July 31, 2009

Perhatian Itu Sebahagian Daripada Kasih Sayang...


Lelaki curang kebanyakannya disebabkan bosan terhadap chenta hatinya...
Atau mungkin sememangnya GATAI tak boleh tengok pompuan.
Atau mungkin chenta hatinya yang tak brape cool dalam hal berkasih sayang ni..
Atau memang ramai sangat supply and demand scandalous kat luar sana nun...
wtf



heh.
tapi lain plak bagi kaum wanita.
aku tengok ramai yang start curang bila kurangnya PERHATIAN dari bf tersayang.
bukan nak bela kaum pompuan ni.
tapi realiti punca kecurangan tu memang sebab kurangnya perhatian.



betul tak kaum wanita yang sedang bercinta mahupun sedang mencurangkan diri??
heh.
bleh plak ayat last tu.
hahahaha kene sepak dh aku nanti.




baiklah.
secara kesimpulan untuk entry pendek ni.
boleh tak kalau aku cakap pompuan ni tak kisah hidup susah senang jatuh bangun dengan chenta hatinya as long as mereka cukup akan perhatian dan perhatian dan perhatian serta kasih sayang dari chenta hatinya.
boleh tak aku nak simpulkan macam tu?




dan satu lagi aku nk tambah.




aku benci apa yang aku rasa sekarang!!
lemah hati tapi tak cukup kuat utk curang.





maap sajikan entry srabut setelah lama hilang tanpa cerita baru.
kadang-kadang tengok blog bersawang macam seni plak bagi aku.
nmpk cool!
hahahaha


dah-dah.
nak tido.
semoga aku terus tabah mengharungi hari esok yang mungkin kosong atau terisi.
heh.


sekian.
bersurai.



Eima Jer: kalaulah hati ni boleh guna sistem undo, backspace, tab dan bla bla bla..sumpah aku nak format ja hati ni pastu install bende baru. baru cool. hahahaha penat dh nak cuba jadi sempurna....

July 25, 2009

Facebook Pemusnah Rumahtangga



heh.
gilekan??



ni kuiz aku gatai-gatai tangan p amek kat facebook tu.
skali naik result.
heh.
amek kau!!


memang gile laaa facebook ni.
percubaan meruntuhkan rumah tangga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta ni.
main select suka hati kau je.
malu i.


tapi yang kau pon gatai tangan p amek kuiz ni apsal??




maaf Lizz.
saya hanya meng-gatai-kan tangah mengambil kuiz itu.
bukan meng-klik tangan saya kepada nama bf kamoo =p
maaf joe.
saya jadi malu.



tapi kalau Mohd Kawaras tu betui la kan madu????
tu kan bf madu.
honey is madu.
bf madu of coz la husband aku jugak.
hahahahaha tu memang tak perlu di sangkal.
sekian.


da second 1 tu.
ntah sape la kau firdaus nordin oit.
anak nordin ahmadkah?
kenaikah aku?
adoiii...



syafiq si teruna jambu pon masuk list ke??



lagi pelik.
ong yang kompen tak sunat lagi tu pon masuk list ke??
hahahahahahahaha dah la nak p mati umur 45.
tak mau la aku!
heh.



gilekan facebook?
orang yang meng-gile-kan facebook pon ramai.

contoh???

kau la.
kau.


aku??
tak...
=p



dunia
dunia



tapi yg peliknya.
bangun je aku pagi ni.
kuiz tersebut sudah hilang.
sedangkan dengan gatai tangan-nya aku mem-publish-kan result quiz tersebut.
ke mana kah menghilang???
ke aku jawab dalam mimpi act??



masih pelik.


kepada nama-nama yang telah tersenarai secara tak sengaja tu.
jutaan kemaafan.
risau jugak aku.
mana la tau chenta hati masing2 yang menghilangkan kuiz tersebut sebab sakit hati.
sumpah aku takde niat apa-apa.
sekadar suka-suki.


aku masih pelik ke mana kah pergi kuiz tersebut.
semua page kwn2 aku yang amek kuiz tu pon mengalami keadaan yang sama.
hahahaha facebook takot kes bercerai meningkat kot!
=p



ok lah.
sekadar berkongsi.
sekian.
bersurai.

July 24, 2009

Diet Yang Tidak Disengajakan

Diet or Die



ok.
aku nak cerita perihal diet untuk entry kali ni.
sangat ber-kesihatan lak
hahahahaha



selain berazam nak naikkan pointer plus kurangkan ponteng kelas untuk setiap awal semester baru, diet jugak merupakan antara azam yang tersenarai tapi sangat tipis dilaksanakan.
sama seperti ponteng kelas.
sesi pembelaan lemak tetap berjalan lancar tanpa ada rasa simpati dalam diri ingin menguruskan diri.



tapi.
semester baru kali ni sangat-sangat berbeza.
azam untuk berdiet itu telah mula aku laksanakan tanpa disengajakan.
sumpah mak tak sengaja nyahhhh...




diet yang tidak disengajakan.
macam mana tu?




begini.
untuk pengetahuan korang, aku mengalami simptom pelik iaitu tak boleh makan sebarang makanan berunsurkan nasik, mee, kuewtiau n bla bla bla.
simptom pelik ni melanda aku sudah hampir seminggu.
bayangkanlah ape semua aku makan PASTI akan dimuntahkan balik ke semuanya dalam masa kurang daripada 30 minit.
dan kemuntahan itu mestilah dengan mengeluarkan semua apa yang ada dalam perut ni sampai abes.
suckksssss bukan??



memang seksa gile aku lalui minggu ni.
bayangkan ade 1 malam tu aku muntah hampir 5 kali.
sampaikan makan apple pon kuar balik.
just boleh minum air kosong je dan hidup dengan melantak biskut oat SAHAJA.
lapar??
heh.
tak payah nak cakap laaa
perut ni dah macam buat gig baek punya!



dan hingga ke hari ini.
aku masih tak boleh makan nasik.
sudah hampir seminggu.
demam sudah beransur pulih.
batuk pon sudah pass kalau nak minum ais.
tapi selera makan serta tekak aku ni masih tak mengizinkan aku makan sebarang makanan berat.
telah dibuat percubaan makan nasik dengan kuantiti sangat sedikit sebagai percubaan lunch semalam.
tapi tetap hampa.
selepas 30 minit, semua ke bumi balik.



kenape tak jumpe doctor?



heh.
doctor utm bukan leh pakai.
tau nak klik ubat je.
checknye tak.
kat PKU (pusat kesihatan universiti bak kata senet aku) tu, dah boleh buat kenduri kawah dah pesakit yang datang.
semua simptom demam yang sama.
simpton seiras H1N1.
tapi doctor tetap cool layan serta enjoy meng-klik ubat sahaja tanpa melakukan pengambilan sampel darah.
cool gilekan semua doctor utm?


so.
aku rasa lagi baik aku tak pegi klinik utm tu.
bukan baik penyakit.
silap-silap bawak balik penyakit baru.
=p




ramai yang suggest gi klinik luar.
hmmm tapi bagi aku.
aku berbelah bagi.
bukan saving duit ke hape tapi berbelah bahagi samada aku suka atau tak aku macam ni.
hahahahahaha



kan aku nak diet.
bile selera makan aku dipotong tanpa aku paksa
memang sangat memberi kesenangan untuk aku meneruskan program diet yang tidak disengajakan ini.
bayangkanlah.
dengan 2 keping biskut oat plus hot milo.
aku sudah kenyang sampai ke petang.
petang plak cukup sekadar dapat masuk 1/3 mihun tomyam tanpa muntah semula.
sudah sangat memadai.
kan aku cakap diet yang memang menyenangkan aku kan??


sebab tu aku macam kompius.
aku sedang menderita atau aku sedang menikmati simptom pelik ni.
=p



tapi.
bila pikir-pikir balik aku hampir mau rebah sebab takde energy lansong dalam badan yang dipaksa naik tangga hingga ke tingkat 4.
aku jadi risau plak.



tapi.
bila beli nasik bagai dan paksa makan lalu muntah.
aku rasa sangat membazir plak.
baik aku layankan je kerenah perut ni.




kadang-kadang aku kompius.
perut ni sedang mengalami simptom pelik atau aku yang syok layan kerenah perut ni sebab dalam otak aku memang terpahat niat untuk diet dan menguruskan badan.
heh.



macam hari ni.
aku bangun tido jam 10 pagi.
minum air kosong 1 gelas.
kemas bilik.
mandi.
on9.
makan biskut oat 2 keping.
minum nescafe
pastu lansong aku tak pikir nak amek lunch ke hape sampaikan bila wanda ajak kuar makan baru aku tersedar yang aku xmakan pape yang heavy lagi hari ni.



dan tadi.
aku hanya menikmati 1/3 mihun goreng yang tak sedap itu pada jam 5 petang.
tu pon sangat2 kenyang dah.



kan aku cakap.
aku kompius.
aku suke ke tak aku mengalami simptom pelik ini.
adehhhhh



seperti aku sedang meng-enjoy-kan diri je dengan diet secara tidak disengajakan ini.
tapi dalam hati sangat faham ia tidak bagus untuk kesihatan.




korang.
marah aku sket.
=p



Eima Jer: Happy 23rd Bufday buat sahabat baik aku punya kekasih hati merangkap kawan baik senet aku iaitu wahai Mohd Shahid a.k.a chaid yang sepet dan sangat baran serta clazmate aku wahai khai bukan nama sebenar. Semoga dipanjangkan umur serta di rahmati Allah selalu. Enjoy ur bufday!! =)







July 23, 2009

Melting..... Yess I am

owh
HYUN BIN




ok.
ini entry geli-geli perasan nak mampos dapat mamat hensem plus macho plus messy plus cool plus stylo mylo milo ais seperti di atas.



baeklah.
itu HYUN BIN hensem saya.
omg
omg
omg
omg
sangat teransang dengan kehenseman kemachoan ketampanan kecool-an mamat ni.
mak aiii.
teransang skali kau bagi eima jer!
hahahaha amek kau!
kan aku dh notice awai-awai ini entry geli-geli
=p



istilah "melting" bagi aku adalah tiap kali aku tatap muka mamat ni.
tak kesahlah dari media apa pon.
dan sangat harap beliau akan datang dalam mimpi aku tetiap malam.
heh.
over plak tahap imaginasi.



tapi seyes wei.
aku memang fallen dengan mamat ni tahap cipanzi!!
knape kau cool sgt wei.
melting...
melting...
melting....
tiap kali tatap muka kamu wahai mu hyun bin.
adehhhh








ok.
my 1st time tatap muka mamat ni lalu segala urat saraf cair macam snow kau tauk dalam kuali panas adalah menerusi drama series 'My Lovely Samsoon'.
sumpah muvie ni lawak gile.
plus my Hyun Bin yang memang cool
omg.
aku cair.
aku cair sampai tak tido malam abeskan series ni.
pegi kelas mata lebam macam baru lepas bertumbuk.
takpe
rela
asalkan dapat tatap muka mamat cool ni semalaman sambil2 aku berangan akulah samsoon itu.
hahahaha over kau!







credit to Emir Faez bila buat review pasai cite ' Snow Queen' dalam blog beliau bout few months ago.
bila baca entry emir yang siap nangis melalak teriak meraung (over lak aku buat fitnah) tengok drama Snow Queen tu, aku terpanggil-panggil nak google cite ni.
bila skali tgk yang menempek jadi hero tu adalah si hyun bin ni.
aku apa lagi.
meghoyan cari dvd kat sape-sape yang ada.
memang ketaq pala abes laaaa.
'snow queen' adalah antara korean series yang terbaek!
dan.
hair style si hyun bin dalam cite ni memang messy n cool gila vavi arrr.
paling terbaeklah!
adoi.
kenapelah kau macho sangat!!




oklah.
aku nak terus melting lagi.
so, korang leh tolong kasik update sume cite hyun bin ni belakon tak?
sumpah aku sangat-sangat hargai sesape yang sudi updatekan semua drama series beliau.
tolong ea.
=)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ingat lagi tak entry 'tingkatan 2' aku tu??
alaaa pasai Hajar si mata ikan kaloi tu??
ingat tak?
ingat tak?


=(
oklah.
tah hengat la tu.
baik.
saya link kan.
"Eima Jer Comel serta stylo!"
(sila klik)
sayakan rajin.


hmmmm
dah ingat??
hehehe untuk pengetahuan korang...
muka bf si ikan kaloi wahai si Johan bestfren amcik aku tu macam si Hyun Bin ni la.
tapi ntah mana mamat tu skrang ni.
lama tak datang lepak rumah aku.
saje la tu.
takot aku cair kot.
hahahahahaha
ade hati jugak rupa2nya.
=p



oklah readers.
jangan lupa ea updatekan saya.
thanx
=)



Eima Jer: Best sangat ke dpt kawan dengan budak2 MSN? bagus sgt ke dorang sampaikan senet saya begitu teruja. adehhhhh tetibe out of topic =p






July 22, 2009

Meor Mohd Syahid Kusyairie Meor Mohd Radhi


ok.
ni anak sedara kesayangan aku yang memiliki nama yang sangat panjang berjela seperti yang telah dinyatakan dalam tajuk entry aku kali ni.
heh.


apa yang aku nak share dengan korang wahai blogger adalah berkaitan pic kat atas tu.



untuk pengetahuan korang, ketika gambau ini di ambil si syahid ni bukanlah letih bermain.
bukanlah baru bangun tido.
baru lepas menangis pon bukan.
semua bukan.



tapi pose ala-ala doggy style (mencarut weiiiiii) ni adalah permanent pose beliau tiap kali mahu BERAK!
hahahaha cool kan??
selagi tak abes berak, tak abes la pose lucah beliau.


tengok la muka dia.
sumpah stim layan berak weii.
kuyu je mata.
siap bepeluh-peluh lagi dia punya pulun teran taik cakap kau.
memang cool lah nephew aku sorang ni.



so.
sebagai kesimpulan entry pendek aku ni.
ade sape-sape brani nak gune pose yang sama bila berak?
hahahaha pampers orang tua kan ada.
hahahahaha
sekian.


Eima Jer: Alaaaaaaa, sekejap sangat rasa balik KL weekend hari tu. tak puas lagi aku n senet spent time dengan my family. btw, aku dh beli laptop baru. hooorreeeey!!!


July 12, 2009

Sesi Bersama Semula Dengan Senet-Senetku Sayang

adeh..sedap gila!
(ade kaitan ke dgn tajuk entry????)




arrrrggggggghhhhhh...
sangat stress bila takde laptop!
sumpah aku tekanan.


hasilnya.
entry aku semakin berkurang.
dapat post 2 entry dalam 1 minggu tu aku dah rasa sangat terbaek untuk 2 minggu ni.
ye la.
ni pon hasil ihsan rerakan aku sudi bagi aku tumpang laptop dorang.
credit to Yana n Erin.


korang.
doa aku dapat laptop baru ahad depan ok?
macam2 keje menanti aku.
bukan sekadar untuk lebih selesa berblogging.
tapi thesis 1 yg menanti.
sumpah aku belum ada peluang nak buat research seresearch-researchnya cari tajuk thesis 1 aku.
demn!


ok.
refer to the title entry aku dan yang macam aku janji.
aku nak kenalkan senet-senet aku kat bumi utm ni.
semangat aku.
penghibur aku.
penyeri hidup aku.
sumpah kalau takde dorang semua maybe hidup agak kurang berseri kot.
=p



ahad lepas menyaksikan pertemuan semula kami bersembilan.
hahahaha hampir seminggu masa diperlukan untuk bertukar-tukar cerita masing-masing.
kebetulan sudah hampir 7 bulan aku tak jumpe dorang ni semua sebab masing-masing menjalani sesi latihan industri semester lepas.
tinggal aku dengan kak farah je kat sini sem lepas sebab kami masing-masing berlainan kos.
ok la.
abaikan penerangan di atas.




teruskan penceritaan




Date: 08 July 2009 (Wednesday)
Place: Gerai jual durian tepi jalan Sri Pulai
Jam: 5.30 pm


ok.
skali lagi aku join sesi memakan durian hingga lebam.
kali ni bukan di dalam opis sambil dikelilingi aircond yang sangat sejuk tapi gerai tepi jalan je.
dan kali ni bukan dengan opismates lagi tapi dengan senet-senet kesayangan yang sumpah aku rindu gila nak spend time dengan dorang.


kos makan durian kami tak la tinggi sangat.
cukop sekadar kutipan rm5 per person.
tapi jumlah kutipan tu pon dah cukop buat kami bersembilan puas layan durian.
alhamdulillah.
sangat sedap!


jom layan pic.
maaplah.
aku memang suka menempek-nempek gambau dalam entry aku.
heh.

Photobucket
hahahaha masa untuk menghabiskannya!!


Photobucket
my senet =)

Photobucket
kusyuk dan tawaduq
hahahahaha

Photobucket
super impose!

Photobucket
G'are, Eima n Erin

Photobucket
g'are n Ilik n wanie


Photobucket
=)


Photobucket
durian dh masuk perot dah diz time.
cempedak mentah pon kitorang baham gak!
hahahahaha

Photobucket
sedapkan?


Photobucket
diz is wanda menikmati kesedapan durian

Photobucket
diz is Yana n Put


Photobucket
diz is Naziha a.k.a G'are.
insan yang claim xsuka durian tp non-stop makan sampai ek sudah!
=p



ok.
sesi memperkenalkan senet2 saya sudah tamat.
sekian.



Eima Jer: Esok sudah kelas. tak pernah aku pegi kelas untuk hari pertama setiap semester. tapi esok aku akan pergi. hahahaha sbb aku dah bosan dok bilik. =p pecah rekod diri sendiri ok! hahahaha




July 09, 2009

Penang To Utm

telahku tinggalkan Penang malam sabtu yang lalu.
dengan pelbagai perasaan bercampur baur.
hingga ke hari ni aku masih keliru.
perlu atau tidak aku merindui penang lagi.
heh.
hanya teman rapat yang memahaminya.



baeklah.
aku sudah move on.
move on dari eima jer yang sgt berperasaan kepada yang lebih cool.
heh.
abaikanlah!



ok.
aku gerak dari penang to jb around pukul 8.30malam.
tapi bus tu memang cilakak.
abes sume ceruk pekan driver tu nak masuk amek penumpang.
sumpah aku bebai gila.
pejalanan penang-jb yang paling lama.
12 jam!!!
sepatutnya 8 jam je wei.
arrrrggghhhhh.
skali lagi abaikan.
kan aku tengah nak blajar jadi cool.
apa sangatlah kan..
hahahahaha
=.=




sayang gila aku kat utm kan??
awai gile aku sampai sini.
sepatotnya aku masih perlu menjalani sesi internship aku yg masih berbaki 1 minggu.
hahaha punya pulun mintak abes awai konon2 nk holiday.
lastly sume hancusss.
ke utm jugak kau eima!




takpe.
sekurang2nya aku lebih tenang kat cni.
sesi bertemu dengan senet2 yang sudah hampir 7 bulan tak ketemu.
sangat2 menghiburkan hati aku yang kusut serabut kelapa ni.
heh.
on da way ke arah entry leleh nampak?
hahahaha.
dah2.




ok.
untuk tahun akhir iaitu semester2 senior ni.
aku masih di kolej yang sama.
masih bersama kawan2 yang gila tu.
masih bising seperti biasa walau aku dah bertekad untuk lebih diam.
heh.
masih tidak berjaya!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


wahai kalian.
sumpah aku sgt selesa dengan condition bilik aku.
memang super duper selesa!
perfect serba serbi.
dengan sejuknya.
adoi laaaaaa
slalu lagi la aku ponteng kelas sem ni.
hahahahaha



dan yang buat lagi heaven.
aku di level 6 iaitu level paling atas dan 1 level tu semua senet2 kesayangan aku.
bayangkanlah bisingnya mcm mana kan?
acara mandi secara berjemaah.
acara berak berjemaah.
acara gosok gigi n cuci muka secara beramai-ramai.
acara makan secara berkeluarga.
dan yang paling klimaks acara bergosip secara pukal.
hahahaha.
mengaji n solat jemaah belum sempat lagi.
=p




entry mcm tak best lak kalau takde gambau kan?
.
.
.
.
.
jom layan pic jom.
sumpah aku xde idea.
Photobucket
ni bilik aku sebelum proses mengemas =p
.
.
.
.
.
taraaaaaaaaa

Photobucket
ni lak selepas 1 hari mengemas bagi kemas.
credit to cik fiza utk bed sheet Man United itu


Photobucket
meja study aku.
ok tipu.
aku bukan rajin study pon.
lebih kepada meja makan je pon

Photobucket
ni meja study 2.
jgn jelez ok.
bilik aku ada 2 meja study.
sbb tu aku pandai.
amek note cepat.
rahsia kejayaan!
=p


Photobucket
adehh.
locker pon ade 2.
lalalalalala!~



Photobucket
anak-anak aku yg comel!!!
sumpah 2 bulan aku meghoyan rindu dorang 3 ekoq ni!
adoiii

Photobucket
view dari bilik aku.
sumpah cantik.
pasni mata aku sure baik dah rabun.
hahahahaha =)


Photobucket
dan ni yg paling penting.
tombol pintu yang berjasa.
heh.
sebab sikap prihatin NC baru utm, kolej aku telah ditukarkan semua tombol pintunya kepada tombol di atas.
lebih selamat.
setelah hampir setahun kejadian aku diragut.
heh.



dan penukaran tombol pintu ni jugak telah menyelamatkan kolej aku dari kejadian seram di kolej 9 sebab proses penukaran tombol pintu ni menyebabkan kolej aku ni ditutup untuk sebarang penyewaan bilik sepanjang cuti.
dan hasilnya.
kami bebas dari kejadian itu.
klu tak sure aku dah jadi ketakutan macam sue dah.
amin.
alhamdulillah.



baeklah.
kat cni dulu.
report li aku tak siap lagi ok.
hahahaha tapi muka aku tetap maintain slumber tak risau pape.



btw.
jpa dah settle.
doakan aku ada rezeki ya.
amin.



ok lah.
bersurai.
next entry aku kenalkan senet2 kesayangan aku.




Eima Jer: seminggu kat cni, asek hujan jaaaa. membatalkan niat baek aku untuk menguruskan badan betoi la. sekarang nak salahkan sape?aku ke hujan??




July 03, 2009

My Internship TAMAT!


Ok.
hari ni last day aku kat Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang.
yeah!!


aku berjaya menamatkan internship aku seminggu awal dari classmates aku yang lain.
hahahaha
bravo bravo!
=)


cakap pasai farewell partu utk aku.
jumaat lepas agik dorang dh buat.
tak pegi makan pizza ke hape pon..
tapi makan durian sampai lebam kat opis..


dengan aircond yang sejuk gila vavi.
bawak plak masok durian belambak2..
memang farewell party paling cool lah.
naseb la sume staf dalam unit aku ni hantu durian.
kalau x, memang mati mengejut mcm tu je la.
hahaha bayangkanlah durian klu kena aircond canekan bau dia kan?
hehehehe
=p


masakan berkaitan durian pon turut di bawa masok.
mentang2 bos besar gi kursus 3 hari.
pesta sakan ayah2, mak2 n kakak2 aku kat cni.
=p


memang hari makan sedunia laaa jumaat lepas.
seawal 8 pagi!!
aku yang diraikan ni memang qado makan durian gila vavi la wei..
xsilap aku 3 biji kot aku hentam!
hahahaha
malam tu mmg panas la!


dan pic kat atas tu ada la sedikit cenderahati dorang bagi kat aku.
yang pastinya bukanlah set body shop.
tau plak dorang body shop tu menatang apa.
veteren dah sumenya.


apa-apa pon aku sangat terharu bila setiap dari mereka tampil memberi ucapan untuk aku.
masing2 doakan yang TERBAEK untuk aku.
doakan kejayaan aku.
support aku suruh sambung pengajian ke peringkat phd.
omg.
omg.
omg.
aku mmg sebak n terharu.
dorang semua sgt2 penyayang.
aku rasa macam hidup dalam 1 keluarga.


jutaan terima kasih wahai kalian.
jasa anda semua tidak pernah akan saya lupakan.


ok.
seterusnya.


kat bawah ni aku pastekan pic2 insan-insan yang akan aku rindu sehabisnya intern aku kat cni hari ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.
ni la penyelia aku.
[[En. Harun Bin Hashim]]
aku panggil beliau CC.
cc ni stand for Chief clerk laa.
omg.
penyelia aku ni tersangatlah sengal, sporting, funny n openminded.
sumpah karakter beliau sangat tak sama dengan usia beliau yang hampir mencecah 60.
sangat lawak!
Very knowledgeable.
dan yang pasti beliau adalah MANCHESTER UNITED DIE HARD FAN!!
hahahahaha
sangat senang nak mintak cuti.
sure lulus punya.
memang TERBAEKlah cc aku ni.
sumpah sayang n hormat dia sangat!!

dah la muka beliau comel macam elmo..
=)



ok.
ni plak Kak Leha, Ayah n Ustaz (paling hadapan).

Kak Leha ni orang kampung aku.
hehehe tapi sumpah aku tak kenai.
hahaha terbaek!
beliau adalah pengurus makanan terbaek kat unit ni.
hahahaha klu ada sape2 nk buat makan2 sket, slalunya kak leha akan handle smpi bab hidang.
lalalalalala...
kopi kak leha mmg terbaek!


-Ayah-
ayah adalah seorang yang handsome!
tgk la..
dh tua pon still maintain handsome kan?kan?
dan yang paling aku pasti.
beliau ada seorang anak teruna bujang yang sangat2 la hensem!
sumpah tak tipu!

ayah ni sangat2 lawak.
kwn baik kepada penyelia aku.
dan yang paling buat aku rindu kat dia, dia ni sangat2 la prihatin.
=.=


-ustaz-
dah nama ustaz.
of coz la alim sket.
ustaz ni best sbb suka buat kenduri tea time!
hahahaha
=)

dari kiri: Kak Leha, Kak Som dan Kak Mah

-kak som-
ni adalah anak mami aka chombi sebenar.
hahaha klu bergosip mmg sebijik mcm dalam filem anak mami.
seorang yg sgt2 happy go lucky.
funny.
comel.
kecik molek.
dan seperti ayah, beliau mempunyai bilangan anak lelaki teruna bujang trang trang yang agak ramai.
hahahahaha =)


-Kak Mah-
partner aku bila borak bab fashion.
sangat pakar bab2 kasut crocs.
hahaha juga mana2 sale di penang ni.
merupakan technical support daripada syarikat Ilaunch bagi pembangunan sistem e-tanah di sini.
cool.
ada anak yg sgt comel!
n suka lanje aku makan.



dari kiri: Kak Faezah & Kak Sha


-Kak Faezah-
masih bujang.
kakak yg agak nerd.
anak yg sgt baik.
sangat kecik molek n kurus.
tapi cool.


-Kak Sha-
heh.
ni adalah manusia yang paling aku akan rindu lepas ni.
omg.
omg.
omg.
kak sha ni punya sengal, aku tak tau nk story mcm mn.
aku tgk dia je aku dh nak gelak.
dia ni mmg sgt3 funny ok!
slalu buat aku gelak.
partner aku minum nescafe ais dalam opis seawal jam 8 pagi.
omg
dia sangat baik.
tak suka akan kerja beliau.
hari2 suruh doa dia dapat KPLI.
hahaha dah kawen tapi macam umur 18 tahun je prangai.
mmg lawak laaa.

kak sha ni jugaklah yang tumpangkan aku gi kerja sejak senet p serdang.
aku sure akan rindukan dia gila vavi nanti.
=(


dan.
aku juga aku merindui kehegesan penyelia aku yang sengal tu.
macam2 dia buat tau.
contoh mcm pic kat bawah ni.
ado laaa.
pening aku dibuatnya.
n sakit perut2 dok pulun gelak.
=.=
Photobucket
shawl ijau tu dia baru dapat gift
tu yg cewi gila vavi.

Photobucket
ni pandangan dari tempat aku.
hegehkan beliau?

Photobucket
ni plak paksa aku amek pic dia konon2 sebok serius bekerja..
hahaha lakonan semata ok!
=p


aku jugak akan merindui kesedapan laksa di kantin mahkamah sebelah opis aku ni.
sumpah sgt sedap!!


Photobucket
yummy!



dan.
sehabisnya internship aku ni.
maka sesi berdiet aku pon sudah bermula dengan seriusnya!
sudah bulattt!
perlu kecilkan kebulatan itu.
ukur lilitnya jugak mungkin.
=p
.
.
.
.
.
.
.
sesi makan-makan tak hengat dunia sudah pun berakhir
.
.
.
.
.
.
.
Photobucket
di hari meraikan senet dpt smbg blajar.
oh.
siakap stim itu sungguh heaven!
.
.
.
.
dan hasilnya
.
.
.
.
Photobucket
aku yang bulat!



sekian.
bersurai!
=)


Eima Jer: Hmmm sedih ada happy pon ada nak abeskan internship aku. btw, aku dah mula rasa puing-puing excited nak balik utm! hahahaha =)




July 02, 2009

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak- Part 2 (DNA Mayat Bayi Diambil)

sekadar tatapan percuma

JOHOR BAHRU: Polis mengambil contoh DNA mayat bayi lelaki ditemui mati di sisi seorang bekas siswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang turut meninggal dunia selepas melahirkan anak dalam sebuah bilik di asrama universiti itu, Isnin lalu.


Contoh DNA itu diambil bertujuan mengenal pasti identiti bapa bayi wanita berusia 26 tahun itu yang turut menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya kini menjalankan siasatan terperinci meliputi semua aspek walaupun siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan.

Katanya, sehingga semalam, pihaknya belum membuat sebarang tangkapan dan masih menjejaki lelaki yang bertanggungjawab terhadap kehamilan wanita berasal dari Kelantan itu.

“Bedah siasat dilakukan mendapati wanita berkenaan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah ketika melahirkan anak bersendirian.

Sementara itu, Penolong Pendaftar (Media dan Hubungan Luar) Jabatan Hal Ehwal Korporat UTM, Sabri Ahmad berkata, wanita terbabit pelajar yang tercicir dari universiti.

Beliau berkata, mangsa itu yang berusia 26 tahun gagal peperiksaan semester pertama dalam tahun keempatnya pada November lalu.

“Dia menyewa bilik di asrama itu sejak 11 Mei dan sebelum ini pelajar fakulti Sains,” katanya.

Orang luar dibenarkan menyewa bilik di universiti itu mengikut kes.

Sumber: Harian Metro


Dari Pandangan Aku:

kepada yang sudi singgah blog aku sempena entry hot smlam.
jutaan terima kasih.
segala komen amat di alu-alukan.
bukan nak bergosip tapi sebagai peringatan dan tauladan.
bukan nk membuka aib seseorang tapi sekadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan kalian yang lain.


ni aku paste news terkini.
omg.
aku harap sgt bapa baby tu dapat di kesan.
bukan berdendam, tapi biar dunia nampak yang salah tu bukan hanya si ibu
kalau si ibu menderita mengharungi menghadapi sisa saki baki hidup sebelum menghembus nafas terakhir, biarlah si bapa aka bf tak bertanggungjwb tu merasa derita dunia seumur hidup beliau.
tu pun aku rasa tak cukup lagi.


adehh..
aku emosi skali lagi.


teguhkan hati kalian wahai keluarga si mati.
kami disini sentiasa berdoa arwah tenang dan diterimaNya.


Eima Jer: ada komen yang tanya knape nak bersalin kena bogel. heh. kwn2 laki aku pun rmi jadikan itu soalan dan bahan gurauan. hmmm wallahualam, Dia ja yang tau perkara sebenar. tapi menurut pemikiran logik aku, mungkin si ibu baru selesai mandi. ntah la, aku masih di penang. nanti update cite baru dari kwn2 yg dah ada kat sana. cuma fakta yg aku bawa ke entry ni lebih kepada sumber dari newspaper.


p/s: teruskan komen!

July 01, 2009

Pelajar UTM Ditemui Mati Selepas Beranak...

JOHOR BAHRU: Sedih dan menyayat hati! Itu nasib malang seorang bekas pelajar wanita berusia 26 tahun yang ditemui mati dipercayai akibat pendarahan serius selepas melahirkan anak dalam keadaan serba kekurangan di sebuah bilik asrama di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dekat sini, petang kelmarin.

Lebih malang lagi, bekas pelajar tahun empat itu dipercayai menderita keseorangan ketika melahirkan anak dan hanya ditemui kira-kira jam 5 petang, selepas lebih dua hari Allahyarham menghembuskan nafas terakhir.

Kejadian disedari ketika minggu orientasi pelajar baru berlangsung apabila beberapa pelajar mengadu kepada ahli jawatankuasa (AJK) minggu orientasi ada sebuah bilik asrama berbau busuk.

Berikutan itu seorang daripada AJK minggu orientasi memeriksa bilik berkenaan yang berkunci dari dalam itu.

AJK terbabit membuat aduan kepada pengetua kolej kediaman sebelum pengawal keselamatan diarah menyiasat.

Sebaik pintu dibuka, pengawal keselamatan terbabit terkejut melihat sekujur tubuh tanpa seurat benang terbaring kaku dengan percikan darah di lantai.

Lebih mengejutkan, penemuan bayi lelaki yang sudah tidak bernyawa tidak jauh dari mayat wanita itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat wanita berkenaan sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan, mangsa berasal dari Kelantan dan belum berkahwin. Dia disahkan meninggal dunia sekurang-kurangnya dua hari sebelum ditemui.

“Kami percaya besar kemungkinan kematian mangsa berpunca daripada pendarahan serius selepas bersalin.

“Namun, kita tetap meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa dan melihat sama ada wujud kemungkinan ada unsur jenayah,” katanya.

Ruslan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan wanita terbabit pelajar di kampus sama.

“Buat masa ini kami dalam proses mengenal pasti pasangan wanita berkenaan bagi membantu siasatan, manakala mangsa sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi polis Johor di talian 07-2212999 atau tampil ke balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Perhubungan Media UTM, Sabri Ahmad, ketika dihubungi memberitahu mangsa sudah ditamatkan pengajiannya pada Januari lalu selepas gagal pada peperiksaan akhir Semester 1 sesi 2008/2009.

Menurutnya, bilik berkenaan disewa wanita terbabit sejak 11 Mei lalu kerana polisi UTM membenarkan orang luar menyewa bilik asrama ketika cuti semester.

Ditanya tindakan seterusnya berhubung kes itu, Sabri berkata, pihak kampus tidak dapat menangani kes berkenaan seperti kes biasa membabitkan pelajar memandangkan mangsa tidak lagi berstatus pelajar selepas ditamatkan pengajiannya.

“Bagaimanapun, kita akan berusaha membantu pihak berkenaan berhubung urusan berkaitan dengan kejadian ini,” katanya.

Berhubung dakwaan kemungkinan teman lelaki mangsa pelajar UTM, Sabri berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan perkara itu kerana buat masa ini belum ada maklumat mengenainya.



Dari Pandangan Aku...


sumpah aku terkejut masa baca paper pagi tadi.
dan aku lagi takot bila terpikir kejadian tu mungkin jadi kat kolej aku.
1 level dengan bilik aku ke.
tak pon 1 blok ke
1 kolej ke
adehhhhh...


apa-apa pon..
alfatihah buat arwah.
semoga rohnya tenang dan diterimaNya.


macam2 aku rasa skrg ni.
kesian.
sebak.
takot.
macam2 lagi lah.


berimaginasi situasi arwah pada masa menanti ajal tu.
allah hu akbar
peritnya.
sakitnya.
seksanya.


sudahlah 9 bulan menanggung seksa.
ditambah pula tekanan dibuang utm.
masa depan yang hancur.
dan kini.
skali lagi arwah diduga dengan aib kematiannya.


semua sbb CINTA kan?


kenapa wanita slalu yang menjadi mangsa.
cettt, aku harap bf yg tak bertanggungjawab tu menerima pembalasan yang sama.
bodoh la.
nak sedap je.


aku dh teremosi.
sedih wei.
kesian.
smoga keluarga beliau tabah menghadapi ujian dunia ni.
amin.


Eima Jer: Dengar kata kolej 9..hmmm hope everything will be ok.. =)

True Friend

SESI SATU:

Eima Jer:

Madu, ang dok busy apa?

Madu:

aku keje umah la. Iron bj mama abah nak pi keja. Baju skolah adik. Aku takdak nanti senang, depa nak pakai amek ja. Mop umah. Lap cabinet.

Eima Jer:

Mak aii…Rajinnya!

Madu:

Besa la. Aku kan dah nak balik. Ti tadak orang nak buat da. Aku bersih wetkichen. Wuwu. Aku nak tukaq cadaq bilik2 depa plak.

Eima Jer:

Yo la..Rajin2..Hehe mai kemas barang2 aku nak p jb plak pasni ea..nanti ang xdak dah leh aku angkat ja beg..huhu xpayah kemas2 dah.. T-T

Madu:

Bodo!

...............................................................................................................................................................

SESI DUA:

Eima Jer:

Skrang dok cakaq daun kering kat laman pastu tebas rumput panjang plak ka? Hahaaaha


Madu:

Bodo. Iron bajulah


Eima Jer:

tak basah ketiak ka? Ang iron sampai stok lepas raya ka? Punya lama…


Madu:

baju kurungs mak aku, blouse2 lagi. Tudung agi. Baju pak agi. Suaq dia. Banyak bodo


Eima Jer:

xmau mintak jadi maid ka?kan m’sia kekurangan maid dah skrg ni sbb Indonesia tak bagi rakyat dorang jadi maid kat mesia..Jangan tak tau, ada elaun n potongan KWSP agik..Tak lama lagi ada sarjana muda orang gaji dah..huhuhu xnak cuba?


Madu:

Haram jadah punya rahimah. Aku kat uum kemeja ok suma..aku basuh dan iron. Aku memang bini terbaik.


Eima jer:

Memang sesuai dengan kerjaya aku sebut tadi..huhu pas iron baju jangan lupa kuaq cari kayu api..


Madu:

Ni, hang p bunuh diri sat
.................................................................................................................................................................

hahaha apa yang aku cuba nak sampaikan..
minah ni mmg alwaz makes my day.
aku pon xde jawapan knape aku mmg suka bila dia maki hamun aku ikot suka.
sume2 tu buat aku rasa nak senyum gelak ketawa berdekak-dekah.
sumpah tak tipu.
nak sentap?
cesss pernah cuba tapi tak berjaya.


idea jugak datang mencurah2 tiap kali aku nak nganjeng minah ni.
dia nak sentap??
takde pasal laaa..
maki hamun aku tak tentu hala lagi ada laa..
hahahaha


adakah ini yg kita namakan true friend???
-aku tidak ada jawapannya-
-hope so-
=)


musuh ketat-to-virtual friend-to-best buddy-to-true friend.
i love diz friendship

hang terrrrrsangat gila la madu.
aku suka!!


thanx sbb slalu ada dengan aku bila mana aku sedang sedih meghoyan tak tentu hala juga bila aku hepi terkinja-kinja.
makaseh atas sume smangat hang share dengan aku.
=p


lastly,
ni aku paste peberet pic aku dari berjuta2 pic ang dok pulun amek tu.

Photobucket

dah abes.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Eima Jer: Sue tagged aku.. nanti la sue ea I buat =) sumpah agak bosan dengan current life hingga menyebabkan mood aku untuk bergumbira hilang xtau p mana.. 3 days more =(