August 31, 2010

Dunia Kecil Saya



Lately
dunia kecil milik saya dipenuhi dengan ramai insan-insan yang penuh kasih sayang
saya gembira



dunia kecil saya
kecil sahaja
tak ramai penghuninya
tapi yang datang menjenguk pintu dunia kecil itu
semua secara tak sengaja
manis-manis belaka
pelbagai karakter
tapi punyai fahaman yang sama
dan memahami apa yang saya rasa



dunia kecil saya dunia yang senyap diluarnya
tapi penuh kegembiraan di dalamnya
yang melihat mungkin tak sedar
saya ada dunia kecil saya
yang penuh dengan kesayangan saya



EJ
kau gila??



tidaklah
saya tak gila
saya bercerita tentang bahagianya saya
punyai dunia kecil miliknya saya
tak gilalah



hey
saya tahu
ada di kalangan anda adalah watak di dalam dunia kecil saya
yang sentiasa mengikut cerita hati saya
cerita hati yang sebahagiannya tersimpan kemas di dalam dunia kecil miliknya saya
hanya penghuninya sahaja dapat merasa dapat memahaminya



oh oh oh EJ
kamu ada dunia khayalan??fantasi??
bukan kamu benci akan perkara yang bukan realiti?



hey
dunia kecil saya bukan dunia khayalan
bukan juga ciptaan imaginasi saya
yang membentuk sebuah fantasia
dunia kecil saya adalah sebahagian realiti diri saya
yang hanya nampak keseluruhannya
jika anda adalah sebahagian daripada penghuninya



terima kasih twitter saya
terima kasih belog saya
terima kasih facebook saya
terima kasih formspiring miliknya saya
hey
kamu semua adalah teknologi yang mendekatkan saya dengan ramai kesayangan saya
ya
kesayangan yang juga penghuni dunia kecil miliknya saya




hey
kenapa kamu tersenyum sendiri??
kamu mulai rasa kamu adalah sebahagian daripada dunia kecil saya??
oh oh oh
itu tepat
kamu adalah penghuninya
kerana kamu merasa




manis sangatkah mereka-mereka di dalam dunia kecil kau tu EJ?



hey
sangat manis okey
sangat tabah
sangat perhatian
sangat memahami saya
saya yang punyai jiwa yang mungkin pelik bagi semua
tapi tidak bagi mereka
kerana mereka jua punya jiwa yang sama



kepada yang sedang senyum
terima kasih kerana terus dengan saya
berkongsi cerita jiwa
bergelak ketawa
tiup meniup semangat dan kekuatan jiwa
bagi mengawal pelbagai rasa
rasa yang ion nya lebih kepada kuasa negative dua
negative dua?
HAHAHAHAHA teori apekah itu EJ
nak jadi saintiskah pula??
hehehehe
maap
si buta sains cuma cuba membuat teori sendiri
menggambarkan rasa negatif yang sama kuasanya dengan kesedihan kelukaan kepahitan
T______T
buruk plak teori saya itu
abaikan!



eh eh eh
saya nak cerita pasal dunia kecil saya laaa
apsal pergi kepada teori palsu pula?
haishhhhhh



hey chenta dan kesayangan saya
terus menjadi sebahagian daripada dunia kecil saya
saya memerlukan anda semua!!



ini serius!!




^__________*




August 30, 2010

Miss OREO






ini kucing kampung je I tell you
kucing ala-ala version berjalan-jalan merayau-rayau mencari awek di tepi jalan-jalan kampung tu je
takde pergi saloon
takde sakit pegi klinik
takde mandi guna shampoo khas bagai
makan ikan kembong rebus je gaul dengan nasik
kucing kampung la katakan



hmmm tapi apa yang tertarik hati
bulu beliau sangat unik
jarang ku temui
kucing kampung piau
takde MIX ke REMIX ke
tapi bulu beliau kale DARK BROWN and WHITE
superb!!
nampak beliau exclusive dari kucing-kucing kampung yang lain




okey tipu
beliau nampak EXCLUSIVE bukan sebab kale tu dark brown
tapi ia adalah KUCING KERABAT
atau nama lain
ROYAL of PETRA punya kucing kampung
takdenye nak jenjalan kat luar rumah
jenjalan atas piano nak la
atas sofa empuk terbenam bontot nak la
haishhh!!



ini hasil inspection saya today
berpeluang menjejakkan kaki ke rumah kerabat di raja Kelantan
rumah superb mode royal habis
nak pijak kaki pon rasa tak layak
T_________T
anak lelaki hawt yummy nyumnyum nak mati
eh
sempat lagikan
haishhhh!



maaf la
takde gambar yang boleh saya sajikan kat sini betapa cantiknya rumah mereka
sebab itu kan urusan kerja
mati saya kalau kena saman nanti
biarkan ia menjadi urusan kerja
saya dapat tayang gambar MISS OREO kat atas tu sudahlah
Royal Cat
manja nak mampus
gatai pon ade
sebab dia kucing perempuan
asek nak ngorat manja-manja dengan sensei saye je




korang
tetibe terasa macam best plak jadi MAID kat rumah tu
bilik besar
ade aircond
tilam VONO
annual leave 30 hari
setahun skali pergi bercuti oversea
setahun berkali-kali bercuti dalam malaysia
majikan selalu takde rumah
dan mereka baek hati
huh


jom berhenti kerja pastu antar resume jadi MAID kat situ nak
penat kerja pon takpe
boleh cuci mata barang baek punya
Tengku yang gila nak mati punya hensem!
HAHAHAHAHA



okeylah
off sebelum kena PRINT SCREEN nanti sebab merepek banyak sangat!
esok cuti
saya mahu keluar lepak
rindu HOT CHOC di Rasta TTDI



-SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA-
Terima Kasih untuk keselesaan dan keamanan yang ada-
^__________^



EJ dan Muka Gedik Santainya!



Hoih EJ
tau la hati tengah serabai jiwa tengah kusut
jangan la rambut pon kembang kusut serabai serabut macam jiwa!
HAHAHAHAHAHA





dah la amek pict sendiri
buat muka gedik
sambil buat dunno yang rambut tu kembang KERING KONTANG!!
HAHAHAHAHAHAHA



ini lagi satu
T__________T



saya ada masalah rambut skrang ni
rambut saya sangat kering la lately
dah banyak kali tukar shampoo
adakah kerana cuaca??



saya mahu pergi setting rambut baru
tapi sebelum tu saya perlu atasi masalah rambut kering ini
sebab kalau tak nanti
sua je kepala ni kat hair styler saya
dia akan membebel tak henti tanpa rasa annoying
penat telinga nak tahan
nanti bodek diskaun pon takmau bagi dah tu
sebab BEBAI saya buat tak tahu je dengan rambut saya
nanti mula la tengah-tengah setting rambut saya tu dia dah takmau main silap mata macam selalu
merajuk la tu nanti
bosan la saya kalau takde silap mata lagi!
T__________T




macam mana ea nak buat??
saya cari daun bunga raya
tapi al-maklumlah
tengah kota PJ ni, mana la nak cari bunga raya
kang pegi petik kat mana-mana rumah
orang report polis plak
rumah skarang ni kan semua nak ada cctv je
haishhhhh



japs.
rambut dah kering
hati bila nak kering??



ok bye!


off to inspection again n again bersama sensei
bosan jadi Eima Jer ni
orang lain ambil cuti keje sampai selasa
dia sebok nak pergi site hari ni
Malaysia panas tau tak panas!
T________T








August 29, 2010

Hey



hey
sesiapa tahu macam mana mahu lari dari situasi yang paling sakit??



bantu aku!

August 28, 2010

Bahasa Jiwa 7#



dia selalu dan sentiasa menjadi PELARI MASALAH
DIAM di situasi yang tak sepatutnya dia diam
BERSERAH tanpa belum memulakan walau sedikit usaha
BERHARAP bahawa everything gonna be fine and back to normal soon



ya
memang
Jodoh dan Pertemuan itu memang telah ditakdirkan
Qado dan Qadar itu memang milikNya Tuhan untuk manusia hambaNya
tapi masih boleh diubah
dengan 3 cara
DOA
USAHA
TAWAKAL



kenapa hanya TAWAKAL dan DOA yang kau pilih
kenapa tidak USAHA??



aku penat mahu bersuara
sebab kau selesa di situ
makanya akan terus di situ



dan aku
aku lebih selesa untuk tidak menunggu apa-apa
dan memilih untuk menerima
menerima ketentuan hidup yang dah Allah tetapkan untuk aku



eh?
bukan kau kata ketentuan itu masih boleh diubah dengan 3 perkara?
kenapa kau hanya mahu menerima??
kau juga tawakal??
hanya berserah??



hey
aku sudah sehabis berusaha bagi pihak aku
dan alhamdulillah sedikit demi sedikit kerosotan itu mulai terutai dari simpul yang menyerabutkan
sedikit demi sedikit
aku dapat lihat
tapi dia masih di situ
apa aku mampu buat??
dia selesa di situ
jadi biarkan
sudah aku doa
sudah aku usaha
maka tak salah aku tawakal
dengan satu pegangan
'Allah adil untuk hambaNya yang sabar. pasti ada habuan yang setimpal'



teruskan selesa di situ Chenta
saya kenal sayang saya!



bye

August 26, 2010

8 Tahun Pemergian Abah



malam ni malam yang sama 8 tahun lepas
malam paling sedih seumur hidup aku
malam yang paling menduga



malam Abah pergi menghadap Ilahi selama-lamanya
ya
malam inilah
17 Ramadhan
Malam Nuzhul Al-Quran
10.30 malam
khamis malam jumaat


dan ketika barisan ayat ini ditaip disusun
ketika yang sama 8 tahun lepas
Abah hanya ada sekujur badan tanpa nyawa
di mana nyawanya telah diangkat Tuhan ke langit milikNya
dan ketika ini juga
kami si anak-anak begitu tabah menahan air mata
menguruskan segala persiapan pengebumian
sambil diiringi bacaan Al-Quran yang berjaya kami khatamkan dengan semalaman bacaan tanpa henti




dan malam ini
Emak sangat sedih
lansung tak diangkat mana-mana panggilan kami
terus menyendiri di dalam rumahnya Allah
hari yang beliau tidak mahu diganggu
mungkin malam ini malam yang ditunggu emak sepanjang tahun
malam di mana Abah terasa dekat hampir dengan kami
seolah-olah beliau kembali
memeluk erat kami dengan penuh kasih sayang



Hati sangat risau dengan segala panggilan telefon yang tak berjawab emak
tapi hati ini juga pasti akan sesuatu
Emak pasti tabah



teringat kata-kata yang terkeluar dari mulut arwah sehari sebelum beliau pergi
"Isteri saya, awak cukup sabar menjaga saya sepanjang saya sakit. tanpa jemu tanpa sebarang rungutan. saya mohon ampun maaf kalau sepanjang kita berumahtangga, ada dosa saya pada awak. saya mohon maaf. dan kalau dah Allah janjikan syurga seorang isteri itu di bawah keredhaan si suami, awak miliki ke semua keredhaan saya sebagai suami. pilihlah mana-mana syurga untuk isteri yang taat seperti awak"
ayat ini hanya Emak yang tahu Emak yang dengar
dan diizinkan Tuhan untuk aku turut sama terdengar
waktu tu waktu subuh
aku dibangunkan Emak
Abah agak tenat subuh itu
diminta aku untuk call semua ahli keluarga pulang ke kampung
rakan-rakan masjidnya yang sedang menunaikan solat subuh di masjid datang menziarahi beliau
takot tak sempat katanya
dan waktu ini jugaklah aku terdengar ayat keramat Abah itu buat sang isteri bernama Sabariah Jaafar.
aku menangis
curi-curi menangis dalam bilik
tersentuh
dan dalam hati kecil aku
aku semakin redha dan percaya
malaikat maut itu makin menghampiri Abah
dan perpisahan selamanya bakal berlaku




Abah
adik rindu abah


tak perlu banyak
cukup kalau diberi Allah peluang untuk menatap wajah abah di dalam mimpi
cukup 1 ukiran senyuman
itu sudah terlalu besar buat anakmu ini
semoga tertunai
saya berharap saya berdoa saya memohon ya Tuhan
amin.



SALAM NUZHUL AL-QURAN semua!
Islam itu agama yang benar



August 25, 2010

Omelnya Omelnya Omelnya!




jelajah stock wallpaper yang membukit berfolder-folder dalam lappy ni
tetibe jumpa yang ini
threesome!


OMG
omelnya
omelnya
omelnya!
^_______^





Eeeeeeeeeeeeee rasa nak gigit je budak 3 ekor ni
comel cangat!
T_______T



Jalan Jejaka 9, Maluri Cheras


pagi-pagi hupdate blog
bukan nak pergi cuci baju ke sidai baju ke
haishhhh
T________T



Hey readers
ade cerita nak share dengan korang
cerita yang kadang-kadang rasa lucu kadang-kadang rasa panas je hati
macam mana tu??



Jom teruskan!



semalam 24 Ogos oh Ogos sekejapnya dah Ogos mak aiii semakin tua mengancam aku!
errrrrr terkeluar dari landasan pendahuluan ayat
eeerrrrr
maap!
ok disitu saja.



baeklah
macam biasa aku masih bergelar seorang trainee di kompeni komunis kesayangan hati aku tu
ntah bila nak grad ntah bila nak bebas dengan cases sendiri
benci!!
makcik atok tokwan sekalian
saya ada experiences la dalam valuation report tu
tak perlu la nak training saya sampai 4 bulan
muak tau tak muak
okey
bukan itu yang nak saya kongsikan
sila abai
kahkahkahkah


makanya semalam adalah sesi menelaah ilmu menimba pengalaman bersama SENSEI yang dah ditetapkan kompeni komunis saya untuk menggilap bakat semulajadi saya
kahkahkahkah
nama Sensei saya ialah Mr.SASI bukan air sarsi ea
haissshhh sedap plak air sarsi kalau campur dengan cincau
jangan manis-manis sangat
yang penting sejuk!
aaauuummmm segar anak tekak!
ok.melalut lagi




Semalam ikot sensei pergi inspection kat Maluri, Cheras
type of property?
4 Storey Shop Office yang terletak di Jalan Jejaka 9
okey
disebabkan ia adalah terletak di Jalan Jejaka 9 maka kisah yang aku nak cerita ni pon berkaitan dengan jejaka-jejaka
haishhhhhhh



sampai je shop office tu, tengok-tengok ground floor adalah sebuah restoran mamak
ok.takpe
naik atas dulu
first floor adalah office lot yang dah ditinggalkan kosong
masuk je dalam tu abang mamak tu tak tahu bukak lampu ke hapa
buat bodo je biar aku dan sensei buat measure and drawing dalam gelap
takot saya
dah la mamak tu memang kompem mamak
sensei pon mamak gak
aiyak!
sebagai wanita melayu terakhir yang ada kat situ
saya ebrdebar-debar seperti akan di rogol je jap lagi
dah la mamak tu suke main tenung-renung
aku sepak kot nanti
ok. tipu
saya tak sepak pon
saya sebok amek gambar
keadaan first floor memang agak seram and disaster
kalau main jumanji ke hape game panggil hantu tu mesti segala bapak dan atok-atok hantu akan datang
kahkahkahkah



selesai tingkat satu
kami mula ke tingkat 2
oh ho
ini cerita yang nak saya kongsi
bila bukak je tingkat dua tu
hambik kau
dah bukan office lot dah
dah jadi rumah tumpangan segala macam orang MYNMAR dah
punya la ramai jejaka-jejaka Mynmar
yang pakai baju ada tak pakai suar ada
yang pakai suar tak pakai baju ada
yang pakai kain pelekat je pon ade
yang tido pakai spentot saje pon ada
OMG!
seram aku tengok
ini pengalaman pertama aku mendekati kehidupan dorang wei
slalu tengok dorang memenuhi kawasan area pudu tu je
kali ni mendekati tempat tinggal mereka



kau bayangkanlah
aku, sensei dan mamak tadi tu naik kat atas
tetiba 'ting!' mamak tu hilang p mana tak tahu
sensei plak sebok buat drawing and measurement
aku plak diarahkan untuk snap segala pictures yang diperlukan bagi penyediaan Valuation Report
ok fine!
sensei tak paham saya tengah kecut perut
jejaka-jejaka kat opis lot jalan jejaka 9 ni pon satu
dah la aku takot dengan dorang
dorang plak JAKUN dengan aku
asek ikot je ke mana aku gerak
nak tengok apa aku buat
apa sensei buat
apa gambar aku ambik
siap tanye lagi bila gambar dorang aku nak amek


abang oi
kau baju pon taknak pakai
dekat-dekat dengan aku
aku ni dah la dari tingkat 1 lagi dah rasa macam nak kena rogol dengan mamak
ni kau bagi aku rasa perasaan seram macam nak ekena rogol dengan Mynmar secara berpuak-puak plak
T______________T



aku tak tahu mereka pendatang haram ke tak
sebab siap ada anak bini lagi
baby comel pon ada
dan paling best aku malas nak masuk dapur dorang ambil gambar
sebab aku takot mana la tau kang aku terjumpak kepala kucing plak kat dapur tu
T__________T
dorangkan jenis belasah je kucing ke anjing ke tengiling ke buat makan
haishhhh haishhhhh



cerita diteruskan



naik top floor plak
aku disajikan dengan himpunan jejaka-jekan indon la plak
dalam keadaan sama
tido telentang tak hengat dunia
bila aku bukak bilik nak amek picture
amek kau
pelbagai aksi aku terlihat
oh ho nipisnya puasa aku semalam
mengapa perlu laluinya
T__________T



sensei maybe dah dapat agak aku takot
dia just suruh aku amek mana gambar yang dapat aku ambik je
ok.tq
selesaikan je keje beliau
kami terus turun ke tingkat bawah skali iaitu Ground Floor
kan belum buat measurement and drawing lagi kan kan kan



di Ground Floor segala ketakutan aku semakin beransur pulih
tapi sifat geram malu dan panas la plak muncul


aku masuk je kat bahagian dapur kedai mamak tu
naaahhh amek kau
nak tahu apa aku tengok??
3 meja jejaka-jejaka MELAYU di Jalan Jejaka 9 yang TENGAH SEBOK MELANTAK TANPA SEGAN SILU YANG SEKARANG NI TENGAH BULAN PUASA KORANG MEMANG BABILAH!
grrrrrr
sakit hati gila tengok bangsa sendiri yang begitu murah imannya
yang memalukan agama



dah tu bila aku dan sensei masuk
mulalah dorang muka masing-masing dah cuak
takot-takot aku ni dari pihak berkuasa nak cekop dorang
okey
kepada sesiapa yang bf dia keje postman POS MALAYSIA tu
baek pergi break sekarang
dorang tak puasa
curik-curik makan dekat kedai mamak
bodoh!
nasib sensei dah warning aku jangan amek pictures yang nampak korang
kalau tak aku memang dah amek dan dah upload buat videa kat YOUTUBE!
grrrrrrrr



dan kepada mereka-mereka yang parent bekerja dia jabatan agama ke hape
saya nak bagitahu
pergilah terjah kedai mamak KERISMAS di Jalan Jejaka 9, Maluri Cheras
ramai pemuda Islam yang curik makan kat situ
shit!



selesai je keje
masukl dalam keta pastu sensei bersuara
" apa la orang Melayu ni. suruh puasa pon boleh curi-curi makan slumber macam tu. baek Indian puasa. bagi makan dan minum cuma jangan rokok arkohol bla bla bla. skeurang-kurangnya tak menipu macam tu"

ok fine!
ayat ni paling saya panas
sebab perangai dorang macam tu
saya hanya mampu membantah dalam hati
yang agama kita itu sentiasa benar dan benar
bukan takot tapi menjaga sensitiviti dan situasi
dah anak bangsa kau buat hal depan mata mamat tu
kita yang sebangsa ni takkan nak back up dorang
shit!
sakit hati



okeylah
bye!


off to inspection again
dengan sensei lagi
ntah cerita kisah ramadhan ape plak aku bawak balik nanti



bye lovers!
be good


August 24, 2010

Wishlist Milik Tekak VOLUME 2

Bakal-bakal suami. oh ini boleh dibuat suami. ngehngehngeh.


Salam Ramadhan



aduhai
pejam celik pejam celik dah masuk 2 minggu dah kita semua berpuasakan
haishhh
kejap je masa berlalu



berikut saya senaraikan wishlist tekak saya untuk version kedua atau volume 2
kahkahkah



Oooopppsssss
sekejap!
sebelum itu mari baca ini
teheeeeeeeeeeeee
^________^

  • Beriani ayam Syed Kadir Seksyen 3 Shah Alam yang sumpah sedap nak mati. oh ho- DONE!! Ia sudah menjadi milik tekak saya pada ramadhan yang 4 yang lalu. Terima kasih Tuhan dan kesayangan yang rajin melayan

  • Nan oh Roti Nan serta Tandoori. Oooooppppssss sudah berkali DONE!! walau tidaklah sehebat rasa seperti di Penang tapi alhamdulillah ia masih sedap. kat mana?? Hmmm pergi la cuba kat Sri Bidara Restaurant sebelah steamboat FLOAMING yang glemer nak mampos tu. Lokasi?? Bandar Sunway. Sebelah Sunway Pyramid tu. datang hari sabtu kepada para lelaki sebab HAWT CHICKssss banyak berkeliaran. T_________T

  • Yang paling best wishlist tekak saya adalah bila saya diberi peluang oleh Tuhan untuk menikmati NASI AYAM PENYEK kegemaran ahad lepas. OMG! thank you thank you kepada kesayangan-kesayangan yang sudi melayan. Saya memang mengade. heh

  • sumpah saya masih tak dapat merasa TEH AIS yang sedap kaw seperti idaman tekak sepanjang puasa ni. tensionnya!!

  • Oh ho. ini satu lagi. sambal ikan sardin tin cik Wandalini. belum lagi saya dapat makan

  • Sambal ikan semilang mommy?? Hmmmm kau balik kampung pon malam raya wahai EJ. Ahad dah cabut balik KL. Isnin dah masuk kerja oh kerja. bila masa nak pegi memancing dengan Amcik sampai hitam sampai dapat ikan sembilang idaman hati lalu paksa mak masak masa tu jugak pukul 12 malam pukul 12 malam la adik tak kira nak makan jugak??? bila masa bila masa bila masa?? Okey takpe nanti bodek MADU ajak dia bawak pergi makan gulai ikan sembilang idaman tekak beliau. mai nak test tengok gulai ikan semilang orang Parit Buntaq power tera mana! Errrr panjangnya penerangan. penulis betul-betul emosi ni. T__________T

  • Ok. tukar nada sedih. cepat main lagu cinta yang sedih pilu. Dambaan pilu by Khai AF1 ke. oh oh oh sedih tu. takpon lagu yang penah kontroversi konon-konon penyanyi dan pencipta lagu tu kena hukum gantung sebab bunuh gf dia yang curang heh betul ke fakta ni.okey tak hengat tajuk lagu tu tapi tau nyanyi. begini 'tapi sayangnya kehadiran kekasih lamamu..bla bla bla ok gile sedih!". motif nak lagu sedih kat sini? Oh ho. saya just nak bagitahu yang wishlist tekak saya berkaitan IKAN PEKASAM GORENG BAWANG ADA CILI-CILI KERING SKET TU yang mak ajie buat tu yang sedap sangat tu yang sangat-sangat sedap tu MAYBE takkan pernah dapat merasa kot. ok. saya sedih. T__________T eh eh eh tekak. jangan la mintak apa yang situasi aku tak mampu nak bagi kau. haishhhhh sob sob sob tsk tsk tsk.

  • ROTI JALA mommy Lasteri di SEMERAH, BATU PAHAT sana. Oh mommy Aza Elliani, saya amat meminanti diri anda. ah? eh eh saya amat sayangkan diri anda dan semua masakan jawa anda. tiada tandingan dengan jawa-jawan yang lain.sehebat jeritan suara anak bongsu anda yang slalu claim dia single dan cantik sentiasa. oh ho. okey rindu! Bukan rindu kau la Aza, rindu Roti Jala, rindu Kuih Apam, rindu Air Kelapa blakang jamban rumah kau. HAHAHAHAHAHAHA paling enak dan sedap. baja lebih kot! geli?? peduli hapa aku kat korang. lalalalalala!~

  • okey dah habis. jom pegi kepada wishlist tekak volume 2 saya. sekian.


.............................................................................................................................................................................


sempena separuh bulan berpuasa ni saya lampirkan lampiran wishlist tekak saya untuk VOLUME 2 terhangat di pasaran nafsu makan
sekian


selamat terhibur dan berimaginasi

  • Awak. tekak saya mahu makan MASAK TEMPOYAK IKAN CENCARU DENGAN TIMUN. sedaaaaaaaapnya tempoyak!! Kak Yatie saya sangat pakar dengan masakan ini. dah order kat beliau dah tapi harammmmm buat diam malas nak layan adik dia. heh. takpe takpe takpe. tunggu mommy tak busy saya akan bawak ke peringkat pengaduan. heh

  • Kamu oh kamu. saya sangat craving akan ASAM PEDAS MELAKA bakal mertua idaman kalbu tapi tak payah perasan dia nk jadi laki kau kahkahkahkah. ok silap. saya teringin sangat nak makan asam pedas melaka IKAN PARI. Kak Aya saya sangat pakar okey. Hmmm dah cuba hantar order petang tadi masa tengah malas-malas memikirkan masakan enak sebab dah lapar sangat pegi inspection separuh hari dengan cuaca panas. Okey, kakak cakap esok dia masakkan. patutla saya makin tembam. ada kakak baek rupanya. ok. sangat syukur

  • Abang, ayang teringin sangat nak makan ASAM LAKSA JUSCO MID VALLEY tu. macam mana ni. tapi ayang kerja la hari-hari. sabtu pon ayang kerja. biasalah ayangkan bangla! hari sabtu pon kerja. bangla je kerja hari sabtu ni. kesian ayang kan abang. heh hotak kau masa bila plak kau ada abang yang nak kau bahasa diri kau ayang. auw sungguh manja lansung tak mampu diterima urat sarap badan.

  • Eh eh eh AIDA sayang. nasi lemak sambal sotong mane?? Hahahahahahaha ^____-^ okey baek blah sebelum kau merepek banyak lagi.


T.A.M.A.T
-Segala kemerepekan amatlah dikesali-
-penulis sedang pening kepala mana nak cekau duit nak tukar duit raya neh-
T__________T
japs. ada kaitan ke dengan makanan pelbagai kat atas sana??
eeerrrrrmmmmm


ok bye!!









August 23, 2010

24 Jam



24 jam yang terisi
dan aku sangat hargai



hey
hati dah sarat
sekurang-kurangnya 24 jam itu buat aku kembali kuat


terima kasih wahai 24 jam
kau berikan kembali kekuatan aku untuk terus mengharungi



kepada kesayangan semua
terima kasih untuk masa kalian
hey
hati saya sangat tenang dan gembira tatkala masa saya itu miliknya kamu semua
tidak terus sendiri di sini
selalu
senantiasa
sendiri yang meminta terlalu banyak ketabahan!




off to work

mode: mengantukdan letihtahapcipanpadanmuka kau eima!


August 19, 2010

Berjiwa

rindu pemandangan ini


Salam Ramadhan ke 9
^______-^
kejap je kan masa berlalu
ramadhan dah menjengahhari yang ke 9
cepatnya peredaran waktu
makin tua aku!




penulis baru lepas berblog walking
jenjalan tanah jajahan jiran tetangga
penulis sangat malas
betul betul seorang blogger yang pemalas
jarang-jarang blog walking
sebab tu traffic lembap sejuk suam sepanjang tahun
kahkahkah



okey
tadi jenguk menjenguk blog sahabat karib saya si comel sapik
[eh eh eh tak tipu dia memang comel!]
sangat tertarik dengan entry beliau pasal HUJAN
bukan Band Hujan tu
Hujan anugerah Tuhan untuk bumi yang tampung para manusia sekalian alam
adehh
bahasa apakah ini??
hahahahaha hantam la labu!




tamat khatam entry beliau
kepala hotak mula berputar-putar jalankan tugas
kotak ingatan mula hidupkan enjin untuk pergerakan memori
memori tentang hujan muncul satu persatu



hey
aku sayang suka hujan
aku pencinta hujan
hujan itu cantik
dan membawa sejuta ketenangan
sejuk lembut yang sungguh tenang



Hujan selalu ingatkan aku tentang keindahan milik bumi UTM
aku banyak habiskan masa menikmati keindahan hujan di sana
menikmati keindahan titisan demi titisan yang menjadikan suasana cukup indah
kabus
sejuk
dingin
dan skali skala titisan halus sehalus zarah terbang bersama angin membasahi pipi si pemerhati yang dari tadi leka merenung hujan sambil di bawa minda memikirkan pelbagai perkara


ya
hujan bisa buat kamu leka
tenggelam dengan jiwa milik sendiri
dan tenggelam itu tenggelam yang sangat-sangat tenang
seperti lansung tidak mahu kembali timbul ke alam nyata



rindu nak buat perkara gila seorang diri berdating dengan hujan
mandi sambil rambut di biar berjurai basah
kemaskan diri ala kadar
diri yang segar dibiarkan tenggelam dalam angan
sambil merenung hujan berselang seli dengan hirupan nescafe panas
oh itu indah
kerja gila seorang diri yang paling digemari




kolej 13
saya rindu roof top anda!
rindu nak bermain hujan seorang diri melayan hati yang luka parah menanah busuk
tanpa ada yang tahu aku di atas
menikmati hujan miliknya Tuhan
tahukah anda menangis di dalam hujan itu amatlah puas
satu gambaran kepuasan yang tak mampu aku wakilkan dengan kata-kata
pergilah cuba!
Hujan itu indah



hujan memang masa untuk melayan jiwa
kepada yang tahu menikmatinya
sumpah best!



dah kau basah terketar-ketar
mandi
lepas tu masuk dalam comforter lalu tido
oh itu jugak nikmat!



hujan serba serbinya indah!




eh eh eh
jiwa la plak aku ni
kau la ni sapik!
entry kau punya pasal
hehehehehe


bye!




August 18, 2010

Bahasa Jiwa 7#

Salam Ramadhan ke 8



Current Mode Penulis:
Terasa mahu kawen
ini serius!
tapi??
calon takde
T____________T




aku tak hengat mana aku dapat ayat ni
tapi aku tertarik dengan kata-katanya
sampaikan kotak minda aku boleh hengat ayat ini sampailah ke hari ini

"Hidup ini selalunya Allah datangkan peluang untuk mengenali pasangan kita yang paling sempurna hanya sekali. terpulang kepada diri sendiri untuk memilih yang terbaek"

Sumber??
sumpah tak hengat


aku tak nafi aku tak sokong statement kat atas ni
tapi aku SUKA
macam ada kaitan dengan hidup aku
hidup yang aku lalui hampir 24 tahun ni



sebab current mode aku memikirkan hal berkaitan kawen makanya apa aku nak merepek ni jugak pastilah tentang bakal suami
kahkahkahkah
sila muntah kalau nak muntah
uwek!
tak heran
nak cakap jugak!
x______x



ini perkara benar
seumur hidup aku
aku pernah berada di situasi di mana aku KELIRU nak tentukan siapa pemilik hati aku
siapa cinta aku sebenar
siapa yang terbaek untuk diri aku
seumur hidup aku selama 24 tahun ni
hanya sekali aku pernah rasa macam ni
sebelum ini
hati aku lurus tidak ada bengkok-bengkok



semua terjadi secara kebetulan
cinta aku dikhianati dan dia muncul dengan perilaku paling manis
2 bulan itu sangat manis
hati aku yang diluka yang dibodohkan yang dibuang keangungannya diubati sedikit demi sedikit dengan keyakinan yang dia tiupkan secara tak sengaja mungkin
semua secara tak sengaja
rapat secara tak sengaja
serasi secara taks sengaja
bertukar cerita dan perkabaran keluarga secara tak sengaja
dan keadaan itu dibuat tanpa sedar
walaupun status kami tidak pernah disorok
persahabatan yang berlandaskan kejujuran
dan paling manis
adanya batasan agama
itu paling manis



seumur hidup aku
ntah kenapa aku akan rasa sangat kecil kerdil sekali tiap kali dengan dia
diri terlalu menyanjungi kebaikan miliknya hati dan diri dia
sampaikan aku rasa aku ini terlalu tidak layak untuk bergelar sahabat dia
dan bila dia memilih untuk berkawan rapat
aku rasa aku ini dianugerahkan Tuhan satu peluang yang paling istimewa paling manis untuk dihadiahkan sahabat sesempurna dia
ya
sahabat sempurna



dan bila persahabatan itu hampir bertukar kepada cinta
aku stuck
aku keliru
aku tersepit
untuk memilih yang mana paling terbaek



dan
aku memilih untuk terus berjuang untuk cinta dan komitmen yang sedia kala aku miliki
untuk sekeliling yang terlalu berharapkan KAMI
terus berkorban untuk sekeliling yang aku sayang
cantumkan hati yang dah berkecai
cuba jahit walaupun sangat sakit
pastikan jahitan itu kembali kemas
ya.
untuk sekeliling yang aku sayang
untuk segala komitmen yang sediakala terbentuk
aku hulurkan kemaafan
cuba lenyapkan segala kesedihan




dan hari ini
aku terfikir sejenak
apakah tepat pilihan aku dulu
di mana sekeliling yang aku sayang
eh eh eh
di mana tempat aku di hati sekeliling yang aku sayang?
kenapa aku di sini
di buang
di sisih
di salah ertikan



dan dia yang sempurna
sudah pon dimiliki
oh bertuahnya kamu wahai bakal isteri



dan aku masih di sini
meletakkan cinta aku pada satu dahan yang ntah aku tahu aku mampu berpaut atau tidak


hey
rasa itu sakit!


kalau aku boleh putarkan kembali masa
aku mahu putar hingga saat minit dan jam kali pertama aku kenal kau
boleh aku ajar hati aku untuk sedikit tamak sedikit penting diri
untuk memilih yang paling sempurna untuk diri sendiri



EJ
bersyukur dengan apa yang kamu miliki boleh??



aaaaaaaaarrrrggghhh
kamu yang melihat tak akan dapat rasa apa yang hati aku tanggung
sakit parah dan hampir busuk!



baeklah baeklah
aku belajar bersyukur




August 17, 2010

Officemates dan Berbuka Puasa





Salam Ramadhan ke 6
^_________^
hari ni saya berbuka dengan MASAK LOMAK SIPUT SEDUT
aummmmmmmmmmm
sedap!




entry kali ni banyak gambar InsyaAllah
lama rasanya saya tak buat entry banyak gambar



semalam hari Isnin kan
Isnin semalam isnin yang agak indah
sebab dapat peluang berbuka puasa dengan officemates tersayang
^_______^



sumpah
ini benar
company aku memang lebih kurang kompeni komunis
kahkahkahkah
tapi penambat hati untuk aku terus di sini adalah lebih kepada keakraban kami sesama officemates
semua sekepala
layan je apa-apa program yang di plan
shopping
karok
melilau sana melilau sini
tak pandai berpuak
main kawan je dengan semua orang
itu situasi yang cantik dan manis okey
dan kami juga manis-manis
kahkahkahkah



Event:
Berbuka Puasa Bersama Officemates

Venue:
Pizza Hut Giant Kelana Jaya


okey
jom layan gambar
credit to Miss Suraya sebab sudi merajinkan diri keluarkan camera tengah-tengah masing-masing sebok menghadap juadah yang lazat

ini semua sebahagian officemates saya yang muslim
amoi sorang tu tersesat
mesra alam sangat dia tu
Josephine nama beliau
very friendly and funny







ini Cik Saliha dan Cik Shazleen
keduanya manis!


Cik Sally again
=)


ini Cik Suraya


ini Cik Hidayah dan Cik Nurul

buah hati saya Cik Eira

saya dan Cik Sha


mereka lagi

Leen dan Josephine

mereka lagi

kami


dan yang baju kurung kuning itu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

okey
inilah Cik Liyana
pengarah program untuk pelbagai acara mengabihkan gaji di opis saya tu
ada saja yang dirancang beliau
termasuklah majlis berbuka puasa ini



terakhirnya
saya juga mahu mencapap di sini
lalalalalalala!~



sumpah officemates saya semuanya sporting belaka
ini belum campur lagi dengan 3 orang kakak manis yang tak dapat menghadirkan diri atas sebab-sebab sendiri



kepada KAK SHEENA, KAK FIFIE serta KAK MARINA
saya tahu kamu jeles tak dapat join kami semua
tapi takpe
nanti kita gi makan steamboat plak ramai-ramai
ok??



Kak Sheena
sila jangan jeles tatkala membaca entry ini
KAHKAHKAHKAH