February 28, 2010

GILA BAYANG


Ajie version 1



Ajie version 2



Ajie version 3


fullstop!
kang beliau makin over!



baeklah


aku bukan nak berjiwang apetah lagi nak menayang buah hati
takde yang istimewa yang nak dipertontonkan dari segi luaran fizikalnya
kami hanya pasangan kekasih yang biasa-biasa sahaja




cuma hati ni tetiba terpikir
kenapalah susah sangat aku nak YAKINKAN segelintir manusia
yang hati ini hanya ada AJIE sahaja
hati ini hanya gila bayang akan dia sahaja
susah
sangat susah
tatap jugak takmau percaya
haishhhh




-saya tidak pernah gila bayang akan sesiapa selain Ajie-
alhamdulillah
mintak ditetapkan hati saya sebegini sampai bila-bila
dan didekatkan jodoh kami berdua
sampai ke akhir hayat hendakNya



tolonglah percaya



dan sudah-sudahlah membenci saya


^______^



sebab saya lansung tak pernah membenci kamoo kamoo dan kamooo semua
tapi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian
percayalah
sebab saya takde bukti utk semua itu








Congrat Beb




Selamat Bertunang buat Beb(Syira) dan pasangan
this is Ajie's bestfriend
^_____^




Semoga disatukan dengan sempurna nanti
I am happy for you



p/s: baju tunang kamu sangat cantik!! everything perfect!!



February 27, 2010

You've Got Style Contest

masuk contest lagi
tu je yg aku mampu buat sepanjang hari-hari busy ni
nak update blog dengan cerita-cerita panas panas panas tak sempat nak pikir
banyak lg student matters yg perlu diselesaikan dahulu



seperti biase
ini banner dan link saudari empunya contest
^_____^


dan ini link beliau dan contestnya
http://meandmylife1376.blogspot.com/2010/02/youve-got-style-contest.html

credit to my bff Drunbella
I dapat tau contest ni from her yang masih mempunyai byk masa berblog walking
thanx!




Ini pula pic yang saya pertaruhkan

ini pic kenangan act
sebab I lost my favor necklace
tercicir dalam fitting room Zara
demn!
and my favor long sleeves shirt yang hancussss sebab terlibat dengan kemalangan kelunturan warna baju mana ntah..
haishhh
X______X
sedih sungguh!



baeklah saudari penganjur
ini pic yang saya pertaruhkan
sebab tiap x pakai baju n necklace tu
they gain my confident level to da highest level!
oh ho
Good Luck Eima Jer
ada style lah!
eceh

February 25, 2010

AZAB DUNIA

25 Feb 2010
  • Bertungkus lumus siapkan chapter 4 and 5 untuk thesis aka PSM II aku.

  • Malam nanti ada discussion dengan Haliza pastu kena siapkan jugak-jugak Laporan Pelan Tindakan Desa sebab nak kena submit kat Zul esok pagi!

  • Target PSM II untuk siapkan full draft masih tidak berjaya dicapai. Chapter terakhir masih pending


26 Feb 2010
  • ada group discussion Assignment Cik.Ruby

  • Submit report kat Zul

  • perlu siapkan slide presentation Pelan Tindakan Desa sebab kena submit kat Haliza esok!

  • perlu jugak-jugak siap dan edit semua bab PSM II

  • perlu siapkan Slide presentation untuk Assignment En.Husaini sebab kena submit kat Zul isnin ni sebab presentation pada hari Rabu


27/28 Feb 2010
  • perlu final edit semua chapters untuk PSM II

  • perlu STUDY untuk TEST Dr.Ismail Isnin ni


01 March 2010
  • TEST Dr. Ismail

  • Perjumpaan dengan supervisor

  • Perlu submit draft PSM II

  • submit slide presentation kat Zul



02 March 2010
  • Presentation Pelan Tindakan Desa

  • Kuiz Cik Ruby



03 March 2010
  • Presentation En.Husaini



05 March 2010
  • Seminar Penyediaan Kertas Seminar


06 March 2010
  • MPG'S Dinner 2010


10 March 2010
  • kena submit FULL DRAFT PSM 1 & 2 kepada Penyelaras PSM

  • kena submit SEMINAR PAPER



17 to 19 March 2010
  • VIVA -Final Presentation FYP



20 March 2010
  • Submit full report Assignment En.Husaini (Laporan Cadangan Pemajua)



21 March 2010
  • Kemungkinan aku GILA! T_______T


.........................................................................................................................................................................

sekian laporan dari bernama

jangan kata apa kalau aku masuk ICU sebab otak aku crack or hang!
+_______________________+


dan jangan harap aku nak isi borang permohonan online program MASTER!
sekian



Mommy, jangan kecewa
otak dah tepu nak sambung blajaq

Pesyen Barukah???


maaf kualiti tak memuaskan
Sony K660i cap ayam je
^______^




amacam gadis di atas??



fashion barukah??

February 23, 2010

Just Nak Bagitau



Tweetdeck aku sungguh comel!!




tweeties kat luar sana
mari menggunakan tweedeck
terbaek!!



^__________^


sifu?
masih Cik Yonna




Lepak Dengan Skulmates


20 Febuari aritu I ade Skulmates Gathering ala-ala Hawt mama gitu
tapi hampeh
yang hawt mama nye tak datang sebab morning sickness yang agak terok
yang datangnye kami-kami yang seperti biasa selalu lepak
hahahahaha



penulis memang macam ada badi
kalau arrange reunion bagai
sumpah tak penah jadi
T_______T



dari kiri: Betty, Eima Jer, Farah Hilton and Idalyn
^______^



takpe takpe
even ramai yang tak boleh nak datang sebab anak menangis, morning sickness, keje kat opis berlambak tapi yang mana datang tu pon cukup menyenangkan hati
Thumb Up to Idalyn yang datang dari Hometown di Parit Buntar, Perak sana nun
pulang awal semata-mata untuk KAMI
sayang hang sangat Lyn!
^_____^



last aku jumpak Idalyn masa form 4 dulu
hahahahahaha before dia tukar skolah
lepas tu tak pernah jumpak dah
hahahahaha
si comel ni memang selalu comel and notie!


My Darlin Farah


my Darlin Farah pulak memang mempunyai smangat reunion yang tinggi
even sebok hantar-menghantar hubby ke airport bagai
si puteh gebu ni tetap datang even lambat sket
bravo la Farah Hilton



dan pasangan merpati sejoli ni memang aku dah slalu lepak sekali
dan memang sangat senang nak deal dengan dorang
betty my lovely bestie!



Okeylah
penulis mengupdate mode entry gambar berdozen this week!
hahahahaha


cerita ntah hapa-hapa je
tapi gambar je lebih



alah
bukan memang dah menjadi adat ke?
gather mesti pasangannya gambar secara pukal
kan?



taknak cerita panjang
jom layan pin yang mana ada



ni kat NZ area KLCC tu
bukan yang Wangsa Maju punye
cantik jugak tempat ni
cool
tapi makanan memang agak hampeh la!
mamak penang jugak terbaik!


credit to Nas
^______^


aku dan Betty

Betty dan Aku


oh
Ajie jugak tidak dilupakan
hahahahaha


dan seterusnya

amek pic GELI-GELI dari aku
hahahahaha
poyo gile pose gedik macam tu
sungguh tak cool
hahahahaha
jom muntah!



haishhh
kalau dapat jumpak skulmates, 8 jam berborak pon tak abis
memang tak puas lagi jumpak hampa semua
doa aku abes blajaq dengan jayanya ea
nanti kita lepak lagi!



To: Ziera, Amreena and yang lain-lain. takpe je korang tak dapat datang.Kitorang tak marah pon. nanti buat gather tengok Amreena dalam pantang.hahahahaha







February 22, 2010

~Ezma, you jump, I jump! Contest~

my second contest sepanjang berblogging
yeah!
^_____^




contest apakah yang menarik minat penulis ni??

ini dia banner contest ni
tajuk macam cool je
teringat plak zaman-zaman gilakan hero titanic
heh



Okey bagi bloggers lain yang nak cuba nasib jugak
mari-mari kita buat rombongan masuk contest ni
simple just upload je pic lompat-lompat milik anda
macam saudari empunya contest di atas tu


sedikit explaination untuk memudahkan pihak juri dan rakan-rakan yang lain
actually saya dapat tahu contest ni last week
tapi saya memang sangat kurang bergambar tapi mempunyai agak banyak koleksi gambar lompat-lompat yang saya sendiri shoot
sebab saya minat photog
makanya menjadilah tanda tanya
samada saya layak atau tidak memasuki contest ni dengan mempertaruhkan gambar kawan-kawan saya yang di shoot sendiri oleh saya sebagai contester
sebab memang teringin nak masuk!



ni bukti pertanyaan saya kepada saudari penganjur




dan semalam saya mendapat jawapannya


malu bertanya sesat jalan
rajin bertanya bertambah pengetahuan
ok sudah lulus
mari lihat pic yang saya pertaruhkan



sebelum itu
sebarang maklumat lanjut contest ni bolehlah klik di bawah ni ea

http://ezmaliza.blogspot.com/2010/02/ezma-you-jump-i-jump-contest.html




okeylah
ini gambar yang saya pertaruhkan
natural shoot without apa-apa photo editing
natural itu lebih baek!
^_____^



Lokasi: Datarab Helipad UTM, Skudai
Masa: sekitar jam 7 malam
Pihak Terlibat: Dari kiri Cik Nad, Cik Epy, Cik Aza, Cik Pekjah, Cik Ana, Cik Mar dan Cik Yuni


saya suka akan pic ni sebab suasana matahari dah hampir melabuhkan tugasnya
kawasan yang lapang
background view yang tidak terlalu padat
dan kawan-kawan saya melompat dengan penuh keringan!
tinggi-tinggi semuanya




jangan risau
saya sudah mendapatkan keizinan mereka untuk memasuki contest ini
sebab merek juga adalah readers blog saya
^__________^



Good Luck Eima Jer







February 20, 2010

Bertemu Besties

Ini entry kepam dalam draft
aku busy 3 hari b4 pulang ke utm
menghabiskan sisa-sisa cuti yang masih berbaki
juz uploadkan gambar je dan biarkan ia kepam dalam draft
sebab aku tau dah
celcom ni kalau dh masuk je area utm, coverage macam haram
internet punya lembab
heh




okey
entry kepam ni penuh dengan gambar
malam bertemu besties dunia akhirat
simple gather
lansung tak rancang
main call je petang tu and sebelah malam tu tak sangka plak semua available nak datang
maka berlakulah small gather antara kami



kat mana??
hehehehe bukan TGI Friday macam orang-orang lain slalu buat gather
Starbuck ke Dome ke
bukan bukan
just kat stall kecik milik our lovely husband n wife iaitu Paklong and Maklong yang terletak di Jalan Semarak, bersebelahan dengan UTMKL


[klik sini]

aku penah buat entry pasal mereka



sangat lama tak jumpa dorang ni
last masa openhouse raya kat rumah Aza
tu pon sekejap je
memang sungguh tak cukup
after tu banyak kali gak plan nak jumpak tapi hampeh
semua tak jadi
sampaikan aku bebai la



kadang-kadang benda tak rancang tu la actually sempurna!
hahaha maksud aku, PUAS HATI



okeylah
mari aku kenalkan besties aku
kami dah bersusah payah senang lenang boros memboros lapar melapar sejak hari kedua di UTMKL lagi sekitar tahun 2004 dulu
sampai sekarang even masing-masing dh bawak haluan masing-masing
kami tetap rapat
^______^

insan-insan kat luar sana
tak payah la nak cuba runtuhkan kami
nak cuba hambarkan keakraban kami
tak payah
tak payah
kami dah masak sangat prangai KAU
sikit pun tak termakan cerita kau!



okey here we go
my besties sayang!




si cantik manis yang selalu lembut dan manis ni namanya CPOO
very low profile
tak suka cakap tinggi
susah nak marah orang
haishhh cantik n sexynya kaki kau cpoo
=p



si bulat ni namanya Maryam
muka memang bulat macam belon
hahahaha
yam dan cpoo memang tak dapat dipisahkan
bekepit je
kami yang lain memang dah terbiase
takde hal laaa
kan?

ini si manja Angah Liza
memang manje
bukan manje buat-buat
memang fresh from farm
hahahahaha

yang baju pink ni sue
atau nama timangan 'susu'
hahahahaha
very loving woman
kau lepak la rumah dia
kau mesti takkan kelaparan la
pandai masak
pandai melayan tetamu
aku ni dah macam anak dia je aku tengok
hahahahha




ayam daging kat tengah-tengah tu namanya Eima Jer
hahahaha abaikan keselekehan penulis
tak expect pon nak jumpe semua
act just nak teman sue je makan kat stall paklong n maklong
so, aku sarung je la ape yang patot
skali sume ade
amek kau
heh.
terima je la kenyataan kau tu selekeh wahai Eima Jer
tak payah panjang lebau explaination
dan ayam daging jugak!
^_____^



KAMI with Paklong and Maklong

hehehe yang ditunjukkan cpoo tu pic paklong muda-muda
penah jadi model iklan minyak rambut
hahahahaha






okey
ni pic paling comel!
hahahahaha




baeklah
aku tak boleh celotoh panjang sangat sebab kerja berjuta menanti
jumpa di next entry yay



thesis mode
fyp mode
psm mode


semoga siap semua kerja!

February 19, 2010

Nur Iffah Zahirrah

17 Feb 2010 lalu
ececeh
i mean 2 hari lepas i dapat anak buah baru
Hooorey!!



Ingat tak lagi pada entry I yang ni??
"ORKED"
[sila klik]
tak hengat sila pergi lawat periksa kejap
baru paham
hahahahaha kau hengat kau ni tip top bloggers orang kejar-kejar entry kau!
okey
penulis tak paksa




ini baby sulong kakak I
kakak I yang namanya Kak Ayu
yang berbeza macam langit dengan kerak bumi kalau nak compare dgn I tu
inilah baby sulong beliau
=)


I penah suggest letak nama anaknya ORKED NURIMAN
nope nope nope
bukan suggest
dah macam request
sebab I sangat suka nama tu
macam sangat cool
tapi telah di REJECT oleh kakak I



now.
I nak memperkenalkan little new baby dalam family I
lantaklah nak cakap penulis perasan ke hape
I tetap nak cakap anak buah I yang ni sungguh comel
^____________^



kecik moleh je orangnye
2.6kg je
hehehehe
padanlah dengan kakak I yang kurus kering tu

umur tak sampai 2 hari
tapi tido nak eksyen saje macam orang dh besar panjang!


merahkan??

kecik molek je kan?kan?


adorable sungguh!
I masak kat dapur smalam sampai hangit-hangit tau sebab sangat leka datang membelek this baby
tak jemu sungguh!



tak payah tanya kakak I la kan resepi dapat anak adorable mcm ni
pasti beliau akan jawab
" banyakkan membaca surah yusuf,surah lukman..senang cerita pelbanyakkan membaca al-quran"
I dh agak dh
kalau mintak petua kulit cantik pon sama jugak jawapannya
^________^




Nak tahu
Kakak I tengah bengang dengan I
even dia dh reject nama Orked Nuriman tu
tapi I tetap panggil dia orked
and secara tak sengaja semua family members i dah terbiasa panggil Orked
sampai nanny dia pon panggil orked jugak
adoyai kakak
sila terima kenyataan yang Maksu Eima ni kalau dah start letak nama orang tu, sure lekat sampai ke sudah
hahahahahaha



sedikit info untuk mommy gonna be kat luar sana:


actually kakak I dijadualkan bersalin kat Hospital Besar Ampuan Rahimah, Klang je
tapi terpaksa tukar last minutes ke private hospital
tau tak kenapa?
malam 16 Feb tu kakak I dah sakit
tapi bila pergi sana, pihak hospital tolak dengan alasan kakak i bukan nak beranak lagi
taknak tahan kakak I sebab katil tak cukup la n bla bla bla
pastu hubby kakak I bawak balik je la kakak I ke rumah
macam sangat kejamkan?


esok paginya
kakak I sakit lagi
area jam 7.30 pg
memang nak ke sana lagi la
tapi baru dapat info, suami tak dibenarkan masuk ke dalam labour room
oh ho
itu tidak bagus
so, kakak I tolak habis-habisan and willing nak beranak kat private hospital berdekatan



kepada new mommy
semalam kos rawatan bersalin kakak I murah saja tau
cuma RM1600 sahaja including charge vacuum baby hape ntah sebab kakak i terpaksa dibuat begitu sebab dah takde tenaga nak push men-push
kalau anda bersalin secara normal
kos hanyalah RM1250 je
murahkan?
dan kakak cakap layanan sangat bagus
doctor pon seorang muslim
hospital pon milik seIslam kita



kakak cakap lagi
hubby dia siap boleh masuk Labour room
and siap boleh tolong guntingkan tali pusat anak beliau lagi
pastu dorang uruskan baby sangat sempurna
kira kakak I sangat puas hati la
siap dibekalkan susu and pampers percuma lagi


berminat?
silalah ke RAZIF HOSPITAL, Klang
[google ye]




oh ho
kenape kakak I nak sangat hubby ada dengan beliau masa melahirkan baby dorang??
Hmmm sebab kakak I tu slalu histeria
kesian beliau
minggu ni saje ntah brape kali dah beliau histeria
so, takutlah kalau-kalau tengah nak berjuang lahirkan Orked tu, histeria tu datang lagi



alhamdulillah
semua selamat!
kakak I pon takde histeria bagai
Thank You Allah


ok sekian
thanx sebab sudi membaca!


Eima Jer: perasan tak yang penulis over excited cerita pasai hal-hal ibu nak beranak ni?? hahahaha okey! mari mengaku! penulis memang tak sabar nak jadi IBU! ^_____^




February 17, 2010

Kegilaan Slot Akasia Kembali


dah lama aku tak gilakan drama melayu slot akasia
sumpah dah lama aku tak menanti jam berjalan cepat pukul 6.30pm



Elly Mazlin memang slalu buat aku jadi gila bayang dengan drama melayu
ingat lagi mcm mana aku gilakan slot akasia BELLA
dia jugak heroinnya
dia sungguh comel!



Na O Mei adalah drama terbaek
barisan pelakon yang superb kecuali Iqram dinzly
maaf dan maaf
aku tak suka beliau
takde sebab apa-apa pon
memang tak suka
tetambah bila part-part dia perlu membawakan watak romantik
sgt over
aku geli!!



Elly Mazlin as Na O Mei
memang sumpah comel!
sangat sesuai dan sesuai
penarik drama ni



adi putra oh adi putra
apsal laaa kau hawt sangat dalam Na O Mei ni
gile hawt tak terungkap dengan kata-kata
memang melting abes
dengan bahasa 'orang' nya
gile cool n hawt!
Reza dan adi putra memang pilihan pelakon yang terbaek!



My gojes Nabila Huda
okey, sesiapa tak suka akan dia sila DIAM!
aku sangat suka dia
sangat dan sangat suka
abaikan kehidupan sosial beliau
itu aku tak peduli sebab aku sangat suka semua yang ada pada Nabila Huda
cara lakonannya
cara dress up dia
cara percakapan dia
suara dia
kulit dia
body dia
semua aku suka
imej yang dia bawa mesti akan kena dan sesuai dengan dia
Camelia mmg watak yang sangat sesuai dengan dia
go nabila huda go
diam skali lagi kat sesape yang tak suka dia
penulis marah nanti!
=p



Arina si comel Raja Farah
okey
mari mengaku
watak yang Raja Farah bawak dalam Na O Mei ni memang jadikan dia nampak sangat comelkan?
the way dia cakap
semua benda dia buatlah
comelkan?
dan yang paling penting
aku suka hair style dia dalam drama ni
hair colour dia jugak
sungguh comel n style!!


aku taknak cerita ulas panjang-panjang psi iqram and fouziah gauz tu sebab aku tak suka BOTH!
hahahahahaha
lantaklah sesape tak puas hati pon
^______________^



lagu-lagu dalam Na O Mei sangaaaaaat best!!
si pemalas donlod ingat mengucapkan jutaan terima kasih buat YONNA sebab sudi sent lagu-lagu Na O Mei untuk penulis
makaseh Yonna!



Eima Jer: jangan tak tahu, penulis jugak sangat-sangat MINAT dengan my beautiful FASHA SANDHA...sila diam jugak sesape yang dan join fan I HATE FASHA SANDHA tu. huh! suka-suki tak suka beliau. abaikan je la masalah peribadi beliau. apsal nak campur aduk dengan mutu lakonan beliau. dan kecantikan beliau jugak. =)


Another Stage Of My Life

sumber: google image


woah
lately ramai kawan-kawan terdekat sebok buat kerja kawen, kerja merisik, kerja bertunang
semuanya buat aku sungguh jelez!!



apsal ea
masuk je tahun 2010
aku mula rasa aku sangat tua
perlu move kepada stage hidup yang baru
perlu lakukan perubahan besar dalam hidup
perlu ubah macam-macam
dan macam-macam jugak aku fikir



kerja yang bagus
aku nak hidup di KL and Lembah Klang, bukan lagi di Penang seperti yang diidamkan dulu



aku mula terpikir pasal property
how nak jadi kaya cepat
nak sediakan semua facility untuk future family aku



aku mula galak gatai nak kawen
nak bina keluarga
nak lahirkan baby yang comel
nak jadi isteri kepada suami tersayang
dan sangat mahu menjadi ibu


seusia 24 tahun ini
aku dah mula rasa aku banyak buang masa
aku dah mula menolak nak buat benda-benda gila yang terlalu enjoy
aku mula mahukan hidup yang lengkap dan sempurna
dan untuk semua itu
aku sudah bersedia dan sungguh tak sabar untuk bekerja
perubahan apakah yang sedang aku alami ni
=.=



dan bila memikirkan boyfie yang masih belajar
honest
aku unhappy
T_________________________T



bunyinya sungguh kejam
tapi mungkin sebab aku terlalu excited nak move to another stage of my life kot
dan kalau boleh aku nak Ajie dengan aku
sama-sama move
tapi beliau masih perlu berada pada peringkat aku berada sekarang
dan tempoh itu agak panjang



semoga rasa excited aku ni tidak memakan diri aku sendiri



alhamdulillah
realiti hubungan aku dan Ajie kembali normal seperti dahulu
segala salah faham yang berlaku dalam hubungan kami sudah dileraikan dengan sempurna
biarlah insan-insan terdekat je paham apa yang aku cuba sampaikan
ini soal sensitif hubungan aku


ya
aku sudah mula boleh meletak kembali harapan dalam hubungan aku ni
tapi dalam masa yang sama aku perlu jujur
'jauh hati' tu masih membeku dalam hati aku
semoga ia jugak akan turut sama terlerai suatu hari nanti
semoga!
amin




kepada Ajie's Bestfriend
-BEB-
Slamat bertunang yay
saya sungguh happy dan sedikit jeles melihat kamu mula meniti jalan-jalan bahagia yang sebenarnya!



kepada my bestfriend Joe dan pasangan
Selamat membina masjid
tak lama lagi tu
I'm waiting for ur invitation card
tak sabar nak jenjalan Kuala Terengganu



kepada bloggers yang mula membuat persiapan nak bertunang berkahwin bagai tu
good luck yay
saya sentiasa doa yang sempurna sahaja untuk majlis kalian
^______________________^




Eima Jer: saya? oh ho doakan saja perubahan hidup yang bakal saya lalui nanti sempurna. walau hanya kehidupan sederhana, kesempurnaan tu cukup buat saya tenang.

February 15, 2010

Simple But Nice and Sooodap!

Okey
hari ni saya kurang mempunyai molekul mood yang baik
jadi saya willing nak masak untuk lupakan sejenak keserabutan kepala hotak
masakan yang sangat simple
semudah mudah.com
huHAHAHAHA



mahu belajar?
mari-mari saya ajarkan


IKAN CENCARU SUMBAT VERSION EIMA JER
[[ hahaha gile slumber ciplak resepi kakak pastu mengaku resepi sendiri]]
okey okey
ini resepi kakak
kakak yang slalu masak ikan ni
bila dah besar and terasa ingin menjadi isteri solehah kelak
saya pon belajarlah memasak resepi ini


One of Ajie's Favor ni
^______________^



pesanan awal: saya hanya ada 2 keping gambar saje sempena sesi memasak ni. sebab masa tengah main snap-snap pic sambil memasak, hubby kak Ana dok perli-perli saya masak pon nak amek pic bagai. okey, saya termalu lalu stop amek gambar.
=p



Okey
kita pergi kepada bahan-bahan masakan ini

ini je bahan-bahannya

-lebih kurang 5 cili merah 5 cili hijau
-2 biji tomato yang sedang-sedang masak
-2 ulas bawang besar
-2 ulas bawang putih
- sedikit belacan


okey, now kasik blend je semua perkara di atas kecuali tomato
jangan terlalu lumat ea
tekan blender tu dalam 4 kali sudah
siap!


PANASKAN KUALI
dengan kuantiti minyak pandai-pandai agak
pastu gorengkan ikan cencaru tadi
pastikan ia dah di garam kunyitkan ye
takkan tu pon nak kena terangkan
goreng mengikut citarasa anda
nak yang garing ke hangus ke lembik ke kurang masak ke
very simple kan resepi saya




ikan dah masak??
okey bagus!



now
masa untuk menumis



minyak kau goreng ikan tadi
buang la sket kan
agak-agak sesuai untuk menumis cili
kau campakkan je semua yang kau blended tadi ke dalam kuali
biar sehingga cili tu pecah minyak dan masak




cili dah masak??
okey bagus!


mula masukkan garam dan gula sesedap rasa ye




apa guna tomato plak?
okey, amel 1 biji tomato tu hiris dadu
lepas tu campakkan je ke dalam cili yang sedang kau masak tu
kacau dan kacau


perah sedikit limau kasturi tu
jangan banyk ye
dalam 2 biji sudah
pastu kacau-kacau
dan SIAP!!




Ikan cencaru yang dah digoreng tadi kau lepakkannya dalam pinggan yang lebar sket
pastu tuang cili tadi ke seluruh pelusuk badan ikan tadi
seperti di bawah ini


hiris tomato lagi 1 biji tu
n susun seperti di atas
ada timun kau letaklah timun jugak
segala ulam pon boleh kau top up
sebab sambal yang kau hasilkan tu memang 2 in 1
tak perlu buat sambal belacan dah
sebab ia memang dh masyuk dengan segala ulam-ulaman



cuba yay!!
sebab sangat mudah






February 14, 2010

Abang Ipaq

payah bila kau je lain daripada yang lain dalam family kau





jangan PAKSA aku jadi seorang yang tak mampu lagi aku nak jadi
boleh??




semua benda aku buat semua tak kena!
salah kat sini salah kat sana
serba tak kena
aku dah penat nak sabaq





wahai si abang ipar
tolonglah
banyak sangat isu kau timbulkan
SAYANG aku bukan bermakna kongkong aku
aku malas dah nak gaduh
dah malas nak masam muka
boleh bagi aku hidup secara AMAN???
Along, amcik, amlan n amteh okey je
tak pernah kongkong aku
tak pernah asek nak cari salah aku
lepaskan aku tentukan hidup aku
siapa aku cinta
siapa aku nak berkawan
apsal yang kau terlalu sebok??
janganlah
tolonglah jangan bagi rasa hormat aku semakin hilang
aku SEMAK!!




aku tau kau sgt care aku
aku tau kau sangat sayang aku as adik kau
tapi tolonglah lepaskan aku dengan hidup aku
sebab kau, aku jadi serabut nak balik lepak dengan family
kau naikkan semua isu pasai aku
aku kena hentam macam-macam
sampaikan aku yang diam tak menjawab ni pon dan jadi seorang yang MENJAWAB!!
bukan aku nak biadap
tapi aku tak tahan!
paham tak?
since umur 15 tahun sampai la sekarang ni
tak sudah-sudah pelbagai isu kau




aku ni dah 24 tahun
tolonglah faham!
dan tolonglah faham jugak
aku tak boleh hidup aku dikongkong dengan perkara-perkara remeh yang memang tak mampu aku ikot
aku dan Kak Ayu 2 insan yang berbeza
jangan harap aku boleh jadi macam dia
jangan paksa
sebab aku tak boleh



Amcik!
adik rindu amcik
amcik je abang yg sangat faham adik!
yang lain tau nak menghentam jaaaa
kenapalah susah sangat nak bagi semua paham JIWA adik bongsu dorang ni lain dari semua KAKAK-KAKAKnya
susah sangat!



February 13, 2010

Careless La Kau Eima Jer!!! Grrrr



benda gila yang aku beli harga rm500 cash guna duit scholarship sedang berada di lokasi yang aku LANSUNG TAK PASTI!



OMG
janganlah hilang


aku dah macam orang gila dah ni
macam dah nak pitam


now tengah tunggu Ajie fetch me up and nak gerak pergi Sg. Long, Cheras
hope ia ada kat situ
aku masih PASTI aku tertinggal kat situ




memang ianya tak seberapa mahal mana bagi golongan berada
tapi cukop mahal bagi si sengkek macam aku ni




bloggers
tolong doakan ea!!


T______________________________T



AKU RISAU!!






February 12, 2010

Industri Filem Negara



mak ai
tajuk entry gile serius
sila abaikan
penulis sedang tidak puas hati







tolonglah wei
tolonglah jangan pernah pergi tengok movie ni
sumpah lansung tak BEST
menjatuhkan mutu filem melayu yang dah mula meningkat
ini la contoh filem tak perlu tonton selain Jalang



tapi bertuahnya Jalang aku tak pergi pon tengok
tapi malangnya aku, sebab bersemangat nak tengok si Nabil ni di layar perak



aku sangat jarang tengok movie melayu di pawagam
sorry to say kalau aku cakap movie melayu kat pawagam yang akan aku beratur beli tiket hanyalah filem-filem arahan Afdlin Shauki
sebab aku tau filem beliau tak pernah mengecewakan aku
dan pengakhiran filem beliau akan diakhiri dengan ayat
" afdlin memang terbaek bila buat filem!"
okey jom keluar panggung



ini tidak
semalam bukan mainlah semangat aku nak teman ajie pergi tengok movie di atas
sebab aku minat Nabil dan aku tahu Mila memang agak pandai berlakon
harapan tinggi menggunung yang aku bakal berketawa kahkahkah dalam panggung nanti
siap beli air sorang satu lagi ni as bekalan ketika kehausan bergelak ketawa nanti
tetapi ianya sungguh hampa



filem yang paling hampes
kalau bukan Nabil pelakonnya, aku dah lama rasa nak bakar panggung tu
penceritaan yang kacau bilau mcm pengarah tak tau menilai apa itu skrip
penulis skrip yang mungkin terlalu syok sendiri
omg
oh tuhan
ya Allah
aku tak tahulah macam mana filem ni boleh masuk panggung
baek tengok DI BAWAH KETIAK ISTERI pon kau boleh tergelak kahkahkah
sungguh murah filem ni
kesian para pengarah melayu yang berusaha berjuang nak naikkan martabat filem melayu bila mana masih ada segelintir dari mereka tak tahu nak nilaikan apa itu filem yang berkualiti
kau tengok papadom superb raih macam-macam anugerah even tak masuk panggung lagi, kau pon nak buat filem
tapi nanguzubillah punya hampes!



pengarah terlalu nak mengfilemkan kisah riwayat hidup si Nabil tu kot
sampaikan jadi ntah hapa-hapa dah aku tengok
bayangkan
aku sampai terasa SANGAT MALU why aku ada dalam panggung ni tengok cerita hampes macam ni
sangat sayang bakat yang Nabil ada bila bakat tersebut diterokai oleh pengarah yang sangat hampes
Nabil pandai belakon
aku tak tahulah kalau watak Sam dalam Adnan Sempit tu si Nabil yang pegang
mahu pecah panggung dengar gelak tawa orang
tapi bila dalam filem ni
sangat nampak Nabil macam pelawak yang murah
heh



Mila oh mila
aku tak tahu apa motif poster filem ni tempek muka si Mila ni sebesar-besar alam seperti di atas sedangkan tahukah anda watak Mila dalam filem ni tak sampai 5 minit??
merengek kat abang mintak kasut skolah baru
tu je
yang si Puteri Sarah plak ntah hape-hape je watak dia
takde takpe
ada pon tak brape menyerlah


Meet Uncle Hussien plak
adalah watak paling annoying dalam movie ni
menjatuhkan kestyloan band indie je
oh my God


dan
apa function si Amy Search dalam filem ni
permulaan cerita jadi driver lori ayam
tak sampai 3 minit pon watak dia
pastu di akhir cerita, dia muncul sebagai tokey restoran milik beliau sekarang ni, ntah apa nama ntah
stakat nak sebut trade-mark phewiiiit phewiiiit beliau je
heh


pity u Nabil
kenapalah anda sign utk filem ini
anda berbakat
anda sepatutnya pergi kepada pengarah yang berbakat jugak



p/s: after movie, kuar je panggung terserempak Mila tengah tunggu nak masuk Movie. Macam nak je cakap, oh Mila janganlah datang tengok filem kau. pergi tengok Wolfman lagi bagus. adoiyai!!! tapi kau memang kecik dan cantik! semakin kecik xmacam skolah-skolah dulu masa budak kelas aku asek ngorat-ngorat kau! hahahaha


Eima Jer:
woah, laser gila komen tengtang LU PKIRLAH SENDIRI THE MOVIE ni. tak takot kena copy n paste ke?? haishhh aku komen pedas-pedas dengan olahan panjang lebar ni sebab nak suruh lu pikirlah sendiri nak pergi tengok ke tak filem macam ni.huh! macam nak je pergi jumpak Afdlin yang busy mengarah filem baru beliau kat kolej Ajie tu pastu nak cakap, abang oh abang boleh tolong skolahkan pengarah-pengarah filem lain hasilkan filem berkualiti sket?? bukan guna keglamouran artis sebagai pelaris filem. aku emosi aku emosi. sekian!






February 10, 2010

Bila Ajie Dah Fade Up



lagi cerita pasai Ajie
maap kalau bosan
asek sebut nama dia je
=p
nak buat macam mana
tuan empunya blog suka sangat dengan nama Ajie tu
maka penuhlah watak bernama Ajie dalam penceritaannya



maka bermulalah lagi riwayat al-kisah manusia bernama Ajie
[ ooopppsss dah mcm ada yg thinking twice dah ni nk tekan pangkah =p]



lepas parkinson bagai amek gambar aku yang pelbagai pose ayam daging tu
maka servis bertukar tangan
dia dah fade up
dah penat
dah sangat nervous
lalu aku pon mulakan sedikit sesi shooting bersama buah hati chenta kaliau ni



Lokasi:
Masih di Alamanda, Putrajaya
Masa:
5 petang
Pihak Terlibat:
Ajie SAHAJA =p




Amaran Keras:

makin lama bf aku pose makin over
makin gile lensa
makin gile glemer
sila jangan muntah
kalau masih loya sila tekan pangkah
=p
penulis takpe
penulis tetap SUKA
tetap rasa seni
hahahahahahahahahahaha
kalau Adnan Sempit tu dalam hati ada taman
penulis plak dalam hati ada genting theme park
Indoor and Outdoor tau!
hahahahahaha


baeklah baeklah

here we go
serba sedikit gambar yang masih serba kekurangan dari saya

masih control ayu
cehhh

masih control cool
cett

masih control meng-control
ntah hape di control
ececececececeh

amboi hang!!
=p
dah mula menyelami mood over

agagagagagaga


okey
mood as model mula menguasai diri
anda sila jangan muntah!
=.=

kan?



kan..kan..?

saya dah cakap dah!
=.=

serious over kan?kan?
hahahahaha

okey
sebelum dia willing nak galas handbag i smpi ke sudah
mari kita akhiri photo shoot ini
maaplah, saya paling tak boleh blah tengok bf dok galas handbag gf kesayangannya
sumpah lansong tak cool
even kau hensem nak mampos!!


p/s: lelaki-lelaki macho kat luar sana. sila ambil perhatian. elakkan perbuatan seperti di atas. anda akan kehilangan hampir 90 peratus kemachoan anda bila berpelakuan sedemikian. banyak lg cara lain nak tunjuk anda care. bukan dengan menggalas handbag gf anda! sekian tetibe emo.hahaha



Eima Jer: Jangan salah anggap. saya bukan seorang gf yang suka merendah-rendahkan bf nya. dalam hati slalu bangga. cuma ini sekadar gurau senda. kami memang macam tu. kan we treat each other s bestfriend. stakat hanjeng menghanjeng macam ni perkara biasa. =)


to Ajie: saya tahu anda baca belog saya. dan saya tau jugak anda tak marah. =p




CNY Holiday #Part 2

09 Febuari 2010


oh ho semalam satu hari habiskan masa dengan Ajie pastu berdinner bersama-sama keluarga
=)


before Kak Yang call suruh aku and Ajie balik PJ, rumah Kak Aya sebab mak tak sihat tak lalu makan
aku n Ajie ke Alamanda
teman Ajie tengok wayang
sangat terharu Ajie wait aku nak tengok Adnan Sempit
oh ho terharu
=)



Alamanda sangat sunyi
aku plak memang dh lama tak kuar berdating berdua lebih baik dengan Ajie sambil tengok wayang berdua-duaan jugak
memang dah lama tak buat perkara ni
slalunya masuk shopping mall mesti dengan kwn-kwn jugak
tengok wayang mesti kena ajak kawan-kawan jugak
bila kembali berdua
sumpah aku rasa muvie-ing tu perkara sangat bosan
slamatlah Adnan Sempit tu not bad lah
tapi best lagi kalau sebelah aku ada fahmie n aida
tak pon Ijal and Aisyah
taklah aku rasa back to zaman-zaman skolah dulu
zaman pulun berdating berdua lebih baik
lepak tepi pantai pastu bantai borak ntah hapa yang diborakkan sumpah tak plak rasa bosan
tak macam sekarang
kalau kena makan dengan ajie secara berdua-duaan pon aku dah bosan
tengok movie berdua-duaan pon aku bosan jugak
pity ajie
dapat gf yang tamak macam aku
kasih sayang bf pon nak, kasih sayang kawan-kawan pon nak
nak serentak plak tu
haishhh




baeklah sedikit gambar aku nak kongsi
bukan aku yang shoot
percubaan Ajie bermanja dengan hadiah beliau
tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tolong jangan gelak tengok hasilnya
sebab aku bukan nak gelakkan beliau
tapi gambar dia shoot sungguh comel
sebab beliau nervous terlampau
sampaikan terketar-ketar tangan
hahahahahaha



aku paham
aku dulu pon ms first time pegang dslr pon aku terketar-ketar
pastu kalau suruh pegang dslr orang memang aku lagi akan nervous
sebab tu dulu penah keluar outing dengan joe aku malu nak manje-manje dengan nikon beliau
nervous ok joe!
maybe tu yang ajie rasa semalam
comel
comel and comel



takpe sayang takpe
tetap SENI bagi saya
=)
even saya nampak sungguh ayam daging dalam lensa sendiri
kahkahkah


percubaan 1
ulasan: amek kau. gambau terus kembang semangkuk ditambah aku jadi bertambah pendek walaupun dah memang pendek. fine baby fine. ajie cuba jatuhkan saham aku!! tapi ade ke saham?hahahaha



percubaan 2
ulasan: oh ho hubby, kena parkinson ke?? hahahahaha comel sungguh!



percubaan 3
ulasan: ok. semakin baik. tapi apsal muka mila tak nampak.hahahaha


percubaan 4
ulasan: semakin baek =) dan stop. dah penat jd model sambilan! =p hahahahahaha




p/s: seronok ea korang tengok muka tak siap aku. yang kembang ada yang semangkuk ada. hahahaha madu sila diam kalau baca entry aku ni. tau la nk kata aku gain weight!! huh


Eima Jer: Mak tak brape sihat la. Tak lalu makan. aku sangat risau. maybe mak rindu anak-anak kot. Hope mak cepat sihat. =.= adik dh balik kan ni kan mak..




to Ajie: tq so much sudi luangkan masa dinner bersama keluarga saya! mak nampak happy kamu ada skali lastnite =) dont tell me mak rindukan kamu more than me.sumpah aku jelez!!




February 09, 2010

CNY Holiday #Part 1

wokey
semalam aku gerak from utm to kl lewat jugak
class abes lambat
En.Adib lecturer kegemaran memang sangat suka mengajar sedangkan memang dah nampak dengan terangnya separuh ahli class aku dh balik hometown
yang tinggal muka-muka yang tak boleh blah ketara nampak hati minda otak semua kat kampung halaman dah.
yang tinggal just jasad yang mengadap kuliah En.Adib lecturer kegemaranku
hahahaha



aku sampai Serdang dalam area jam 10 malam jugak
perjalanan dengan Cik Yuni kali ni agak memakan masa yang lama
kitorang exit Ayer Keroh jap antar Cik Epy ke pangkuan keluarga
Ajie amek aku kat Serdang
seperti biasa
hahahahaha buah hati wei
mesti kena jumpak dulu



perut ajie dh melalak lapar
perut aku cool je sebab dah bantai mee goreng sepinggan kat hentian Machap
pesanan: mee goreng kat hentian Machap memang sedap!


bila perut aku kenyang aku hilang idea nak terjah makan kat mana
pity ajie dapat awek macam aku
punya la kawan dok tahan lapar nk makan dengan aku
tup-tup aku dah kenyang
hahahahahaha


sudahnya kami decide nak pergi tempat kami berchenta-chenta dolu-dolu kala
menjenguk Selera Semarak yang terletak sebelah sangat dengan UTMKL dan berhadapan dengan PULAPOR tu
warga UTMKL pasti tahu
=)



oh ho
tetiba jadi rindu kat utmkl
maybe sebab aku dah nak abes blajar kot
tu yang emosi gatai nak rindu-rindu ni
utmkl banyak dh perubahan
pagar dah cantik wei
hahahahaha utm memang suka upgrade pagar ea??
kampus skudai pon kan
hahahahaha
and dah banyak construction in progress
ke arah pembangunan kampus utmkl yang lebih lestari mungkin!
=p
oh ho itu tajuk thesis aku



actually aku singgah Selera Semarak sebab rindu akan 2 orang insan yang aku anggap macam mak ayah aku dah
PakLong and Maklong
both meniaga kat Selera Semarak tu
pasangan yang cool n very loving
dah lama aku tak datang jenguk mereka be2
padahal kerusi meja makan kedai dorang ni la yang menyaksikan sesi kenal-mengenal aku and ajie
Ingat lagi, masa 1st time bawak ajie jumpak Paklong, bukan main tak suka lagi orang tua tu kat Ajie. tapi ajie tak putus asa. terus-terus dia usaha amek hati paklong sampailah skrang ni aku tengok paklong bukan main rapat dengan dia
melebih-lebih pada aku plak


oh ho
siapa paklong??
mari aku kenalkan
hensem woah even dh tua
cool kan?
and dah tau apsal boleh baik gile dgn ajie kan?
tengok jersey la kan


dia ayah yang baik
penyayang and funny
aku, cpoo, yam, kechik, sue membesar 3 tahun depan mata dia masa kami kat utmkl dulu
tak boleh tak makan kat cni
dari malam pertama aku kat utmkl lagi tempat aku tuju adalah gerai kecik milik mereka berdua sampailah hari terakhir aku bergelar student utmkl


Maklong?
wife yang cool
maaf tiada gambar
masa aku datang smalam maklong tak cukup tangan melayan kerenah pelanggan
btw,
kuewtiaw kerang n nasik lemak Maklong masak memang sedap!!
superb


ni meja aku n kawan-kawan akan habiskan masa-masa dinner kami setiap hari
meja ni jugak ajie and KTT's students dari Sepang nun dia hangkut datang makan kat sini
aku ingat lagi favor makanan dorang sume
Nasi Goreng Cendawan Butang
sedap + banyak + murah
ada yang siap pesan tapau!
haishhh rindu kenangan lama


-cerita sedih-
paklong n maklong ada jugak mengeluh
selera semarak tak semeriah zaman-zaman kami dulu
table manjang je penuh sampai ke malam
akibatnya BONDA ( femes stall kat cni) dah move ke area USIM
melepas aku nak makan ayam goreng kunyit dia yang gile best!
kuewtiaw kongfu dia memang terbaek!
mana nak gi cari la sampai ke USIM sana
=(


paklong plak kurang sihat skrang ni
sampai pernah kena tahan wad
hal-hal berkaitan jantung
aku sebak actually masa Paklong tunjuk semua ubat beliau
banyak kot
rasa macam nak pelok je paklong suruh jaga diri makan ubat slalu
aku risau
sama macam aku tengok abah dok paksa makan ubat berdozen-dozen dulu
InsyaAllah, yang baik-baik aja kita doa untuk paklong
=.=


this is Ajie's favor drink
air tangan Paklong
tembikai laici
dengan hirisan tembikai dengan taburan laici
ia menjadi sangat sedap!
masa dulu rm1.50 je pon secawan
sekarang tak tau la plak dah brape harganya
sebab smalam kami makan free ja
siap paklong buatkan air pisang blanded lagi
memang sumpah sedap!


aku macam biasa
teh ais dan aku tak dapat dipisahkan
cawan yang sama macam dulu
kat sini je boleh dapat
Paklong tau apa aku suka
teh ais milik aku mesti tak manis sangat
ketulan air tu xnak besar
biar hancur halus halus sket
-ok terharu-
beliau masih ingat
siap tak perlu order
terus je sampai 2 air tu
terharu terharu


ajie dan kuewtiau kerang Maklong
kalau nak rasa kuewtiaw kerang version ala-ala cina datang sini ok
tu style maklong masak
arrrrggghhhh sepanjanga teman ajie makan smalam
sumpah aku sangat rindu korang be5
tahu tak
aku rindu?
tapi mana korang?
aku je ke yang rindu?
ok tak mau cakap lagi




"ingati orang yang mengingati kamu, hargai orang yang menghargai kamu, jangan mengejar orang yang semakin menjauhkan diri dari kamu"

tapi aku nak mau semua tahu
aku masih sama macam dulu
masih menunggu masa-masa indah kita be6 kembali tercipta
=.=



p/s: biar kedai milik paklong n maklong tak sehebat the ship kg baru tak sehebat Old Town White Coffee, Starbuck bagai
tapi penuh dengan kasih sayang mereka
penuh dengan kenangan aku and ajie
penuh kenangan aku dan 5 orang kesayangan
aku sayang paklong n maklong
aku sayang korang be5!


ok bye!