48 jam tanpa sebarang pautan perhubungan
aku dapat rasa yang kita itu makin jauh
semakin merenggang
kau teruskan kehidupan kau seperti biasa
ya
aku dapat rasa
dan aku??
sudah terbiasa begini
sudah tak punya rasa
dan sudah bijak menguasai situasi kurang gembira ini
aku juga lalui jam-jam tanpa kamu seperti biasa
apakah kita hanya takut kehilangan?
disebabkan hati kita yang tamak??
dan perasaan takut untuk tidak bersama
sedangkan
aku dapat rasa
rasa yang kita ada tidak sekuat dulu
sehebat dulu
kau abaikan isu sentimental tentang hubungan
kau tolak ketepi bulat-bulat
kau ajar aku untuk hidup dengan mengutamakan tuntutan diri sendiri
hati mula terfikir
apa tujuan mahu kembali bersama kalau begini?
untuk apa?
sudahlah kita ini masih samar masa depan
aku jua tak punya harapan untuk aku tumpang berpaut
tidak punya hak untuk memasang sebarang impian
kenapa aku masih di sini?
1 comment:
kenape ni?
Post a Comment