February 01, 2012

Bahasa Jiwa #37




rasa LEGA ini aku mohon biarlah sampai bila-bila
aku dah penat disalah dan menyalah anggap
aku hanya mahu menikmati
sebuah persahabatan jujur 
yang jujurnya hingga tak mampu mengundang sedikit kemarahan pun
dan tetap utuh walau pelbagai isu datang menjengah



Tuhan.
aku hanya mohon kembalikan persahabatan aku yang itu
yang hanya Kau tahu
betapa dalam aku letakkannya dalam hati aku
aku tak mintak lain.
jernihkan apa yang keruh
jujurkan apa yang terselindung
uraikan apa yang kusut



ya. persahabatan aku yang itu
yang aku sayang yang tak pernah aku buang
walau tinggi melangit emosi menjerit marah
tak.
tak pernah aku buang




sahabat-sahabat gemilang aku
akan aku tetap begini
menyelamatkan apa yang mampu
selagi kamu-kamu terus bergelar sahabat gemilang aku



alasan aku cuma satu
untuk manusia tak berharta macam aku
kamu-kamulah harta dunia
yang dianugerahkan Tuhan untuk aku





No comments: