June 19, 2010

Bahasa Jiwa 1#



dua hari ni urat saraf otak terlalu banyak pikir
sampaikan hidup aku sehari-hari aku ajar untuk mengukir senyuman palsu




aku tak yakin dengan harapan yang ditabur
semakin aku cuba selam
semakin aku tak nampak masa depan



aku stuck
terhenti
hati terus-terus bertanya pada jiwa
"mampukah kau berdiri di sana nanti?"
otak mula berimaginasi
tentang perjuangan untuk bahagia
hanya aku yang perlu berjuang habis-habisan
itu hakikat



batiniah aku memerlukan masa lalu yang indah
zahiriah aku memerlukan nafas segar penuh semangat seperti yang dulu
tapi akal yang waras masih berfikir
"adakah sebesar ini risiko yang perlu dan bakal aku tanggung untuk setiap nafas segar itu?"
risiko bahagia
risiko derita
risiko dicampak sesukanya
risiko dibuang begitu sahaja
risiko untuk perjuangan itu berhenti tanpa sempat sampai ke destinasi impian



destinasi impian??
masih ada untuk KITA?
ia makin samar
makin kabur
walau dah aku tambahkan power kaca mata aku ni
tetap kabur
aku cuba tambahkan jugak power mata hati aku
tetap jugak kabur
aku tak yakin
aku hanya nampak sengsara
aku hanya mampu berimaginasi tentang keperitan tersepit
dikalangan aku dan kesayangan kau yang lain




aku terlalu memikir?
TAK
masa mula memperlihatkan kesukaran itu
masa mula memberi ruang untuk si hati dan akal bergabung
memikirkan dengan secara mendalam
dengan penuh keseriusan
tentang masa depan itu
hati mahu berlari mengejar kebahagian yang terlalu diinginkan jiwa aku
tapi
kewarasan hati bisikan naluri masih cuba menahan hati cuba mengikat jiwa merangtai kaki
dari mula menjadi
"pelari tanpa tujuan"
yang akan penat dengan kekecewaan lagi




hati aku gila!
sebab terlalu degil untuk menerima suatu HAKIKAT!



ada cara???



1 comment:

~misz syafa~ said...

bersabar ye kakak...
fikir betul2...
semua tu dlm tngan kamu....
insya allah...
mungkin da smpai masa bincang dgn
fmly.... i think...
go go go chaiyyokkk