be2. Rasa macam nak gigit-gigit ja dua2 orang tersebut!

Jom aku paste hidangan makan petang kami sekeluarga pada petang tu. Sangat yummy tui!
Photobucket
Banyak lagi udang ni tapi xmuat pinggan nak amek pic. Ni sebelum di masak tapi goreng pon sedap!
Photobucket
Sotong masak pedas yang heaven
Photobucket
Ayam masak kicap yang memang syurga
Photobucket
Ikan Pekasam yang memang memukau!!
Photobucket
Sambal macang yang sungguh2 menyengat!!

Sekarang bayangkan aku naik sem nanti berat badan jadi banyak mana kalau tetiap hari makan macam ni punya heaven??

Oppsssss! Lupa nak cakap, aku tak makan udang galah act. Hahaha aku pun tak tau pasai apa.

Eima Jer: Mak dah balik sepang balik dah. Love u Mom. Thanx sebab balik kg. terubat sangat rindu ni.

May 19, 2009

UNTITLE


Sekadar Tatapan Percuma

Hari ni dah masok minggu ke3 internship aku kat opis yang sememangnya bosan teramat ni. Ntah kenapa pagi ni aku rasa macam nak bermuhasabah diri di pagi selasa dengan apa yang aku ada dan aku miliki sekarang ni.

Sumpah,
Ntah kenapa bangun je dari tido pagi tadi, aku tetiba terpikir macam mana la hidup aku tanpa kasih sayang insan bernama ABDUL KHAIR BAHARIN. Ya Allah, aku hampir sudah melupakan hidup aku tanpa kehadiran beliau. Jangan Kau ambil beliau dari aku, panjangkanlah jodoh kami dan berkatilah hubungan kami berdua. Amin

Tetiba je aku terpikir balik soal kawen yang dibangkitkan ibu beliau 2 minggu lepas. Bila aku fikir takot akan kehilangan beliau, aku memang macam nak je kawen sekarang tapi bila pikir plak akan tanggung jawab, aku perlu menjadi lebih matang untuk semua-semua itu.

Alhamdulillah,
Hampir 4 tahun aku bercintan-cintun dengan beliau. Rekod baru woooo. Aku dulu, 3 tahun dah clash! Beliau???Lagi terok..tak sampai 3 bulan dah clash!! Alasan, belum jumpa wanita idaman. Hahaha ni dah sampai 4 tahun ni?? Kategori wanita idamankah saya??? Lalalala berani tak idam-idaman, aku sepak hang nanti!! Hahahaha

Sepanjang internship aku kat sini, setiap hari hati aku pasti tersentuh a.k.a terharu dengan kasih sayang beliau. Bukan beliau sahaja, tapi keluarga beliau juga yang tak henti-henti menabur kasih sayang dan perhatian yang Allah sahaja tau betapa menggunungnya kasih sayang tersebut. Terbalaskah aku jasa dan budi mereka?

Mengenali beliau dan keluarga, aku hampir terlupa hidup tanpa seorang ayah sebab Allah hantarkan aku ayah yang sangat baik menggantikan tempat Arwahyarham Abahku yang pergi ke pangkuan Ilahi pada 21 November 2002 yang lalu. Dan lebih bersyukur lagi, aku mendapat seorang lagi ibu yang teramatlah penyayang dan ikhlas dengan kasih sayangnya. Dan lagi dipanjatkan kesyukuran bila aku diberi juga peluang olehNya untuk merasakan betapa indahnya memiliki adik-adik yang sangat penyayang di sekeliling aku.

Ya,
Aku anak bongsu dari keluarga yang agak besar. Aku memiliki seorang ibu yang sangat cool dan penyayang serta 4 orang abang dan 4 orang kakak. Anak-anak mak aku semua dah besau panjang dah dan masing-masing berselerakan membesarkan keluarga amsing-masing di ibu kota. Hanya tinggai 3 orang abang aku yang masih kental hati mereka untuk terus hidup di kampung. Lebih memenuhi jiwa kata mereka. Ibu aku pula selesa di sekolah pondok untuk mempertingkatkan lagi ilmu agamanya.

Mengenali beliau dan keluarga,
Nampakkan yang hidup aku bertambah sempurna??
Aku ada kakak, aku ada abang, aku ada 2 orang ibu yang cool n sweetest, aku ada abah yang sangat2 sengal tapi tegas, aku ada adik-adik yang sengal dan comel dan aku ada bilangan anak sedara yang agak ramai. Besarkan keluarga yang aku miliki sekarang??? Syukur sangat.

Walaupun aku dan beliau belum lagi ke jinjang pelamin, tapi hubungan kami 2 keluarga sangat-sangat baik. Kehadiran beliau dan keluarga, menyempurnakan lagi perjalanan hidup aku. Thanx God di atas anugerah ni.

Dan pagi tadi,
Aku yang sedia kala ntah tak tau pasai apa hati ni berirama malaysia lenggok senggol-senggolan ni menjadi lebih terharu bila pagi-pagi buta keluar je dari rumah, aku di sambut dengan senyuman pagi yang amat sempurna dari beliau yang sabar menunggu aku di dalam kereta. Kalau laki aku, aku dah tangkap pelok dah depan semua orang sebab geram, tapi sebab tak kawen lagi kena la cover sket gatai tu. Hahahahaha =p

"Selamat Pagi Chenta, I Love You"

Haish, tu la ucapan harian beliau setiap pagi setiap kali aku masuk kereta beliau untuk dihantar ke tempat kerja.

Dan lebih terharu,
Setiap pagi juga aku akan dibekalkan juga dengan sarapan yang sedap-sedap belaka kiriman ibu mertua di rumah. Indahkan pagi-pagi yang aku lalui sepanjang intern ni kan??

Keterharuan tu tak habis hanya pada sebelah pagi tu je....
Sepulangnya aku dari kerja, aku akan dibawa pulang ke rumah mereka untuk disajikan dengan masakan abah yang sangat-sangat sedap. Makan malam sekeluarga yang sangat sempurna pada setiap hari. Thanx abah, thanx mak

Sempurnakan keluarga yang aku miliki sekarang ni kan?
Sangat sempurnakan hubungan yang aku sedang terus bina ni kan?

Sebab tu aku setia wahai Amie...
Sebab tu aku setia wahai Rizal..

Sebab cinta aku sangat-sangat sempurna.

Sebab aku sentiasa bertahan untuk terus menyempurnakannya. Ya, hubungan pasti ada cacat celanya, tapi semua dugaan tersebut aku terima sebagai suatu jalan ke arah mematang dan menyempurnakan lagi hubungan kami.

Doakan kesempurnaan itu terus menjadi milik aku sehingga ke akhir hayat.

Eima Jer: Kepada yang membaca, thanks sebab tak muntah dengan ayat-ayat aku. Hahaha bukan senang nak tengok aku mengarang ayat yang macam ni. Tetibe je pagi ni tersesat jiwa yang ala-ala jiwangness tahap gaban ni. =p

To Hubby: Aku sangat-sangat mencintai kedebaban badanmu itu. Tak payah pulun nak kurus. Tak suka!!!

May 18, 2009

SORRY FOR BEING THE LAST ONE MAYBE.........




TO:

Miss FID a.k.a ZERIL's gf
Photobucket

'n'

Miss FARAH WAHIDA
Photobucket

Yang menyambut bufday mereka semalam.

Sorry
n
Sorry
=(

Eima Jer: Sangat rasa bersalah lupa wish bufday mereka =(

KONSERT AKHIR AF7 -Review

Photobucket
=.=

Konsert Akhir AF7 dah pun selamat disempurnakan Sabtu malam yang lalu. Aku tak la tengok dari awal sebab pada masa yang sama epl live MU vs Arsenal. Sure la aku tengok bola dulu.

Esoknya,
Aku baru tengok balik siaran ulangan konsert akhir tersebut.

KENAPAKAH konsert akhir kali ni sangat-sangatlah hambar ea??

Seyesly, aku lansong tak terasa terhibur pon. Boleh dilabelkan Konsert Akhir AF7 yang macam h***m la. Maap principal Tiara, walau anda cantik sangat di mata aku tapi anda tetap gagal sediakan konsert yang hangat!

Pemilihanan lagu sangat-sangat tidak kena! Satu pun aku rasa tak best. Dah tau la kan semua pelajar nak kena bawak lagu baru, sepatutnya tenaga pengajar kenalah bagi lagu tugasan iaitu 2nd song tu dengan lagu-lagu yang tengah meletop sekarang ni dan yang paling penting sesuai dengan pelajar tersebut. So, kalau lagu baru tak syok lagu tugasan boleh cover bagi havoc balik konsert tu. Tu pon tak tau ka Principal??? Ni tak, lagu suma nak bagi penonton tido nyenyak! Hahahaha

Bagi aku, Konsert Akhir AF7 sangat-sangat GAGAL! Konsert Mingguan lagi best perrrr

Lagi seperkara yang aku tak puas hati....

Photobucket

Aku sangat-sangat simpati dengan Isma yang pulang dengan TANGAN KOSONG!! Kesian wei... Punya banyak laaa Astro untung melalui AF7 ni takkan la hadiah saguhati untuk Isma koang tak mampu nak sediakan?? Henpon Ekpress Music tu pon jadi la daripada bawak balik trofi semata-mata ja. Apa?? Koang hengat trofi koang tu si Zul suami Isma tu boleh bawak p lebur pastu buat seutas rantai ke untuk isterinya??

Sangat tidak berbaloi la Isma berjuang tinggalkan suami tinggalkan anak-anak hanya untuk sebuah trofi tu je. Aku memang tak puas hati dan tetiba rasa macam sangat tidak patot pulak ARIL masok balik ke Final. Sebab kemasukan beliau, Isma jadi mangsa tak dapat apa-apa hadiah saguhati. Ya la, mungkin dari awal lagi sponsor hanya sediakan hadiah untuk 4 orang peserta sahaja. Bila ada afundi masuk, yang jadi mangsa adalah peserta yang mendapat tempat ke-5 laaa.

Dan,
Aku sangat hairan la dengan pengundi-pengundi Yazid tu. Sepatutnya dia yang dapat No.5 bukan Isma. Tak sedap lansong lagu dia. Hahahaha

To: Isma
Takpe la, nak buat macam mana. Dah tertulis kamu balik dengan tangan kosong. Mintak la duit sket kat adik kamu si Tomok yang kaya itu. Hahahaha =p

Eima Jer: Sangat lawak tengok muka AKIM yang jeling tajam kat ARil masa tengah berdebar-debar tunggu pengumuman tempat ketiga oleh AC Mizal. Muka gile tak puas hati. Hahahaha nak buat macam mana Akim, Aril tu tenaga pengajar sayang sangat kat dia sampai tak boleh nak cover dah. Contohnya: Kegedikan Ida Nerina bila bersama Aril. Sangat nampak okey!! =.=

CHAMPION REVIEW

Photobucket
=p



=)


To: The KOP
Man United say: We are The Champion of EPL okey!


Man United Die Hard Fan Say:
We Want More Cup!!


UEFA CHAMPION LEAGUE

Must be OURS!

Eima Jer: Saya dalam proses membodek penyelia saya untuk kelulusan permohonan cuti saya selama 2 hari bermula 28 dan 29 mei ini. Kenapakah?? Sebab saya nak pegi kl tengok bola di sana!!! Doakan cuti saya di approve yar kawan-kawan =p



p/s: Saya sangat2 WELCOME kepada semua SILENT READER yang datang berjalan-jalan ke blog saya! Sebab saya yang mengOPENkan blog saya kepada tontotan awam. Kepada sesiapa yang TIDAK SUKA akan silent reader, set la PRIVATE!! Ya, itu blog anda. Tapi dunia internet ni bukan anda yang punya! Hehehehe

May 15, 2009

Grrrrrr ENTRY GERAM!!

Darl!

Leh tolong jawab tak pasai apa tetiap kali saya mahu post entry masalah berkaitan pemerengganan sering berlaku. Tak boleh nak enter jadik perenggan. Masa dok taip okey ja tapi bila publish je no more paragraph. Pasai apa ea?? Dan apa saya perlu buat??

Tolong....
I am a beginner
=(

Contohnya macam sekarang ni.
Tak suka laaa...
Tak kemas!!
Grrrrr

May 14, 2009

LAKSA OH LAKSA

SEBELUM
Photobucket
SELEPAS


Lihatlah wahai penggemar laksa!

Aku MC a.k.a ponteng kerjalah hari ni. Alasan, aku SAKIT KEPALA macam haram je malam tadi. Super duper sakit sampai bawak ke pagi. Lansong tak mau hilang walau berpapan ubat aku telan ke arah tidoq yang tenteram.


Malam tadi, disebabkan aku sakit kepala yang amat..Acara mengamuk kat bf telah berlaku. Ya la, aku dok sakit kepala soh beliau antar aku balik umah sewa aku, dia plak dok pulun tidoq ja dari petang bawak ke malam. Mana aku tak hangin!


So, jap tadi setelah aku bangun dari tidoq dapatlah panggilan bagi sesi memujuk dr bf aku dengan menyatakan dia mahu membawa aku makan laksa yang sangat heaven kegemaran aku. Aku sangat jarang makan laksa luar sebab aku tak tahan dengan kandungan ajinamoto yang doang hantam masok dalam kuah laksa tu. Selalunya mak aku je yang masak tetiap kali aku balik kampung. Tapi, laksa yang aku gi makan jap tadi memang tak boleh tahan nafsu wooooo dan sangat menepati anak tekak dan tahap kesihatan tekak aku.


Lalu pergilah kami sekeluarga. Maap lah, memang hari ni sesi ponteng-memonteng kot sebab abes satu family ponteng skolah! Har har har.. Bagus-bagus, tak la aku malu sangat!


Bagi aku, laksa ni memang laksa penang piaw!!
Tak silap aku, laksa penang yang piaw mesti ada cucur udang, pes otak udang dan tauhu hiris sebagai perisa tambahan. Ngeee dah yang paling best, laksa yang aku makan tadi up sket speselnya sebab ia didatangkan dengan pakej taburan sambal sotong kering yang memang syurga serta heaven rasanya.



p/s: Wanda c hantu laksa, anda patot datang ke penang. Aku bawak ko gi makan sume laksa yang rasanya sungguh syurga-syurga belaka. =p



Eima Jer: Nanti aku update sate kaw punya dari ladang kambing. Hahaha restoran ni memang di tengah-tengah ladang kambing yang memang takde busuk lain selain busuk kambing. Tapi makanan doang memang superb malatop!!! Haishhh..perlu diet laaa cani, if tak kembang mengembang lagi la aku!

May 13, 2009

RABUN

Aku Dan Rabun


Tetibe je aku terasa macam sangat penat dah kena pakai glasses. ..

Tetibe je aku terasa macam nak ubah style aku sket. Yang tak perlukan pemakaian glasses. Leh?

Tapi,
Aku tak suka pakai lense sebab leceh!
Aku tak suka benda-benda yang leceh. Lagi satu aku sangat menyampah nak tengok mata aku yang sembam terokk sebab pemakaian glasses yang sangat lama. Yaaa aku hanya boleh menanggalkan glasses ni hanya untuk aktiviti tido je. Dan hasilnya, mata aku memang sembam laaa. Nak pakai lense pon macam dah takde nafsu! Grrrr


Knapa aku rabun ea?
Kenapa mata kawan aku sume sehat ja..
Sedangkan aku bukan hantu tv pon, jembalang internet pon bukan, pontianak segala game yang ada kat computer ni pon tidak! Dan aku bukan pelajar pintar skolah yang asyik merenung buku 28 jam. Dan mak abah aku jugak sangat sehat mata mereka hingga ke hari ini. Begitu jugak siblings aku yang laen. Adoi, kenapa aku yang laen? Anak angkatkah aku ini??Anak angkat dato' mana? Leh jugak aku mintak mini cooper sebijik bila dia mai ngaku dia tu bapak aku. Hahahahaha


Penat wei,
Aku rabun since aku standard 6 lagi. Tapi aku maen-maen ja pakai glasses macam biskut. Jap aku pakai, Jap aku tak mau. Aku hanya akan pakai glasses masa aku dalam kelas sahaja sebab masa tu mata aku tak la seterok mana. Rabun-rabun ayam ja. Tapi, bila tabiat tu aku teruskan hingga ke tingkatan 5, mata aku memang totally out lol. Memang rabun aku jadi semakin teruk dan bila aku buat pemeriksaan mata untuk glasses yang baru spasel edition utk spm nye exam, paaaappppp power mata aku dari 200 jadi 800. Mak aiiiii!! Memang nak xnak aku kena gak pakai glasses fultime! Nyampah tui... grrrrrr


Kepada yang sedang rabun-rabun ayam tu, jangan la memain pakai spec wei. Pakai la slalu, maybe tak kan jadi seteruk aku.

Dan,
Kalau jodoh aku ada dengan buah hati pengarang jantung aku tu, ntah apa la naseb anak aku nanti. Sebab bf aku tu pon memang dok rabun dah. Beliau lagi la terok sebab hampir 1 family adalah pengguna glasses yang tetap. Aku harap sangat mata anak aku akan sehat sejahtera tak macam ibunya. Yela, orang slalu cakap kalau ibu tu rabun, potensi anak mereka nak rabun tu sangat tinggi. Tapi kalau dua-dua parentsnya rabun plus nenek plus mak sedra plus bapak saudara pakat suma dok rabun, how my child???

Korang,
Ade petua tak nak bagi hilang sembam mata aku???selain tempekan timun dan tomato dan sengkuang dan bla bla bla yang remeh itu??



REALITI MAMI JARUM



Firstly, aku nak say sorry kepada mana-mana anak mami yang baca entry aku ni. Sesungguhnya ia sangat tidak ada kena mengena dengan anda. Sekadar berkongsi pengalaman.


Secara jujur, aku memang tak brape nak suka dan minat dengan semua filem arahan Prof razak mohaiden sebab bagi aku filem-filem beliau sangat tidak berkualiti. Tapi aku tengok gak la, tapi tak la sampai ke wayang. Rugi laaaa...


Apa yang aku nak share adalah berkaitan betoi ke tak ada mami jarum yang sampai tahap macam tu kat masyarakat kita????


Berdasarkan pengalaman aku memang memang la takdak sebab aku sendiri pernah becinta dengan anak mami jugak dulu-dulu kala dan mereka sekeluarga sangat-sangat okey dan openminded. Sebab aku balajar dunia parent yang openminded ni pon sejak kenai rapat dengan mereka sekeluarga.


Tapi sangkaan aku sangat-sangat meleset 3,4 hari lepas. Secara realitinya memang ada golongan-golongan ni dalam masyarakat kita dan aku alaminya sendiri. Aku tak maksudkan hanya di Penang semua-semua ni ada tapi dalam masyarakat kita hari ni. Maknanya kat seluruh pelusuk negara laa. Tak perlu nak jadi anak mami atau berketurunan mami baru boleh dianggap mami jarum okey! Sebab yang aku nak cerita ni pon bukan dari keluarga mami tapi mami jarum doang memang teramat la superb!


Kalau dalam filem prof razak, karakter mami jarum yang beliau cuba paparkan lebih kepada hobi mami-mami jarum berjalan-jalan menyebar dan mencari bahan gosip yang terlatest tapi yang aku nak ceritakan ni lebih kepada aktiviti bermami jarum di bawah pokok di halaman rumah 2 kali sehari iaitu di sebelah pagi dan sebelah petang yang mana hasilnya halaman rumah tak pon bersih, pokok-pokok bunga pon takdenya yang terbaja tapi timbunan dosa mengumpat, astaga aku pon dah tak tau tinggi gunung apa dah.


Aku sangat rimas dengan makcik2 gossip girls neh!!
Jumlahnya adalah seramai 3 orang yang bergiat aktif dan 2 orang yang cam biskut sket iaitu separa aktif laa. Mereka-mereka ini aktif di sekitar kawasan rumah bf aku di Kubang Semang, Bukit Mertajam.


Aku paling tak bley blah dengan insiden yang berlaku last week iaitu bukan yang aku lalui tapi melalui penceritaan adik-adik bf aku. Angah, iaitu adik bf aku yang no2 ni balik dari kedai bundle mak doang bersama-sama kekaseh hati menuju ke rumah untuk makan petang bersama-sama keluarga. Masa nak park kereta masok garrage, koang boleh terima tak bila ada sekumpulan makcikk2 ni saja mai tergodek-godek menghampiri meraka ber2 sebab nak tengok dalam kereta angah tu ada tak gf si angah tu. Yang paling tak tahan, pandai plak cover line konon-konon nak tebang pokok pisang depan rumah bf aku tu. Sambil mata dok jenguk-jenguk dalam kereta tu ada tak gf angah. Menurut penceritaan adik-adik bf aku lagi, mulut dorang jangan tak tau la..Memang pot pet pot pet abes la dan hasilnya pokok pisang tak tebang, daun pisang pon tak berusik lansong setelah selesai mendapat story baru yang angah bawak balik gf mai rumah.


Esok pagi, macam-macam cerita lak kami sekeluarga dok dengar serata kampung! Adik bongsu bf aku tu plak sampai tak larat nak menjawab soalan-soalan cepu mas doang pada sesi mengumpat sebelah pagi keesokkan harinya.


Cerita diteruskan lagi...........


Situasi kedua yang aku memang tak boley blah plak, tahap keinginan mereka nak amek tau pasai hal kemalangan yang menimpa dua orang adik lelaki bf aku pada ahad pagi tu. Macam biasa, ketiga-tiganya tergodek-godek la datang rumah bf aku. Masa tu aku pon ada kat rumah bf aku sebab kmai baru balik dari kedai bundle dan bersiap sedia nak masak dan makan satu keluarga.


Bila makcik 3 orang ni melepasi ja pintu masok rumah tu, paaaapppp doang teserempak dengan aku yang masa tu tengah lepak-lepak maen internet kat ruang tamu ke2. Aku boleh senyum tawar je la kat doang sebab aku memang menyampah meluat dan macam2 me lagi kat doang tu. Dan macam biasa, sesi bisik berbisik pon mula la start. Dah tu, bila dapat masok rumah bf aku, bukan nak lawat adik-adik dia yang excident tu tapi lebih kepada mahu membuat siasatan awam berkaitan kekemasan rumah mungkin, susun atur perabot mungkin, bilangan ahli keluarga yang ada di dalam rumah tersebut mungkin atau hidangan makanan yang disajikan mungkin! Aku pon tak tau apa motif mereka datang. Mata tu, memang tak dok diam. Merata hala dok pulun tengok sekeliling dan yang pasti, aku adalah yang menjadi tumpuan. Al-maklum la, aku jarang balik penang berbanding angah dan gf dia, so makcik2 ni jarang tengok aku. Apa lagi, pelbagai tanda tanya la yang mereka sedang KIV untuk dimengutukkan. Memang macam sial la!


" Hye along, nak pi mana??? tak keluaq dengan marka ka hari ni?? Eh, sapa anak dara kat dalam rumah tadi makcik nampak? tak besa dok tengok pon? marka along ka?? budak mana???"


Kan aku kata.............

sesudah balik ja doang dari rumah bf aku, kebetulan teserempak pulak dengan bf aku yang masa tu baru pulang dari kedai runcit berdekatan. Apa lagi, pulun dok tanya laaa... Yang aku sakit hati, masa dok dalam rumah tak mau plak doang nak tanya. Sebab apa?? Sebab doang takot dengan abah bf aku. Hahahaha


Ntah apa la yang dijaja mereka sejak kejadian tu.
Mereka-mereka sangat terok! Bayangkanlah, kalau adik lelaki bf aku tu tolong adik perempuannya ampai baju kat luar, haaaaa masak laaaa. Satu kampong doang jaja cerita yang adik bf aku mira tu MALAS! Astaga, mana la doang tau apa minah tu buat dalam rumah. Dan, jangan la jelez kalau anak korang tak bersatu dan berkasih sayang macam doang yang slalu buat kerja rumah sama-sama. Salah Sapa?? Salah korang la yang tak didik betoi2! Asek nak megumpat orang jaaaa...


Abah memang amek langkah yang sangat bijak bila sangat melarang setegas2nya mak keluar berkawan dengan makhluk-makhluk tersebut. Biaq abah pasang astro sampai 2 asalkan mak tak keluar bergosip macam tu. Seyes wei! Aku pon tak suka... Mak pon memang tak suka dan sangat rimas kalau doang datang menghampiri rumah.


Ado laaaa...
Kampung aku lagi la nun jauh di ceruk pekan tapi tak la seteruk ni masyarakatnya. Bf aku boleh datang rumah aku bebila masa ja dan takde pon yang nak pertikaikan. Kita bukan buat benda yang tak elok, cuma banyak spent masa dengan keluarga. Mana lebih baek?? Keluar dating dari pagi sampai ke malam berdua-duaan dari datang rumah, masak, makan sama-sama, tengok movie dll bersama keluarga???


Aku dan bf aku sama. Kami lebih suka habiskan masa dengan keluarga daripada keluar berdating menggaban diluar. Dan aku rasa, benda tu tak salah walaupon bertentang dengan adat melayu. Lagipon, dunia dan maju laaaa. Dan yang paling penting, niat kita baik.


Dulu, family aku pon tak boleh terima apa yang aku buat. Sangat takot apa orang kata. Tapi lama kelamaan mak aku dah boleh nampak kebaikannya. Korang kalau as parent kan, yang mana lagi korang suka. Anak anda dijemput lelaki dan keluar hingga lewat malam dan anda tak tahu ke mana doang pergi atau anak anda menjemput teman lelakinya ke rumah anda, spent masa dengan anda dan keluarga anda, lakukan aktiviti keluarga bersama-sama dll? Yang mana lagi baek??? dan perlu lagi ke utamakan sangat adat???


Aku sangat tidak kesah orang nak kata apa kat aku!
Sebab tu aku tak kesah sangat kalau mami-mami jarum tu nak ngumpat pasai aku.
Bagi aku, bukan dorang yang bagi family aku makan!


Tapi,
Setiap orang ada pendapat mereka masing-masing dan aku menghormatinya.


Eima Jer: Aku rasa perlu bagi suami-suami untuk menutupi halaman rumah masing-masing dengan apa-apa bentuk pembinaan pon la bagi mengelakkan para isteri menjadikan alasan membersih halaman bagi mendapat peluang bergosip, mengumpat dan mengata. Ke arah mengurangkan timbunan dosa yang ada. Hahahahaha