February 09, 2010

CNY Holiday #Part 1

wokey
semalam aku gerak from utm to kl lewat jugak
class abes lambat
En.Adib lecturer kegemaran memang sangat suka mengajar sedangkan memang dah nampak dengan terangnya separuh ahli class aku dh balik hometown
yang tinggal muka-muka yang tak boleh blah ketara nampak hati minda otak semua kat kampung halaman dah.
yang tinggal just jasad yang mengadap kuliah En.Adib lecturer kegemaranku
hahahaha



aku sampai Serdang dalam area jam 10 malam jugak
perjalanan dengan Cik Yuni kali ni agak memakan masa yang lama
kitorang exit Ayer Keroh jap antar Cik Epy ke pangkuan keluarga
Ajie amek aku kat Serdang
seperti biasa
hahahahaha buah hati wei
mesti kena jumpak dulu



perut ajie dh melalak lapar
perut aku cool je sebab dah bantai mee goreng sepinggan kat hentian Machap
pesanan: mee goreng kat hentian Machap memang sedap!


bila perut aku kenyang aku hilang idea nak terjah makan kat mana
pity ajie dapat awek macam aku
punya la kawan dok tahan lapar nk makan dengan aku
tup-tup aku dah kenyang
hahahahahaha


sudahnya kami decide nak pergi tempat kami berchenta-chenta dolu-dolu kala
menjenguk Selera Semarak yang terletak sebelah sangat dengan UTMKL dan berhadapan dengan PULAPOR tu
warga UTMKL pasti tahu
=)



oh ho
tetiba jadi rindu kat utmkl
maybe sebab aku dah nak abes blajar kot
tu yang emosi gatai nak rindu-rindu ni
utmkl banyak dh perubahan
pagar dah cantik wei
hahahahaha utm memang suka upgrade pagar ea??
kampus skudai pon kan
hahahahaha
and dah banyak construction in progress
ke arah pembangunan kampus utmkl yang lebih lestari mungkin!
=p
oh ho itu tajuk thesis aku



actually aku singgah Selera Semarak sebab rindu akan 2 orang insan yang aku anggap macam mak ayah aku dah
PakLong and Maklong
both meniaga kat Selera Semarak tu
pasangan yang cool n very loving
dah lama aku tak datang jenguk mereka be2
padahal kerusi meja makan kedai dorang ni la yang menyaksikan sesi kenal-mengenal aku and ajie
Ingat lagi, masa 1st time bawak ajie jumpak Paklong, bukan main tak suka lagi orang tua tu kat Ajie. tapi ajie tak putus asa. terus-terus dia usaha amek hati paklong sampailah skrang ni aku tengok paklong bukan main rapat dengan dia
melebih-lebih pada aku plak


oh ho
siapa paklong??
mari aku kenalkan
hensem woah even dh tua
cool kan?
and dah tau apsal boleh baik gile dgn ajie kan?
tengok jersey la kan


dia ayah yang baik
penyayang and funny
aku, cpoo, yam, kechik, sue membesar 3 tahun depan mata dia masa kami kat utmkl dulu
tak boleh tak makan kat cni
dari malam pertama aku kat utmkl lagi tempat aku tuju adalah gerai kecik milik mereka berdua sampailah hari terakhir aku bergelar student utmkl


Maklong?
wife yang cool
maaf tiada gambar
masa aku datang smalam maklong tak cukup tangan melayan kerenah pelanggan
btw,
kuewtiaw kerang n nasik lemak Maklong masak memang sedap!!
superb


ni meja aku n kawan-kawan akan habiskan masa-masa dinner kami setiap hari
meja ni jugak ajie and KTT's students dari Sepang nun dia hangkut datang makan kat sini
aku ingat lagi favor makanan dorang sume
Nasi Goreng Cendawan Butang
sedap + banyak + murah
ada yang siap pesan tapau!
haishhh rindu kenangan lama


-cerita sedih-
paklong n maklong ada jugak mengeluh
selera semarak tak semeriah zaman-zaman kami dulu
table manjang je penuh sampai ke malam
akibatnya BONDA ( femes stall kat cni) dah move ke area USIM
melepas aku nak makan ayam goreng kunyit dia yang gile best!
kuewtiaw kongfu dia memang terbaek!
mana nak gi cari la sampai ke USIM sana
=(


paklong plak kurang sihat skrang ni
sampai pernah kena tahan wad
hal-hal berkaitan jantung
aku sebak actually masa Paklong tunjuk semua ubat beliau
banyak kot
rasa macam nak pelok je paklong suruh jaga diri makan ubat slalu
aku risau
sama macam aku tengok abah dok paksa makan ubat berdozen-dozen dulu
InsyaAllah, yang baik-baik aja kita doa untuk paklong
=.=


this is Ajie's favor drink
air tangan Paklong
tembikai laici
dengan hirisan tembikai dengan taburan laici
ia menjadi sangat sedap!
masa dulu rm1.50 je pon secawan
sekarang tak tau la plak dah brape harganya
sebab smalam kami makan free ja
siap paklong buatkan air pisang blanded lagi
memang sumpah sedap!


aku macam biasa
teh ais dan aku tak dapat dipisahkan
cawan yang sama macam dulu
kat sini je boleh dapat
Paklong tau apa aku suka
teh ais milik aku mesti tak manis sangat
ketulan air tu xnak besar
biar hancur halus halus sket
-ok terharu-
beliau masih ingat
siap tak perlu order
terus je sampai 2 air tu
terharu terharu


ajie dan kuewtiau kerang Maklong
kalau nak rasa kuewtiaw kerang version ala-ala cina datang sini ok
tu style maklong masak
arrrrggghhhh sepanjanga teman ajie makan smalam
sumpah aku sangat rindu korang be5
tahu tak
aku rindu?
tapi mana korang?
aku je ke yang rindu?
ok tak mau cakap lagi




"ingati orang yang mengingati kamu, hargai orang yang menghargai kamu, jangan mengejar orang yang semakin menjauhkan diri dari kamu"

tapi aku nak mau semua tahu
aku masih sama macam dulu
masih menunggu masa-masa indah kita be6 kembali tercipta
=.=



p/s: biar kedai milik paklong n maklong tak sehebat the ship kg baru tak sehebat Old Town White Coffee, Starbuck bagai
tapi penuh dengan kasih sayang mereka
penuh dengan kenangan aku and ajie
penuh kenangan aku dan 5 orang kesayangan
aku sayang paklong n maklong
aku sayang korang be5!


ok bye!

1 comment:

Apit said...

mcm best ja..menyesai x masuk utmkl dlu..p masuk matrix changlun hapa pun xdk..haha..tp ada jo cendoi sblm sampai..kira yg tu plg up la kut..utmkl x lama dh tu, pasni dh xdk prog dip dh..