June 30, 2011

Bahasa Jiwa #24



ketika sekeliling menikam kau
sewaktu sekeliling tanpa kau sedar menolak kau jatuh ke dalam gaung kecewa
pijak dan bodohkan kau tanpa ada rasa kita sesama manusia


aku masih ada untuk semua keadaan KITA


kerana aku tak berminat menjadi sebahagian daripada mereka
aku tak kejar bahagia dengan jalan pintas
redah apa sahaja
cantas apa yang perlu
tanpa berfikir
hidup ini punya KARMAnya
yang sentiasa berputar selalu adil saksama




aku sedikit MARAH
bila kebahagian kesayangan aku diganggu



walau aku tak bisa berbuat apa
TAHU yang tidak masuk campur
aku tetap punya rasa sedikit marah
kerana ia libatkan kondisi hati kesayangan aku



terus tabah ya
aku masih ada untuk kau
selalu dan sentiasa
tanpa kau tahu
dan mungkin kau tak perlu akan ia



tapi aku masih ada
;)



No comments: