June 27, 2011

Ya, mungkin




masa tengah tunggu officemate settle hal-hal dia
wasapp bebunyi
seorang kakak yang agak rapat luah perasaan tentang isu hati
tentang cinta lama
tentang rasa yang pelbagai



secara jujur
diskusi di wassapp tadi sedikit menyentuh hati aku
kakak, hati aku jugak sebenarnya runsing
minda aku jugak sebenarnya serabut
tapi runsing dan serabut itu tak aku tahu nak ungkap nak kongsi macam mana
terima kasih ya sudi pinjam bahu aku
tak sangka kau hulurkan titi untuk aku luahkan apa yang terbuku
lega
sumpah lega



aku dan kau
memikirkan benda yang sama
yang boleh buat kita takot akan masa depan



3 tahun tu terlalu lama
sekeliling terlalu mendesak
aku semakin kemarau alasan
macam mana mahu fahamkan insan yang patot faham



ibu semakin beransur usia senja
ah
fikirkan ibu
kata-kata ibu
harapan ibu
impian ibu
lagi buat aku hiba
aku buntu
sedih dan terus memendam


ini hidup yang dah ditentukan Tuhan untuk aku
masih punya kekuatan untuk lalui
mungkin
ya, mungkin







No comments: