August 08, 2010

Hati dan Diri



terlalu banyak kelukaan yang kau hadiahkan untuk aku
sama banyaknya dengan kegembiraan yang datangnya jua dari kamu
dan mungkin
kegembiraan itu makin mengurang makin menghilang




hey hati
kenapa kamu terus-terus di situ lagi??
aku terus hairan
sangat hairan



aku pegang hati aku
tarik nafas dalam-dalam
lalu cuba memujuk seikhlas hati bertanyakan kepada hati
apakah rasa sebenar yang sedang aku rasai



ya.
rasa yang sekarang ini aku rasai



sekali lagi nafas aku ditarik panjang
*sigh
ada keluhan di situ
di hembusan nafas panjang miliknya sistem aku
aku dan diri
aku dan hati



ah lalu hati menjawab
-sakit-
aku sakit
jangan terus kau tanya
aku makin tiada jawapan
cuma yang pasti adalah kesakitan
yang cuba aku taburkan dengan ketabahan
agar kau bisa harungi hari-hari kau dengan penuh kekuatan




aku terus tanya hati lagi
sekali lagi nafas ditarik dalam
sedalam yang bisa aku selam



kenapa KITA masih di sini
kenapa begitu lemah?
kerana kita bukan sahabatnya EGO?
itukah sebabnya KITA begitu lemah lalu sakit?




Hmmm
nafas yang dalam itu dilepaskan
dengan penuh rasa keluhan
keluhan yang amat sangat



hey diri
hati kau terlalu penuh kasih sayang
yang kau GAGAL simpan untuk masa depan
pemilik yang menghargai
sekeliling yang memahami
aku juga tak pasti
mungkin EGO tak munculkan diri
jadinya KITA lemah
kau wahai diri
dan aku wahai hati



bukan ego itu senang untuk dibina??
mengapa tidak kau mula??



hey hati
kau juga katakan hati aku terlalu banyak kasih sayang
aku tak suka menyekat rasa
hanya untuk nampak aku kuat
aku juga tak suka menjadi penipu kepada diri
diri miliknya aku
miliknya kau wahai hati
tapi
EGO itu juga bisa buat diri dan hati kuat dan sedikit tegas bukan?




hey diri
kau itu sudah terlalu lemah untuk harungi semua
aku rasai
sebab aku adalah si hati
bila kau mahu bersara
gabungkan hati, kewarasan akal, lalu kau jemput sedikit ego bagi membantu kau wujudkan 1 keputusan terbaek untuk diri dan hati miliknya kau?
sampai bila mahu begini?
aku jujur
aku dah penat
penat menanggung penat merasa
dan penat melihat orang bahagia tanpa pernah dia berhenti bertakafur berfikir sejenak
akan tentang kesakitan yang kau tanggung
yang kau rasa
yang kau pikul
aku takut aku akan mula membenci
tanpa kau sedar wahai diri
makanya tolong
aku pinta
wujudkan sedikit ketegasan dalam diri
ketegasan tentang hal berkaitan hati




hati oh hati
aku cuba ya?
aku sendiri juga sudah tak tertahan lagi




1 comment:

slay said...

tak habis lagi ker dialog bersama hati kau ni?
makin terok aku tengok kau setiap hari berkata dengan diri sendiri.

p/s : tips sembuh cepat - bangun pagi, gosok2 mata, luangkan sedikit masa dengan menatap mana-mana foto Ian Somerhalder. amalkan setiap hari tanpa melakukan sebarang perkara yang boleh membatalkan puasa. kekeke. semoga berjaya! :)