January 31, 2010

FRIENDSHIP CONTEST

OKEY KAWAN-KAWAN
my first time masuk contest neh!!

oh tidak
owh tidak
woah tidak


bukan contest siapa cantik angkat tangan ye
sebab tau dah aku mesti ranking paling last
kahkahkah


mari ramai-ramai join meh

Klik untuk maklumat berkaitan saudari penganjur
[Marmie]
=)



baeklah aku masuk contest ni pon sebagai tanda penghargaan aku atas sebuah persahabatan yang terbina dari keikhlasan dan keserasian
alhamdulillah!
aku sedih aku akan ingat mereka
aku susah aku akan cari mereka
aku gembira aku perlu kongsi dengan mereka
dan susah senang sedih ketawa mereka adalah susah senang sedih ketawa aku juga!
This is for u guys!
for our friendship


our sweet memory@Genting, 2008

hey my hottie besties
aku tau gambar ni still mampu buat korang tersenyum sendiri
sebab aku pon tak pernah tak senyum bila tengok gambar ni
terlalu banyak gelak tawa antara kita
i love u my senet-senet sayang!
=)


btw,

"kawan sejati tak akan marah tak akan terasa hati tak akan cemburu bila kau ada kawan rapat yang lain"
sebab mereka sentiasa mahu ada kawan lain yang boleh gantikan tempat mereka bila aku memerlukan kawan untuk dipeluk dan untuk dipinjamkan bahu mereka agar aku boleh menangis bilamana jarak memisahkan KAMI
'go with your life and enjoy making friends! bcoz, theres no rules in friendship!"
I LOVE U GUYS!


aku emosi lak
aaarrrrrggghhhh jadi rindu dengan my senets di atas!
2 weeks t0 go
bersabar!



"wei eima, tak aci la gambar ajie pon ada skali. ajie bf kau. percampuran konsep perhubungan."
hahahahaha macam aku pernah cakap dulu
aku treat ajie as my bestfriend
sebab kita tak pernah jemu dengan bestfriend kita
he is my love and he is also 1 of my besties
=)



p/s: thanx miss Marmie sbb sudi luangkan masa melayan ayat-ayat 'nasik tambah' saya. hahaha





January 30, 2010

Snack Pencuci Mata #02

Mood mengambil gambar yang meninggi
kahkahkah
aku sajikan version #02


my favor pic untuk hari ni






sekian
p sambung tidoq petang!
>.<

Belajar Menghargai Permata Yang Dah Kau Genggam!


selamat pagi sabtu
pelik aku bangun melihat dunia seawal jam 6.30am

Happy Weekend Guys!!


"When a guy doesn't want you anymore, NOTHING can make him STAY!"

aku terpanggil-panggil nak berulas-ulasan tentang perkara di atas
lelaki oh lelaki
kalaulah manusia ni bukan diciptakan berpasang-pasangan aku rasa pasti ramai bersepah-sepah wanita yang tenteram hatinya!
hahaha aku rasa
tapi Dia lagi mengetahu apa yang tak pernah kita ketahui
sebab tu diciptakan manusia tu dari dua keturunan iaitu Adam dan Hawa


kalau tanya aku
aku sangat bersetuju dengan ayat di atas
memang dan memang
tak payah lelaki, perempuan pun
kalau berada di situasi di mana hati kau dah hilang rasa sayang rasa ghairah rasa cinta
takkan ada cara lagi nak buat kau stay!


keterlaluan tak kalau aku cakap kaum perempuan ni memang ditakdirkan perlu berkorban lebih berkaitan penderitaan hati berbanding lelaki?
aku rasa tak keterlaluan
sebabnya terlalu ramai aku tengok, aku nampak dan aku cuba menjadi pendengar setia tentang penderitaan hati sang kekasih mengadap hubungan cinta yang pelbagai ragam
bagi aku
bukan mengadap perhubungan cinta
tapi mengadap kerenah lelaki yang pelbagai
yang kadang-kadang aku jadi naik meluat!


aku suka jadi ajie
dalam hubungan, aku tengok dia lebih menikmati saat-saat bahagia pada kadar peratusan paling tinggi berbanding aku
jarang makan hati
tak payah risau ketidakjujuran aku
hidup dengan hati yang sentiasa gumbira
mak aku sayang dia
kakak-kakak aku sayang dia
abang-abang aku memang bagi green light baik punya kat dia
semua
semua sempurna
tapi di bahagian aku
tak nafikan untuk berada di peringkat sekarang
macam-macam aku rasa
macam-macam aku perlu tempuh
air mata bertimba-timba
hati ni kejap hancur kejap dijahit balik


tapi inilah hati wanita
kami akan terus berjuang untuk cinta kami
walaupun ada sesetengah situasi tu
si wanita dah tahu hubungan yang dipupuk tu dah tak boleh nak diteruskan lagi
dicekalkan jugak hati
ditabahkan jugak hati
terus berjuang
terus berendam air mata
dengan harapan si lelaki akan berubah dan kembali menghangatkan balik hubungan yang dah tersedia hampir berkubur tu
inilah wanita
yang selalu biarkan si lelaki menzalimi hatinya
yang terus-terus redha untuk berada dalam situasi menyakitkan



payah nak ajar hati kami menerima hakikat yang cinta terbina sudah musnah
sebab tu wanita lebih rela memilih derita hati dari memilih kehilangan
walaupun itu yang sepatutnya jalan yang betul
kami takot pada kehilangan
tapi kami kuat untuk menerima penderitaan hati
sebab hati wanita ni satu
semakin hari semakin mendalam cintanya
tidak seperti lelaki
semakin hari semakin besar hatinya
dan kebesaran hati tersebut membawa kepada keinginan mereka memenuhi hati tersebut dengan pelbagai pemilik
demn!


aku pernah mempertahankan cinta monyet aku
gile aku suffered
depressed tahap cibai
nak ingat pon aku masih rasa sakitnya
kau sangat ego masa tu
merasakan diri begitu sempurna
sebab aku layan kau macam putera raja
demn!
tapi lihat KITA sekarang
kau messy
kau meloyakan aku
kau terus-terus hidup di dalam ego kau
terus-terus dengan hobi melukakan hati perempuan yang sayang akan kau
InsyaAllah, masa untuk kau belajar sesuatu pasti akan tiba
belajar menghargai cinta seorang wanita
dan aku?
aku yang lansung kau tak hargai dulu
aku yang lansung kau tak pertahankan dulu
terlalu dihargai ajie
terlalu disayangi ajie
terlalu penting di dalam hati seorang lelaki yang sepatutnya dari dulu aku perlu jumpa dan berkongsi hidup dengannya
kau bukan lelaki baik
sebab kau tak tahu menghargai permata yang sedang kau genggam sekarang ni


ok bye!
nanti aku naik marah
macam-macam plak maki hamun keluar



January 29, 2010

Snack Pencuci Mata #1



Updated mood mengupload gambar untuk santapan dan habuan mata





ini sweet potatoes yang tersalah cara membakarnya
Lokasi: Gunung Berlumut, Kluang


ini namanya Dak Popoi
diambil namanya sempena kehilangan kucing kesayangan aku n amcik
Mista Popoi yang mati terkena Aids sebab banyak sangat koleksi aweks

Lokasi: Katil Eima Jer


Buttercup@ PowerPuffGurls version Giant
aku masih mencari kawan beliau lagi sorang ape nama ntah yang kale pink tu
tak jumpe-jumpe
kesian dorang tak cukup corum

Lokasi: terlekat kemas di cermin solek Eima Jer


da purse


da bekas mandi
kahkahkah

my favor Teh Ais


yeah
flipflop kesayangan by adidas
ok.tak penah basuh lagi. maap macam belacan sudah rupanya

Lokasi: Balai Cerap, UTM Skudai




Eima Jer: sedang mencari masa terluang keluar outing main snap-snap gambar bersama 6 orang manusia gila! Cant wait.. =)



Secara Randomnya

sexy chick huh?? bukan aku, towel tu =p

  • aku sangat-sangat letih dengan life sebagai final student. kenapakah? sebabnya kerja ya Allah belambak-lambak menggunung ramainya tapi ketinggian KEMALASAN pon sama banyak sama tinggi. sudahnya, aku akan bermalasan pada siang harinya dan mula gelisah pikirkan keje yang masih pending pada sebelah malam sebelum lelapkan mata. esok pagi bangun aku masih malas dan lemau.

  • aku rasa menyampah dengan diri aku bila mana aku tak boleh handle sifat malas aku. malas untuk membuat assignment dan thesis SAHAJA! aku heran. suruh aku kemas bilik hari-hari aku boleh. suruh aku moping lantai lap sana lap sini, masih boleh dan dibuat hampir setiap hari. tapi aku masih tak mampu nak kawal sikap aku yang suka pending tugasan aku dan mencari satu masa yang paling-paling sesuai iaitu ketika mana mood rajin membuat assignment berada pada tahap paling tinggi! TAPI mood tu mungkin datang sebulan sekali.

  • aku hairan dengan diri aku yang malas ni bila aku MAMPU siapkan 2 assignment yang memang aku start from ZERO dalam masa 7 jam aku bertapa dalam Library. kan? bila mood aku berada pada tahap paling tinggi kerajinannya. tapi bila balik je bilik pada malamnya, aku kembali lemau!

  • aku kurang suka rasa kurang yakin yang wujud dalam diri aku tiap kali aku jogging kat padang bola kolej aku ni sebanyak 5 pusingan pada jam seawal 8 pagi lepas tu aku malu nak baring telentang kat padang tu sambil menikmati langit pagi yang sangat indah. sedangkan aku sangat minat nk berbuat macam tu. tapi aku takot orang pikir aku dah pengsan sebab pulun lari pusing padang 5x. demn! sedangkan kau tahu ramai umat manusia utm ni tak bangun pon lagi tido.

  • aku sungguh tak berkenan dengan diri aku ni bila ada masa-masa tertentu aku akan rasa annoying dgn someone! sesiapa sahaja secara random tapi lucky aku akan pendam.

  • aku semak dengan diri aku bila aku still berblogging update blog sedangkan mood rajin aku agak tinggi sekarang ni! bye!!

January 27, 2010

Final Year Woah

MPG's Dinner 2009
Organized by: My Classmates
Photo By: BakriHafizHisham


yeah
Malam Pra Graduan datang lagi
kali ni tak perlu mengadap muka-muka SEMAK senior yang sangat suka menyebok urusan junior uruskan MPG untuk seniornya
tak payah mengadap dah
tak perlu
tak usah
kalau jumpa kat kafe pon memang dah tak perlu nak paksa mulut ni senyum
[bagi yg sedang sambung master]
macam aku cakap la kan
senior aku tahun lepas lansung tak kenai aku sapa
dan yang paling penting
bagi aku senior aku ada sorang je
nama Eda
putih gebu cantik cool
takpayah nak sebok-sebok panggil dia 'kakak' sebab nanti kena sepak
panggil 'kau aku' sudah
sumpah cool
kau nak buat MPG's Dinner kat mana lantak kau la junior
aku tau, aku pergi je
bukan mcm sesetengah tu kita booked hotel mana sume nak amek tau
heh
kau anak sultan kah?




yeah
classmates aku cool
lansung tak amek hal
its mean ada 53 orang yang cool macam Eda
kau nak buat kat mana, lantak kau
nak theme apa
lantak kau
kitorang layan je
sampaikan kau nak letak harga brape pon, lantak kau
fuhhhh
kalau senior aku dulu mcm kitorang, kan smooth je kitorang manage event
dah
tak payah hengat!
bukan boleh dapat 4 flat pon



MPG's Dinner 2010
Place: Danga Cruise, Danga Bay
Date: 3 March 2010
Theme: Flora and Fauna



aku baru bayar deposit rm10
kahkahkah sila gelak
Flora dan fauna
amek kau!!
ape aku nak pakai wei
dress bunga-bunga pastu ada ranting kayu kat atas kepala ka?
pastu pakai sock kulit buaya
hahaha ada ke?
=p



ada cadangan?
sumpah aku sangat lemah bab-bab nak melaram ni
kena la cantik sket sebab hengat this year nak gatai sket
nak angkut ajie skali
amacam?
ok?
kata final year student kan
tayang bf pon abes-abes orang pakat dok pulun mengumpat bf aku tak hensem bla bla bla
dalam tak bawak pon dok mengata gak
baik bawak
kahkahkah




ikutkan hati aku nk pakai baju kurung cotton bunga-bunga plus converse bunga-bunga
sumpah berbunga-bunga
tapi please la Eima Jer
atas kapal ok!
ok.jom tukar plan



any idea
any idea
yang membunuh imej aku pon xpe
=.=




Eima Jer: Congrats buat my besties Ajaq di atas kemenangan pilihanraya MPP Upm semalam. Majoriti ok! Bravo bro..amek kau, tak payah bayar yuran. demn! aku jeles.



January 24, 2010

Panas

weekend aku minggu ni sungguh terisi
sampaikan penat tak terkata
kalau boleh tido pagi tadi takmau bangun-bangun
dah tu lepas lunch petang tu bantai lagi tido sebab sangat letih
sampaikan isu Aduka Taruna pon sumpah tak sempat nak amek tahu
just baca-baca kat twitter je
=p


Isu Aduka Taruna:
aku taknak komen pape sebab tak tahu hujung pangkal. bloggers punye pemikiran ni memang subjektif. baek jangan masuk campur. hehehe



cuma berkaitan pemikiran manusia ni
aku memang sangat berminat untuk lihat, baca, fikir dan tafsir sejauh mana kematangan, kebijaksanaan dan keprofesionalan seseorang tu melalui penulisan mereka


berdasarkan link-link yang aku dapat from twitters and facebook
sangat suka baca komen-komen si pengkritik
ada yang ayatnya superb mantap tak terkata
ada yang merapu menggaban penuh maki hamun
campur tangan isu-isu politik
isu melayu yang dilambung-lambung balik
kat situ dah nampak melayu ni sangat suka berpecah untuk sesuatu yang tak pasti lagi




kalaulah bukan melayu yang baca semua caci maki ni
fuhhh pasti mereka-mereka ketawa sinis



pasti tak pasti isu Aduka Taruna ni
kita tunggu dan lihat
diam jangan cakap apa-apa
sebab aku bukan pengikut setia entry beliau
jadinya aku tak boleh nak nilai jenis penulisan beliau
lainlah kalau gdsjht punye entry
semua aku khatam abes
makanya kalau isu mcm ni naik, aku dah boleh paham apa yg sebenar-benarnya penulis sedang sampaikan
sebab aku sangat sudah paham akan cara penulisan beliau
sama jugak macam hal di atas
jangan terus menghentam tanpa kita tahu akar umbinya dulu
tak tahu baik diam
diam tu lebih baik
hehehehe


p/s: bila melayu dah bertelagah sesama sendiri, pasti akan di campur-adukkan isu politik kau umno aku pas kau BN aku PKR bagai. mula naik isu melayu bila nak maju bla bla bla. haishhhh



Eima Jer:
Tak kenal maka tak cinta. tak khatam entry makanya jangan berkata apa-apa =p. isu ni isu sensitif, skali lagi aku tekankan aku hanya menyentuh isu pemikiran pengkritik melalui penulisan mereka dan isu melayu berpecah bergaduh bagai. bukan isu berkaitan Aduka Taruna. tak cukup info untuk hal itu. =)





January 21, 2010

Baeklah Baeklah

maaplah
lupa plak blog ni dipublishkan umum
sesiapa sahaja boleh menikmati entry saya


baeklah baeklah
saya ubah statement ye
demi menjaga hati somebody call 999
kahkahkah


saya mana ade cinta monyet ketika usia 16 tahun
betul takde
saya takde 2 exboyfriends la
ada sorang je
tu pun becinta masa umur 17 tahun
cinta version SMT Tunku Abdul Rahman Putra
bukan SMK Sri Kurau, Bagan Serai Perak
okey
amek kau gile detail
puas hati??


maaplah
cinta monyet perkara yang sensitif bagi sesetengah orang diluar sana
aku nak balik hometown pon perkara sensitif
aku nak balik lepak penang CNY ni pon perkara sensitif jugak


1 more thing
nak jugak buat statement ni
pasti anda paling puas hati
'baeklah baeklah, too many sayangnessesssss yang I nak jumpa along this CNY break. skulmates, besties n bloggers insyaallah..jangan risau, si dia tak termasuk dalam SENARAI i pon"
okey?
puas hati?


selamat malam jumaat semua
hahaha tak masal



=)

semoga entry ini menyenangkan hati semua pihak





Kepelbagaian

sekadar snack pencuci mata
by: Eima Jer


aku nak berkongsi lagi

ni pesanan mak aku. mak aku selalu pesan benda yang sama. dah macam sangat sebati dalam diri aku dah dan anak-anak perempuan mak yang lain


mak aku orang kampung
membesar dikampung
tak mendapat pendidikan tinggi pon
tapi aku bangga ada mak macam beliau
mudah mesra dengan persekitaran dan suka memberi nasihat secara terbuka depends on semua pengalaman yang adah dia tempuh
akan diikat menjadi satu simpulan nasihat agar si pendengar ni boleh cuba uraikan tiap-tiap simpulan nasihat beliau dan ambil yang baik buang yang buruk
dalam persediaan menempuh hidup


kadang-kadang aku rasa aku ikot perangai mak aku
aku tak pandai
bukan seorang yang knowledgeable macam Tun Dr.Mahathit
tapi kata-kata nasihat aku hanyalah depends on pengalaman hidup aku
anak mak anak mak


mak aku seorang yang sangat terbuka kalau mempersoalkan tentang isu perhubungan lelaki dan perempuan
seawal umur 16 masa aku sebok becinta monyet lagi mak aku dah boleh secara terbuka borak berkaitan isu rumah tangga suami isteri depan aku
walau semua tu ditujukan untuk kakak-kakak aku
tapi pesanan untuk aku tetap ada walau sedikit


dari umur 16 sampai la dah mencecah 24 tahun ni
benda yang sama mak slalu tekankan kat semua anak-anak perempuan beliau
" dalam sesuatu hubungan tu, cuba layan pasangan tu macam kawan baik kita sendiri. kenapa? sebab kita tak pernah jemu dengan kawan baik kita even sampai bila-bila"

hey
mak aku betul dan aku sangat mengakuinya
bukan sebab aku anak dan kata-kata nasihat tu keluar dari mulut mak aku
tapi itu adalah perkara yang betul
sebab kita tak pernah jemu dengan kawan baik kita eventhough kita dah kenal kawan baik kita tu since tadika lagi
dan kita sentiasa mempelbagaikan hubungan kita ke arah persahabatan yang lebih menggembirakan


acam tu jugak cinta

mak selalu cakap, memang lumrah lelaki ni cepat sangat jemu dengan sesuatu benda yang sama
dalam bahasa sains aku
lelaki ni macam sangat tak boleh blah berdepan dengan sesuatu yang statik untuk tempoh masa yang lama
kebosanan tu akan membawa kepada perubahan hati dan fokus mereka
tu hakikat yang perempuan perlu terima
sebab tu mak kata, Allah tu maha mengetahui dan izinkan lelaki kawen lebih daripada satu



pengalaman aku?
aku selesa dengan hubungan cinta aku dengan ajie sekarang ni
aku ikot cakap mak
kami memang treat each other macam kawan baik tapi dalam masa yang sama hubungan kami tetap berlandaskan kasih sayang
masing-masing selesa dengan position masing-masing dan sentiasa cuba create something new untuk hubungan kami
aku tak cakap aku sudah berada pada landasan hubungan cinta yang sempurna
tak
tidak sama sekali
tapi cukup aku simpulkan aku agak berpuas hati
takde unsur-unsur kongkongan dalam hubungan kami
tiada unsur-unsur cemburu yang ntah hape-hape
kami berkongsi hidup tapi dalam masa yang sama aku masih ada life aku dan aku perlu hormat life masing-masing
kami berkongsi kawan yang sama
tapi dalam masa yg sama kami tak pernah halang antara kami untuk terus enjoy making friends


sebut pasai cinta, orang akan sebut 'chemistry'
memang
itu adalah sebenar-benarnya kekuatan sesuatu hubungan tu
chemistry actually bukan datang secara semulajadi sepenuhnya
bagi aku, ia tetap memerlukan usaha both party untuk mencapai tahap chemistry yang tertinggi dan terbaik (dah keluar formual hartanah dah)

dan boleh disimpulkan jugak
cinta tu bukan sekadar menikmati kasih sayang sahaja tapi memerlukan usaha dan sikap prihatain untuk terus keep hubungan tu dalam keadaan paling selesa
dan untuk berada pada tahap yang selesa tu
bukan sesuatu yang mudah
nak asuh hati jangan cemburu buta
nak didik hati jangan mengongkong
nak jadikan kita ni sentiasa cantik hensem smart dan terbaik dalam hati pasangan kita bukan perkara yang mudah
perlukan usaha dan kesabaran
tapi alhamdulillah, kesan tu sangat menenangkan jiwa



dalam hubungan rumahtangga plak
mak selalu pesan kat anak-anak perempuan mak
termasuk menantu-menantu perempuan
"dalam rumahtangga, 4 benda kita kena jaga dan sentiasa jaga. pertamanya: urusan makan minum suami, pastikan dari air tangan kita. itu adalah saluran kasih sayang yang terbaik. kedua: soal-soal pakaian suami kita. pastikan dijaga rapi.suami sentiasa nampak kemas dan teratur. suami akan rasa dihargai dan sentiasa hidup dalam perhatian. ketiga: urusan rumahtangga kita perlulah teratur. isteri kena bijak uruskan anak-anak, perbelanjaan keluarga dan masa-masa bersama. urusan rumah tangga yang kemas dan teratur akan melapangkan hati si suami. dan last skali mak slalu pesan: hal tempat tidur jangan amek ringan. jemu lelaki ni selalunya bermula dari hal tempat tido."

tak payah la aku cakap apa mak aku cerita lagi sebab nanti entry aku dah jadi 18sx. hahaha cukup mak aku cakap yang kepelbagaian dalam urusan tempat tidur tu penting.
gilekan mak aku?
sangat terbuka.


okey eima jer
dah boleh pergi kursus kawen
hahahaha


itu semua yang mak selalu pesan untuk kami anak beranak
dan aku kongsikan pulak dengan korang semua
maaf kalau korang rasa annoying
aku sekadar berkongsi pengetahuan dan petua-petua orang tua


sekali lagi aku tekankan
aku bukan cuba nak gambarkan aku sangat berbahagia dengan ajie
tidak sama sekali
aku hanya berkongsi kepuasan hati aku
nak bantu sape-sape yang masih diruntun kemurungan hati cuba mengatur langkah menyelamatkan hubungan cinta korang
atau hubungan rumahtangga mungkin
seorang ibu takkan memberi nasihat yang buruk untuk anak-anaknya bukan?
sebab tu aku kongsi


sudah sampai situ dulu
nanti ada yang perlu aku suruh tulis buku plak
sebab entry panjang nau!
heh


January 20, 2010

Kadang-kadang

sekadar gambar hiasan [originally by Eima Jer]


tadi after berborak gossip menggossip
aku sempat muhasabah diri


aku tetibe rasa macam sangat takut orang sekeliling aku salah faham niat aku
maksud aku
kalau borak tentang sesuatu
berkaitan cinta contohnya
aku selalu kaitkan dengan kehidupan sebenar aku
dengan setiap inci pengalaman yang dah aku lalui yang aku kaut


kadang-kadang lepas je cakap
aku akan terpikir balik
tak ke orang rasa annoying?
tak ke orang rasa aku nak tunjuk bagus?
tak ke orang terpikir aku je bijak pandai berpengalaman bagai?


risau jugak
memang lumrah alam yang manusia tu secara fitrahnya sangat suka cari dan mempersoalkan kekurangan orang lain
tapi aku just nak pihak-pihak yang pernah berkomunikasi dengan aku secara live mahupun tidak
aku takde niat lain ye
sekadar memberi pendapat tapi dalam masa yang sama aku cuba kaitkan dengan realiti kehidupan dan pengalaman yang dah aku tempuh
sekurang-kurangnya pendengar boleh timbang yang mana baik yang mana buruk
kalau yang aku ceritakan tu adalah kesan atau pengalaman yang buruk, cuba diperingkat awal elakkan
jangan bagi apa yang dah aku rasa, korang plak rasa
dan kalau apa yang aku kongsikan tu pengalaman yang baik-baik dan positif terpulang nak ikot ke tak
aku takde niat apa-apa tau
walaupun people keep misunderstood me


aku bukan pakar cinta
aku bukan si peramal kehidupan
aku bukan bijak pandai
sekadar manusia yang cuba berkongsi pengalaman hidup beliau
agar sahabat-sahabat sekeliling mendapat manfaat yang baik-baik sahaja
ikhlas
betui-betui ikhlas


Eima Jer: Kadang-kadang niat kita baik, tapi klu soal nasihat-nasihat orang bab cinta ni aku slalu jadi mangsa orang salah faham. last-last aku yang kena! sungguh ntah hape-hape. btw, tadi aku berdiskusi mengenai cinta jugak. takotlah pisang berbuah 2x. baik aku explain siap-siap sebab aku dah penah kena!



January 19, 2010

AZA ELLIANI

[credit to my besties syafiq utk pic di atas]


Sumpah sangat BANGGA saudari pemilik badan
tajuk entry aku letak nama beliau
kahkahkah


iya
memang SANGAT PERLU pun entry aku tempek nama beliau
sebab gambar yang nak aku tempek ni pon gambar beliau


sekadar nak berkongsi keriangan hati
keterujaan jiwa


Opppssss maaflah penulis sekarang ni tengah gile dengan baby Can [bukan nama sebenar] milik beliau
tapi takpe takpe takpe jangan risau
ni entry pembukaan keterujaan jer
InsyaAllah lepas ni takde dah pic tak tentu hala aku tempek kat sini
akan dipotong riben blog KEDUA Eima Jer dalam masa terdekat ni
khas untuk aku tempek gambar-gambar kenangan yang aku shoot
takla semak blog kesayangan ni kan?


blog kedua masih under contruction
InsyaAllah penghujung minggu ni aku umumkan majlis potong riben

p/s: Ingat Yonna je ke buat majlis perasmian makan-makan kat blog baru. I pon ade tau. Hehehehe wait yay!!


"hmmmm kenapa tak bukak flickr.com je??"
jawapan: aku tak pro lagi. budak mentah sangat.malu dengan diri sendiri. belajar sket-sket dulu yay. gambar dh kualiti baru aku tempek. cukup dimulakan dengan ruangan blog sahaja dulu. kan sifu?? [anda tahu anda siapa]



baeklah
si saudari empunya diri dah tak sabar nak tengok pic sendiri



here we go!


My First Outing
Lokasi: Balai Cerap, UTM
Jam: 6 petang
Model Sambilan: Aza
Krew Tambahan : SyafiQ sLaY



[Petang yang agak suram]






















-end-



okey aza?
puas hati?


p/s I love you: Nak kenal minah ni nah aku bagi link fb dia. kahkahkah single lagi kot! =) Aza Elliani Omar dan sila searcg sendiri. banyak lemak, semua nak kena bagi link bagai..hahaha




Eima Jer: Kalau tak lawa pic aku amek, maap mensaratkan pandangan anda. Saya budak baru belajar. =)




Saya Budak Baru Belajar

sekitar jam 7.30 pagi
view from my room


p/s: saya budak baru belajar, kalau ada kurang kat mana-mana sila sifu-sifu kat luar sana tunjuk ajar ea..

January 18, 2010

Sorry To Say



Firstly entry aku ni bukan nak menghina
apatah niat nak merendah-rendahkan orang
oh tidak
sekadar berkongsi dan sekadar menjadi iktibar untuk yang lain



Sorry jugak kalau ada antara readers adalah berjawatan yang sama
penulis mintak maaf seksiap ye
takde niat nak tunding jari ke arah anda
anda kat mana pon sesungguhnya penulis tak mempunyai entra pancaindera untuk mengetahuinya
mak aiii macam dah berpujangga plak


ape penulis cuba nak bincang hari ini adalah berkaitan:
Perangai Biadab Penjawat Awam N11 dan N17


woah
kepada yang berjawatan sama seperti di atas
jangan hot dulu ye
akhiri pembacaan entry saya dulu bagi mengelakkan kesalahfahaman berlaku


baeklah
aku selalu jugak berurusan dengan badan-badan kerajaan ni
main kos aku ni pon lebih kepada bahagian pentadbiran tanah
dan pentadbiran tanah tu of coz lah dituju khas ke bahagian Pejabat Tanah, mahupun Pejabat Tanah dan Galian
since diploma lagi aku memang banyak diketengahkan dengan pelbagai pengalaman berdepan dengan pelbagai jenis kerenah manusia melalui tugasan-tugasan yang diberi pensyarah
dan to be honest
dari dulu lagi hati aku memang bengkek habis tiap kali berhadapan dengan staf-staf kerajaan yang berpangkat n17 ke bawah ni tapi berlagaknya Ya Allah dah macam kau ni pegang jawatan Setiausaha Negara


aku taknak ungkit pengalaman few years ago
biar aku share pengalaman paling dekat je



yang paling aku tak boleh blah adalah semasa aku sebok uruskan urusan scholarship aku penghujung tahun 2009 hari tu
pengesahan saksi untuk perjanjian biasiswa dengan JPA.
aku memilih untuk hantar perjanjian ni secara by hand je
sebab subang ke Putrajaya tu bukanlah jauh sangat
disebabkan aku taklah berapa familiar dengan pejabat penghulu mahupun pengetua skolah-skolah area subang tu, makanya untuk saksi aku memilih untuk ke MOF, Putrajaya
kebetulan kawan baik aku keje kat sana
lagipun lepas cop terus boleh hantarkan


makanya berurusanlah aku dengan penuh senyuman dimuka aku ni
ke arah urusan yang lebih smooth dan cepat apa salahnya kita dahulukan dengan senyuman habis manis untuk semua staf yang ada termasuklah pak guard mahupun makcik clear
senyumankan satu sedekah
perkara yang sama jugak aku buat tatkala berhadapan dengan penyambut tetamu kat 1 of department di MOF ni
tengok muka, cantik
badan montok-montok macam ayam utm
make-up memang macam nak pegi Festival Filem
ok.takpe tetap lulus
sedap jugak mata ni tengok kale male dok ada kat kelopak mata tu
lalu semakin lebar dan manislah senyuman yang aku lemparkan sambil menyatakan hasrat yang terpendam iaitu tujuan ke sana


lalu dengan selamba si kakak ni sambut aku
dengan muka masam mencuka
dengan jelingan lansung tak manja
dengan hempasan file
dengan cebikan mulut tak sexy tu
menjadikan penyambut tetamu di kaunter reception MOF tu menjadi kaunter ahli sihir dah
woah.
hati panas dah


Eima Jer: Hmmm puan, saya nak jumpe dgn mana-mana pegawai yang free boleh? nak mintak tandatangan saksi je untuk urusan biasiswa saya. boleh?


Puan Ahli Sihir: kenapa kat sini?pejabat lain takde ke? duduklah dulu.semua pegawai sibuk KOT.


gile macam sampahkan mulut dia?
kalaulah aku ni anak menteri kewangan
dah lama aku sepak muka minah ni
peduli hape nanti bapak aku kena bahan dalam perlimen, anak bongsu tansri sepak muka kerani am rendah
[mak aii, gile dasyat imaginasi jd anak tansri]


ok
nak dijadikan perangai minah ni kelihatan lagi TAHI
duduk punye duduk layan-layan sofa empuk sejuk aircond
tetibe aku terpandang satu sudut baik punya
sudut pandangan cadangan kritikan tentang perkhidmatan staf kat situ
woah
aku sangat semangat pergilah mencuba apa yang ada kat situ
kertas aku ambil
lalu dikarang kemas dengan pelbagai komplen tentang minah witch ni
kritikan membina daripada rakyat untuk kerajaan
lalu dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam 1 mangkuk comel kat ruangan tu


setelah hampir 30minit menunggu
aku pon dipanggil oleh staf mana ntah suruh aku masuk jumpe pegawai
aku ulang balik
staf lain ok bukan witch tu
lalu berjalanlah aku dengan penuh senyuman yang aku paksa sebab dok bebai dengan minah penjaga kaunter receiption itu.
PTD di department tu sangat cool dan cantik
murah senyuman
senang berinteraksi dan berurusan
sejuk hati aku ni 10 minit
ikotkan hati, nak je aku mengadu akan perihal perangai witch mata macam-mata kale tu
tapi malas nak timbulkan hal
urusan berkaitan duit ni kena sabar


selesai je dapatkan pengesahan saksi
aku pon keluarlah menuju pintu utama
Mungkin Allah nak tunjukkan aku kebenaran kot
aku saje-saje la jeling kat ruangan mangkuk cadangan tadi tu
wooopppssss
dah takde komen aku tadi?
yang tinggal hanya mangkuk kosong
bila aku tengok je kat witch tu
gelabah bewak minah tu buang something dalam tong sampah berdekatan
sah la kertas komen aku tadi kan


memang tahi la prangai dia ni
aku apa lagimulalah membuka mulut yang sexy ni

Eima Jer: " hai kak, takot dengan komplen pelawat ke? sampai dibuang kertas komen saya.macam mana nak sahut seruan kerajaan ni 'suara rakyat diutamakan'??Nak saya tulis komplen yang lagi panjang lebar ke?tak payah letak dalam mangkuk tu sebab tau dah memang akan masuk dalam tong sampah. tapi biar saya antar terus kat PTD cantik dalam opis tu. Naaaak??"

jawapan witch: sorry, PMS. mood tak brape nak ada

omg!
PMS ke tak dapat malam tadi cik kak? tu yang dok bebai terok sangat??kau nak layan tetamu datang muka masam mencuka, kau tengok hp balas-balas sms keringan bagai takpe.
PMS hotak kau!!



PTD cantik: eh awak, tak balik lagi?ada hal apa ni?bising je sy dgr. tak jumpe jalan keluar boleh je ikot saya.kebetulan saya nak keluar. [dgn senyuman]

Eima Jer: takdelah. baru lepas skolahkan staf puan. bagitau dia klu ada tetamu tulis komplen kat ruangan cadangan/kritikan tu jangan buang dalam tong sampah. oooopppsss makaseh puan, untuk sekali lagi

PTD cantik: Iye?? maaf, biar saya uruskan




kan?
kan?


aku tinggalkan bangunan MOF tu dengan penuh kepuasan
amek kau!!



tak salahkan murahkan sedikit senyuman
bukan stakat dapat pahala, boleh awet muda lagi
tak paham aku insan-insan yang suka moody tak tentu hala buat muka sana buat muka sini mencebik sana mencebik sini
tau la PMS, tau la tak dapat malam tadi, tau la migrain bagai
tapi takkanlah nak satu dunia memahami situasi anda?
cuba senyum banyak sket
Allah nak bagi rahmat nak bagi rezeki pon pasti berbaloi-baloi dengan senyuman anda tu



kalau PTD tu pon boleh bermanis-manisan
apatah anda hanya kerani am rendah??


p/s: make up bermacam-macam kale kat muka kau tu bukan boleh naikkan darjat kau jadi lagi tinggi dan dihormati.
tapi budi bahasa tu
renungkan

Eima Jer: Sorry to say laaa. aku ni jenis suka senyum suka manis-manis dgn orang tapi jangan sesekali hempas-hempas barang cebik-cebik muka kat aku tanpa sebarang alasan. aku memang cepat marah!

January 17, 2010

Ayam Dan UTM



semak duduk UTM ni bila mana hari-hari aku kena mengadap semua resepi masakan yang berunsurkan ayam


entry ni lebih berbentuk rungutan tentang rentetan penambahan berat badan je
bukan nak kondem UTM tempat kau kutip ilmu
sumpah takde
hehehehe I kan follow twitter UTM, its mean I memang sangat sayang utm lah
sekian



aku merupakan antara perempuan pelik jugaklah. kenapa aku cakap mcm tu?? sebab kalau aku merajuk la contohkan, sekiranya bf bagi aku hadiahkan sekotak coklat mahal semahal-mahalnya pon, oh itu bukan suatu yang menggembirakan aku.
aku bukan penggemar coklat!

dan aku jugak bukan penggemar jajan dan aiskrim.tak dapat makan coklat, aiskrim jajan bagai untuk temph setahun sikit pon aku tak kesah.sumpah tak jadi kudis.tak caye? datang bilik aku selongkah semua stock-stock makanan aku. kau akan jumpe maggi yang kadang-kadang berdebu sebab aku jarang makan sangat, kau akan jumpe biskut oat IKO yang memang too healthy dan tak sedap bagi sesetengah orang, dan kau akan jumpe milo 3 in one yang kadang-kadang keras sebab dah masuk angin tak diusik makan.
pelik kan?
satu lagi, aku ni bukan suka sangat makan buah. apetah lagi jus buah. jarang-jarang sekali aku order.


makanan harian aku, cukup sekadar dapat makan nasik untuk lunch dan before malam. tak bekpes pon tak jadi masalah. tak supper lagi la tak jadi masalah. aku insan yang jarang melalak lapar tengah-tengah malam tringin makan coklat keropok jajan mcd kfc bagai. cukup dapat makan nasik 2 kali sehari.


tapi, kekerapan dan kuantiti nasik itu terpaksa aku kurangkan sebab aku dah gain weight!
ya, sejak datang UTM Skudai ni
adoiyai!
adakah disebabkan pengambilan ayam yang terlalu berlebihan?


datanglah ke sini wahai kawan-kawan
anda akan melihat sajian ayam pelbagai resepi masakan yang memang nampak enak tapi rasa sama saja.kahkahkah
utm ni kadang-kadang aku rasa macam ada reban ayam 1 hektar keluasannya
ayam-ayam yang disajikan semua montok-montok belaka
sampaikan aku pon dah makin montok
heh.



ikan takkan takde wei??
jawapan aku??
hahahaha mari-mari kawan-kawanku sekalian sekali lagi ke utm
kau akan disajikan dengan barisan ikan jaket a.k.a cencaru yang macam dah ada kembar sejuta ekor kat dunia ni sebab sama je muka ikan ni aku tengok setiap hari.
masakan yang sama
susunan yang sama
rasa yang sama
lansung tak segar



nak ikan lagi besar?
yeah, utm ada kolam ternakan ikan air tawar mungkin berkeluasan 2 hektar kahkahkah
sebab ikan patin yang disajikan untuk para pelajar memang abes besar abes molek abes memukaulah
macam ikan jaket tadi
masakan yang sama berserta susunan yang sama
tak payah tanya aku rasa macam mana sebab aku tak makan ikan air tawar
sekian.



oh ikan frozen yang lansung tak sedap tak segar
yang wajah kalian sama sahaja aku tengok di setiap kafe sekeliling utm
macam mana nak makan ikan??
dan macam mana ayam tak menjadi pilihan hati jugak?
dah la montel, digoreng diadun seperti resepi semulajadi kfc yummy
sudahnye, ayam jugak santapan lunch aku setiap hari


tu belum aku cerita menu masakan lauk-pauk ni kat kafe kolej aku yang sama sekata je setiap hari selama 3 tahun aku kat sini
susunan pun sama tak berubah tau
dan tetap memprovidekan resepi ayam yang montel-montel belaka



seriously
aku bukanlah penggemar ayam sangat
buktinya, tiap kali balik hometown or rumah kakak aku, aku memang akan tolak habis-abisan resepi berunsurkan ayam
tekak ni nak seafood je
nak ikan best-best je
ayam ni memang taknak lansung la



tapi bila kembali jejak je kaki kat utm ni
ayam jugak jadi pilihan
demn la!!



macam mana nak kurus mantap melentik macam Megan Fox ni?
oooopppssss over lak!!


ayam oh ayam
aku taknak jadi ayam daging wei



January 16, 2010

Warkah Untuk Idola

[sekadar menyemak pemandangan]


Dear Senet Idola Hati [nama dirahsiakan][anda tahu anda siapa][tapi anda bukan tahu pun saya ada blog][kahkahkah][keje gile],

Happy 24th birthday!!!
alarm yang reminder bufday kamu dh berbunyi tepat jam 12 malam tadi. maaplah, letih sangat lalu tertidur tak sedar ape ke benda. Lastly, kui 10 pagi jugak baru wish. Maaplah, subuh saya pagi ni adalah pada jam 10 pagi. kire wish bufday kamu 10 lebih-lebih sket la afta qado. takpe jangan risau, masih kusyuk solatnya. hahaha perlu ke terangkan?? Ucapan ni takde perenggan sebab tuan empunya badan yang ditujukan akan surat ini bukan baca pon.biar je semua readers pening lalat nak baca.sssshhhhhh apsal ade penggunaan kata nama 'tuan'? boleh kantoi nanti. heh. hahahaha jantina idola saya dirahsiakan. maap. tapi yang pasti bukan pondan mahupun kunsar.kahkahkah. kamoo kamoo kamoo moo moo moo [act, sy agak sopan bila berhadapan dgn idola sy tp sebab bukan dia nak baca pon takpe je la sayanpanggil dia ala ala kamooo mooo mooo nak panggil lembu]. hehehehe again n again ye. kamooo kamoooooo kamooooo, selamat hari lahir. semoga Allah sentiasa merahmati kamu. semoga hari-hari kamu semakin berjaya dan bahagia bersama yang tercinta. semoga rezeki lebih murah. semoga hidup semakin diberkati. semoga senyuman bertambah manis. semoga gigi bertambah cantik. semoga dan semoga terus menjadi insan sempurna di mata saya. "Ma, owg bukan baik sangat pon.jangan la pikir owg baik sgt"..hehehe comel sungguh ayat ni. takpe je, nak pikir kamu owg baek-baek jugak. kahkahkah tak kire. dah namanya idola, mestilah nak pikir yang baik-baik je tentang idola. saya adalah insan yang mempunyai keyakinan diri yang agak tinggi, tapi bila memikirkan idola saya, saya terasa diri begitu kecil begitu kekurangan nak dibandingkan dengan beliau. sebab tu saya mengidolakan kamu. apa aku cakap ni?? dah dah dah sampai sini saje ucapan bufday saya. semoga dapat berjumpa 4 minggu lagi. Happy bufday again!


owh, tetibe teringatkan beautiful nightmare milik saya malam tadi. hehehehehe happy bufday!


Regards,
Eima Jer



Riadah Version Classmates Saya

ini tasik UTM
Sumber: Sony K660i milik Eima Jer [cap ayam]



Saya Sayang Classmates Saya!


Hey peeps!
again n again aku nak buat review pasai aktiviti sengal aku dan classmates
kali ni hanya di kawasan UTM indah yang bakal aku tinggalkan dalam masa 4 bulan lagi InsayaAllah
yeah!!


Lokasi: Tasik UTM
Masa: sekitar jam 6 petang
Pihak-pihak Terlibat: Pekja (chef), Mar, Ana, Aza, Nad,Eima Jer



yeah, bubur kacang mixed with pisang (aku taktau nak panggil apa)
tapi bubur kacang ni ada pisang bagi menggantikan durian yang bukan musimnya
hasil kerja tangan dan kaki Chef Pekja seperti selalu pastinya perlulah MENYENGAT!!
Sekian
[chef yang pakar kurang mahu diri dipublish.cukup sekadar jari.kahkahkah]



Jom layan gambar

ini bubur sedap itu ketika di akhir-akhir pembikinan
hmmm kenapa dh akhir-akhir baru kau snap pic eima??
jawapan: senang je, dah akhir-akhir persiapan baru aku datang! hahaha


cett
muka aza nk kusyuk je melebih-lebih dari chef
padahal same je dgn aku baru sampai!
heh


Tasik UTM, here we come!

p/s: walau tasik ni kurang menarik hati aku sebab dah 3 tahun mengadap tasik yang sama tapi kalau kena dengan aktiviti, cool jugak lepak-lepak kat sini. angin petang kat sini boleh tahan woah!

setibanya
nota kaki: Mar sangat tidak sabar! [tudung putih]

menikmati bubur

sambil bergossip tentang dot dot dot si polan si polan si polan
okey, tambah dosa yang ada!


sesudah kenyang




okey
jom balik sebelum lebih banyak pose sexy di pra tontonkan
=p


biar 1 jam 30 minit je siaran riadah kami
ianya tetap menseronokkan
sebab tu muka nak balik masing-masing penuh dengan keceriaan



makaseh Pekja untuk bubur yang sedap
menu seterusnya: Spaghetti version Pekja yang sangat syurga!!
kami menanti!
=)




Eima Jer: Haaisshhh, classmates super duper happy gila sewel sengal macam ni memang akan buat aku menangis setimba sekolam bila tiba masa perpisahan nanti. Arrrggghhh aku bosan jadi student UTM lagi tapi aku sayang nak berpisah dengan all my classmates here. =(










January 15, 2010

Orked

sekadar hiasan
[[Si Orked yang sungguh glamour]]
sumber: www.orkedsaiful.blogspot.com


kakak: adik, akak scan baby untuk ketiga kalinya. memang kompem anak perempuan je.

adik: okey la tu. selamat nama anak saya tidak dicuri lagi. go Adam go!

kakak: eleh, belum tentu lagi pon. tengok nanti bila dah lahir [nak jugak xnak kalah]. akak prepare nama anak lelaki je. adik ade idea nak letak nama apa??

adik: apa kata letak nama" Orked Nur Iman"? cool and stylo je

kakak: taknak lah nama bunga. macam nama orang dulu-dulu. nanti kesian dia bila dah besar kena ejek dengan kawan-kawan. nama lain la.



ok
fine
fine
fine
okey fine!
aku sentap!!



apsal la abah tak penah ada pemikiran macam ni masa main letak je nama aku dulu..
heh.



January 14, 2010

Ada Apa Kat JB?

KL-KLUANG-JB


ahad hari tu aku bawak 2 jejaka yang aku sayang jenjalan JB
sudahnye sesat
padan muka!



itulah namanya bila tak suka jb
jalan jb pon tak suka nak amek tau
heh.
tipu!
aku memang buta jalan
hahahaha


entry ni lebih kepada kerja-kerja penempekan gambar sebagai coretan memori
aku malas nak upload kat facebook



kalau rajin sila layan
kalau malas sila gerak dan blah
=p






..........................................................................................................................................................................



ni ondaway nak ke Kluang
rumah kekasih hati mamat gheyeh (senyum) baju biru tu
kakak si Aisyah ni kawen


p/s: kami bertiga datangnya dari sebelah utara
agak excited nk merasa nasik kenduri orang selatan
my 1st time gi wedding blah johor
kesian kat aku!

-kami-

muka aku dah memang pecah abed this time
panas kot!


ok.
mari jujur
aku tak suka pergi wedding actually
aku tak suka tempat panas yang ramai orang
cth: masjid india, jalan TAR, kenduri kawen
muka pasti jadi JU-ON version kurang puteh kurang sepet
tak market
tak market

ok
pose ala-ala bakal bapak mithali penyayang bagai ni adalah perkara biasa bila kat rumah mertua
hahaha lakonan semata ni
padahal tengah tahan sangap nak hisap rokok
cettt!
blah la Ijal
=p


aku dan ajie
pertama dan mungkin terakhir di Singgah Selalu, JB
gile la
ajie datang jb kot!
hahahahaha


muka puas makan otak-otak
cett
tipu la wei
ni aku candid sebab beliau tengah pulun dok usha cuci mata awek-awek jb
hahahaha


ni ajie bersama senyum cacatnya
=p


ok
Danga Bay
tu je aku mampu bawak dorang
JB ade ape kan?


tu pun muka dh cukup bahagia
kira okey la kan?


ok.
jom balik


nak laut?
penang pon ada laut
nak kapal?
penang pon ada kapal
nak danga bay?
penang pon ada pesta pulau pinang
nak makan seafood?
fuyooo nasik goreng ketam kat juru lagi syurga!



dah dah
jom balik
kahkahkahkah



ok.
ni penulis aka pemandu pelancong paling kejam paling hampeh
dan
buta jalan jugak!
kahkahkah


sekian
bye



Sista Saya

14 Januari 2010
yeah
today is my sista's bufday
yang paling close
yang paling serasi
yang selalu aku rindu
tapi sangat-sangat berbeza dengan aku!
kahkahkah



kenapa aku cakap sangat berbeza dengan aku??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saksikan tayangan gambar di bawah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan risau, tiada unsur lucah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
so?
sekarang dah tau jawapannya kan?
hahahahaha




aku dah biase dengan ayat-ayat berikut:

"mak aii..gile baik alim warak kakak kau. tapi kau?"
ok.terima kasih atas pujian!


" apa la nasib mak kau ade anak yang lain macam sket macam kau ni eima"
ok.sekali lagi terima kasih!


"sejuk mak kau mengandung kakak kau ni eima. tapi kau??"
omg.lagi sangat2 terima kasih!!


" emak: adik...adik, apa la mak silap makan masa mengandung kat hang"
woah, mak aku skarang dah laser. sekian terima kasih wahai ibu


" kakak-kakak aku: adik..adik..dah penat berbuih-biuh dah mulut ni dok berdoa kat hang bagi jangan haru biru sangat. bila la hidayah nak dapat"
haishh, mcm mn nk dapat anak nama hidayah sebab tak kawen lagi.
kahkahkah



"abang-abang aku: adik, style la jeans adik neh. macam ni baru stylo. adik sapa bla bla bla..adik,lawa la rambut baru...adik dah gemok! diet!baru mantop!"
okey, mak dan kakak..ini jawapan kenapa saya lain dari yang lain. sebab ada 4 orang abang yang menyokong!! sekian



"anak-anak buah: hmmm dedeQ bila besar nanti taknak jadi mcm Makndak (kakak aku di atas) tapi nak jadi macam Maksu (aku la). boleh shopping macam-macam. boleh dating-dating. belajar tinggi-tinggi. macam Makndak tu bosan sangat la hidup bla bla bla......"
ok.padan muka.dah kena hantar masuk skolah agama asrama. satu tindakan berjaga-jaga ibu dan ayahnya takmau anak dorang ikot jejak langkah aku. sekian sekian!
sentap!



bla bla bla bla




unik kan aku?
hahahaha
unik hotak kau
setan tu namanya
=p



senang je nak bandingkan aku dengan kakak aku kat atas ni
macam langit dengan kerak bumi
sangat-sangat berbeza dan jauh berbeza
haishhhhh


tapi keluarga tetap keluarga
lahir dari perut ibu yang sama
benih ayah yang sama
walau aku dan kakak sangat-sangat berbeza dari segi perwatakan, amalan ibadah, personaliti, antonasi percakapan, warna kulit, kelembutan wajah n bla bla bla
tapi kami tetap rapat
dalam bahasa kg nye, tetap ngam!




to kakak saya:
selamat hari lahir
plus
selamat menanti kelahiran cahaya mata sulong anda!!
adik sayang kakak sangat-sangat
maaf sangat selalu buat kakak risau
dan pening lalat dengan kenakalan saya



kakak!
thanx jugak sebab slalu jadi banker terbaek adik!
Fuyooooooooooo
memang terbaeklah!



Eima Jer: Iman tak dapat di warisi. sekian!


January 13, 2010

Niat


kau manis-manis dengan semua girlfriends kawan-kawan kau
ada tu sampai boleh jadi kawan baek
contoh: Aida
Fahmie kawan ajie
aku awek ajie
aida awek fahmie
aku dan aida dah jadi kawan baek
clear



kau aplikasikan plak kat buah hati bekas-bekas teman lelaki kau
cara yang sama
kemesraan yang sama
ada yang reject friend request kau sampai 3x kat friendster few years ago
ok paham
ada yang acting like sangat-sangat cool ramah mesra bagai
tapi bila bergaduh
aku jugak PUNCAnya!
ok. sangat paham!


sangat paham ape?
sangat paham yang walau muka kau muka pecah rumah
tapi tatap bisa bagi wanita tergugat
auw!!
okey tipu
tipu
tipu



yang sebenarnya aku sangat sangat HOT bila kau just drop komen cakap kau nak balik kg CNY ni lalu ada la ajak kawan-kawan hometown lepak sebab dh lama tak balik kg
tetibe sampai sms bagai pesan
'eima, tolong jgn balas pape kat facebook'
gf mengamuk
adehh
macam warning aku plak
tak balik kau asyik tanya bila nak balik bila nak lepak
bila bagitau nak balik tak bagi bagitau pape plak dah
aku usaha publishkan semua benda tu
biar open air open heart sket
dengan niat
jangan la pikir ada perkara terselindung yang dilindung
last-last aku plak kena
cara aku salah ke ea?


mana lagi baek?
aku angkat call yang berdering tengah-tengah malam
berbalas-balas sms sampai lebam atau aku just hye-hye kat facebook sebulan sekali
mana lagi ok?
cara aku salah lagi ke?


benda paling aku tak boleh buat dalam perkara tuntutan cinta ni
'buang kawan-kawan aku'
ya
aku cukup paham
kat luar sana macam-macam cara orang bercinta
ada yang sampai lansung takde kawan
sampai lansung buang semua kawan-kawan sebab nak jaga hati pasangan
ada yang terus hilang life
tapi aku memang tak mampu nak buat macam tu
dan aku tak suka ajie buat macam tu
aku rasa ia sangat zalim
aku tak maksudkan sesiapa kat sini
skali lagi aku ulang
ini cara aku pandangan aku


kadang-kadang bila jadi hal macam ni
ajie slalu sound aku
dia semak la dengan hal-hal remeh macam ni
dan sound aku jangan kawan dengan orang ni orang tu
aku cukup pantang bila hal ni dibangkitkan
ada ke manusia tu perfect?
salah sket kau taknak kawan
kurang sket kau taknak campur



bila kau jatuh terjelepuk boyfriend sayang kau tinggaikan kau macam tu je
sape yang nak datang kutip??
kawan-kawan kau tu jugak
aku dah rasa 3 kali
sebab tu aku takkan sesekali buang kawan sebab boyfriend yang kau tak pasti kawenkah kau dengan dia
tapi kawan-kawan?
walau jahat mereka walau kurang sempurna mereka walau annoyingnya mereka walau sweet talkernya mereka walau lasernya mereka dan pelbagai walau lagi
itu la kawan-kawan yang mampu buat kau senyum sentiasa
yang mampu ubat luka-luka hati kau


"dah la wei. kalau dah gf dia takleh terima kau, lupakan je la persahabatan korang tu"
oh
owh
woah
itu bukan aku
itu bukan cara aku


selagi aku rasa aku berada pada landasan yang betul
aku takde niat nak merampas
takde niat nak berscandal
lansung takde niat nak menumpang kasih sayang bf kau
dan.
selagi niat hati aku ada tertulis perkataan
"SAHABAT"
insyallah aku akan teruskan persahabatan tu
tapi jangan risau
aku bukan kejam
dengan cara yang aku rasa cukup menjaga hati sang kekasih



tapi kalau kau masih tak boleh terima
itu masalah kau
sebab aku dah jalankan tanggungjawab aku
kenapa ajie boleh terima sedangkan dia jugak sang kekasih??
it means aku tak pernah sorok sape-sape pon kawan-kawan aku
dan sentiasa cari masa nak dia kenal dengan kawan-kawan aku
dan yang paling penting
BATAS PERSAHABATAN tu



"eima, senang la cakap. kau takde kat tempat dorang"
siapa cakap??
ajie ada kawan baek perempuan
hometown bestfriend since skolah kot
dan 4 tahun ajie memendam perasaan cinta dia untuk beliau
bayangkan mcm mana aku handle
lawa plak tu
got own style jugak
pandai
better n better than aku yang pecah ni



tahun pertama memang to be honest aku kecundang
cemburu bagai
cemburu yang tak masuk akal
tapi pikir punye pikir
untuk apa??
aku perlu terima yang beliau datang lebih awal dalam hidup ajie
aku perlu terima kenyataan tu
dan terima ketentuan tuhan
dan.
apa salahnya aku terima persahabatan dorang kalau masih ada batas-batas pergaulan??


paling tidak ajie tak rasa serba salah
kanan awek kiri kawan baik yang susah senang sama-sama
sampi pergi raya rumah bestfriend senyap-senyapkan takot aku mengamok
best ke macam tu?
lalu kantoi kat friendster gambar berhari raya lalu gaduh perang bagai
sumpah hati tak aman
cuba kalau redhakan persahabatan tu macam apa yang aku buat sekarang ni
pikir yang baik-baik je
alhamdulillah
hati aku tenang
dan aku dgn bestfriend ajie tu pon dah jadi kawan baek
selesai masalah


ajie slalu cakap
orang tak paham cara aku
so, slalu sangat salah paham dengan aku, cara aku
aku rasa memang ye kot!



babe
dalam dunia ni takde benda yang mustahil weh
yang penting kau cuba dulu
taklah aku tengok DIA makan hati sangat
as kawan aku sangat kesian
bercinta kan untuk bahagia
bukan makan hati dan tambah jumlah musuh dalam hati kau


maap kalau kau tak boleh ikot cara aku
tapi memang aku tak pernah ada niat lain selain berkawan
itu sangat pasti!



sekian.


dah boleh pi sambung bergaduh lagi pasai aku.
good luck!



aku kejam?
lantaklah!



Eima Jer: Maaplah kalau bersepah sangat nama ajie dalam entry aku. hahahaha penulisan aku memang dipengaruhi oleh persekitaran aku. =p

..........................................................................................................................................................................


To: Yonna
amacam, boleh jadi duta LV cap ayam tak?
hahahahaha selain bed sheet, I ada shawl LV cap ayam jugak
kahkahkah
jangan taktau, colour shawl tu dah boleh sedondon dengan handbeg LV Siti yang Datuk K hadiahkan Siti tau
ayam bukan sebarang ayam
ayam MALATOP okey!


annoyingkan?
hahahahahaha


bye!