June 20, 2010

Bahasa Jiwa 2#

aku dapat jawapan
jawapan tentang hati sendiri


ya
hati aku tamak
hati aku degil
hati aku tolak bulat-bulat konsep 'berserah sebelum berjuang"
hati aku EGO untuk menerima kekalahan
kehilangan
kekecewaan


sebab diri aku
bencikan kesepian
bencikan kesedihan
benci bila aku terpaksa harungi hidup seorang diri



sebab tu aku di sini
masih menimbang balik untuk MEMILIKI
dan membiarkan hati kembali DIMILIKI
tapi jiwa aku hanya separa
separa untuk membiarkan hati dimiliki dan memiliki
separa kerana jiwa sudah bangkit untuk berfikir
fikirkan REALITI masa depan
yang si jiwa nampak hanyalah KESULITAN




mengapa objek-objek hidup sekeliling aku
sering dan sentiasa berminat dengan cinta aku?
kenapa perlu meracuni kesucian cinta itu
kenapa perlu mempengaruhi dua watak penting ini
mengapa tak biarkan kami tenggelam dalam permasalahan kami
kesulitan kami
keperitan kami
biarkan kami kental mengharunginya bersama
kenapa perlu jadikan kami MANGSA?
dan aku sebagai si kerdil yang senantiasa diletakkan sebagai platform utk segala kesalahan kekurangan dalam hubungan
*sigh


setiap saat aku mengeluh
Hmmmm
haishhhhh
sigh
hoih!


EGO
aku perlukan kau sekarang ni
sekurang-kurangnya aku boleh menambahkan kekuatan diri
dan cuba menjadi ketuhar pembakar
supaya hati bisa dibakar dibentuk menjadi KERING
tak lembik
tak lemah
tak lagi longlai



deria rasa cinta aku makin menghilang
dek kerana ketidakpastian
tapi hati masih tamak
walau jiwa sudah separa


sekali lagi aku bertanya
ada cara??




7 comments:

Drunbella Khoo said...

gaya penulisan dah macam org yg hg dok khatam tu dah.
hee.

Eima Jer said...

hal hati ni kena double meaning kan..
kalau mampu triple meaning..


aku dah cuba terang-terangan..
tapi kena hentam
hahahahahahaha


penulisan dia penulisan dia...
jangan samakan aku..
penulisan dia level hebat
aku ni taip apa yg lintas..
tu je..
=)


mcm2 aku paham dgn komen ang ni..
tapi aku amek yg positif je..
tq 4 ur komen..
=)

Eima Jer said...
This comment has been removed by the author.
Drunbella Khoo said...

takpa rahimah, as long as hg puas dengan penulisan hg, keep it up.
lain padang, lain belalang.
betul ke peribahsa aku neh?
ahaks.
^___^

Eima Jer said...

lain kisah hati lain luahannya...


ada masa kita cintakan bahasa jiwa
ada masa kita perlukan seloka jenaka
ada masanya kita diam tanpa sebarang entry disipta..

=)

Drunbella Khoo said...

disipta tu apadia rahimah?
ka hg salah taip?

Eima Jer said...

di ciptalah..
typo!!!